Pages

Saturday, November 28, 2020

Hari terakhir Abang Imi di PMS



Ini lah pilihan yang ada untuk breakfast yang disediakan pihak hotel. Actually restoren ni bersebelahan dengan hotel je dan rasa owner yang sama.
Ok laa dengan harga bilik RM90 dapat free breakfast untuk 2 orang.

Makan ni selepas hujan turun di awal pagi memang best!

Selepas bteakfast terus ke poli.
Sebelum tu call abg Imi tapi lahaiii....asyik tak berjawab. Bila sampai, Bami kata baru lepas mandi. Kami tunggu di perkarangan Pusat Islam.


Di depan blog kediaman abang Imi.

Di depan bangunan pentadbiran pula.

Lepas ni entah bila Bami akan ke poli semula. Insyaallah masa graduasi.

Terus kita shoot balik. Bami apalagi terus zzzzz

Balik tu condident je tak tengok waze.
Sekali sampai Segamat.
Adehhhh... jauh ke bawah. Ingat nak ikut jalan Kuala Pilah.

Teruslah menghala ke Tangkak sebab situ hala ke highway terdekat.

Alhamdulillah perjalanan smooth je. Jalan pun clear.

Lepas tol Setia Alam kena tanya pula masa sekatan jalan.

"Ni ramai-ramai nak ke mana ni"

Hahah...

Sepanjang pergi banyak sekatan tapi takde plak kena tanya.. last2 kena kat tempat sendiri🤭🤭🤭🤭

Bagitau encik polis baru ambil anak di Pahang.

"Boleh saya tengok surat kebenaran polis"

Baik tuan.

Nampak... permit tu memang kena adalah ya... tak kira di mana tempat kita kena tahan hahahah

Jangan gamble je.

Singgah dulu di Warung Nasi Syukri
Beratur 50 minit baru dapat beli.
Balik, mandi, makan dan rehat.
Fuhhhh.. penat.



Saturday, November 21, 2020

Perjalanan ambil Abang Rahimi dan stay di Anjung Hotel Muadzam

Seperti yang dirancang, kami bertolak dari rumah jam 8 am. Singgah di Petronas Setia Alam untuk mengisi petrol dan menambah nilai touch n go.

Pagi ni perjalanan sangat lancar. Kenderaan tak banyak maklumlah masih PKPB lagi.

Singgah di gerai tepi jalan menghala ke Kuala Pilah. Since gerai tu hampir menyediakan lauk tenghari maka kami brunch terus kerana masa tu hampir jam 10 am.

Tanya pemilik gerai ada tak lauk salai.. katanya tunggu 5 minit.. ahhhh.. gembira bukan main sebab salah satu keluar berjalan nak makan local dish. Ada lemai daging salai, puyuh, daging goreng kunyit dan beberapa lauk lain.

Ibu ambil daging salai dan asam pedas ikan kembung.
Masyaallah.. sedapnya. 
Pedas.
Peluh.
Minum plak kopi o panas.
Ambil kopi o sebab cuaca yang agak mendung.

Jam hampir 1 pm sampai di Muadzam shah.

Tak tau bila lagi akan ke sini.


Sebelum tu singgah di Anjung Hotel kot2 dapat check in awal. Tak dapat masuk lagi sebab check in jam 3 pm.

Kami ke bandar dulu untuk berjalan-jalan sambil minum dulu.

Singgah pasar jumpa baby crab. Tak pernah jumpa. Belilah 1 bag tu RM10. Mula2 makan excited. Lama2 tak boleh makan.. keras haha.. dan kaki ketam rasa tersangkut kat tekak.

Selepas beli sedikit juadah lain dan minum2, jam 2.30 pm gi hotel untuk urusan check in.

Harga bilik RM90 semalam dan ada 2 breakfast. Tadi sengaja ke Tong Villion kot dapat bilik murah dan check in awal. Malangnya hotel dah 4 bulan tidak beroperasi kerana pendamik Covi19.

Ini lah keadaan bilik di Anjung Hotel. Dapat yang  menghala jalan raya memang dengarlah kenderaan lalu lalang. Bahagian lain ok bersih tapi tepi dinding bawah langsir tu ada taik cicak. Alahai.. spoiled. Korang tak bersihkan ke bawah langsir tu. Dah satu kerja ibu nak pi buang. Itupun yang betul2 sebelah katil. Mujur ada tisu tandad disediakan.

Petang ni layan ni je. Rasa sambung ke malam🤭

Prosedur mendapatkan Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Umum tahu selain Perlis, Pahang dan Kelantan telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disebabkan penularan Covid 19. Disebabkan Abang Imi perlu pulang bercuti selama 6 minggu dan membawa semua keperluan asrama maka ibu ayah perlu mengambil abang Imi.

