Pages

Monday, January 26, 2015

Master Sun

Mulalah... kalau dah terjebak gini ler jadinya.
Korean Drama lagi.. Master Sun.
Tak boleh nak upload gambar plak.
Later2 lah..

Malam tadi Kawi sudah mengamuk sebab ibu tak layan dia untuk balut buku sekolah.
Adoiii... sudah kena sound dengan anak sendiri.
Korea.. korea...
Camne dik oii... tv ibu tak tengok.
Bagi lah ibu layan korea..
pleasssss....


Sinopsis dari wikipedia.
Joo Joong-won (So Ji-sub) is the stingy and greedy CEO of Kingdom, a conglomerate that includes a major department store and hotel. He meets the gloomy Tae Gong-shil (Gong Hyo-jin), who started seeing ghosts after an accident. Their lives take a new turn as they work together to deal with the terror and sadness brought about by the spirits, while delving into a kidnapping incident in Joong-won's past.[7]

Wednesday, January 21, 2015

Nurse in da house!

Atuk komplen yang bekas luka operate ada bau yang kurang enak.. ye lahh.. dah 3 hari nurse tak buat dressing walaupun berkali2 Cik Wada minta nurse buatkan.
Dok ke hulu ke hilir tapi tak buat gak.
Nurse di wad ni kurang prihatin la compared to wad yang sebelum ni.. bab2 dressing ni.
Geram gak dengar. 

Maka dengan gigihnya misi PPUM ni ke hospital membuat dressing untuk abahnya tersayang.
Tanggungjawab anak.. tanggungjawab nurse.

Tq misi Cik Baya.


Selit sket gambar Cik Biela masa tunggu atuk.

Alhamdulillah... Cik Wada & Cik Biela cuti semester sebelum praktikal. Dapatlah jaga atuk secara rotate.
Kali ni atuk dapat katil tepi dekat dengan pintu, jadi selesa sket buat penjaga sebab boleh letak barang dan kerusi malas di koridor luar. Malam pun tidur berangin.. hahaha.. dok tingkat 8 kan..
Ohhh.. ni lah bakal misi yang akan membantu atuk untuk membuat CAPD di rumah.
Nenek.. oo.. nenek..

Entah apa lah yang difikirkan 2 merpati sejoli ni kihkihkih...
Ni lepas nenek jumpa doktor tentang CAPD tu lah.
Atuk duduk kat koridor je.. ambik angin. Tak bagi dah duduk kerusi sebelah tu.. huhu...

Depan katil atuk ada patient, kira sedara juga.
Bertambah lah teman.

Kat hospital ni boleh jumpa ramai orang dengan bermacam ragam. Ada yang ramah, ada yang ignore.
Para penjaga kebanyakannya bantu membantu.. pinjam telinga.. untuk meluahkan perasaan dan berkongsi rasa.


Tuesday, January 20, 2015

CAPD - Alternatif selepas HD


Hari ini atuk menjalani pembedahan untuk proses CAPD.
Setelah 10 tahun menjalani hemodialisis (HD) dan fistula di tangan kanan atuk bocor pada bulan lepas, atuk telah beberapa kali menjalani rawatan HD menggunakan saluran sementara di leher dan paha. Saluran ini tak boleh lama sebab vein kecil dan mudah dijangkiti kuman.
Untuk membuat fistula baru di tangan kiri atuk tak dapat dilakukan sebab atuk kan patah pergelangan tangan kiri. Untuk sembuh mengambil masa yang lama.
Jadi alternatif terakhir adalah melakukan dialisis di perut dinamakan CAPD.

Ibu ada membuat sedikit rujukan mengenai CAPD ni.
Dengan bahasa mudah, kateter akan dipasang di dinding perut dan digunakan untuk proses CAPD ni.

Semoga urusan atuk dipermudahkan Allah.
Al-Fatihah.

Kongsi maklumat sikit tentang rawatan bagi pesakit buah pinggang.
Tiga jenis rawatan alternatif telah dicipta untuk mengambil alih sebahagian fungsi penting buah pinggang bagi membolehkan pesakit terus hidup. Terapi berkenaan tidak menyembuhkan penyakit buah pinggang tetapi membantu melegakan ketidakselesaan pesakit dan membolehkan mereka hidup lebih lama.

