Pages

Tuesday, July 31, 2012

Hujan rahmat...

Pagi ni nak ke tempat kerja, hujan turun.
Takdelah lebat sangat.
Cukuplah membasahi tanah yang kering. Hujan pun tak lama dalam 20 minit jer.
Semalam pun gitu tapi lebat sket.

Bila hujan, terus teringat kat Bami dan Kawi. Beberapa hari lepas Kawi mengadu panas.
Teringat kata-katanya, yang ibu bernasib baik sebab kat tempat kerja duduk bilik berair-cond tapi adik pakai kipas jer kat sekolah.
Pujuk dia agar bersabar masa bulan puasa ni sebab Allah akan bagi 2 ganjaran iaitu pahala berpuasa dan pahala bagi orang yang bersabar.
Alhamdulillah, Kawi mengerti.

Tiap petang bila ibu balik dari kerja, Kawi dah terbongkang dalam bilik dengan air-cond yang sejuk. Takpelah, setelah dari jam 7 pagi ke jam 5 petang bersekolah, berpuasa dan keadaan yang panas, ibu biarkan jer. Jam 7 ptg tu kejutkan dia mandi dan bersiap2.
Bami masih tahan lagi.. Balik dari sekolah tu dah melepek depan tv tengok sukan. Kalau penat sangat, tertidurlah dia.

Alhamdulillah, masuk hari ke-11 kita berpuasa. Bami tengah sibuk ujian sekolah agama minggu ni, Kawi next week baru start. Malam lepas solat isyak, buat revision sket dah letih. hurmmmm.... sabarlah hati ini..

Sunday, July 29, 2012

BFF















Buka apa tu?

Alhamdulillah, hari ni hari ke-9 kita berpuasa.
Buka kat rumah atuk lagi.. Biasalah weekend.
Masih tak cukup quorum.
Juadah ibu bawak- ayam drummet, popiah ayam dan karamel.
Biasalah, kalau dah semua kumpul, masing2 bawak juadah, penuhlah lantai (bukan meja).
 Jom cepat... nak jumpa kakak Alma.

Drummet jer sebab Cik Elis goreng kuay teow.

Jalan2 tengok monyet

Ni seminggu sebelum puasa.
Lepas ambik Kawi dari tuisyen, ayah decide ke Bukit Malawati, Kuala Selangor.
Saja2 jalan nak try LATAR ke sana.
Sampai2 makan dulu kat Restoran Bagan. Pastu solat zohor kat masjid sebelah tu.
Lepas tu baru ambik tram untuk ke atas.

 Atas tram. Dewasa RM5, kanak2 RM3

 Deretan kedai2. Restoran Bagan tu kat belah hujung.

 3 orang yang memula eksyen kat monyet. Last2 dok menempek sebelah ibu.

Bagi makan monyet, sampai tak larat dia makan kacang panjang. Memula tu berebut.
  
Jalan naik ke muzium.

Wafi tu tengah merajuk sebab takleh bawak jajan masuk. Jenuh nak mujuk sib baik tak meraung. Cuma duduk ker kat situ.

 Cikgu Widad.

 Sejukkan diri kat ruangan nih.

 Bergambar dengan burung. Ni snap balik atas foto. RM15 sekeping 4R.



Saturday, July 28, 2012

Jangan kacau Wafi....



syyyyyy.... diam-diam, jangan kacau.
Wafi nak baca buku nih.
Ini buku Peter & Jane. Kakak ngan abang punya.
Sekarang milik Wafi!!!

Snail Puzzle



Puzzle ni beli kat DIY.
Mencabar gak kalau hilang paper base tu.
Colourful. Fun to play together.
Kawi dan Wafi sama2 main.

3 anak dara dan ICT


Wafi, Alma & Adriana.
Berkumpul 3 orang dalam bilik ICT sementara mak2 diorang chit chat.
Ni tengok youtube upin-ipin.
Baju diorang tu semua patern sama.. minie mouse beli kat hytex tahun lepas.


Khusyuknya dia.....



Dora dan Wafi sama2 tengok tv.

Sabtu2 yang bekerja.

