Pages

Sunday, July 31, 2011

Sambutan Ramadhan

Mak masak lontong, kuah kacang & sambal ta'un.
Kata mak sempena nak puasa esok.
Elis wat ayam masak kicap. Ibu wat sayur.... errrr sayur togeh goreng.
Hahahaha... memang tak sesuai tapi sebab diorang tak nak lodeh....sapa soh!!!
Nak wat sayur campur... dah boring lak makan..
Makanyerrr taugeh yg jadi pilihan.
Tengahari ni adik beradik kumpul kecuali cik baya n kuarga tapah.


Ni gambar raya tahun 2009.
Kuarga besar kami.
Tahun ni buka puasa bertambah lagi 2 menantu baru dan beberapa cucu baru.
Semoga kedatangan bulan Ramadhan ni akan menambahkan keeratan silaturrohim antara semua.
Mudah-mudahan segala amal di bulan yang penuh barkah ini akan diterima oeh Allah s.w.t. Amin..

Friday, July 29, 2011

Gendut

Semalam masa nak balik dari makan nasi ayam dua ringgit lima puluh sen, ibu ada dengar ucapan sorang budak kecik rasa2nyer 3-4 tahun kot.

Mak, baby tu gendut laa....

2 kali gak budak tu cakap kat mak dia, mebi mak dia wat2 tak dengar kot yerr laaa takut2 ibu budak gendut tu tak puas hati.

Ibu budak gendut tu, ibu Wafi lerrr sebab dah Wafi jer baby yang kat stall tu.
Ibu hepi jerr and tak kisah pun bila ada orang cakap Wafi n gendut.. tapi biasa gendut tu tang perut ala2 buncit dedeber gitu..
Tapi Wafi ni takde la gendut tapi more to montokssss...gamaknyerr budak tu tak jumpa vocab yang sesuai hehehe...
Bak kata Abang Imi selalu ... Wafi ni undut laaa....
Ramai yang geram sebab badan dia kan montel2 gitu.. tapi sekarang ni dah susut sebab dah leh jalan2.. lompat2... aktif.
Ban kat lengan ngan kaki pun dah menyusut.
Tapi alhamdulillah Wafi sihat2.

Hytex - Jualan Gudang Hari Raya

Ni kena pegi nih...
Boleh lerr buat2 baju basahan anak2.
Gambar ni bukan kat Hytex (Hytex kat luar jerrr.. panas)
Ni kat Dewan Serbaguna Meru, jualan gudang gak,
banyak brand Anakku. Pun masih berbaloi beli kat sini.
Sale sampai 31/07/2011
Tarikh : 30/07 - 31/07/11, 06/08-07/08/11 & 13/08-14/08/11 (6 hari sahaja)
Masa : 10 am - 6 pm
Tempat : Hytex, Taman Ehsan, Jalan E1/5, Kepong
Tel : 03-6273 2323
Pakaian kanak : Tenderly, Disney, Issue, Looney Tunes, Winnie the Pooh etc
Sebelum ni pakaian dewasa ada gak tapi yang ni tak pasti.
Esok pegi ngan Cik Elis insya allah.

Wednesday, July 27, 2011

Riadah

Ni xtvt bersama kuarga, beberapa bulan lepas.
Petang2 bila takde plan nak gi mana, kat padang pun boleh.
Yang penting ada xtvt ngan anak2.
Kadang2 kat Shah Alam... kadang2 kat Setia Alam... kadang2 kat padang rumah boyot pun boleh..
Ni kat padang depan Muzium Shah Alam & library.
Rahimi & Widad - sapa paling tinggi.

Tak kira di mana, waktu makan mesti kena makan kan... Wafi.
Bumbo mesti kena bawak.. kalo tak susah plak nak suap si Wafi ni.

Kaki sebelah tu napa Kak Widad?
Gaya mesti ada aaaa...

Ecece Bang Mi... cekap dah main badminton.
Kat tepi padang tu nenek ngan atok. Cik Fatin pun ada sama.
Ramai lagi masa tu... selagi muat Cik Exorina, selagi tu lah sumbat hehehe...
Kami memang begitu.... the more the merrier!!!!

