Pages

Sunday, February 26, 2023

Majlis Aqiqah Sumayyah

Tengahari tadi ibu dan Wafi ke Majlis Aqiqah si kecil Sumayyah. Berdua je lah pergi since kakak dan abang sudah ada program lain, ayah pula ada meeting geng UUM.

Sumayyah dan ibunya Zulaikha yang merupakan anak kepada sepupu ibu. Sumayyah ni jadi cucu sedaralah. Cucu sedara sendiri kena tunggu Abang Muhammad kahwin dulu 😅

Gambar dari FB Wak Salina, kami tak masuk rumah pun sebab ramai tetamu lain di dalam. Kasihan pula kat baby, nanti tunggu besar sikit ya, nenek (auwwwww) jumpa Sumayyah.

Oh yaa... baby Sumayyah lahir sama tarikh dengan birthday ibu, cumanya beza 50 tahun... adehhhh😆

Hari ni genap usia baby 57 hari.


Sebelum balik singgah ambil gambar di landskap depan rumah Wak Ana dulu.


Since cuaca yang agak panas ambil 2 spot je lah.. nak ambil gambar ikan koi pun tak sanggup nak buka mata lama-lama.

Minta Wafi ambilkan gambar ibu, Wafi pulak taknak bergambar. Nak cepat-cepat masuk kereta😬

Langit cerah je dan panas sampai ke petang. Itu yang ibu pun sakit kepala huhu...

Lepas majlis terus ke Lotus Puncak Alam cari tudung untuk majlis Cik Fatin nanti.

Selesai bab pakaian.
 

Friday, February 24, 2023

Jemputan Majlis Tahlil dan Kenduri Kesyukuran

Malam ni ibu memenuhi jemputan oficemate untuk majlis doa selamat sempena masuk rumah baru. Kakak Widad nak join bila ibu offer tapi Wafi nak duduk rumah je sebab nak masak baby pancake. Ok duduklah rumah dengan abang. Ada officemate ibu yang tumpang sekali sebab rumah berhampiran.

Sampai-sampai je baru duduk ambil gambar dulu sementara tunggu majlis bermula 😅

Sambil makan sambil lah borak-borak. Entah apa yang diborakkan pun tak ingat.

Hanim sebelah kanan sebagai tuan rumah.

Ini Yanie baru je join 3 @ 4 bulan lebih tapi akan berhenti end of this month, for a better career🥰.

Zaki dan Habib.
Seorang lagi officemate lelaki tak dapat join sebab rumah agak jauh.

Bila tengok tetamu lelaki dah kurang di luar, kami join the 2 boys.

Ada 4-5 orang yang tak dapat join majlis  malam ni.

Ni dah dekat mid night.
Kenalah beransur pulang, adab dalam majlis, janganlah terlalu lama, tuan rumah pun penat😅

Seronok catching up macam ni di luar office. Banyak yang boleh dibualkan. Tak adalah restricted macam di ofis kan!

 

Tuesday, February 21, 2023

Burger CP & AA

Teringat burger yang dibeli di 7E di Hatyai.
Memang borong betul. Mula kenal burger ni bila Cik Fatin bagi balik dari Krabi.
Bila sampai Hatyai gigih lah kami tunggu 7E refill. Malam pergi dah habis, pagi seawal jam 7 pagi dah masuk semata-mata nak beli burger.

Paling suka burger ni, Shrimp and Fish keluaran CP.

Dalam dia nampak biasa je tapi bila makan terasa luar biasa.
Roti steam yang lembut. Hanya perlu masuk mikrowave beberapa saat dah boleh makan.

Ni antara yang diborong.
Balik rumah terus masuk peti sejuk.

Burger CP & AA ni khas untuk distribution di 7E.
Kat Malaysia pun ada jual tak ingat kat mana tapi harga barang import lah!

Masa awal-awal diorang sampai, lepas breakfast kat Chabura Dim Sum terus beli roti untuk makan-makan sebelum lunch.

Ini Cik Fatin borong.

Hati-hati ketika memilih burger ni sebab diletak dalam rak yang sama dengan burger yang non-halal.
Pastikan mempunya logo Halal.

Seronoklah shopping kat 7E sana, macam-macam boleh beli.
Keropok kentang Lays tu wajib beli juga!

Hotdog cheese ni premium juga dalam nya.

Double chicken & cheese ni pun tak lokek dengan isinya.


Burger seafood pun sedap.


 

Monday, February 20, 2023

Blowing Balloon

Malam tadi Wafi tidur lewat sebab main game online dengan BFF. Rasa pagi pun lewat bangun sebab masa ibu pergi kerja masih lena lagi.

Jadi malam ni ibu pesan jam 10 pm simpan HP dan tidur. Wafi kata awal sangat nak kena tidur tapi janji tak guna HP nak tengok TV je. Sekali semua channel TV tak menarik jadi dia pergi dapur cari akal😅

Her experiment.


Ni ha... masuk bilik tunjuk benda geli-geli ni.. lembik-lembik.

Rupanya belon berisi air. Tapi bukan belon biasa tu.

Guna blowing balloon.

Lama betul belon tiup ni berada di pasaran, dari ibu kecik dah ada. Dulu pun ibu suka tiup ni, kadang tak boleh tiup, salah teknik😬😬

Ni Wafi buat terus kat paip.. lilitkan getah belon tu dah pasang air. Bila dah cukup air belon tu tertutup sendiri.