Hari ni alternate sabtu yang bekerja.
Next week ganti sabtu minggu raya.
Another week tu alternate sabtu kerja lagi.
Lepas tu sabtu yang akan raya.
Perghhhh.... 3 minggu berturut2 kerja sabtu half day.
Takpe2.... sebab lepas tu cuti 9 hari. 2 hari jer apply annual leave, 3 hari dah berganti dan the rest mmg cuti.

Jadinya 1 1/2 hari jerlah Wafi dapat bergayut dengan sepenuh raga dia.
Hari bercuti adalah hari baginya.. pantang nampak ibu duduk ker.. baring ker.. kadang2 tengah masak pun dia mintak susu.
errmmmm... sambil dia ngempeng tu.. ibu buat2lah pejam mata.. aghhh.. nikmat.
tapi perut tu ada sedikit perit lahh... jadinya bila buka memang cari air dulu..

Thursday, July 26, 2012

Nenek2 si bongkok 3

Nenek nenek si bongkok tiga
Siang mengantuk malam berjaga
Mencari cucu di mana ada
Nenek ku kawin dengan anak raja (camner nenek boleh kawin ngan anak raja yek?)


Lagu rakyat yang masih didendangkan hingga ke hari ini.
Semalam petang dalam perjalanan ke rumah dari school, Wafi nyanyi lagu ni masa dalam kereta.
Wahhhh... bila belajar ni Fi?
Baru je ibu dengar lagu jong2 inai, dah ada plak lagi nenek2.
Dok menyanyi jer ker kat school tu?
Hari tu baru tanya kat ummi tentang lagu jong2 inai.
Rupanya lagu tu untuk murid tadika wat persembahan.. tapi dipanggilnyer sekali budak2 taska.
Ramai2 menyanyi.. ramai2.. menari.


Sangat seronok bila Wafi, Bami & Kawi nyanyi sama2.
Siap buat aksi lagi nenek jalan terbongkok2.
Tapi kan... ibu masih dok terpikir macamna pencipta lagu ni boleh kaitkan nenek yang bongkok tiga tu dengan anak raja.
Haihhhh.... ada sejarah kot.
Manalah tau, nenek tu bila kawin ngan anak raja, majiknya dia bertukar kepada puteri hehehe...

Wednesday, July 25, 2012

Obses dengan kebersihan gigi

Kawi : ibu, adik nak bawak berus gigilah pegi sekolah.
Ibu: nape pulak?
Kawi: adik rasa mulut dengan gigi adik busuklah. Tadi masa kat sekolah bila adik bau mulut sendiri, busuklah.
Ibu: makruhlah dik. takpelah sekarang kan bulan puasa, adik tak makan, tak minum, memanglah ada bau.
Bami: dik, bau mulut orang yang berpuasa tu umpama bau kasturi.

Kak Widad memang sangat menjaga kebersihan gigi dia. Kalau masuk bilik air mesti tak lupa gosok gigi. Dok asyik suruh ibu comparekan gigi sapa paling putih... paling bersih.
Kadang2 sibuk periksa gigi Wafi. Kalau tak putih, tak wangi...kena paksa gosok gigi. Marahlah adiknyer tu.
Kalau Kawi tolong mandikan Wafi memang satu pakej, dari kepala sampai ke kaki.
Pastu soh ibu cium, kepala yang bersyampu, badan yang bersabun dan gigi yang bergosok.
Dengan dia2 sekali ibu kena cium.

Dengan abang Imi pun sekali. Kak Widad suka wat pertandingan siapa paling wangi.
Dah... ibu juga yang jadi pengadil cium rambut, badan, gigi  Bami, Kawi dan Wafi.
Memang padanlah kat sekolah pun Kawi jadi ketua kebersihan.

Bami plak pagi semalam lepas mandi, ibu tanya dah gosok gigi belum.
Tak.. nanti makruh...
Aikkkk... pagi2 sebelum matahari terbit mana ada makruhnya Bami.
Nak ngelat tak gosok gigi pada2 lah..
heeeee... gerammmm...
dahhhh.... pegi gosok gigi dulu!!!!!!
yelah... yelahhhh......

Tuesday, July 24, 2012

Jong-jong Inai Mak Ipung Raja Wali

Malam tadi masa ibu lipat baju sambil temankan Bami wat homework, adalah dengar Wafi nyanyi.
Perasanlah dia nyanyi sambil joget2.
Bami lah yang sibuk tanya kat ibu Wafi nyanyi lagu apa sebab Bami pun rasa macam penah dengar lagu tu.
Ibu teka2 lah macam lagu "Jong-jong inai".

