Mana yang boleh buat di rumah kita buatlah dengan source yang limited.
Email ofis boleh guna (guna HP)
Nak masuk server memang tak lepas.
Internet sangatlah slow.
Dari dapur sampai ke ruang tamu mencari coverage.
End up minta kawan IT emailkan file, save ke hp dan kemudian transfer ke laptop.
Panjang plak langkahnya. Itupun ada file yang tak boleh buka.. kena buka email di.laptop Bami.
Tapi itu je lah solution yang ada.
Haraplah unifi boleh masuk cepat tapi harap masa tu dah tak perlu WAH.
Pages
Tuesday, March 31, 2020
Monday, March 30, 2020
#day13/28 PKP : Kuih Gegetas
Puasa hari ni tapo sempat siapkan breakfast untuk penghuni rumah.
Tengahari ayah setelkan masak tengahari dan boleh makan sehingga malam.
Ibu masih mengadap drama Siam🤭
Petang memang dah plan untuk buat kuih gegetas. Minta Bami ke kedai sekejap beli kelapa parut.
Bila berbuka suka makan kuih yang sedikit manis.
Beli air soya delivery.
Kuih Gegetas
(sumber MAHN)
Bahan-bahan
1. 1 cawan tepung pulut
2. 1/2 cawan tepung gandum
3. 1 cawan kelapa parut
4. Secubit garam
5. Air secukupnya
Gula sira
1. 1 cawan gula
2. 3/4 air
Cara-cara
1. Campurkan bahan 1 - 4 dan bubuh air sedikit demi sedikit.
2. Pastikan adunan tidak terlalu keras atau lembik dan ia tidak melekat di tangan dan boleh dibentuk.
3. Ambil sedikit, bulat2kan kemudian leper2kan.
4. Dulang tabur dengan sedikit tepung.
5. Goreng sehingga kuning sedikit.
6. Cara sira
6.1 Letak gula atas kuali dan masukkan air
6.2 Hidupkan api
6.3 Kacau sehingga pekat dan keluar buih2
6.4 Tutup api dan masukkan gegetas yang telah digoreng.
6.5 Kacau sehingga gula mengeras dan boleh dihidang.
Labels:
Main masak2
Sunday, March 29, 2020
#day12/28 PKP : The Crown Princess
Ok..ok... mesti ada yang pelik.. kenapa drama Siam pulak?
Entah..
Just tengok bila ada yang share di FB.
Dah biasa sangat drama Korea.. kita play tune pulak.
Nama pelakon pun tak pernah dengar.
Ada 12 episode dan nearly 2 hrs setiap episod.
Nampak tak gigihnya sis melayan drama ni.
Sinopsis
Puteri Alice merupakan pewaris tahta dari negara Hrysos yang mendapat perlindungan dari Lt. Komander Davin (Win) semasa di Thailand. Untuk keselamatan diri P'Alice ni kena kahwin olok2 dengan Win dan dinamakan Naree.
Puteri Alice perlu berlakon sehinggalah keadaan di Hrysos tenang. Banyak sangat konspirasi yang mahu menjatuhkan atau membunuh beliau. Puteri Alice ada sepupu bernama Puteri Kate dan Putera Alan yang mana bapa mereka Putera Andre yang sepatutnya menjadi pewaris tapi datuk Alice ni tak percaya dengan kemampuannya. Itu sebab dia bagi kat Alice. Ibu bapa Alice pula sudah mati. Alice ni nama je puteri tapi dididik cara tentera.. muka sweet tapi kuat.
Ehhh.... pi lah tengok.. best ooo.. ada lagi beberapa episod. Hero hensem dan intelligent..kahkah... itu je motifnya...
Entah..
Just tengok bila ada yang share di FB.
Dah biasa sangat drama Korea.. kita play tune pulak.
Nama pelakon pun tak pernah dengar.
Ada 12 episode dan nearly 2 hrs setiap episod.
Nampak tak gigihnya sis melayan drama ni.
Sinopsis
Puteri Alice merupakan pewaris tahta dari negara Hrysos yang mendapat perlindungan dari Lt. Komander Davin (Win) semasa di Thailand. Untuk keselamatan diri P'Alice ni kena kahwin olok2 dengan Win dan dinamakan Naree.
