Pages

Friday, February 28, 2020

Ole-ole dari Aceh 2020

ehhh... tak habis lagi kisah Aceh ke.
Ok..ok.. hampir nak move on. Last entry.
Kali ni nak tunjuk ole2 yang dibeli di sana,
 
Kalau di Malaysia, ala bingka gitu.
Ada perisa tepung dan ubi kayu.
Dua2 sedap. Satu kotak ada 3 pack RM100,000.00
Yang ni kena order dulu dari supir.. nanti akan ada orang hantar ke hotel sebelum check out.

Kopi Aceh.

Dendeng daging.

Dendeng ikan.
Dendeng ni beli di penjual Kapal Atas Rumah.

Pisang sale.. yang ni beli banyak, 20 pack
Rp5,000/pack.

Kacang ni pun sedap.
Beli 5 pack di penjual Kapal Atas Rumah. Last year beli 1 pack je. Bila makan kat rumah... ehhh.. rugi plak beli satu je.

Telekung travel Rp125,000.00
Beli dari penjual yang sama di Pasar Aceh.

Yang ni sangat special sebab Fauzan yang bagi. Family sendiri tanam. Seorang dapat 1 pack.
Masa nak balik bagi... nak kena kira luggage pulak.. mujur cukup hahhaah..
Next time boleh beli beras dari Aceh.

Texture memang cantik.. macam ada campuran pulut.
Nasi berkilat dan lembut.
Aahhh... ada lagi sebungkus.. sayang nak masak hehe..
 
Oh ya... yang kanan tu rupa dendeng ikan yang dah digoreng.
Ada rasa manis2... ada campuran jintan dan ketumbar juga.
 
Ok... siap sudah entry Aceh.
Alhamdulillah.


Wednesday, February 19, 2020

1/2 day trip to Cameron Highland 2020

16.02.2020
Impromptu plan naik ke Cameron Highland asbab pada nak fetch kakak Widad di Tapah.
Rasa ada ample time tu yang ajak Cik Fatin sebab dia yang kena drive.
Ayah tak ikut since kena bertugas di kolej.
 
Gigih Cik Fatin drive dengan jalan yang berliku2. Masa pergi Wafi dah muntah2 sebab perut kosong. Lupa nak ambik breakfast untuk dia adehhhh... ibu pun dah pening2.
Decide balik ikut Simpang Pulai lah sebab jalan lebih lurus tapi ada juga kekesalan.

Actually ibu craving for tea and scone hahahha... sedap makan di atas.

Order ni je... makan light2 je.

Suka the ambience kat sini.
One for the memory.

Berlatar belakangkan ladang teh.

Kea Farm.
Nak sampai sini agak hazab... 1 hour from Brinchang. Ini weekend biasa. Kalau ada extended cuti atau cuti sekolah lagi lah teruk jam nya.
Kat sini cari sayur, buah dan aiskrim. Juga sedikit makanan buat kudap-kudapan.

Cameron Highland ni dah tak sejuk mana. Tengahari masa kami sampai tu 27c. cuma berangin lah sikit. Mungkin juga sekarang faktor panas.

Segar.

Kaktus.
Takde beli bunga2 apa pun sebab tak rajin nak jaga bunga2 kawasan sejuk ni.

Aiskrim ni tengah viral. Kalau tak silap harga RM5-6
Ni Cik Fatin belanja diorang.
Beli juga aiskrim Malaysia RM1.50 sebatang.

Kalau naik CH kenalah beli strawberi.. haaa sekali dengan coklat ya.. karang terkemut2 tahan masam.

Sepatutnya singgah di Cactus Valley tapi dah terlepas jalan.
Kita jalan balik je lah lepas shopping tu.

Balik ikut Simpang Pulai memang jalan luas dan tak banyak kenderaan tapi bila dah keluar kat Simpang Pulai nak lepas kan Tapah dah jam.
Cik Fatin taknak tukar drive.
Ok lah.. sis redha (suka hahahhaa)

Singgah di RnR Tapah untuk late lunch/early dinner dan sampai rumah jam 8.30 pm.
Alhamdulillah.