Hemodialisis (HD)  atau Dialisis Peritoneum (PD)

Hemodialisis (HD) ialah proses penapisan darah yang dilakukan dengan bantuan mesin. Darah yang mengandungi bahan buangan dibersihkan melalui dialyser dan dikembalikan semula ke dalam badan. Pesakit yang menjalani HD perlu mengunjungi pusat dialisis tiga kali seminggu untuk sesi rawatan yang mengambil masa antara empat hingga lima jam untuk setiap sesi. Oleh kerana jarum diperlukan untuk mengeluarkan darah dan mengembalikannya ke dalam badan, pesakit yang menjalani HD terdedah kepada jangkitan kuman dan pendarahan jika tidak mematuhi prosedur yang betul. Ada juga di kalangan pesakit yang mengalami pening kepala, mual, kekejangan kaki dan keletihan akibat rawatan tersebut. 

Berbeza dengan HD, dialisis peritoneum (PD) menggunakan membran peritoneum atau selaput abdomen sebagai penapis. Satu tiub kecil dan lembut yang dikenali sebagai kateter dimasukkan menerusi pembedahan melalui dinding abdomen, ke dalam ruang peritoneum di mana dialisis berlaku. Larutan dialisis kemudian diisi ke dalam abdomen melalui kateter untuk memerangkap bahan buangan dari darah. 

Selepas beberapa jam, larutan yang telah diguna dialirkan keluar dari badan. Buat masa ini, terdapat dua jenis PD iaitu dialisis peritoneum bergerak berterusan (continuous ambulatory peritoneal dialysis) atau CAPD dan dialisis peritoneum automatik (automated peritoneal dialysis) atau APD. 

Pesakit CAPD perlu menjalani empat pertukaran dialisis setiap hari, dengan setiap pertukaran mengambil masa antara 20 hingga 30 minit. 

APD pula dilakukan semasa pesakit tidur, dan mengambil masa antara lapan hingga 12 jam setiap malam. Walaupun CAPD dan APD masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri, PD pada umumnya memberikan fleksibiliti dan kemudahan pergerakan yang lebih. Oleh kerana rawatan dilakukan di rumah, pesakit juga boleh mengatur jadual dialisis supaya bersesuaian dengan waktu kerja dan perjalanan kehidupan seharian.

Tambahan lagi, pertukaran dialisis yang kerap dan berterusan untuk mengeluarkan bahan buangan dan air yang berlebihan dari badan hampir menyerupai fungsi semula jadi buah pinggang. Namun begitu, PD merupakan rawatan invasif kerana kateter perlu dimasukkan secara kekal di dalam abdomen. Jangkitan kuman boleh berlaku jika PD dilakukan dalam persekitaran yang kurang bersih.

Pemindahan buah pinggang

Di antara pilihan rawatan yang ada, pemindahan buah pinggang adalah pilihan terbaik bagi pesakit memiliki buah pinggang sendiri. Kebebasan daripada rawatan dialisis memang satu prospek yang menarik, tetapi usaha mencari penderma yang sesuai mengambil masa yang panjang dan pesakit perlu diletakkan dalam senarai panjang pesakit yang menunggu pemindahan buah pinggang. Walaupun penderma yang sesuai ditemui, pesakit terpaksa bergantung kepada ubat sepanjang hayat untuk mengelakkan badan menolak buah pinggang yang didermakan itu. 

Saturday, January 17, 2015

Selamat Hari Lahir Atuk

Sedikit jamuan makan untuk atuk rawiwa pada 10.01.2015
Sebab atuk kan dicharge pada 09.01.2015 yang mana sempena ulangtahun kelahiran atuk yang ke 69.

Ini masa tunggu ayah ambik kereta. Masa ni ummi, abang Muhammad dan Imran ada. Mereka sampai dari Tapah tengahari tu untuk jaga atuk kat hospital.
Tapi kan atuk discharge hari yang sama jadi diorang tidur rumah atuk la. Jangkanya the next day tu nak balik ke Tapah dari Klang.


Antara juadah yang disediakan. Ibu buat bihun dan goreng nugget. Cik Cha bawak sate dan telur ikan. Cik Elis bawak kuih muih. Cik Fatin yang tengah kaya tu beli donut Big Apple.

Kek ni 1/2 kilo jer. Sedap... kek span fruity dengan fresh cream.
Telur ikan yang mabeles.