Puteri Alice perlu berlakon sehinggalah keadaan di Hrysos tenang. Banyak sangat konspirasi yang mahu menjatuhkan atau membunuh beliau. Puteri Alice ada sepupu bernama Puteri Kate dan Putera Alan yang mana bapa mereka Putera Andre yang sepatutnya menjadi pewaris tapi datuk Alice ni tak percaya dengan kemampuannya. Itu sebab dia bagi kat Alice. Ibu bapa Alice pula sudah mati. Alice ni nama je puteri tapi dididik cara tentera.. muka sweet tapi kuat.
Ehhh.... pi lah tengok.. best ooo.. ada lagi beberapa episod. Hero hensem dan intelligent..kahkah... itu je motifnya...
Labels:
Tonton
Saturday, March 28, 2020
#day11/28 PKP : Harijadi
Hari ni hari jadi ayah RAWIWA.
Sambutan hanya di rumah sahaja dan masak menu simple since ibu tak boleh berdiri lama sangat.
Seawal jam 7 am dah sediakan sambal sotong. Kemudian masak nasi lemak. Potong2 timun dan rebus telur juga goreng ikan bilis.
Tiada kacang sebab tiada stok.
Tak perlu pening2 kepala kalau tak cukup bahan rasa tak boleh jamah nasi lemak tu🤭🤭
Lepastu buat kek oren.
Again, takde limau sunkist kita gantikan limau ala sunkist.. bubuh sunquick.
Mula2 bakar pakai loyang 6 inci.. ada lebih masukkan je dalam bekas cupcake.
Lagi senang nak bubuh atas pinggan.
By 9.45 am semua ready.
Banner dan bunga2 tu semua recycled. Yg baru kad ucapan yang ditulis oleh Wafi.
Selamat hari jadi @inche jalan rebung.
Semoga sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah.
Labels:
Family/Friends
Friday, March 27, 2020
#day10/28 PKP : Frankincense
Masih ada sisa2 kesakitan.
Pergerakan juga masih terbatas.
Duduk tidak boleh lama dan kena betul posisinya.
Cuaca pula panas... petang hujan sedikit.. masih terasa bahangnya.
Pergerakan juga masih terbatas.
Duduk tidak boleh lama dan kena betul posisinya.
Cuaca pula panas... petang hujan sedikit.. masih terasa bahangnya.
Ini abang Imi tolong gorengkan. Cekodok pisang.
Sebab guna sudu itu yang jadi leper2.
Lembik katanya.. susah guna tangan.
Takpelah Bami.. asal rasa sedap.
Frankincense sepanjang ketidakupayaan.
1-2 drop, sapu dan urut di bahagian pinggang dan spine.
Buatlah sekerap yang mungkin.
Insyaallah dengan khasiat dan izin Allah akan melegakan.
Labels:
Family/Friends
Thursday, March 26, 2020
#day9/28 PKP : Sedikit ujian
Hari ni ibu banyak berbaring... tapi dengan cuaca yang sedikit panas agak tidak selesa. Beralih kiri dan kanan.
Kisahnya ibu nak alihkan meja Wafi ke depan tv untuk mudahkannya buat homework. Masa angkat terus bongkokkan badan instead turunkan badan. Terus rasa sakit di bahagian belakang. Pandangan pula tiba2 kabur. After a while.... the sight became normal.
Sakit belakang still rasa.
Terus ambil Panaway dan Frankincense YL. Sapu2 beberapa kali in few hours.
Solat duduk.
Allahu.. bila Allah tarik kesihatan😢
Untuk bangun dari pembaringan kena berhati2.
Ibu dah sediakan bahan masakan pagi tu untuk kakak Widad masak since ibu puasa.
Since ayah yang nak masak, ikan tukar kepada sardin dan telur.
Makan membawa ke dinner cum buka.
Petang tu Kawi order burger dan soya dari Meru Food Channel.
Sekarang ramai orang buat delivery.
Takpe lah... kita bantu dengan membeli dari mereka.
Labels:
Family/Friends
Wednesday, March 25, 2020
#day8/28 PKP : Tempoh dilanjutkan
Nikmat apabila duduk di rumah |
Tengahari tadi Perdana Menteri Malaysia, Tan Seri Muhyidin Yassin telah mengeluarkan kenyataan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan sehingga 14hb April 2020.
Ini menjadikan jumlah hari tinggal di rumah adalah 28 hari.
Semoga rantaian covid19 dapat dipatahkan dan rakyat Malaysia dapat menikmati kehidupan seperti biasa.