Tuesday, July 26, 2011

Gigih

Hamboiiiiii..... puasa pun belum lagi sibuk ngan baju raya.
Dah setahun tak menjahit baju, kini ibu gigih menjahit.
Yerlahhhh... tahun lepas habis pantang, puasa plak.. jadi ibu tempah jer baju. Tak sempat..
Tahun ni tak boleh ler tempah... mahal wehhhh... setakat baju kurung 4 pasang, RM120..ishhhhh.... boleh beli baju branded utk anak2 ibu kan....
Baru 2 pasang siap... tang buat tulang sardin/belut tu yang lambat...(nak cepat letak list jerr)
Jahit pun memalam time Wafi tido..
Dengan Bami ngan Kawi lagi yg ibu kena tengok2 kan..
Tahun ni since Wafi dah jalan, ingat nak watkan Wafi baju kurung.
Belum cari kain lagi...belum????? hishhhh.... tak teingat plak nak beli masa cari kain ibu ngan Widad.
Minggu ni kena cari gak... hari tu nampak kat Giant ready made utk baju baby dalam RM40... ibu rasa mahal lerrrr... takpe ... buat sendiri lagi jimat kan dek!

Monday, July 25, 2011

Pengertian Puasa

Ramadhan lagi seminggu.
Ibu buat revision dengan anak2 & anak buah tentang maksud puasa.
Bami : Puasa ialah menahan diri dari melakukan perkara2 yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari (ini kes hafal dari buku fiqah SRA sebab nak peksa kan....tapi ibu tau Bami memang faham maksud puasa sebab Bami dah 11 tahun oppssss... lagi 3 bulan)

Kawi : Puasa tu tak makan dan tak minum (secara umum yer Dik... juga tak boleh berendam atau berlama2 dalam bilik air tau.. makruh).

                                     
Ain : Puasa tu makan ramai2 kat rumah atok... (hadoiii...budak2 tadika.. ingat tang buka jer)

                                              
Wafi : ibu ngan umi yang kasi Wafi makan ngan minum, Wafi follow je lahhh... (ishhhhh Wafi kicik lagi... kena makan ngan minum banyak2 biar cepat besar)

Saturday, July 23, 2011

Harimau Malaya vs Yang Membiru

Beberapa bulan entri tentang Rahimi yang kumpul duit utk beli tiket Chelsea.
Semangat Bami kumpul RM40.
Ayah top-up another RM28.
Sangat bagus lerr anak ibu nih!
Game hari Khamis 21 Julai 2011.
Ambik semangat.

 Simpan tiket dalam Michael Ballack nih.. takut renyuk. 

Hari kejadian. Tolak pukul 4.00 ptg, awalnyerr. Tu pun ayah sms orang dah ramai sangat.
Game start 8.40 mlm.
Paksu cam kena paksa jerr...hahaha... MU fan pakai jersi Chelsea..ada yang nak kena nih!

Go Chelsea go!


Jersi siap ada nama lagi....

Mereka bertiga sampai rumah pukul 1 pagi.
Chelsea 1, pilihan Malaysia 0.
Syabas pada semua pemain!

Friday, July 22, 2011

Hantu Susu

Malam tadi layan cereka Hantu Susu kat saluran 104.
Lakonan Erra Fazira, Amy Mastura, Zarina AF, Marsha AF (antoooo baik) & Didie Alias (antoooo jahat).
Selalunyerr tak layan pun citer2 antoo sbb ibu ni kan pengecut.
Sbb malam tadi lepak kat rumah mak, tengoklah ramai2.. Kawi pun sama.
Diorg cakap citer ni dari pelakon2 citer2 antoo yg digabungkan dlm satu citer.
Berkisar ttg antoo susu yang bunuh orang kampung, lepas dibunuh dia masukkan botol susu dlm mulut si mangsa & yg geli2 tu si mangsa siap nyotnyot lagi (hahaha,, tingat kat Wafi).
Mungkin sepatutnya kena direct feeding tapi sbb tak sesuai kan... diorg gunalah botol susu.
Didie Alias berlakon sebagai Melati aka hantu susu.
ibu bukan antooo susu yerr
tapi wafi yang suka susu ibu
Kelakar sebab nenennyerrr besarrr sangat nak tunjuk yg dia ada banyakkkk susu.
Kalau dia boleh bunuh antoo2 baek tu , maka dia lebih berkuasa dan nenenyerrr lebih powerrrr....
hahahaha... kelakarlahhh citer tu..
tapi ibu purposely tak pakai spek sbb takmo nampak jelas sangat antooo2 tu ekekeke...