Camtu lah lebih kurang Wafi cerita.

Ibu pun tak tengok tapi bila Wafi letak atas tangan ibu tak lama pecah. Wafi kata mungkin kena cincin ibu.

Hurmmm.. sorry la Wafi.

Awak pergi buatlah lagi!

 

Wednesday, February 15, 2023

Majlis Apresiasi Kokurikulum 2022

Malam ni Wafi ada Majlis Apresiasi Kokurikulum 2022. Ia bagi meraikan murid-murid yang aktif mewakili Badan Beruniform sekolah. 

Event ni diadakan di Mawar Biru, 1-2 min je dari rumah dari jam 7.45 - 10.30 pm.

Picture ni Cik Ana hantar, rasa dari guru lain.

Ibu pun tak sure Wafi terlibat apa dalam Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM). Rupanya PPIM banyak memganjurkan kuiz terutama masa PKP dan Wafi banyak ambil bahagian. Begitu juga perkhemahan PPIM.

Wafi beritahu PPIM menang sebagai Badan Beruniform paling aktif peringkat sekolah.

Guru-guru yang banyak menabur bakti dalam persatuan.



Sian Wafi tak enjoy sangat sebab tak dapat duduk dengan gang. Dah habis event baru jumpa mereka. Makan pun malu katanya.. lagi-lagi mengadap murid lelaki.

Hurmm.. sapa suruh malu, kan lapar!

Gambar pun tak banyak ambil padahal dah bawak phone ibu.





Sampai rumah baru ambil gambar.

Nampak tu skirt dan tudung ibu. Sekarang ni share je pakaian.

Ambillah gambar dalam rumah, terang sikit.


Dah seminggu kat sini.

Tunggu abang Imi tengok, katanya.. lepastu baru simpan plaque dalam display cabinet.

Buat kenangan.
 

Monday, February 13, 2023

Ujian PKSK

Alhamdulillah Wafi selesai menjalani Ujian Penilaian Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang diadakan di SKSB. Waktu yang ditetapkan termasuk pendaftaran 7.30 - 10.45 am.

Sekolah Sungai Binjai sekolah kami
Tempat ilmu dicari
Rukun Negara pegangan kami
Guru-guru dihormati

Antara lirik lagu sekolah yang ibu ingat
Sekolah ibu kan... 😅😅

Ingat nak drop je tapi tengok macam tak ada kenderaan ibu bapa lain. Jadi ibu hantar hingga ke pondok jaga. Rupanya sudah ada beberapa orang murid yang berkumpul di dewan terbuka.

Ibu tunggu sampai Wafi daftar dan duduk. Tengok dari jauh je. Ringkas pendaftaran tu hanya tunjuk slip kemasukan ujian.

Lepastu ibu gerak balik singgah dobi keringkan baju. Balik lipat kain, buat kerja ofis dan masak bubur nasi untuk Kakak Widad yang demam.

Jam 10 keluar ambik Wafi leklekan la singgah kedai runcit dan kedai recycle jual buku-buku lama.

10.20 am sampai SKSB.

Jenguk ke pondok jaga... ehhh.. Wafi dah ada lah.
Wafi kata jam 10 am dia dah keluar bilik ujian. Ramai yang siap awal. 
Pulak...

Berakhir sudah semua ujian Tahun 6.
Wafi sudah berusaha.
Semoga Allah beri rezeki.

 

Sunday, February 12, 2023

Mandi-mandi Kolam Renang

Lepas brekafast tu kita jalan-jalan ke sekitar swimming pool sambil tengok-tengok kids mandi.

Kawasan playground bersih terjaga.

Pokok-pokok herba yang ditanam.

Cantik sangat kawasan di sini.. hijau je.

View hotel dari kawasan kolam renang.

Pool kanak-kanak pun besar.

Kelebihan swimming pool di sini kerana air masin.

Kolam air masin agak serupa dengan kolam renang biasa di mana kolam air masin juga menghasilkan klorin. Namun, klorin dihasilkan oleh garam sendiri yang menjadikannya lebih semula jadi. Dengan adanya klorin yang 100% semula jadi, kolam air masin dapat memberi kesan yang lebih lembut pada kulit, mata dan rambut.

Seronoklah Wafi bila masuk swimming pool ada cousins. Kalau sendiri memang tak lama. Kakak memang tak berminat mandi kolam. Temankan sahaja ok. Kalau ada abang bolehlah layan Wafi.

Towel bersih disediakan.
Sebelum naik bilik boleh bersihkan diri di bilik shower yang disediakan.


Kat atas pun boleh dengar suara mereka bergembira.
Kolam di level 9.
Nampaklah kolam dari bilik kami di level 11.

Hotel ni mengadap bangunan Tabung Haji.
ehhh.. dengarnya bonus dan dividend tahun 2022 rendah juga 🙃🙃

Jam 9 lebih cuaca cerah camni.

Ibu pun tak lama kat sini, naik bilik nak kemas-kemas mana yang patut.

Jam 11 baru semua naik.
Sampai bilik makan lagi nasi goreng dan roti. Bagi semua kenyang dulu.

Jam 12 noon check out.
Alhamdulillah... short vacay walau di tengah bandaraya tapi bila bersama keluarga pasti menyeronokkan.

Terima kasih Encik Zul kerana menaja hotel yang best!