Pages

Wednesday, November 27, 2019

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SRA BKT 2019

Alhamdulillah, tahun ini Wafi perform lagi di sekolah tapi kali ini berdasarkan penilaian dalam kelas. Aktiviti, ujian, sahsiah diambil kira. Tahun ni enjoy je sebab takde periksa kan... jadi ibu pun relax je lah.. tahun depan dah tak boleh main-main lagi.

BFF lah gitu.
Dania, Nayli dan Wafi.
Masa ni beratur untuk naik ke pentas.

Ibu ambik pic dari tempat duduk je🤗🤗

Tahniah Wafi... ni haa.. ibu belikan bouquet.. bukan main mahal lagi RM25 (dasar ibu calculative), beli kat luar.. tahun ni ustazah tak buat pula. Kalau tak kan.. boleh masuk tabung sekolah.

Dania di tempat pertama, Wafi ketiga dan Nayli di tempat kedua.
Rasanya dah 3 tahun berturut2 kedudukan yang sama.

Selain hadiah kedudukan dalam kelas, mereka juga dapat hadiah Mumtaz. Tahun ini hanya seramai 6 orang pelajar tahun 3 yang dapat mumtaz.

Dahlah ada sekeping je gambar berdua... dia boleh pulak pejam mata... wafi.. wafi...

Semoga Wafi terus cemerlang dunia dan akhirat.
Aamiin...

Friday, November 22, 2019

Habis dah internship di UIG

Hari terakhir Khairul (USI) dan Danial (UVI) sebagai pelajar intern di UIG selama hampir 4 bulan.

Danial (Kelantan) dan Khairul (Terengganu) merupakan pelajar Business Admin dari UiTM Puncak Alam.

Bersama kakak2 Finance & Admin Department.
Semoga ilmu yang dicurahkan akan diguna dengan sebaiknya. Hari terakhir di UI, kami hidangkan makanan potluck tapi gambar dari hp siapa tak ingat. Tak sempat share dalam grup.

Good luck Khairul.
Semoga sukses dalam apa jua bidang yang diceburi.

Wednesday, November 20, 2019

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kurikulum 2019

 Sekarang takde dah buku cenderahati.. semua digital. Mujur Cik Ana forward kalau tak jenuh nak download.

 Pagi ayah hantar dulu.

 Wafi terima hadiah dari Penolong GB.

 Anugerah kecemerlangan Pentaksiran Berasaskan Sekolah... setiap kelas 10 orang murid terpilih.

 Jauh ibu ambik pic... zoom sket.

 Di booth pulak... bayarlah RM2 untuk sekolah juga.

 Ibu pun nak bergambar.. masa ni ayah tengok persembahan murid.

 Kita bertiga plak.

 Ayah ada surprise bouquet untuk Wafi.. yang ni letak dalam kereta sebab taknak angkut😆

Close up sket.

Good job Wafi.
Semoga terus cemerlang dunia dan akhirat.

Sunday, November 17, 2019

Ayam penyet

Hidangan tengahari ni... tetiba teringat makan nasi ayam penyet di Aceh. Maka kita masaklah di rumah ya. Ibu guna resepi yang mudah-mudah je.. ala2 masak je apa yang ada.


Ayam Penyet

Bahan-bahan
1 ekor ayam (potong 8 atau ikut suka)
Guna tepung serbaguna dan perap ikut sukatan yang disediakan.
Goreng dan ketepikan.