Muntah darah

Semalam masa tengah meeting kat ofis dlm kol 11.15 am, Kawi tepon ibu.
Sbb tgh meeting and ibu lupa nak silent mode kan hp, ibu disconnect jer..
Tapi sbb byk kali Kawi call, ibu jwb gak.
Kawi ckp kat sekolah muntah2 and ada darah byk..
srrpppppp.... ibu bagi note kat another accountant and FM gak yg ibu kena ambik EL.
Tulis pun dah gigil2 n tulisan cam cakar ayam jer...
Ambik Kawi terus dari rumah nenek Ina.
Bwk balik umah sbb nak ajak ayah sekali.
Jumpa Dr Zainal and explain tapi soh gak Kawi explain lagi kat doktor.
Dr cakap kalau muntah bercampur darah disbbkan luka kat kerongkong.
Unless kalau batuk bercampur darah, tu yg worries tu.
Alhamdulillah.... sblm tu masa drive balik macam2 kat kepala risau.
Ibu teringatkan Atok Godin yg tiap2 bulan kena endoskopi sbb ada kebocoran saluran pemakanan.
Yelahh.... pagi tu Kawi muntah sebelum gi sekolah..mebi masa muntah tu pressure sangat kot.
Petang Kawi dpt MC... makan ubat tahan muntah, batuk n sakit pening.
Ibu monitor sbb bila Kawi batuk ibu dah risau sangat.
Alhamdulillah, sampai pagi ni Kawi ok..
Syukur...harap2 Kawi sentiasa sihat jadi boleh gi sekolah cam biasa..takdelah tertinggal banyak kelas kan!

Wednesday, July 20, 2011

Arigatou Malaysia

Terima Kasih Malaysia!
Slogan untuk Bon Odori 2011 yang diadakan di Stadium Panasonic, sabtu lepas.
Tanda ucapan kepada rakyat Malaysia yang bersama2 membantu Tabung Tragedi Tsunami berikutan kejadian tsunami di Jepun beberapa bulan lepsa.
Kami sampai dalam pukul 5.30 pm. Awal lagi sebab gate pun bukak kol 5.00 pm.
Nak sampai awal sebab nak parking dekat sket ngan stadium.
Para petugas festival sangat bagus, every junction memandu arah ke parking yang disediakan.
Sekejap jer parking dah penuh, tapi penganjur memang sediakan banyak parking bay kat beberapa kilang berdekatan.
Yang lagi lambat parking kat tepi2 jalan.
Sampai awal, masih tak ramai orang. Kipas free for everybody.
Wafi sangat syiokkk... boleh lari sana sini dalam keadaan yang tak berapa nak stabil lagi hehehe ..
Padang rumput luas. Kalau jatuh pun tak sakit.
Bami & Kawi layan Wafi main kejar2.
Ada beberapa lensa snap gambar Wafi yang sangat teruja belajar berjalan(2).
Adalah yang dia berkenan tu...
Dalam kol 7.00 dah makin ramai.
Japanese tak lerr ramai sangat, tapi Chinese ramai.. tak tau lerr kalo diorg tu Japanese hehehe... tapi boleh bezakan dari segi karakter.
Kami gerak balik kol 8.00 mlm.
Wafi pun dah exhausted. Mana taknyerrr, seminit pun tak dok diam.
Banyak nau mende yang dia nak explore.
Antara maklumat yang disediakan.

Pose dari Rahimi & Widad yang tak begitu nak mesra alam hehehe... penat dah wehhhhh...
Antara acara Bon Odori, memula pukul gendang, lepas tu adala penari2 menari kat atas pentas tu. Pusing2.
Lepas tu penonton pon join sekali buat beberapa circle kat bawah pentas dan menari beramai2 ikut penari2 kat atas tu.
Kat tepi padang, ada gerai jualan yang rata2 agak mahal. Kalau sushi kat Giant boleh dapat RM5 kat sinun 2 kali ganda.
Biasalahhh dah nama pun pesta kan!
Tapi tak jenguk every booth sebab orang ramai..semput mokcik!
Ibu beli Yakult RM4/pek, murahhh weiiiii... belilah dua pek untuk anak2 manja.

Imi : dah tau kan kimono tu camner?