Friday, February 14, 2020

Good luck Kakak Widad

I posted this picture in FB status last night and kakak Widad really like it.

Hope you'll try your best on motorcyle test today as what you did with the car last 2 weeks.

May Allah grant you with success and happiness ever after.

Love,
Ibu

Thursday, February 13, 2020

World Globe

Suka baca perkongsian di bawah.
 
Skrin shot je ya.
Semoga bermanafaat buat semua.

1st attempt.
Nak cari yang lagi besar.

Wafi pun suka.
Boleh jadi collection item ni.
Juga sedang riki2 world map!

Wednesday, February 12, 2020

2D1N - Kuala Pilah, Masjid Sri Sendayan, Citadine Dpulze & Putrajaya

8 & 9/2/2020
 
Fuhhh... sekali jalan. Pack 2 hari.

 
Last minute decision pergi Kuala Pilah attend wedding anak buah Cik Ana. Gerak jam 10.30 am dan just nice sampai hamper jam 1 pm.
Lupa pulak nak ambik picture kat sana.

Balik tu singgah di sebelum area Ulu Bendul, minum cendol dan air kelapa.
Ingat nak beli something kat tepi jalan tapi tak tau nak beli apa hahaha... padahal ada jual itik salai, petai, telur itik dsb.

Wafi kata nak hantar pic ni kat Miftah.

Singgah solat di Masjid Sri Sendayan, Labu, N9.
Ramai pengunjung.. jadi boleh lah pic ni.
Kenangan dah sampai sebab entah bila dapat ke sini lagi,
Kalau kurang orang boleh lah cari spot2 menarik untuk bergambar.

12/10/22 : edited : pakcik Zie dah edit hahahha... kan tengah trending Edit Apa Hari Ini😁😁

Check in di Citadine DPulze, Cyberjaya.

Oh ya.... setiap guest kena check temperature disebabkan wabak coronavirus yang sedang melanda di seluruh negara.

Malam tu ayah ada dinner ASAS di sekolah. Kita lepak2 je di bilik selepas dinner.

Kali kedua ke sini.. peralatan memasak semua complete tapi kami tak masak apa2 pun sebab bawah tu kan shopping mall.
Service apartment ni best.. bersih dan kemas. Highly recommended. Boleh dapat dalam RM170/night.
Cuma pool biasa2 je.

Katanya sedondon haahhaha...

Lepas maghrib kita dinner bertiga di mall bawah tu je.

Wafi kata nak rasa buah ceri ni.. layankan je..RM13/100g
Ambik dan timbang, sekali... RM22.. hahahaha.. makanlah korang buah mahal ni.. kalau tak.. boleh dapat 2 pack anggur!

Check out jam 12.00 noon
Singgah lunch di rumah pengantin baru, Uncle Zaki di Putrajaya.
Shoot balik lepas tu.. lepak pulak rumah nenek.
Balik lepas maghrib.
Habis dah 2 hari cuti yang padat!
 


Monday, February 10, 2020

Makan-makan di Pulau Sabang dan Banda Aceh

Salah satu agenda nak cari tempat-tempat makan dan try makanan selain dari yang kita dah pergi masa 1st haritu. Ada yang berjaya.. ada yang kita repeat.

In flight meal.. nasi lemak Pak Nasser.

Lunch di restoren tepi jalan je (tak ingat) tapi lauk dan sayur tiada banyak pilihan sebab kami sampai pun agak lewat. Tak sempat ambil gambar dan ibu rasa harga agak mahal Rp320,000.00

Food street Kilometer Nol

Campuran rojak buah di Kilometer Nol.
Mereka letak buah rumbia.. ada rasa kelat masam. Kombinasi yang sedap.

Sedap... Rp10,000.00
Yang tergantung2 macam tasbih tu lah buah rumbia.

Dinner di Pantai Paradiso

Sate gurita.
Rasa ala2 daging dan kenyal.

Jus guava
Style kat Aceh jus diblend sekali dengan ais yang sedikit. Pure betul rasa dia.

 Megi bakso.

Kerepek melinjau.. rangup sebab nipis. Tapau lagi sebungkus.