Sambal ayam penyet
1. 5 biji cili merah
2. 20 biji cili api
3. 1 biji bawang besar
4. 5 biji ulas bawang putih
5. 2 biji tomato
6. 1 biji besar limau nipis
7. 3 sudu bilis

Cara-cara
1. Gorengkan bahan di atas satu persatu kecuali limau nipis. Cili merah dan padi campurkan. Bawang merah dan putih pun goreng sekali.
2. Sejukkan sket
3. Masukkan dalam blender dan bubuh minyak sket bagi blender tu gerak. Blend agak2 je lah tak perlu halus sangat. Lagi bagus kalau dapat dipenyet2 kan sambal tu guna lesung beli di Indonesia😁😁😁
4. Masukkan semula dalam kuali yang guna untuk goreng bahan- bahan tadi.
5. Perahkan limau nipis.
6. Gorengkan dengan api yang sederhana.
7. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
8. Angkat dan boleh hidangkan. Kuantiti biasanya banyak jadi boleh masuk dalam bekas yang bertutup dan simpan dalam peti ais. Kot nak buat nasi goreng pun boleh.

Ada juga resepi yang bubuh belacan.. ikutlah citarasa.

Keriuk-keriuk ayam penyet

Bahan-bahan
1. 5 sudu tepung beras
2. 1 biji telur (ambil putih sahaja)
3. 1 cawan kuah sup

Cara-cara
1. Campurkan bahan di atas dan kacau rata guna whisk
2. Bila minyak dah panas, renjiskan bahan tadi. Buat ni kenalah bersabar ya
3. Bila dah garing angkat dan pecah-pecahkan.
4. Proses harus diulang berulangkali sehingga habis semua adunan.

Yang ni ibu tak buat sebab ayam digoreng dengan rempah tepung serbaguna.

Sup ayam.. yang ni takyah lah resepi hehhe.. malas pulak nak menaip🤣🤣

Friday, November 15, 2019

Maktok berjumpa penciptanya

Pagi tadi masa ibu sampai ofis, ayah call bagitau maktok dah takde.
Jadi ibu get permission dari bos ibu untuk balik kampung.
Call cikgu Kawi di sekolah kebetulan Kawi ada seminar subjek Sejarah.
Bergegas pula ke sekolah Wafi. Minta permission cikgu dulu sebab Wafi ada raptai penuh hari anugerah.
Sampai rumah pack baju dan gerak ke Kulim jam 9.30 am.
Sempat singgah beli sedikit makanan di petrol station.
Lunch di RnR Sungai Perak.
Sampai Kulim 3 pm.
Masa tu jenazah sedang dimandikan.
Alhamdulillah segala urusan kebumi selesai selepas solat Asar.

Alfatihah.
Semoga arwah (Aishah Binti Saodah) ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh.

Maktok meninggal disebabkan komplikasi kencing manis.

Thursday, November 14, 2019

Baked Pasta (Mac & Cheese)

Sepatutnya pagi tadi Wafi bawa macaroni cheese ni ke SRA untuk jamuan sekolah akhir tahun.
Memandangkan dia akan ke SK untuk rehearsal hari anugerah, tak dapatlah join jamuan kelas.
Wafi agak kecewa sedikit sebab dah bagitau kawan-kawan kelas nak bawak spaghetti bakar. Rehearsal pun baru tau petang semalam.
Since dah beli bahan-bahannya, ibu masaklah juga malam tadi.. Masak siap2, cuma bubuh topping dan bakar pagi tadi jam 5.30 am.
 
Ini lah kejadian nya. Yang ini ayah bawa ke ofis since Wafi tak dapat pergi ke SRA.
Resepi yang biasa ibu guna seperti dibawah.
 

Baked Pasta
(Faiz style)

Bahan-bahan

1 bungkus macaroni (400-500g) (rebus sampai lembut dan toskan)

1 bungkus / 400 g minced beef/chicken - Ramly
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1 botol kecil sos spagetti

1 tin mushroom (hiris ikut suka)
1 batang kecil lobak merah
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil oregano (tak letak pun takpe)
½ sudu besar serbuk lada hitam
sedikit sos cili (sesuaikan rasa)
garam  & gula secukup rasa

Sos Putih
:
5 cawan susu segar
2 1/2 sudu besar mentega

sedikit lada sulah
5 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
3 slice cheesedale atau 75 g krim keju
sedikit garam dan gula – secukup rasa


lain-lain : keju parut dan oregano (mozzarella lagi best)

Cara-cara
:
1. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan serbuk lada hitam dan kacau hingga airnya kering. 