Cepat sembuh yerr sayang

Hari isnin pepagi dah ke Klinik An-Nur.
Wafi batuk n selsema.
Dr Zainal check paru2, banyak kahak.
Kena buat nebulizer.
Dr bagi ubat yg keringkan selsema warna hijau, ubat kahak n lendir.
Petang ambik nampak hidung dah ok, malam tidur n menyusy macam ada bunyi kat tekak dia.
Tapi tido lena.
Tapi since ada bunyi kol 3 pagi ibu kejutkan bagi ubat.
Wahhhhh... dia cargasss ler pulak.
Sib baik tak lama, kol 4 tido balik. 
Gud girl laa Wafi ni.
Ibu rasa Wafi ni senang sangat kena selsema.
Bila dah selsema, ada kahak pastu batuk.
Rasanyer tido dah tak pasang air-cond.
Ke sebab hari sabtu petang tu balik dari Bon Odori, ibu mandikan Wafi ngan air sejuk.
Sian Wafi....
Ke sebab Wafi dok kat school yang ramai kanak2 ribena....
Ke sebab Wafi makan makanan sejuk..errr tak jugakk, bbrp hari lepas makan epal ngan pisang jerr...
Hadoiiii... fenin ibu mikir..

Monday, July 18, 2011

Pengarang jantung

ceria
Masa ni Wafi umur 5 bulan.
Bami & Kawi beri kerjasama untuk bergambar kalau tak errrrr... jangan harap.
Kalau ngan Wafi diorang ok, tapi kalau berdua hmmmmm... kirim salam hihihi...

Topeng yang menakutkannyer..

Ni lerr dia, topeng yang membuatkan Wafi terjerit2 ketakutan.
Cik baya punya topeng muka yg kwn2 kat sepital bagi sempena besday present dulu.
Kak Widad menyakat Wafi.
Dahtu suka ler dia bila si adik terjerit2.
Kena marah baru dia nak simpan.
Tu pun letak atas katil jerr, bila si adik nampak, meraung2.
Adoiii... Kawi..Kawi...
Ibu gerammmm lerrr..

Ni menempel kat peha ibu.
Punyalah takut, sampaikan bila gambar topeng tu Kawi tunjuk kat Wafi, pun masih jerit2.
Hari tu ayah ada tunjuk cover buku sorang laki yang botak, pun Wafi jerit2 takut.
Agaknyerr dia takut mende2 bulat, botak kot! huhuhu..
Aduhaiii anak.... pandai dah takut yerrr..

Saturday, July 16, 2011

Kembung?


Semalam bawak balik budak kicik ni dr school..
hamboi...muka sikit pun tak nak senyum.
Sampai kat rumah dah merengek2 nak nenen.
Sampai tertidur.
Dekat nak maghrib bangun, susu lagi pehtu dah mengamuk2.
Serba tak kena. Rupa2 nyerr cik embung dalam perut.
Sapu minyak, bagi gripe water lagi.
Tak nak main ngan abang kakak.
Melekat ngan ibu jerr.
Kol 10 mlm tidur balik.
Bangun kol 3.00 pagi.
Hadoiiii..... dia nak main pulak.
Ibu tak larat tol, dah lah mlm tido kol 12 layan Alien vs Predator.
Ngantukkkssss..
Sempat lerr gosok baju.
Aleh2 ayah yg dodoikan kol 5 pagi.
Ibu tak larat gilerr..
Kat ofis pun piau2 dah nih!!!
Harap2 tengahari ni baby Wafi dah ceria kembali!!!!!!
                                         
Macam nak senyum tapi kontrol2 gitue!!

Thursday, July 14, 2011

Cousin

Wafi Hanani & Adnin Khadijah.
Teman tapi mesra sekejap2.

 Makan sambil berbuai. Tu sebenarnya ajak Adnin main sekali.

Bila Adnin duduk kat slide tu, Wafi cam geram jerr.
Muka dua2 tak puas hati.

35th Bon Odori 2011

Sabtu ni xtvt kuarga nak ke sini.

Dah banyak tahun nak pegi tapi tak kesampaian.
So tahun ni dengan adanye baby Wafi, mesti lagi meriah.
Dia kan suka tengok orang, tapi muka tak nak senyum ekeke..
Bagi exposure sket kat anak2 tentang budaya Jepun nih, manalah tau nanti2 anak2 ribena ni nak belajar kat Jepun plak hihihi..