Request Wafi nyanyi lagi.
ermmm confirm.... memang lagu Jong2 Inai.

Jong-jong inai mak ipung raja wali
Jong-jong inai mak ipung raja wali
Jong-jong inai mak ipung raja wali
Sepak tunggul inai berdarah ibu kaki (yang ni ibu tambah)

Dah tu banyak kali gak lah dia nyanyi sambil menari.
Mintak abang Mi nyanyi sama.
Sampai nak fensannnn Bami kena paksa nyanyi.
Enjoy sungguh dua beradik tu.
Kalau Kawi ada mesti lagi rancak. Kawi dah tidur dah letih sangat puasa kot.
Bila ayah balik dari surau, sambung balik.

Ibu rakam, nanti kalau senang masukkan kat sini.
Pastu dok asyik dok ulang tengok video yang dirakam tu.
Suka sangat tengok diri sendiri nyanyi yer Wafi.

Monday, July 23, 2012

Puasa bagi si kecil

Semalam masa temankan Wafi lunch saje2 jelah sembang2 tentang puasa.
Lauk ayam goreng, sayur carrot + kentang masak bening.
Wafi kena makan kat dapur tau, abang ngan kakak puasa.
Tak boleh tunjuk makan, minum depan abang ngan kakak.
Wafi puasa tak?
Puasa.
Puasa tu apa Fi?
Makan ayammmmm....

Adehhh....
Puasa tu tak boleh makan, tak boleh minum, susu pun tak boleh dari pagi sampai azan maghrib.
Terangkan ler serba ringkas.
ermmmm... angguk2 lagi sambil ngunyah ayam goreng dia ngap ngap ngap...
Nanti Wafi besar sket kena puasa tau.. pelan2.

Saturday, July 21, 2012

1 Ramadhan

Salam Ramadhan.
Hari ni hari pertama.
Alhamdulillah, Bami & Kawi dapat beruasa penuh.
Insyaallah, 29 hari lagi Bami & Kawi dapat bersabar dan menjalani ibadah ini dengan penuh keikhlasan.
budak omottttttttt, tak pose lagi

Pagi tadi jam 10 pagi, ibu, ayah, cik ami, cik nora, cik wada dan cik patin ke Hytex Warehouse sale.
Kali ni diorang buat kat dewan serbaguna.
Sesak... panas...
Pilihan banyak gak tapi tu lah pesen sama jer tiap2 tahun, cuma lain saiz.
Ibu dapatlah beberapa pasang baju Wafi untuk raya dan basahan ke sekolah.
Untuk Bami takde sebab takkan nak beli cartoon2 plak.
Kena cari tempat lain.
Balik2 terus boom....
Lepas asar start masak... buat kuih cara berlauk, telur campur dan goreng sayur bendi.

Buka kat rumah atuk.
Kuarga cik elis, umi, cik ujang dan cik cha jer yg takde.
Tu pun atuk dah pesan2 siap buka kat sana.
Alahhhhh... atuk ni... tak payah pesan pun kitorang mesti buka kat sana tau.

ok bye..... jom solat dulu!






Thursday, July 19, 2012

Makan ulam

Ibu sangat suka ulam2.
Kalau makan kat luar, sayur takde takpe tapi ulam mesti ada.
Cicah sambal belacan @ sambal tempoyak..uhhhhh memang best.
Biasanya petai, jering, kacang botor, jantung pisang, timun, bendi celur dan beberapa yang lain.
Kalau kat rumah mak ada jering tua... perghhh lagi best.. buat sambal tumis cili hijau.
Goreng ngan cili, bawang, belacan, jering potong2..
Bila makan, harus mak mertua cik noon lalu kat belakang pun tak perasan.

Bami, Kawi & ayah tak makan pun ulam2 yang berbau cam petai ngan jering.
Rugi arrr uols tak makan... sekali makan pasti nak lagi.