Labels:
Family/Friends
#day8/14 PKP : Kuih Bakar / Bingka Pandan
Kuih Bakar / Bingka Pandan
Bahan-bahan
1. 1 cawan tepung gandum
2. 1 cawan santan
3. 1 cawan air pandan
4. 1 cawan gula (guna 3/4 sahaja)
5. 1 biji telur
6. 7 SB minyak masak
7. Secubit garam
8. Sedikit pewarna hijau (jika mahu)
9. Bijan (tiada stok)
Cara-cara
1. Blend semua bahan di atas
2. Tapis dan terus masukkan loyang yang sudah dioles/digris dengan margerin.
3. Tabut bijan.
4. Masukkan dalam air fryer
5. Suhu 180°
6. Bakar selama 50 minit atau ikut air fryer masing dan nak tahap mana kegaringan di luar.
7. Sejukkan sebelum potong
Nota : sebab tahan nak panas-panas, bila potong nampak tak rata hehehe
Tapi rasa memang sedapppp
Labels:
Main masak2
Tuesday, March 24, 2020
#day7/14 PKP : Kuih Cara Manis
Since kena masak lebih kerap semasa perintah #stayathome maka tanya je lah anak-anak nak makan apa.. kalau dapat ibu penuhi.
Kuih cara manis ni rekues dari Wafi.
Seperti biasa, google resepi dari blog Che Ann.
Kuih Cara Manis
(Boleh hasilkan 10-12 pasang)
Bahan-bahan
1. 1 cawan tepung gandum
2. 1 1/2 cawan santan
3. 1/2 cawan air pandan
4. 1 biji telur
5. 1 SK margerin
6. Sedikit pewarna hijau
7. Secubit garam (optional)
8. Gula pasir
Cara-cara
1. Blend/whisk bahan 1 hingga 7 sehingga halus.
2. Panaskan acuan dan oles dengan minyak masak untuk elakkan melekat. Api kena adjust.
3. Masukkan batter dalam acuan. Tunggu sebentar.
4. Bila bahagian tepi bertukar warna, masukkan 1/2 SK gula ditengah2.
5. Tutup acuan.
6. Bila bawah sudah agak keperangan, boleh angkat.
Nota: Jika 1st trip tak menjadi seperti melekat... jangan putus asa.. keluarkan/kikis kerak2. Oles lagi minyak.
Labels:
Main masak2
Monday, March 23, 2020
#day6/14 PKP : Jahit Baju
Hari ni buat cekodok pisang. Rekues dari penghuni rumah.
Pisang berangan beli hasil dari Meru Food Channel.
Mujur dekat.
Makanlah dari pagi membawa ke petang.
Lumch pun siap awal.
Lemak kobis, kembung goreng dan sambal belacan.
Projek hari ni. Jahit baju.
Disebabkan tak boleh nak hantar jahit tepi kita jahit dalam dan luar. Lagi kemas sebab kain cotton.
Setel.. tinggal nak pasang zip kain je.
Jam 3.30 pm dah melangut depan tv pulak.
Membawa ke malam.
Midnight movie "Overdrive" lakonan Scott Eastwood.
Hansdome oooo hero... tu sebab layan walau dah kali kedua tengok hehehe...
Pisang berangan beli hasil dari Meru Food Channel.
Mujur dekat.
Makanlah dari pagi membawa ke petang.
Lumch pun siap awal.
Lemak kobis, kembung goreng dan sambal belacan.
Disebabkan tak boleh nak hantar jahit tepi kita jahit dalam dan luar. Lagi kemas sebab kain cotton.
Setel.. tinggal nak pasang zip kain je.
Jam 3.30 pm dah melangut depan tv pulak.
Membawa ke malam.
Midnight movie "Overdrive" lakonan Scott Eastwood.
Hansdome oooo hero... tu sebab layan walau dah kali kedua tengok hehehe...
Labels:
Family/Friends
Sunday, March 22, 2020
#day5/14 PKP : Face Mask
Punyalah susah nak dapat face mask.
Farmasi. Tiada.
Pasaraya. Tiada.
Kedain runcit. Tiada
Kedai Aceh. Tiada.
Oh ya... masa pergi cari tu pakai mask balance masa pergi Aceh Januari lepas.
Tinggal 2 pcs je.
Last2 dapat idea dari FB.
Face mask DIY.
Pattern yang macam surgical face mask ni jadi pilihan.
Contoh seperti di bawah.
Measurement dalam cm ya.
Mula-mula buat dalam inci... ehhh.. apesal besar sangat haha...
Ukuran ni memang sama dengan surgical mask yang biasa tu.
Kat tengah2 tu untuk masukkan tisu.Lipatan macam ni.
Kalau dah siap jadi macamni.
