Pages

Saturday, September 29, 2018

Aqiqah Ali

2018
Lamanya dalam draft...
dah 3 tahun pun Ali ni.

Hari ni rewang rumah nenek. Aqiqah baby Ali.
Kawi tak join sebab ada discussion di PPAS. Assignment Perniagaan tak siap2 lagi. Ayah pula ada konvo di UIA.

Wafi lah kesian.. jumaat petang kaki terseliuh. Jatuh masa di sekolah. Pincang lah jalan. Dapat urut malam tadi. Hope cepat baik.

Alhamdulillah.. majlis berjalan dengan lancar. Marhaban 3 kumpulan bergabung. 11.30 am baru habis.

Lauk pauk pun cepat siap masaknya. Ada yang dah setel malam tadi. Kambing masak palembang dan sambal taun. Bahan2 untuk masak juga dah disiapkan. Pagi masak lemak nangka muda, ayam goreng berempah, kerabu mangga, keluban dan beberapa juadah lain.

Ibu order popiah sira, nona manis dan talam ubi. Nenek pula buat lemper dan abuk2 roti.

Semua hidangan sedap2 belaka.

Next.... tunggu aqiqah sapa ya πŸ˜€

Thursday, September 20, 2018

Apam Balik

Balik ofis gigih singgah kedai cari bahan nak buat apam balik. Musim2 hujan ni perut nak makan yang panas2 je.. nampak resepi di grup MAHN semua nak cuba. Jom try resepi apam balik mudah dan sedap.

Apam Balik

Bahan-bahan
1. 2 cawan tepung gandum
2. 1 1/2 cawan air
3. 1/4 gula pasir
4. 1 sk baking powder
5. 1 sk soda bikarbonat
6. 1 biji telur
7. 1/2 sk garam

Filling
1. Kacang tanah kisar
2. Krim jagung
3. Margerin
4. Gula pasir

Cara-cara
1. Campurkan bahan di atas dalam mangkuk. Kacau rata menggunakan whisk.
2. Panaskan kuali non stick.. api sederhana atau yang sesuai (kena try n error).
3. Masukkan 2 senduk dan ratakan.
4. Taburkan gula ikut kemanisan (lebih kurang 1 sb)
5. Tunggu sekejap... taburkan kacang tanah, masukkan krim jagung dan margerin.. bahan2 ni letak lah ikut suka tapi jangan lah padat sangat...
6. Ibu letak krim jagung tu separuh bahagian je sebab kalau banyak sangat akan melimpah.
7. Belek sikit bahagian bawah... bila dah perang boleh lipat dan angkat.

Nota : kuali tak perlu lenser dengan margerin. Kalau suka tebal boleh tambah adunan atas kuali begitu juga sebaliknya. Adunan juga tidak perlu diperap.

 Bila dah potong jadi macam ni.

Mungkin cubaan pertama dan terakhir. Resepi mudah dan rasa sedap tapi nak membuatnya agak tak berapa rajin πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Monday, September 17, 2018

Rombongan Cik Kiah ke Terminal Bas Sani Express

Bunyinya agak kelakar... ke bas stand pun nak beramai2. 
Tujuannya nak hantar nenek, Cik Fatin dan Alya yang akan menaiki bas ke Kuala Perlis. Selepas itu mereka akan ke Langkawi.

 Berkumpul di rumah nenek.

 3 keluarga.. Cik Fatin malu... ramai2 macam hantar rombongan pergi haji😁😁😁 nasiblah Cik Fatin dapat kakak2 yang hoverπŸ˜‚
 3H2M je pun.. tapi macam nak gi sebulan😁

 Ramai plak teringin naik. Driver bas sporting.. layan kan je budak2 ni.

 Kalau boleh nak ikut sekali.

 Selepas tu rombongan ke sini pula.

 Makan ais krim je pun.

Budak tak nak kongsi.
Layankan je😁

Sunday, September 16, 2018

Tetamu dari Kulim

Pagi tadi ayah khabarkan yang maksu Syafiq & maksu Fatin akan singgah di rumah. Mereka akan ke Bangi sebelum ke Cyberjaya pula untuk urusan kerja.

