Pages

Monday, November 21, 2016

Piknik Taman Tasik Shah Alam.

Ni bekfes piknik Ahad semalam.  Idea spontan je dari Cik Ana. Since ramai yang available kita on je lah. 

 Steamboat Cik Ana bawak.  Ibu sediakan sandwich telur dan sardin.  Juga minuman panas dan sejuk.

Aiman, Ain dan Kawi jadi tukang masak. Dah boleh diharap


 Lots of food. Makan sampai tengahari.  Ada masak lodeh Cik Elis,  bihun goreng nenek dan mi jawa Cik Nora.

 The kids bebas main.

Grup foto.  Hampir jam 1 pm baru kita gerak balik dengan perut penuh dan mata ngantuk huhu.

Saturday, November 19, 2016

Majlis Graduasi Tadika Sarjana Pintar Sayang 2016

Alhamdulillah...  3 tahun Wafi di taska dan 3 tahun di tadika, hari ni Wafi berpeluang menyarungkan jubah konvo. 
Seperti tahun2 sebelum ini,  majlis diadakan di SRA Bukit Kapar Barat. 

Gambar2 tidak mengikut turutan sbb ibu guna hp je..  susah nak buat alignment dan arrangement. 

Bersama Nur Nayli Najwa,  bff lah kekdahnya. 
Alhamdulillah,  keduanya dianugerahi Pelajar Cemerlang 2016 bersama 3 pelajar yang lain. 


 Piala kemenangan.

Persembahan 5 dan 6 yo.


Selepas anugerah tadika... cepat2 ambik gambar hahaha😀😀 padahal lepas habis majlis pun boleh ambik pic. 


Pic ni dalam fail graduation 🎓  tu..  Ingat nanti nak keluarkan dan framekan macam gambar abang dan kakak. 


Hasil DIY cik wada.  Tq cik wada sbb kirimkan candy bouquet ni..  Lepas ni akan jadi trend plak, konvo tadika pun beri 💐


Adnin dan siblings,   pun datang beri sokongan pada wafi. 


Bersedia untuk berlakon jadi stepmother dalam lagu Barbie.....  (tak ingat)  but bagi ibu more to stepmother to Cinderella 😀😀


Solo foto.


Us....  Ehhh ada anak lain...  Alya,  the cousin pun datang meraikan kakak Wafi. 


Bersama rakan2 kelas. 


Ehhhhh....  Sekali lagi dengan Nayli. 


Ada tarian dengan lagu Jong-jong inai. 
Tahun ni Wafi terlibat dalam beberapa persembahan.  Seronok tengok hasil lakonan sebab bila suruh tunjuk di rumah...  katanya kena datang tengok di konsert...  adoiiii... 


Alya,  the cousin pun datang meraikan Wafi hari ni. 

Fuhhhhhh...  Habis tadika dok teringat next year Wafi masuk Tahun 1. Semoga dipermudahkan. 


Thursday, November 3, 2016

Tahniah Cik Wada

 Ni konvo cik wada di USM

 Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan kepujian.

Dengan bangganya...  Setelah bertahun berhempas pulas.
Teringat tahun 1997 masa ibu konvo dulu.
Cik wada datang bertemankan Cik Hannis dan nenek since atuk baru discharged a day before.


Tahniah cik wada.  U make us proud.
Another degree from Shohari Clan.
More will come.
Insyaallah.

Tuesday, November 1, 2016

CAPD : Jangkitan kuman

Ni masa atuk dimasukkan ke hospital selepas seminggu discharged.
A week before air yg keluar dari perut tu warna agak keruh jadi kena cepat2 dapatkan rawatan.
Antibiotik yg dimasukkan dlm air tu menyebabkan atuk sering pening.
2-3 kali juga atuk dapatkan injection untuk mengurangkan pening tu.
Ni sehari selepas atuk admitted bila dibawa kecemasan oleh cik biela.
3 malam ditahan...  selasa pagi discharge tapu nenek cik wada bawak lari ke Penang untuk berkonvo pada keesokan harinya.
Cik Baya took over bawak atuk balik.

Hari jumaat, a day before Deepavali kita ke Hotspring Sg Klah.