Tapikan.. anak ibu yang cinonet tu makan PETAI.
Tiap kali ibu makan mesti dia nak makan, tapi tak banyak lah sebutir dua jer.
Lepas tu luahkan. eeee... macam2.
Dia ingat kacang ker hapa.
Pandai jugak kopek sendiri.
Bila dah makan walau sebutir tu.. hullamakkkk kencing dia.. fengsannnn...
Wafi... wafi...

Tuesday, July 17, 2012

Kongsi Ilmu : .... sambungan

Ibubapa sebagai role model

1. Jadi contoh kepada anak dalam perlakuan & perkataan.
2. Bermain dengan anak semasa mereka kecil & apabila mereka besar jadilah teman baik.
3. Usaha supaya tidak tinggalkan rumah dalam tempoh yang lama kecuali dalam keadaan terdesak.
4. Perhati perkembangan pembesaran anak.
5. Hindari bermarah2 kerana itu sumber kerosakan.
6. Hindari hidup yang melalaikan kerana itu sumber malapetaka.
7. Biasakan anak hafaz Al-Quran dari kecil.
8.Cegah anak dari meniru tingkahlaku orang kafir.
9. Cegah anak berteman dengan orang yang lakukan maksiat.
10. Cegah anak meniru gaya lelaki bagi anak perempuan dan begitu sebaliknya.

Monday, July 16, 2012

Masuk U

Kata2 ni dapat dari website MOHE masa nak check result cik biela.

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit &
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan

Tahniah cik wada dapat tawaran ke USM & UTM
Setakat hari ni masih belum wat keputusan lagi..
1hb September mendaftar

Pada cik biela, cuba lagi untuk next intake.
Don't give up!!

Thursday, July 12, 2012

Kongsi Ilmu : Bersama Membentuk Permata Hati Cemerlang

Minggu lepas hari sabtu 7/7/2012,  bertempat di dewan SKBK telah diadakan majlis perjumpaan ibu bapa murid UPSR.
Slot ibu bapa dikendalikan oleh Ustaz Mohd Ashraf bin Suarin Al-Muqri.
Perkongsian ilmu dengan slide, muzik yang benar2 memberi manfaat.
Antara yg sempat ibu catat:-

Ciri2 ibubapa mithali
1. Mengingati Alllah s.w.t
2. Menjaga anaknya dengan baik
3. Memelihara keluarga dari fitnah
4. Mengawasi akidah, akhlak & perilaku anak
5. Memerhati siapa rakan anak

5 perkara yang kita inginkan
1. Wajah yang cantik
2. Duit yang banyak
3. Kesihatan yang baik
4. Anak yang cerdik dan berjaya dalam hidup
5. Tidur yang nyenyak tanpa gangguan
Untuk dapatkannya adalah manfaat dari solat 5 waktu

bersambung.....

Wednesday, July 11, 2012

Pagi yang kelam kabut

Malam tadi ibu dah siap2 buat apam snow white yang gebus2 gitu.
Tidur pun lewat sket dlm jam 12.30 am, ohhh dah pagi dah...
Takpe lahh sebab esok leh lah lewat sket bangun.
Cam biasa pagi kunci jam hp beberapa kali.
Selalu bangun jam 6 pagi ni lewat sket 6.15, dah tak perlu wat bekfes.. sebab apam tu pun ibu dah susun cantik atas pinggan letak atas meja, tutup jer dengan tudung saji.
Lepas solat, lepas buat air untuk anak2, Kawi plak panggil mintak tunjuk homework BI yang terlupa nak siapkan.
isshhhhh... pantang betul, malam tadi taknak siapkan.. geramm betul.

Tak lama pastu Wafi pulak bangun nak menetek.. hadoii.... dah takmau tidur pulak.
Sib baik mood baik, ayah ajak hantar Kawi sekali.
Masa tu ingat dah jam 7.05 sebab sebelum tu ayah dok sibuk cari kunci keta ibu, ntah kat mana letaknya.
Dah semua pegi, ibu pun start le exercise, takleh lama, 15 min jer pagi ni.
Lepas tu kelam kabut lah pulak sediakan baju2 anak2 untuk sekolah petang.

Susun kuih plak untuk bawak bekal, ibu punya, ayah dan Wafi.
Tengok jam dah dekat kol 8 am. Sib baik uniform semua dah bergosok.
Tak sempat mandikan Wafi, mekap artis pun ala kadar.
Meja tak sempat berkemas.
Pesan kat ayah mintak tolong kemas.