Ni ada sket info from website
35th Bon Odori Festival 2011, Malaysia will be held at Shah Alam together, the organizer Selangor State Office, Ministry of Tourism and The Japan Club of Kuala Lumpur will run this festival on 16-July-2011 at Shah Alam Matsushita Stadium.
Bon Odori (meaning simply Bon dance) is an event held during Obon. It is celebrated as a reminder of the gratefulness one should feel toward one’s ancestors.
In Malaysia, Bon Odori Festivals are also celebrated every year in Penang and at the Matsushita Corp Stadium in Shah Alam, Selangor. Held mainly to expose locals to a part of Japanese culture, the festival provides the experience of a variety of Japanese food & drinks, art and dance.
Date: 16th July 2011 Saturday
Time: 5:00pm – 9:15pm
Venue: Panasonic Sports Complex (formerly Matsushita Centre) or
Shah Alam Matsushita Stadium, Selangor
Phone: 03-2274 2274
Tickets: Free Admission
Organizers:
Selangor State Office, Ministry of Tourism; The Japan Club of Kuala Lumpur
Phone: 03-5510 8816
Fax: 03-5513 1199 / 1399
(Disclaimer: Information from Tourism Malaysia, the event might change, so do call them up to double confirm
Info from : http://www.tourism.gov.my/events/detail.php?id=1636&start_at=30
)
Due to the limited number of parking  bays, participants are strongly recommended to utilise the KTM. FREE Shuttle Bus services will be provided to transport participants from KTM Shah Alam Station (section 19) to Kompleks Sukan Negara and vice versa. This free shuttle service is available from 4PM to 11PM. For inquiries, please call the Japan Club at 603-22742274
***It also states certain rules for people to participate in such as…
~ NO HIGH-HEELS in the dancing field
~ Strictly NO SMOKING for designated areas
~ Wear nothing impolite or offensive and also NO COSPLAYING.***

Wednesday, July 13, 2011

Bila sudah dapat kaki

1 comments:


Mrs Zambri said...
hahhaah cian wafi nti dah dapat kaki ilang pi umah cik ujang ahahahaa
Bak komen cik cha....
Sempat lerr snap gambar Wafi kuar dari rumah senyap2 bila ibu nak ambik tuala dia.
Almaklumlah... hati bergelodak dah baper lama nak lari2 kat luar rumah.
Abaikan body yg ghemol tu... juga dinding2 rumah yg dah terkopek2 yg kununnya ayah nak cat tapi tak cat2 hehehe...
 Mulut takde suara bila pelan2 Wafi kuar.

 Wahhhhh.... bebas.. diaper dah penuh tu Wafi.. terlondeh2 seluar.

Oitttttt.... aksi tengok ada antooooo tak ...suka sangat wat aksi cenggini

 Kegembiraan & kepuasan dari seorang budak kecik... gelak besar!

Alamakkk... ni kat mana nih! Apesal tak jumpa pintu masuk rumah...bingung yerrr hahaha..
Ni nak lari lagi.. ibu tak kasi sbb hari dah panas, kaki tak berkasut.. simen tu dek nun!!

Tuesday, July 12, 2011

Tidak perlu memasak?

Pagi tadi Ummi Aida pesan, kalau ibu tak sempat masak bubur pun tak apa, diorang boleh masakkan untuk Wafi.
mata tengok tv ler tu
Sebelum ni pun ummi dah cakap diorang masak bubur untuk baby2 kat school.
Takpelah ummi, selagi ibu ada daya, ibu akan masakkan untuk Wafi.
Tak lama dah pun, sebab Wafi dah boleh makan nasi lembut.
Sayur2 pun baby dah boleh pegang & makan sendiri.
Nanti2 lerr Wafi makan food yg ummi masak kat school.
Ibu masih belum puas masak untuk Wafi.
Ibu kan nak tebus apa yang tak dapat ibu buat untuk Bami & Kawi.
ammmmmm....
Dulu kita duduk Damansara Damai, jadi pepagi kena keluar awal, ibu tak sempat masak.
Sian Bami & Kawi, kecik2 makan nestum jerr...
Tapi Bami & Kawi still membesar sebagai johan kan!

Monday, July 11, 2011

Majlis cukur rambut baby Nisrina

Ahad, ada jemputan majlis kesyukuran & cukur rambut anak ke-3 Abaw.
Rumah parents Abaw kat Port Klang tapi tak mention area Kg Raja Uda.
Fuhhh.. merata kami pegi.
Padahal bukan jauh sangat pun.
Takpelahhh... jauh sket perjalanan.
Nama anak Abaw ni Amalia Nisrina Bt Azri.
Cantik jerr bergaun pink mcm mama dia.
Wafi lahhh kacau2 dah bangun baby tu.
Wafi terpinga2 apesal ada baby lagi kecik dari dia.
Abaw n ayah.