Sebab kat rumah takde getah, kita bubuh tali.
Ok... ready to wear.
Siap 2 ke dulu.
Nak kena cari kaler gelap sebab Bami taknak pakai.. bunga2 kaler pink ni gegurl punya.... Bami kata.
Ada rajin ibu buat.. tak rajin itu je lah.
Sorang je pun dalam keluarga boleh keluar rumah.
Tak perlu lah buat sampai 1 dozen.
Takde nya nak jahit panik hahahhaha...
Macam orang jual face mask... semua panik nak beli.
Harga tak masuk akal.
Sekarang ni bukan pasal harga tapi face mask tu pum takde.
Hurmmmm...
Labels:
Family/Friends
Saturday, March 21, 2020
#day4 PKP : Projek baju raya
Suram.
Lepas berkemas2 dah tak tau nak buat apa. Teringat kain yang belum dijahit. Kain ni kiriman masa Cik Wada and the gang pergi Bandung.
Rasa dah 4-5 tahun lepas.
Mujur tak mereput.
Ambik lah buku jahitan dan peralatan yang lain.
Setel tenghari.
Dapat Wafi je.
Balance 3 meter lebih.
Sepatutnya kain tu untukWidad dan Wafi tapi sebab mereka dah membesar dengan jaya nya, memang tak cukup kain.
Sempat jahit mask balance kain tu.
Esok lah baru upload sebab dah masuk washing machine untuk dibasuh.
Setakat jam 7 pm hari ini angka kematian disebabkan covid19 adalah 8 orang.. 4 orang meninggal pada hari ini.
Sedih.
Semoga yang tinggal di rumah dapat mematahkan rantaian virus covid19 ni.
Kita usaha.
Labels:
Family/Friends
Friday, March 20, 2020
#day3 PKP : Mengaji dan khatam Al Quran
Cik Ami ilhamkan dari grup family Kajang.
Setiap ahli perlu habiskan juzuk yang dipilih. Tujuannya untuk khatam Quran dan isikan masa yang ada lagi baki 11 hari.
Wafi pilih juzuk 6.
Budak is being budak.
Ada semangat nak berlumba2 dengan yang lain.
Wafi kata nak lawan Alma dan Denin.
Adehhh.. selagi tak habis rasa tak puas hati.
Jenuh ibu nak explain.
Sabar nakkk...
Yang penting bacaan dan tajwid betul.
Setiap ahli perlu habiskan juzuk yang dipilih. Tujuannya untuk khatam Quran dan isikan masa yang ada lagi baki 11 hari.
Wafi pilih juzuk 6.
Budak is being budak.
Ada semangat nak berlumba2 dengan yang lain.
Wafi kata nak lawan Alma dan Denin.
Adehhh.. selagi tak habis rasa tak puas hati.
Jenuh ibu nak explain.
Sabar nakkk...
Yang penting bacaan dan tajwid betul.
Labels:
Anak2
Thursday, March 19, 2020
#day2 PKP : Onde-onde Buah Melaka
Hidanga untuk minum petang.
Bagi Wafi dan kakak uli tepung dan belajar buat onde2.
Alhamdulillah sukses.
Satu family makan puas.
Siap bagi Cik Ana dan Cik Yah sebab ibu habiskan 1 pack tepung pulut.
Resepi dibawah adalah resepi asal ambil di FB MAHN.
Onde-onde Buah Melaka
Bahan-bahan
1. 3 cawan tepung pulut
2. 1/2 cawan tepung beras
3. Gula Melaka dipotong2
4. Air perahan pandan
5. Sedikit pewarna hijau
6. Kelapa parut
7. Garam halus
Cara-cara
1. Gaulkan tepung pulut dan tepung gandum dengan air pandan sedikiti demi sedikit. Masukkan juga sedikit pewarna hijau.
2. Uli sehingga doh tidak melekit di tangan.
3. Cuit sebesar syiling 20 sen. Bulat2 kan dan penyetkan sedikit.
4. Masukkan seketul gula melaka. Tutupkan dengan doh dan bulat2kan.
5. Letak didulang yang ditabur sedikit tepung.
6. Panaskan air dan masukkan doh yang dah siap berinti. Tunggu sehingga doh tadi timbul. Angkat dan toskan.
7. Sebelum tu kelapa parut dicampurkan dengan sedikit garam kukus sekejap untuk tahan lama.
8. Letak kelapa parut atas pinggan sebelum letak buah melaka untuk elakkan buah melaka melekat di pinggan.
9. Gaulkan buah melaka dan kelapa parut. Sedia untuk dhidang.
#campuran tepung beras atau gandum untuk elakkan kuih sedikit liat jika hanya guna tepung pulut.