Lari laju masuk kereta yang ayah dah panaskan enjin.
Tengok2 baru jam 7.45 am.
eehhhh geramnya... sapalah yang cepatkan jam nih..
Patutulah ayah cakap, nape kelam kabut, cam biasa jer..
Memang lah jam tu anak2 dah cepatkan 25 min, tapi ni lagi cepat.
Pandailah korang yer.. takmo ayah antar lambat gi sekolah tu yang main pusing2 jam tu.
Pusing dehhh kepala ibu nih..
Sib baik waktu solat leh dengar azan dari surau berdekatan.
Anak2.... nantilah petang.. nak kena syarahan nih hohohoho...

Monday, July 9, 2012

Misi mencari

Ibu sebenarnya dah lama benar mencari kat mana fail yang berisi sijil2 dan transkrip2 waktu belajar dulu.
Rasanya dah cari kat semua kabinet, rumah atuk, dalam kereta.
Siji2 tu memanglah tak guna sebab ibu ni kan dok kat syarikat ni since praktikal sampai la sekarang.
Hadoiiii... 16 tahun dok mengharap kat syarikat nih... harap apa????? tiada harapan hehehe..
Buka fail tu pun sebab nak masukkan sijil2 seminar, training dsb semasa dalam perkhidmatan.
Hari tu bila dah down sangat sebab keje yang tak abis2, ingatkan nak cari kerja lain tapi bila memikir folder sijil yang tak ditemui, just makan hati jer lah.
Boleh jer kalau nak mintak universiti printkan copy.. bayar guna wang post, kasi details.. insyaallah akan sampai ke rumah, macam yang ayah buat.
Tapi bila tak dah tak tension kunun2 nya... maleh arrr nak pikir pasal semua cert tu.

Satu malam tu masa nak kemas kabinet baju yang macam nak muntah tu.. terjumpa plak plastik yang ntah hapa2 ntah dalamnya.
Kalau tak silap, beg2 kertas yang cantik2 yang ibu memang kumpul sebab sayang nak guna.
Buka plak satu envelope besar, belek2.. ya Allah... transkrip2 peksa semua dok dalam tu.
Ehhh.. tak semua.. rasanya yang buat copy, masa tu tahun 2007 sebab ibu ada apply satu agensi ni tapi tak panggil pun, sampai dah lupa :-(
Syukur alhamdulillah.. tapikan.. macamana boleh ada kat situ, wallaua'lam.

Yang peliksss....mana peginya folder dia, ibu pun tak tau.. yerlahhh dalam tu ada sijil2 berenti sekolah rendah, menengah dan sijil2 lain yang ibu rasa tak perlu masa nak apply kat agensi tu.
Sekarang ni tengah terfikir untuk meneruskan misi mencari2 peluang yang lain.
Yerlahh.. dah dapat kembali sijil2 tu.
Tapi bila fikir pros & cons, tunggu jerlah.....

Thursday, July 5, 2012

Bila serangga memberi petanda

Setibanya di rumah...
Cik Ana : Kak, kat rumah banyak nyamuk lah.. kenapa yek?
Ibu : Rumah akak pun banyak gak sejak seminggu ni. Nyamuk yg tajam plak tu warna akan2 putih..
Cik Ana : aa'aa la.. kita nak maghrib jer.. sembur satu rumah.

Di pasaraya ANK...
Ibu : Beli ridsect jer ker?
Kawan lupa nama : aa'aa... malam tadi aku gaduh ngan nyamuk.. banyak betul.
Ibu : Yelah.. kat rumah saya pun terasa muncul nyamuk seminggu nih! Dengan semut sekali naik.
Kawan lupa nama : Aku rasa dekat nak musim hujan.. pastu nanti mulalah banjir kawasan rumah aku. Pantang hujan lebat lama sket mesti banjir.. beberapa tempat yang aku pindah mesti banjir.. takde 'ong' la..
Ibu : La.. kesiannya... nak wat camner kan..

Balik rumah ibu mula wat kesimpulan.. gamaknya nyamuk ni banyak sebab dia dah jadi dewasa.. sebelum ni kan dalam bentuk jentik2 pastu bila nak musim hujan cepat2 jadi dewasa (atau dah gitu kitaran hidupnya hehe), jadinya takdelah dihanyutkan dek air hujan nanti.