3. Masukkan mushroom dan lobak merah. Kacau rata seketika.
4. Barulah dimasukkan sos spaghetti & tambahkan air guna 1 botol sos tadi. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan oregano, sos cili, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
5. Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata.


Cara2 untuk sos putih :

1.     Masukkan susu, cheese yang dikoyak kecik2 dan butter dalam periuk.
2.    Masak hingga susu mendidih.
3.    Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.
4.    Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.

 Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
Taburkan keju parut dan oregano.
Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C (ikut oven masing2).



Yang ini untuk sarapan pagi tadi.

 

Tuesday, November 12, 2019

SAHTK - November 2019

 Aktiviti bulanan, join Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan (car free day).
 
Kami bertiga, abang Imi pergi tandas dulu.

Flag off jam 7.30 am.
Suka join funwalk ni.

Hari ni banyak berjalan hehe..

Adehhh... rasa tetiap kali datang mesti nak potong kayu.

Dah nak ke penghujung, Firas kejar kami hahahha..

Rambut Bami tu rasa nak potong je.. macam awwww hahahaha

Konsep bertemakan perancangan Bandar.
Kat sini setiap majlis perbandaran akan buat konsep piknik dan diadili oleh orang awam dan pihak majlis.

Aktiviti mewarna di salah satu booth piknik.

Dua budak sihat!

Bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Bandar Shah Alam dan beberapa orang ahli majlis. Arissa buat tak tau je.. yang penting makan hihiih..

Suka konsep ni.

Booth piknik... lepas tu boleh breakfast. Alhamdulillah.

 
Till we meet again next month!

Monday, November 11, 2019

Itinerary dan perbelanjaan percutian Pulau Sabang & Aceh

Itinerary ni sudah disediakan oleh agen kami #fauzantourtravel
Fauzan Ihsan
Pakej untuk 6 pax Rp10,700,000

Ada juga yang ditukar sedikit oleh supir kami, Pak Mukhlis

Day1
1. Jam 08.00 tiba di aceh
2. Supir pickup to jeti
3. Feri jam 10
4. Tiba di sabang jam 11
5. Taman i love sabang
6. Pantai sumur tiga Makan tengahari
7. Chek in hotel
8. Rehat sejenap dan makan
9. Pantai ujong kareng
10. Benteng jepang
11. Spot jeti dan gunung berapi
12. Kawah gunung berapi
13. Pantai pasir putih
14. Balik hotel mandi
15. Makan malam

Day2
1. Sarapan pagi dan go Air terjun bila nak (tak pergi sebab nak kena menapak jauh hahahhaa)
2. Gua sarang
    Sementara menunggu Cik Hannis dan Pak Mukhlis solat Jumaat, kami ke Pantai Gapang.
3. Naik boat ke pulau rubiah
4. Snorkeling
5. Makan siang (minum petang di Pulau Rubiah) dan menuju ke Pantai Iboih untuk salin baju
6. Tugu nol indonesia
7. Makan malam dan Balik hotel rehat Shopping souvenir di pekan Sabang dan pulang ke hotel dan dinner.

Day3
1. Jam 06.45 gerak ke jeti dan check out
2. Feri jam 08.00
3. Tiba di b.aceh jam 09.00
4. Museum tsunami
5. Kapal pltd apung
6. Kubah mesjid yg di bawa tsunami Kapal atas rumah
7. Makan siang
8. Check in hotel
9. Mesjid baiturrahman
10. Pasar aceh
11. Mesjid rahmatullah
12. Pantai lampuuk dan sanset Pantai Ulee Lheue ambil gambar sahaja, hujan
13. Makan malam dan balik hotel Balik hotel dan makan malam

Day4
1. Jam 08.15 check out dan sarapan  trus go airport
2. Jam 10.00 check in tiket dan bagasi
3. Bai aceh


Anggaran perbelanjaan untuk ibu dan Wafi
Flight RM600
Pakej RM1,050
Souvenir dan makan RM1,000
Grab Malaysia RM80
Insurance Etiqa Tripcare360 Gold RM97.30
Add on luggage RM40

Total RM2,867.30 (RM2,900)

Nampak sangat bukan budget traveller hahaha..
Bila mak2 berjalan dan bukan selalu travel camni lah jadinya🤣🤣🤣

Alhamdulillah puas hati tapi nak repeat lagi bawa ayah, Bami dan Kawi.