 All time favourite... jus alpukat.

Jus jeruk.
Jangan salah order jus limau ya... nanti mereka bawakan jus limau nipis🀣🀣

 Ayam geprek.

Ayam penyet.

Ayam lembut dan rangup. Di sini takde sup kosong ya.


Breakfast di Pantai Iboih

 Nasi gurih ala nasi lemak jika di Malaysia.

 Makan tak berapa puas sebab sambal sedikit.

Bakso goreng.
Ini makanan jalanan juga. Kawi kata sedap.

Lunch di Pulau Rubiah
Kalau kat Malaysia nama kuih ni Isabella.
Ubi rebus, lenyek tambah gula, garam dan kelapa parut. Sebelum goreng salut dengan bancuhan tepung.

Ini semua Kawi beli sebab dia kan suka food hunting dan mencuba sampaikan Hendra tegur "anak akak suka makan ya".. hahahha... nak wat camno.. spesis mak dia!

Ini set lunch dah termasuk dalam pakej dolphin & snorkelling.
Ikan bakar sedap sebab terasa bau arang.. tapi 4 ekor makan 6 orang agak banyak.. kita ratah je.
Tambah lagi beli rojak buah kat sini.

Dinner di Aci Kupi Rasa

Murtabak Aceh..
Di tengah2 ada roti canai. Tepi telur dadar.
Adeh..... dalam banyak2 makan ini je yang show off sebab Kawi nak rasa juga.

Dinner di Aci Kupi Rasa tak ambil gambar sebab menu yang sama seperti 1st makan. Di tambah pula banyak stall tak buka.

Breakfast di Dhapukupi, Banda Aceh

Selain dari main dish soto ayam, kami tambah dengan kuih2 di bawah.

Bingka tepung dan bingka ubi.
Sedap. Ini tester kot nak beli sebelum balik esoknya.
3 lotak Rp100,000.00

Lupa plak nama kuih ni.

 Pulut panggang tapi di tengah tiada inti.

Timphan Aceh
Lebih kurang macam lepat jika di Malaysia.

Timphan Aceh juga

Dalam macam ni. Lembut dan manis just nice.
Sedap.

Green tea. Sampai ke Aceh minum ni dah macam kat Siam.
Sepatutnya ibu ambil kopi sebab Aceh kan terkenal dengan pengeluaran kopi tapi takut sakit kepala ibu pendamkan je huhu...

Tengahari kami skip lunch sebab masih kenyang dan nak fokus ke tempat lawatan.

Tea time di Pantai Ulee Lheue

Pelbagai variasi goreng-gorengan.
Yang unik mi megi disimpul dalam ada bakso.

Ada bakso goreng di stall Garuda (kalau tak silap) sedap.. sambal pedas.

Ada air kelapa.. tapi make sure kalau nak minum atau makan kena berdekatan dengan spot mereka jual sebab kerusi meja semua penjual yang sediakan sendiri.

Ada jagung bakar manis dan pedas.

Teh botol yang popular. Rasa pahit2 dan kurang manis.


Dinner di Restoran Mi Bardi

Nasi goreng ayam. Jauh jalan makan ni je Kawi adehhh... kat Malaysia pun banyak tapi dia kan nak rasa masakan Negara lain.

Mi Aceh Kepiting (basah)
Ada ketam dan udang.. mewah sungguh.
Boleh minta variasi goreng, basah atau berkuah.

Mi Aceh Lobster (berkuah)
Yang ni Rp80,000.00 sahaja, Cik Fatin yang order.

Jus Durian Belanda
Fuhhh.. pekat

Supper di Rex Peunayong

Kerang rebus (mata kurang besar compared 1st pergi) dan sate matang.
Jus jeruk... all time favourite juga.


Breakfast di Hotel Medan

Starter dengan buah-buahan.
Ada juga roti bakar, bubur kacang hitam dan bubur nasi.

Barisan makanan berat.
Kali ni lebih puas hati dengan varieties.

Matlamat untuk food hunting tak capai sasaran 100% sebab aktiviti penuh.
Insyaallah akan cuba di lain kali.