Pages

Tuesday, May 30, 2017

Kuching 2017 - Serikin

Hari kedua masing2 bangun dengan ceria juga.
Nak jalan lagi kan.. bekfes di dalam bilik jer.
 

 
Ke Serikin kita... sempadan Malaysia-Indonesia.
Kalau kat Semenanjung macam Padang Besar, Bukit Kayu Hitam yang bersempadan dengan Thailand. 
Kami gerak dalam jam 8.00 am.

 
Perjalanan dalam 45 min ke sejam gitu dari hotel.
Jalan cantik walaupun bukan highway.
Lalu kawasan pekan dan perkampungan.
Juga lalu Jambatan Santubong dan Gunung Santubong.
Takde tempat berhenti atas jambatan tu untuk ambil gambar berlatar belakangkan gunung.
Walaupun ada kereta yang berhenti tepi.
Seram plak walau tak banyak kenderaan lalu lalang.
 
Cool lagi.

Tu tempat parking.. mebi free. Luas parking ni.
Tapi kami parking kat tepi2 rumah orang. Diorang caj RM4.
Ok lah tu.. sebab senang dan dekat dengan pintu masuk.

Ni belakang rumah orang.. ada tandas private free.
Diorang cakap ada tandas kat area parking sana.. tapi dah terlepas.. malas nak patah balik.

Mostly peniaga dari Indonesia berniaga di sini.
Pasar Serikin ni hanya dibuka pada Sabtu dan Ahad.

Gerai macam tu je.
Kebanyakan barang yang diniagakan dari Indonesia.
Ada periuk belanga, pakaian, makanan, beg, kasut dsb.

Ni kami dah jalan sampai hujung yang mana barang2 pertanian diniagakan.


Sebenarnya nak Tanya ni buah apa.. tapi sebab dah panas... tak jadilah pula.

Ada beras biasa, hitam, merah dan perang. Beras kurang kanji.
Tak beli pun.. tengok2 je.


Bami beli cap.

Emping dari Indonesia. Dijual dengan harga RM20 sekilo. Sekilo tu sekotak.
Ibu tawar dapat RM18. Beli sekotak je sebab yang nenek beli di pasar borong Klang lagi murah hihi..

Wafi beli kipas tangan di sini.


Masa kami datang Alhamdulillah.. cuaca sangat elok.
Mula2 je panas terik sebab Serikin ni dekat dengan garisan Khatulistiwa jadi panasnya sangatlah terik. Dalam 1 jam terasa kepanansan lepas tu cuaca baik2 sahaja.

Cari baju2 di sini.

Kawasan bersih cuma ada lah sekor dua anjing.. huhu...

Beli key-chain.. yang ni peniaga tempatan. Dapatlah beli keychain Serikin .

Banyak juga ibu borong di sini.
Telekung 2 pasang, t-shirt2, blouse, biskut Gery dengan harga RM2.50 sepeket.. beli banyak2 untuk buah tangan.
Juga Nabati, pelapik periuk 6 helai RM10.. sian plak tengok peniaga merayu2.
Bila balik rugi plak beli 6 helai je sebab boleh bagi sourvenir sebenaynya.
Ada gak beli buah salak madu.
Jam 11.00 gitu kami dah bergerak balik.

Sesiapa nak pegi better pergi pagi2 sebab matahari cepat naik di sini dan juga untuk elakkan masa menunggu cari parking.


 

 

Tuesday, May 23, 2017

Kuching 2017 - Dinner yang terbaik

Lepas maghrib kita bersiap2 untuk dinner.
Pilihan kami nasi laa sebab macam dah seharian tak jumpa nasi putih.
Acik Bakhtiar bawa makan di Restoran Muara, dekat dengan tempat kerja cik Bakh.
Indonesian authentic.
 
 
Nasi lalapan.
Lalaan means ulam-ulaman.
Ada set ayam, ikan dsb.
Mostly kami ambil ayam dengan harga RM9.00
Kalau ikan tenggiri ikut berat..
Yang paling menyerlah sambal dia.. pedas manis masin masam.. semua cukuppppp walalweyyy..

Best ever... Midin gireng belacan.
1st time makan... memang terbaekkkk...

Ni set kecil..

Semua enjoy the food.
Air pun order yg pelik2...

Lepas makan kami ke night market di Satok.
JJCM juga.
Yang best kat Kuching... ada teh ais (ping) yang maha sedap.

Jangan tak tau.... esok nya minta acik jaja tapaukan the same menu.. makan kat bilik hotel sama.
Masih teringat2 kesedapan nasi lalapan dan midin goring belacan huhu...

Saturday, May 20, 2017

Kuching 2007 - Muzium Kucing

Destinasi seterusnya kita ke Muzium Kucing (Cat Museum).
Masa ni hujan tengah lebat.
Muzium ni dalam bangunan Majlis Perbandaran Kuching yang tersergah atas bukit.
Sayang tak dapat ambil gambar di luar sebab hujan.
 
Di pintu masuk.
Free admission. Tapi kamera dan hp dikenakan sedikit bayaran jika mahu mengambil gambar. Dalam RM5 kalau tak silap.

Meowwww

Mostly patung2 kucing laa yang ada.
Dah nama pun muzium kucing.

Key chain berbentuk kucing.
Masya allah... comel sangatttt...