Lunch di rumah nenek kena postpone pula tapi yang lain akan makan di sana.

 Juadah yang ringkas je.. siakap goreng, tempe goreng berempah, udang sambal, lemak bayam dan labu juga sambal belacan.

Mereka bertolak jam 1 lebih, sampai jam 5 lebih. Dah kosongkan perut siap2.. adeh.. sian jalan jauh.

Sampai2 makan terus. Luntea kot 🀣🀣🀣
Alhamdulillah... seronok mereka makan dengan berselera.. ayah je temankan.. sebab ibu dah makan.

Di rumah ada Widad je.. abang Mi ke SCM dan Wafi ayah dah hantar ke rumah nenek.
Semua tak nak makan. Aduhai anak.

Wafi taknak makan dengan alasan ibu masak tak sedap sebab ibu bukan chefπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Ada je alasan kalau taknak makan.. sebab jam 11 tu dia dah makan mi goreng sedap.

Terima kasih paksu n maksu sudi singgah rumah kami. Lainkali datang lagi eh... tidur sini pulak.

Selepas maghrib mereka ke destinasi seterusnya.

Saturday, September 15, 2018

Family Mart, Setia Alam

 Franchise ni dah 2 tahun rasanya di Setia Alam. Cik Fatin pernah bagitau tapi tak ambik port pun. Ni yang ayah dok teringin nak pergi sebab ada orang share di youtube.

Dalam tu ada barang keperluan harian seperti makanan, minuman, barang penjagaan diri. Mostly dari Jepun.
Ada sushi dan makanan yang seangkatan dengannya sebab nak sebut pun tak reti haha..

Aiskrim honey dew.. RM3
Diorang kata sedap sebab aiskrim2 ni takde lah favor sangat.

 Ni yang ramai orang beratur.. Oden. Sejenis tomyam yang sedap. Kuah secukup rasa. Basic boleh pilih fish ball, fish cake dan sebagainya dengan harga RM2.80. Kemudian bolehlah add on dengan yang lain macam crab stick, fish ball, fish cake dsb dengan harga RM1.70/pc

Yang kami ambik tu RM15, makan ramai2.
Terbaik lah.. boleh repeat.

Wafi makan aiskrim green tea... adeh... tak gamak ibu nak makan. Rasa sikit je.

 Muka puas hati.

Lepas tu baru dinner. Sekali dengan Bami yang baru kami jemput di Terminal Bas Shah Alam. Cuti seminggu sempena mid sem.

Friday, September 14, 2018

Hazrel Nut

Tetiba teringin minum kopi.
Hazel nut
RM1.30 dari vending machine di ofis
Memang terbaekkkkk

Cucur Kembung Manis


Cucur Kembung Manis
Bahan-bahan
1. 1 cawan tepung gandum
2. 2 SB gula
3. 2 SB susu pekat
4. 1 SK yis mauripan
5. 1/4 SK garam
6. Air (agak2 1/2 cawan)

Cara-cara
Ini versi yang senang... campurkan semua bahan di atas. Air tu bubuh sikit2. Air sebenarnya agak2 je bagi adunan sebati.. ala2 nak buat cekodok tu la.

Peram dalam sejam.
Goreng hingga perang.. minyak lebih sikit sebab adunan ni akan bergolek2 haha..

Boleh lah dihidang... makan macam tu sahaja pun dah sedap.
Nak cicah dengan sambal atau sos pun boleh.

Monday, September 10, 2018

Pulau Pangkor 2018 - 3H2M Day 3

Ok.. last day.
Masa ibu update blog ni dah menuju ke Bagan Datoh.

 7.30 am keluar cari breakfast.

 Beli sikit kuih muih, nasi lemak dan mi goreng. Dapat pulak teh tarik, kopi dan milo panas juga horlick ice. Damaged RM20πŸ˜‘
 Pengurus di sini.

 Wife beliau kot hehe..

Cadangan nya nak buat kolam renang di tengah2 chalet. Tunggu progress.. lepas ni akan up sket lah harga chalet.

Walaupun chalet ni belakang sket tapi memang puas hati.