Labels:
Main masak2
Wednesday, March 18, 2020
Perintah Kawalan Pergerakan
Hari ini 18.3.2020 sehingga 31.3.2020 bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 16.3.2020.
Perintah ini adalah bagi mengekang penularan Covid19 yang semakin membimbangkan. Bila sekatan dijalankan ia akan mengurangkan kontak kepada virus ini.
Sesetengah pejabat kerajaan dan perniagaan perlu mematuhi perintah ini. Sekolah dan IPTA/IPTS juga terlibat. Ini membolehkan mereka berada di tempat tinggal masing2.
Ofis ibu juga telah mengeluarkan garis panduan yang perlu dipatuhi. Ia bukan cuti2 yang membolehkan kita keluar dengan sengaja untuk meliburkan diri.
Kita semua perlu sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran.
Semoga semua baik-baik dan dalam lindunganNya.
Labels:
Family/Friends
Monday, March 9, 2020
Burnt Cheese Cake
Resepi yang sedang viral di FB Air Fryer Malaysia.
Buat nya pun agak mudah.
Burnt Cheese Cake
Bahan-bahan
1. 250g cream cheese (Tatura)
2. 125g whipping cream (Arla)
3. 3 biji telur
4. 1/2 cawan gula halus
5. 2 SB tepung gandum
6. 1 SB perahan lemon (optional.. ada juga yang letak esen vanilla)
Nota : Jenama cream cheese dan whipping cream boleh je guna yang lain, sebab ini yang paling murah di pasaran, jadi ambik yang tu je.
Cara-cara
1. Masukkan semua ke dalam blender dan kisar sehingga lembut/ringan (dalam 2-3 minit)
2. Guna Loyang sesuai dengan air fryer dan sapu dengan butter.
3. Tuang adunan 3/4 je ya sebab nanti ia akan mengembang.
4. Kalau loyang tinggi ada kemungkinan bahagian tengah akan cair. Jadi sesuaikan adunan.
5. Masuk dalam air fryer 180c/25 minit.
Ini yang 1st. Jangan expect rupanya akan naik segebu2nya ya hahhaha...
Ini yang kedua... faktor cahaya jadi ia tak nampak burnt.
Keratan rentas gitu.
Tekstur akan padat sebab mainly cheese based kan.
Selamat mencuba.
Easy peasy!
Labels:
Main masak2
Sunday, March 8, 2020
Take a break and job hunting.
Jam 3 pm ke SCM nak rehat2 sekejap since dari Jumaat malam Wafi dok ulangkaji untuk test SK esok.
Sempatlah ayah bayar bil hp dan lepas tu late lunch di Mamak Place.
Rupanya kakak Widad dah plan dengan ayah nak cari kerja kat mana2 kedai di SCM.
Layan kan je lah kakak walk in.
Bagi kakak konfiden jumpa orang.
Semoga ada rezeki untuk kakak.
Aamiin..
Sempatlah ayah bayar bil hp dan lepas tu late lunch di Mamak Place.
Rupanya kakak Widad dah plan dengan ayah nak cari kerja kat mana2 kedai di SCM.
Layan kan je lah kakak walk in.
Bagi kakak konfiden jumpa orang.
Semoga ada rezeki untuk kakak.
Aamiin..
Labels:
Anak2
Officially
Alhamdulillah kakak Widad sudah dapat lesen kereta dan motor.
So ibu dah ada driver baru.
Buat di Tapah cepat sikit sebab queue kurang compared buat di Lembah Klang.
Masuk bulan 12 dan in between sempat cuti 2 minggu untuk ke Aceh.
February mid dah dapat.. yang penting kena cukupkan jam pemanduan dan test mesti lulus.
So ibu dah ada driver baru.
Buat di Tapah cepat sikit sebab queue kurang compared buat di Lembah Klang.
Masuk bulan 12 dan in between sempat cuti 2 minggu untuk ke Aceh.
February mid dah dapat.. yang penting kena cukupkan jam pemanduan dan test mesti lulus.
Labels:
Anak2
Saturday, March 7, 2020
JJCM Kulim : Restoren Adam Hj. Razali
Di depan Restoren Adam Hj. Razali. Kami sampai untuk lunch.
Makanan yang kami order.
Semua sedap.
Banyak lagi yang belum cuba.
Bersama pemilik restoren.
Dapat tau dari FB ni.