Yang si semut plak.. sebelum ni kan dok dalam tanah, bila musim hujan nanti takut di bawak arus hujan.. thats why lahh dia naik atas lantai rumah atau daratan.

Binatang2 ni mungkin tau bila masanya mereka kena selamatkan diri dari bahaya dan bencana. Macam dalam filem tu.. bila ada tsunami contohnya banyak ikan pegi ke kawasan cetek sket... ada hurricane ker.. mulalah burung2 mencari kawasan yang selamat.. dsb..

Wallahua'lam.


Wednesday, July 4, 2012

Ragam anak2 minggu ni.

Imi
Tersalah budget.. dia ingat final Euro isnin yg malam rupanya pagi isnin
huhuhuh.. melepas lah...
Imi ingat ibu nak benarkan ke imi tengok bola sbb kan pagi tu nak gi sekolah.. karang ngantuk plak.

Kawi
Kat sekolah ada praktikal mandi wajib. Ustazah akan tunjuk apa yang perlu dibuat.
Kena bawak baju salin bla..bla..bla..
Kawi, bila masa kita perlu mandi wajib? Bila dah kering haid, dsb... errr.. kawi dah ABC ker?
Ibu pun tak terpikir lagi nak tunjuk mandi wajib tu camner.. haihhhh teruknya. Alhamdulillah... pihak sekolah lebih perihatin.

Wafi
Assaaaapidahhhh...
Sampai sekarang kami tak tau dia sebut apa.. nak kata astaghfirullah jauh sekali... entah laaa...
Kalau malam lepas ayah dan Bami balik dari extra class, kena main 'play pretend'. Kunun2 dia buka restoranlahh tak pun jadi chef.. ambik order, masak.. siap... sua makanan dia.. jadi kami kena buat2 makan.
Kena puji melambung2... jadi dia sakan gelak sampai terpejam2. Suka sangat.
Lepas main... takmo kemas plak... tinggal jerr... apalagi... issyuuuuu lah...ayahhh jugak!!!!
Kalau tengah rajin, semua benda dia nak kemas... tak boleh orang pegang penyapu dan mop.. dia pun nak buat juga.

Sayang kamu bertiga tight2..

Monday, July 2, 2012

Mahal harga menempah baju melayu.

Semalam tengahari ke kedai tailor yang biasa kami tempah baju melayu.
Tahun ni hantar baju ayah jer since baju Bami nak beli siap jer.
Kan ayah dapat kain ela free dari kolej untuk dipakai masa konvo, jadinya takyah lah beli.
Cuma yang tak best nya tema baju raya kena ikut kolej pulak :(
Bila dah ukur2 tu.. tailor tu tulislah atas kad rege tempahan.
Mak aiiii RM70.. aikkkk tahun lepas kan RM65 jer.. ibu cakap.
RM70 tu rege dari tahun lepas sebab dah dekat nak raya.. tailor tu bilang..

ooooo.. ye ker... ni kira dah dekat nak raya lah yer..
Sebab setau ibu tahun lepas memang ibu hantar awal sebab ikut jadual, kolej ayah konvo sebelum raya.
hurmmmm.... kalaulah ibu rajin menjahit baju melayu kan lagi baik RM70 tu ayah bagi kat ibu kan!!!

Gitulahh... nasib baik ibu memang dah plan nak beli baju siap untuk Bami sebab selepas dihitung lagi baloi beli dah siap jer.
Kalau tak kena beli kain dalam RM40-RM50.. dah tu upah jahit RM65 sebab Bami kira kecik lagi. Kecik2 pun RM65 ibu rasa still mahal.
Sekarang pun dah banyak baju2 siap dijual kat pusat pakaian dan gedung membeli-belah.
Kain pun ok cuma mebi kena alter kat panjang seluar jer macam baju melayu putih sekolah agama.

Ibu ingat nak beli dalam minggu ni sebab kalau lewat2 takut tak dapat warna dan saiz yang dikehendaki.
Untuk ibu, Kawi dan Wafi dah beli kain, dah potong.. tinggal nak jahit jer..
Sekarang ni belum ada napsu lagi.. tunggulah mungkin seminggu dua lagi tapi sebelum bulan puasa lah..