Bersih, tekanan air kuat, air cond sejuk, staff yang ramah. Kalau nak iron boleh guna di receptionist.

Kurang sikit bila cerek tak disediakan dalam bilik dan signal tv tak jelas sangat. Reception pula 9 mlm mcm dah tutup. Jam 8 am baru ada. Tapi sebab kita pun banyak outdoor ok je lah.

Overall 4.5 *

Kami keluar kam 9.45 am
Kalau lewat sesak pula di jeti.

Teksi minta receptionist call. Teksi caj RM20. Mahal pula.. dengan alasan jauh ke belakang.. padahal pengurus dah cakap RM16 je. Geram juga.

Sampai2.. dah ada feri menunggu.. so boleh terus balik.

Parking fee ikut jam rasanya.. dari Sabtu sampai tadi RM20.

Singgah dulu beli jajan hasil laut Pangkor di kedai.

Alhamdulillah... tercapai hajat beri hadiah percutian buat Wafi sebab dapat no. 4 ujian SRA baru2 ni... haha.. saje nak menambah padahal dah plan awalπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Yeehaaaa... dah dekat Sungai Besar.. tak jauh lagi.
Esok ibu kerja plak.. ganti hari apa pun tak ingat.. anak2 duduk dengan ayah ya.

Tak sabar untuk percutian pantai timur pula.
πŸ–πŸ–πŸ–

Sunday, September 9, 2018

Pulau Pangkor 2018 - 3H2M Day 2

Hari ke-2 jam 8 pagi si kecil dah excited. Kita breakfast dalam bilik je. Roti Gardenia dan milo panas. Cerek boleh didapati di receptionist ya.

Jam 9 pagi dah sampai pantai.
Sewa bot kecil RM60 je.. kalau ada abang Imi kena ambil bot besar. Bot besar RM120.  Nanti diorang bawak lah pusing2 sekitar pulau.

Kalau nak naik banana boat RM70. Sebab kami berempat... kena bayar lebih pula. Lenkali je lah 😁
Nak mandi laut pun mekap... jaga penampilan kekdahnya πŸ™ƒ

Si kecil dah tak sabar.

Mula2 duduk dengan ibu tapi terpaksa duduk depan sebab agak berat🀣
Muka agak cuak juga walau ada sinyum😊

Mandi kat pulau ni extra careful sebab banyak cengkerang tajam di dasar laut. Itu yang tak lama di sini sebab Wafi nak balik mandi di Teluk Nipah.

Di pulau ni selain dari teritip ada juga gamat.. atau timun laut. Bila terpijak dalam dasar laut memang geli lah.. tu yang Wafi taknak mandi lagi kat situ. Tapi bila ayah soh pegang gamat tu boleh plak dia. Eeeiiii... masa ni memang ibu pegi jauh dari diorang.. geli geleman.
Gamat tu diorang masukkan balik dalam air.

Nak pegi snorkling pun tak jadi sebab kena naik bukit.

Jam 11 lebih mandi balik di sini. Mandi sampai puas... jam 1.15 pm baru naik. Panas weiii.. Wafi apadahal.. tu pun nak sambung sampai jam 2 pm

RM35 😣😣😣
Nak makan nasi ayam banyak yang orang tengah book. Nasi ayam rata2 RM5.50
Tu yang paling senang actually bila dah ramai sangat orang.

Makan2 dan rehat aka tido sampai jam 6 pm.
Sambung mandi laut lagi. Kali ni Wafi je mandi sampai maghrib.

Buat kudapan. Semangkuk kecil tu RM5. Kerang kecil2 je.
Sebelah tu ada lempeng pisang dan apam balik mini berharga 80 sen. Lempeng tak perasan pula harganya.

Tapi hari ni beratur panjang. Semalam sabtu tak perlu beratur. Jual dari tengahari sampai ke malam.

Ada budak seketul yang kalau boleh nak mandi lagi. Nampak tak sunset tu.
Maghrib nak oiii..

Belakang tu lah Pangkor Waterfall Resort. Jalan malam lampu terang. Tapi pic ni jam 6.15 pm gitew.

Chalet kami.