Definitely will come again.
Makanan yang kami order.
Semua sedap.
Banyak lagi yang belum cuba.
Bersama pemilik restoren.
Dapat tau dari FB ni.
Definitely will come again.
Labels:
Makan2
Thursday, March 5, 2020
Debaran telah berakhir
Akhirnya keputusan peperiksaan telah diumumkan pada hari ini.
Beberapa hari kakak Widad agak resah memikirkan result yang akan diperolehi.Masa ke sekolah pun masih risau... jadi ibu pasangkan zikir bagi Kawi tenang.
Apa pun keputusan yang diperolehi kena redha... teruskan melangkah.
Jam 11 am baru pengumuman dibuat oleh pengetua sekolah.
Keseluruhan keputusan % sekolah meningkat.
Alhamdulillah.
Kakak bergambar dengan rakan-rakan sekelas.
Bersama Balqis.
Ibu bangga dengan kakak Widad.
Walau Kawi sedikit kecewa kerana tidak mencapai sasaran, tapi tetap bersyukur dan gembira kerana ada subjek yang diperolehi sangat baik.
Kawi, teruskan melangkah.
Semoga kejayaan sentiasa mengiringi.
Ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk anak ibu.
Labels:
Anak2
Wednesday, March 4, 2020
Kenduri Kesyukuran Ticer Watie & Oilylicious
Alhamdulillah dapat juga berkunjung ke Oilylicious By The Park (OBTP) sekembalinya dari Kulim.
Sekali harung je kita berjalan since majlis bermula jam 4 pm hingga 9 pm.
Sampai2 kita makan dulu sementara tunggu giliran nak jumpa Ticer Watie.
Makan pun sedap.
Booth ni wajib pergi ya. Beratur nak jumpa ticer.. Diva dan jutawan minyak ni ramai yang nak dapatkan aura.Hoyayyyy.... mak minyak sudah kita jumpa.
Sempat lagi Ticer Watie pass EO.. adeh.. dalam sibuk2 tu.. ingat nanti2 je.
Fuhhh... curlasssss..
Ada satu lagi di Puchong... Oilylicous By The Lake (OBTL)
Semoga murah rezeki ticer dan anak minyak nih!
Khemah pun cantik.
Take 2 hahahaha
Ayah dan Saiful Rizal, husband Ticer Watie.
Semoga ibu diberikan masa dan rezeki untuk menuntut ilmu essential oil ni.
Labels:
Family/Friends
Tuesday, March 3, 2020
New globe
Haaaaaa... baru puas hati dapat globe yang besar.
Beli di Shoppee RM89 siap ada lampu.
Yang kecik tu pakai kanta pun masih tak nampak sebab ibu kan rabun dekat dan jauh.
Jenuh nak kecik besarkan anak mata.
Globe ni dari China, bila sampai bahagian tengah tu terbuka. So kena lekatkan balik guna salotape.
End up dah jadi kemas.
Ini saiz 32.
Lepas ni nak cari yang background kuning pula.
New collection.
Wafi pun dah semakin suka mengadap globe ni.
Siap yang kecik tu dia nak letak dalam rak eksperimen sains dia.
Ambiklah nak... nanti ibu tambah lain.
Beli di Shoppee RM89 siap ada lampu.
Yang kecik tu pakai kanta pun masih tak nampak sebab ibu kan rabun dekat dan jauh.
Jenuh nak kecik besarkan anak mata.
Globe ni dari China, bila sampai bahagian tengah tu terbuka. So kena lekatkan balik guna salotape.
End up dah jadi kemas.
Ini saiz 32.
Lepas ni nak cari yang background kuning pula.
New collection.
Wafi pun dah semakin suka mengadap globe ni.
Siap yang kecik tu dia nak letak dalam rak eksperimen sains dia.
Ambiklah nak... nanti ibu tambah lain.
Labels:
ECE
Monday, March 2, 2020
Karya Wafi
Masa belek2 buku nota kecik sebab nak buat buku nota belanjawan, terjumpa hasil seni Wafi.
Masa ni umur 8 tahun sebab ada tulis nama dan darjah 2 Azam.
Ibu tengok macam ibu ayam.Wafi kata buah avocado.
Hurmmmm....
"DON'T HURT ANIMALS"
Nama beruang tu Cam :-)
Ada nama pembuat hehehhe...
Comel lah awak ni Wafi.
Ibu simpan sini so bila Wafi besar mesti bangga dengan karya sendiri.
Labels:
ECE
Subscribe to:
Posts (Atom)