 Comel lah 3 meow2 ni ehhh....

 Khusyuk tengok satu2.

Cerita kucing di mana2..

 Puan translator  with the kids and cats hihi..

Pics tu macam dalam kalendar dulu2.
 


Group photo... gelap sket sebab diorang dah tutup lampu.. masa dah tamat.
Sayang sebab tak dapat berlama2 di sini.. the kids are happy to be here!
Seriously!


 
 Love u all mmuahhhhh...

Penerangan tentang Bandaraya Kuching.
Terbahagi kepada 2.


 
Di perkarangan bangunan.

Hujan dah reda sikit.. kita balik hotel dulu.

Thursday, May 18, 2017

Kuching 2017 - Sarawak Cultural Village

Alhamdulillah, cuti kali ini disertai family acik Jaja.
Anak2 tak sabar nak jumpa 2nd cousin, si comel Qisya & Sofya.
Since kita sewa kereta, mereka tolong hantar ke hotel.
Rate RM80/day.
Kereta Axia yang comel. Cukup selesa untuk kami berlima.
 
Ambil gambar dulu sementara tunggu acik Jaja.

Tenang di pagi hari.

Tak sabra nak mandi.. sabar yer nak.

Main sekejap.

Kita cari bekfes dulu.
Kuching ni jalan dia tenang2 je.

 

Family bekfes dulu.. (adehhh... lupa nama restoren.. nanti cari dulu)
Macam2 makanan ada disini.. mi kolok, nasi lemak, mi jawa, roti canai dsb..
Ibu n ayah ambil mi kolok since kita datang Sarawak haruslah makan makanan sana hihi..

 
Perjalanan ke Perkampungan Budaya ni dalam 30 minit je.
Jalan pun cantik dan lengang.

 
Grup foto.
Alaaa... si bam bam Sofya dah tidur.
 

Tiket dewasa RM60, kanak2 RM30 tidak termasuk GST lagi.
Kalau beli online kurang RM5 huhu..

Kebetulan hari tu ada Pesta Menuai.
Banyaklah aktiviti tambahan.

Setiap tiket akan dapat passport ni. So setiap kali kita melawat rumah2 di sini, boleh lah dicop.

Di luar pintu auditorium.
Tengok dulu persembahan kebudayaan dalam jam 11.30 am.
Kita tuju situ dulu.

Colourful.
Energetic.
Ada persembahan tarian dari kaum Iban, Bidayuh, Melanau dan Melayu.
Kaum yang terbesar di Sarawak.

Ni persembahan penutup.
Para pengunjung di jemput menari bersama.

Us.
Wafi sibuk dengan geng dia hihi..


Lepas tu baru kita melawat sekitar taman budaya.

Mulakan dengan jambatan buluh ni.
Jambatan yang sama masa kita datang 13 tahun lepas.

Wafi di awalnya dah nak lalu tapi merajuk sebab kakak kata dia lambat.

Qisya yang Berjaya menghabiskan perjalanan walau kat belakang tu dah jem hihi... 
 
Alat muzik Sape.

Kawi... Wafi pun nak dokong gak.. fengsannn

Abang sado pakai stoking munge2 hihi.. (ni kalau Bami tau.. mesti maraaa)
Malas lagi nak cari stoking sendiri.. adik dia punya pun boleh.

1st house.
Walaupun rumah2 kat sini Nampak dah using, tapi terjaga elok.

Tikar tu memang lejen.. dulu ada beli 2 camni.. tapi dah takdelah sekarang bila habuk berkumpul.

Batu yang diukir.
 

Rumah didirikan tinggi untuk mengelakkan dari binatang buas dan juga musuh.

Pakcik ni banyak appear dalam magazine and paper.

Masing2 khusyuk dengar beliau bercerita.

Kraftangan. Wafi berminat.
 
Di rumah Penan. Paling simple. Pondok je.
Masa ni lunch hour jadi mereka sedang berehat.
Tak dapatlah nak tengok aktiviti menyumpit.

Sambil tu boleh rehat2.

Hujung tu tempat menyumpit.


Tak ramai orang masa ni.. bolehlah lama2 sket.

Rumah ni pun tinggi.

Mereka ada demo buat pulut untuk aktiviti malam tu.

Nak juga turun kot tangga tu.


Kat rumah Melanau ni mereka buat cucur peneram.
Beli untuk anak2 since nak makan. Sedap makan panas2. Tepung gandum + gula abong kalau tak silap.

Leganya dapat minum air kelapa dan limau... Nyamannn masuk tekak dikala hari panas.

Tipikal rumah Melayu.

Ayah ambil kesempatan berdendang2.

Yang lain entah mana hehe..
Nak dapat bergambar semua memang tak lah.

Jenuh soh bergambar berdua.
Panas la.. jangan dekat2 la.

Ni rumah last kita pergi.
Ada demo buat kuih rose/goyang.
Mulus je kulit demonstrator ni :-)

Dalam Kampung Budaya ni takleh tergesa2.. relax2 je kita tengok rumah satu2.
In all, dekat 4 jam jugalah kita dalam tu.
Kampung Budaya Sarawak ni ibu rasa yang terbaik dari tempat lain di Malaysia.

Ok.. sebelum check out boleh beli souvenir di kedai dekat pintu keluar.
Lepas ni kita lunch dulu.