Petang tu balik tapau sekali untuk dinner. Nasi goreng kampung dan maggi goreng+telur mata. RM7 setiap satu. Mahal. Mujur rasa sedap. Lagi pulak ayah order 2 maggi tapi dapat satu. Dah kena ulang pulak.. takkan nak tunggu.. beli je maggi cup.

Tak masak pun sebab Wafi dah share nasi dengan ibu.

Jam 9 pm masing2 dah tidur. Penat seharian mandi

Saturday, September 8, 2018

Pulau Pangkor 2018 - 3H2M Day 1

Plan sebulan sebelum kejadian sempena cuti 4 hari, sabtu ahad ditambah cuti sempena Hari Keputeraan DYMM dan Awal Muharram.
 Seawal jam 6.50 pagi kami bertolak dari rumah. Ingat nak breakfast otw tu tapi asyik terlepas je restoren. Anak2 pula tak nak makan lagi.

 10.20 am sampai di jeti Lumut.
Ibu dah lapar, so brunch terus sementara menunggu feri jam 11.15 am. Anak2 ibu suap je sebab tak lapar sangat.

Tiket feri RM14 seorang pergi balik. Jadi simpan tiket tu ya. Umur 4 tahun ke bawah free. 4 - 12 tahun  baru dikira tiket untuk kanak2 berharga RM5.

* rupanya ayah dah terbeli tiket Wafi dewasa.. itupun kakak yang check tiket masa balik tanya mana tiket kanak2,  Wafi. Ayah salah dengar lah tu.. dah lebih bayar RM9.

 Tunggu giliran naik feri.

Perjalanan hanya 30 minit sahaja. Feri akan turun dulu di jeti Sungai Pinang. Tunggu sehingga sampai jeti Pangkor.

Dari jeti ke chalet naik teksi pink RM16.

 Penginapan kami pada kali ini di Pangkor Waterfall Beach Resort. Bilik yang kami duduk berharga RM200. Peak season sekarang ni. Resort ni baru 5 tahun tapi chalet yang kami duduk baru je setahun. 1 queen dan 1 single bed. Cukup untuk kami berempat.

Resort ni paling hujung .. dah dekat dengan Kem Raudhah.

 Kemudahan asas mencukupi.. yang best tekanan air sangat kuat haha...
Air panas boleh didapati di kaunter resort... errr.. kaunter pun basic je. Situ boleh juga beli air minuman. Mug dan sudu boleh minta di kaunter.

Lepas check in kami jalan2 di tepi pantai sambil2 membeli juadah alas perut. Ada apam balik mini berharga 80 sen sekeping. Rasa sedap.

Jam 4 petang pegi mandi laut.

 Ombak agak kuat... sampai tertolak kami ke belakang.
 Air yang jernih. Pasir di Pangkor lebih kasar berbanding Langkawi.
 Kids memang enjoy.
Esok baru nak gi snorkling dan naik banana boat.

 Muka kena air masin..

Lepas maghrib cari makan.. tapi sebelum tu dah makan mamee cup sebab dah lapar...sejam.tunggu makanan sampai. Wafi sampai tertidur. At the end dah tak nak makan.

Balik masing2 dah penat. Tidur.
Sambung xtvt esok.
Can't wait.



Sunday, September 2, 2018

Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan

Pagi ni join lagi aktiviti SAHTK. 
Ada Integriti Walk. Penyertaan kurang berbanding dari Zikir Walk.

 Kali ni Wafi berbasikal je. Kuranglah sikit penatnya tu.

 Laju je gerak. Ibu tertinggal di belakang.

 Saje nak tunjuk pic ni.. 2 gadis berinteraksi guna bahasa isyarat. Comel je.

Sudah mengah.

Ada picnic Dhuha bersama Ustaz Zul Pandan dan Dr. dari SPRM bertajuk tentang Integriti.

 Pihak penganjur sediakan kuih muih dan teh-0. Cik Elis bawa bekal cekodok & nugget. Ayah beli mi goreng.

 Naiklah keretapi comel ni. 2 round mereka pusing sebab masa ni dah tak ramai orang.

Kali ni Kakak Widad tak join.
Balik jam 10.30
Dalam kereta Wafi dah tertidur penat.