Permit khas diperlukan memudahkan pergerakan kerana akan ada sekatan jalanraya di beberapa daerah. 

Apa yang perlu di buat?

1. Dapatkan surat dari pihak Hal Ehwal Pelajar, Politeknik. Ini Abang Imi perlu lah mintak takkan ibu pulak😬😬

Lepastu surat perlu dihantar secara elektronik dalam bentuk format. Lebih mudah.

Print 2 salinan.

2. Buat senarai nama dan kad pengenalan semua yang akan berada di dalam kereta. Kena patuhi had limit penumpang yang dibenarkan.

Print 2 salinan.


3. Buat 2 salinan kad pengenalan setiap individu yang berada dalam kereta.

Buat 2 salinan.


4. Download borang ni dari laman web rasmi dan isikan setiap butiran yang dikehendaki dan buat dalam 2 salinan.

5. Setelah siap kepilkan keempat2 item di atas menjadi 2 set dan bawalah ke balai polis yang berdekatan dengan tempat tinggal. Polis bertugas akan check semua dokumen lengkap sebelum memberikan kebenaran.

Sebelum tu pegawai ada tanyakan dokumen asal surat Politeknik. Tunjukkan mesej whatsapp yang abang Imi hantar tu dan download surat tu.

Proses mudah je asalkan kita sediakan semua dokumen yang diperlukan. Ada juga balai yang tidak memerlukan salinan kad pengenalan. Lebih baik sediakan sahaja.

Masa 1st ayah pergi tu tak bawa salinan kad pengenalan. Mujur ada kedai Jay Jay yang ada khidmat photocopier. Pergi kali kedua ibu follow selepas habis waktu pejabat. Proses dalam 1/2 jam macam tu. Mujur datang awal sebab lepas 5.30 pm tu semakin ramai orang menunggu di luar balai.

Sepanjang perjalanan dari Klang ke Muadzam ada dalam 5 sekatan jalan raya (kalau tak silap). Mereka menjenguk2 je ke dalam kereta. Ini untuk memastikan bilangan penumpang mengikut prosedur. Mereka takde pula meminta permit. Alhamdulillah. Kalau ditanya kita dah standby kan. Sebab Cik Elis ada bagitau mungkin balai polis yang kita pergi benarkan 4 orang (kes tertentu) tapi sekatan jalan raya tak benarkan. Untuk lebih selamat dan tak menyusahkan better follow the procedure je. 

Peace in mind gitu🥰🥰🥰


Perjalanan pun sangat lancar. Gerak jam 8 am singgah beberapa tempat dan sampai jam 1 pm.

Transit dulu di hotel sebab Abang Imi soh ambik esok. Alahai anak.... 

Monday, November 16, 2020

Bye-bye ASTRO

Hari ni cuti sambungan sempena Deepavali. Bolehlah uruskan beberapa perkara yang tertunggak.

Cik Bila request untuk terminate langganan ASTRO.. lama dah cakap tapi ibu macam alaa.. malas lah nak arrange. Lagipun nenek kan tengok tv lagi. 20 tahun lepas langgankan ASTRO sebab coverage kat rumah mak tak best. kadang macam semut bila tengok TV. Itu pun ambil pakej yang paling basic. Masa tu dalam RM30++  je dan kongsi dengan Cik Elis dan Cik Nora. Mula2 je diorang bayar. Tapi bila mereka berkahwin dan tinggal asing mereka tidak kongsi. Ibu je lah bayar selama beberapa belas tahun. Bila Cik Biela kahwin dan duduk sekali dengan mak ibu rekues Cik Biela bayar. 

Since Cik Amir ada bagi kotak Android yang boleh access beberapa channel maka boleh lah digunakan untuk menggantikan ASTRO tu.

Maka hari ni seawal 9.15 am hari ni ibu call khidmat pelanggan ASTRO 03-9543 3838

Mudah juga nak access dan mesin yang jawap pun tak begitu lama jadi dapatlah bercakap dengan customer service bernama Wan.

CS akan tanya no. 

- IC dan nama penuh untuk tujuan pengesahan.

- Bil bulanan

- Berapa last bil yang dibayar

- Bayar di mana

- Alamat rumah

Seriously ibu cakap tak pasti dan bagitau adik (Cik Fatin @ Cik Biela) yang bayar hehehe. 

Juga alasan mengapa nak hentikan langganan ASTRO. 

Jawapan : Income terjejas disebabkan Covid19 dan tidak mampu untuk membayar bulanan.