Oh ya.... untuk trip ni letika di Banda Aceh, supirnya Ibnu Hajar manakala di Pulau Sabang adalah Pak Mukhlis.

Saturday, November 9, 2019

Freddie Santai Sumur Tiga

Disebabkan hotel Freddie ni best sangat, sengaja post lagi hehehe.
Ok lah... hampir nak move on.

View dari tangga menuju receptionist.

Sebelah receptionist ni cafe dia. bawah pun ada juga. Sebelah kanan cafe adalah tempat masak mereka. Atas tu pulak bilik kami.. Ya Allah, bila diorang masak western food, sedapnya bau cheese.

Lupa plak nak ambik gambar tangga yang sangat stiff menuju ke bilik kami.

Ada katil queen.

Dinding dari anyaman buluh. Tak sempat pun minum2 kat bilik.

Ada double decker.. sebelah deck atas, ada deck lagi. Tapi takde sapa pun naik atas. Malahan katil yang atas tu pun bawak turun, Wafi tidur.

Bilik ada 3 biji kipas sebab family room. Room yang lain tak pasti pula.  Aircon takde tapi sejuk je kat sini. Tak perlu risau sebab memang tak rasa panas pun... angin bertiup kuat ditambah deruan ombak... memang best ridur malam. Kami masuk bilik pun dah petang dan hari ketiga malam baru sampai.

TV pun takde ya. Tapi takde masalah sebab masa banyak di luar. Who needs a tv if you have a great view😆😆

View dari balkoni.

Ini dah tengahari tapi berangin dan nyaman betul.

Bersih kawasan Freddie ni.

Cool.

Sementara tunggu yang lain untuk ke wisata yang lain. Nak ke pantai kena turun tangga sikit.
Pantai yang bersih. Macam biasa, takde ramai orang pun hahahha..

Bersama chenta hati.

Laluan nak ke Freddie. Motor je boleh lalu ya.

View dari depan receptionist.

Terlalu indah ciptaan Allah.

Pagi ni..sementara tunggu yang lain bangun.

Chalet Freddie, ingat dapat yang ni.. tapi mujur juga dapat bilik di main building.

Terjaga rapi..
Sebab di Aceh kan... jadi dalam resort pun ada sebuah surau disediakan (sebelah kiri).


Hari pertama sempat mandi laut... minta pak supir balik hotel terus dari Pantai Pasir Putih sebab Wafi dan nenek nak mandi laut. Mereka je lah berdua mandi di sebesar2 pantai depan Freddie tu.
Masa ni air agak surut.

Mandi pagi di hari kedua. Ibu dengan Wafi pulak.. masa ni air masih pasang.

Kawasan kejiranan Freddie.. Kiranya Freddie tu berada di belakang rumah2 ni. Sekarang Freddie sedang membangunkan kawasan kedai makan dan pasaraya di hadapan rumah2 ni.

Kiri kanan rumah penduduk kampung.

Bersama salah seorang receptionist di Freddie yang sangat peramah.. rasanya chinese.
Di Aceh, semua perempuan Islam bertudung... mereka benar2 mengikut undang2 Islam.

Hari ketiga dan terakhir di Sabang baru nampak matahari sunrise.

Oh ya... kalau berhajat nak tengok dolphin better ambik hotel di Pantai Iboih sebab tak perlu lah nak keluar subuh2 sebab jeti ada di sana. Jarak dari Freddie ke Pulau Iboih dalam 30 minit.

Sehingga ketemu lagi Freddie.
Love.