Pages

Tuesday, March 11, 2025

Tepung Pelita

Petang tadi ibu keluar ofis jam 6. Setelah seminggu lebih jadi zombie, lega bila 1st draft FS dah keluar. Esoklah sambung the hassle.

Mujur gerai yang jual tepung pelita masih buka. Bulan puasa je rasanya dapat makan Tepung Pelita Inn. Kalau ada yang Paya Jaras pun sedap juga.

Tahun ni dah naik harga, 5 pcs berharga RM5. Sudah dibungkus 5⁵. Fuhhhh... seketul tu RM1. Ni kalau daun pisang tu boleh makan, ibu makan😂

Tahun lepas harganya RM4.50.

Kita tengok tahun depan naik lagi 50 sen tak 🤪

Tepung pelita ni bahagian bawah ada ketulan sengkuang. Dah macam kuih tako tapi tekstur tepung pelita.

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Murid

Semalam 10/3/2025, diadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Murid Sesi 2025/26 sekolah Wafi.  
  • Badan Pengawas
  • Badan Dakwah dan Rohani
  • Pembimbing Rakan Sebaya
  • Pengawas Pusat Sumber
  • Sistem Rumah
  • Ketua Kelas


Akhirnya dapatlah ibu tengok Wafi pakai baju ungu, Pembimbing Rakan Sebaya.

Semoga Wafi dapat menjalankan tugas dan amanah dengan baik. PRS antara badan yang bergiat aktif di sekolah. Harapnya aktiviti kokurikulum dan kurikulum seimbang buat semua anak² di sekolah.

Sunday, March 9, 2025

Iftar Perdana Sekolah Wafi

Ini cerita semalam...  Iftar Perdana di sekolah Wafi. Minggu ni baru sekolah keluarkan surat tentang program iftar ni. Ramai juga parents jauh yang tak dapat datang sebab ada yang baru minggu lepas hantar anak ke sekolah.

Ini kali pertama ibu join Iftar sekolah. Tahun lepas tak ada program ni sebab setiap minggu boleh PB, manakala masa Wafi Form 1, waktu tu Wafi belum register lagi. Intake 1 & 2 je dapat merasa.

Jumaat malam lepas Isyak gerak ke Tapah. Tidur dulu rumah ummi. Jam 10 am sambung perjalanan ke Sungai Petani. Slow² je lah bawa kereta sebab nak sampai on time.

Jam 3.30 pm sampai SP. Singgah dulu Amanjaya Mall sebab nak beli nasi ayam The Chicken Rice Shop.

Saturday, March 8, 2025

Lauk dan Kuih Frozen

Ikut plan, Kak Widad cadang nak duduk rumah tokwan dalam seminggu. 

Jadi sebelum balik kampung, semalam hari Jumaat Kak Widad pulun masak lauk untuk difrozenkan. Katanya senang nanti untuk buka puasa.

Buka Puasa Hari Pertama

Alhamdulillah hari pertama 9 dari 11 orang adik beradik dapat berkumpul di rumah nenek untuk berbuka bersama². Ummi di Tapah dan Cik Fatin di JB tak dapat balik.

Wafi Cuti 1 Ramadhan

Masyaallah... hari ke 7 di bulan Ramadhan. Baru sempat nengok blog ni. Tadi jumpa Wafi di sekolah. Wafi tanya... mama tak update blog ke?

Minggu ni pack sungguh dengan kerja² closing. Balik dah lemau.

Malam ni ibu masukkan cerita minggu lepas. Wafi Pulang Bermalam sempena Kedah cuti 1 Ramadhan. Balik Klang hari Khamis, Ahad pagi gerak semula ke Sungai Petani.

Sementara ETS sampai jam 10.22 am. Kali ni Wafi balik dengan Ariana dan Afiqah. Sampai SP ada teksi yang ibu sudah book untuk hantar ke sekolah.