CS kata pihak ASRO dapat tolong dengan memberikan rebate sebanyak RM15 selama 2 tahun jadi hanya bayar RM26.50 setiap bulan.

Wahhh... menarik juga pakej ni tapi sebab teringat Cik Biela yang nak minta terminate dan beliau yang perlu bayar maka ibu pun firmed dengan keputusan menghentikan langganan ni.

Since guna pun dah lama dan loyal client hehehe, takde apa-apa contract, maka ASTRO pun boleh terminate dan effective 30.11.2020

Nanti CS akan beri no rujukan untuk termination. Tunggu 1.12.2020 jika ada sebarang bill yang perlu dibayar. 

Simpan sini buat rujukan.

Harap Cik Biela dapat sediakan channel yang nenek boleh tengok.. itu je. 


Friday, November 13, 2020

Anniversary ke 21 tahun

Alhamdulillah... hari ini ulangtahun perkahwinan yang ke 21 tahun. Jadi ibu ayah dating berdua celebrate di Tony Romas. Keluar jam 6.30 pm.. sampai2 di Setia City Mall solat maghrib dulu.

Ambil gambar dulu sebelum bertolak. Buat kenangan.

Lentok sikit hahaha...

Masuk gambar ni sebab pakai baju ni nampak macam kurus sikit hahhahahaah😂😂😂😂

Sementara tunggu makanan sampai.
Ni yang nyampah bila selfie.. sapa yang ambik gambar mesti nampak boooolaaaatttt🥺

Fish & Chips ibu punya.

Rib ni kongsi.

Pasta ni untuk ayah.

Makan kat TR ni takdelah mahal sangat sebab untuk 3 hidangan ni RM102.00 termasuk tax. Ini sebab set2 ni ada air sekali. Kami ambil 2 ice lemon tea dan light coke.

Sebelum balik tapaukan Tealive dan makanan di Family Mart untuk Kawi dan Wafi.

Sampai rumah dapat pulak surprise card dari anak-anak.. yang sebenarnya Wafi yang tulis lepastu minta tandatangan kakak.. yang abang punya tanda "R" 😎

Front page Wafi kata tak sempat bubuh kaler.

So nice... tq sayang.
Belajar dari youtube.

Ada pantun pula.

So sweeeettt🥰
Ibu ayah suka.
Wafi kata google.
Is okay... anything from you dear.

Thank you anak2 ibu atas ingatan yang tulus ini. Semoga hubungan ini sentiasa mewangi❤❤❤❤


Thursday, November 12, 2020

Snowy Owl sudah mendarat

Ni haaaa sepupu si Feather the Owl dah sampai.

Snowy Owl. Limited edition sempena winter dan allocation 5000 pcs je untuk Malaysia. Memang menjerunglah oiler2 tegar ni. Ibu relax je... cakap kat teacher Watie kalau tak dapat pun takpe... kita dah pakai Peppermint untuk release emosi yang tidak bagus hahhaha..

2.11.2020 tepat jam 9 am berbattle lah oiler sampai system YL crashed. Fuhh... penangan Snowy  ni. Hingga YL tangguhkan ke hari esoknya atau hari ke 3 kalau tak silap. Dalam masa 2 minit gone. 

Ibu dapat pun teacher Watie bagitau ada oiler nak jual RM550... ambik lah since barang rare ni. Cuma sayang tak dapat 72 pv. Ingat haritu kalau dapat beli ini dan few items dapat 190 pv jadi boleh dapat free gift Roll On Deep Relief. Tiada rezeki. Promo pulak tukar pada gift yang lain. 

Snowy ni nampak pucat tapi bila dah bubuh sticker.. fuhhh... happening. Semua tu kerja Wafi dan telah selamat dirasmikan.

Display rack pun dah siap.. so bolehlah susun2 EO yang ada. Senang nak capai. Order dari cik Ang. Teacher Watie puji cantik hahhahaha... bila RCD puji seronoklah🥰🥰🥰

Tak sabar nak penuhkan dengan eo2 yang lain dan nak rasa khasiat pati tumbuhan tu sendiri.
 

Saturday, November 7, 2020

All the best Aisyah


Hari ni last day collegue, Aisyah setelah berkhidmat selama sebulan. Seorang yang cepat belajar. 

Semoga terus sukses di masa hadapan.

Sambung lagi PKPB


PKPB bersambung sehingga 6.12.2020

Terdapat kluster baru berdekatan iaitu Kluster Teratai di mana pekerja2 syarikat sarung tangan terkemuka didapati positif. Semoga mereka diberi kesembuhan dan seluruh warga sekitar dijauhi dari covid ini. 

Jumlah positif juga semakin meningkat di Selangor🥺