Tak semua family yang ada. Yang tiada komitmen dapatlah join.
Atuk yang sedikit sedih dan terharu dengan sambutan yang disediakan.
Abaikan atuk yang baju tak berbutang sebab cuaca yang sedikit panas.
Lilin tu cuma nak bagi cucu2 suka jer sebab diorang yang berlebih nak tiup lilin.
Sekali sambut untuk nenek lah sebab masa 25.12.2014 tu kan nenek jaga atuk di hospital.
Hamboiii... berdua2-an.. Romantis tu hikhikhik...



Wednesday, January 14, 2015

Melaka 2014 : Day 2 & 3

Hari ke-2 keluar pun x de awal sangat sebab konsep santai je.
Bekfes masih kat restoren mamak dekat dengan hotel.
Sementara tunggu ducktour jam 11.45, kami lepal2 dulu kat taman.

Lupa plak kolam apa ni..


Ni haaa.. dia nyer penerangan.


Ni kapal terbang askar yang lama.
Sejuk dok bawah ni.
Wafi takmo bergambar.
Belakang tu gerabak keretapi lama yang dijadikan kedai cenderahati. Harga kat situ affordable dan lebih kurang sama dengan kat tempat lain.
Cendol jam besar.. ayah dok menapak nak beli cendol durian ni. Sedapp!
Ni lah pokok Melaka.. tapi ibu tengok macam pokok ceri jer. Ke orang melaka memang sebut pokok melaka.


Ni harga tiket duck tour. Macam Bami dikira harga pelajar bukan dewasa. Kawi & Wafi masih harga kanak. Pejam mata je lah bayau tiket ni.
Masa kita sampai tu... rupanya dah ramai org beli tiket. Jadi kena tunggu yang kol 11.45 am kalau tak silap. Jadi kami pun melepak2 ler dulu. Jenuh gak tunggu tapi nasib baik Wafi tak tantrum.
Hari yang sebelum tu nak plan beli tiket siap2 tapi sebab tak nak rushing dan kita pun tak tau nak keluar bilik jam berapa, tu yang tak beli.
Lainkali, lebih baik beli dulu tapi kena ensure kita dah estimate time bangun pagi hihi...

 Ni lah rupa kenderaan perang yang digunakan. Patut diorang tambah lah sebab banyak betul permintaan.

Mula2 ikut jalan raya. Bolehlah tengok sekitar bandar.
Lepas tu barulah turun ke laut.
Duration dalam 45 minit kalau tak silap. Ada tourist guide tapi tak cakap pun sebab diorang dah rakam siap2. Ada beberapa bahasa digunakan dan chinese slang.
Turun2 dari tour duck tu perut pun dah lapo.. dengan panas lagi. Kena gak cari nasi.
Tu ha.. asam pedas pari, ikan bakar, ayam goreng dan ulam2.
Kita makan kat sebelah kedai souvenir ni. Lupa plak nama gerai. Femes gak ler tempat tu sebab ramai orang.
Dah kenyang, naik beca plak. Ambik pakej RM25.


Kawi kata beca ni tak lawa sangat tapi takpelah naik jer sebab kesian, pengayuh beca tu tangan berbungkus.. patah tangan kot.
Beca turunkan kat sini. Kota kecik ni pun ramai orang masuk hehe... sejarah kan.
Pemandangan dari tangga.
Dah sampai atas. Semput.
Mannequin.


Wafi kat sini ada kes. Seliper getah koyak kat tapak sebab pijak hujung pagar yang tajam. eee... ngerisss.. nasih baik tak tembus tapak kaki.
Moh kita.. turun.
Kubur tu dik! Kubur orang Belanda.
Tepi sket. Cover sket.
Turun cepat sket. Kalau tak memang semput nak panjat tangga tu. Nampak sangat tak fit!
Ada busker wat performance. Sedap suara diorang. Wafi dok ngalit kat sini.
Ni malamnya.. kami keluar lagi. Tu Menara Taming Sari bila dia turun. Bercahaya.
Colourful beca. Menarik kalau naik malam.
Tunggu beli tiket naik bot plak.
Tayang baju baru beli siangnya. RM12. Kain pun ok.
Lalu bawah jambatan.
Cantik.. kalerful.
Turun dari bot, nampak orang jual kerepek. Rehat makan2 dulu.
Ni kat tepi kapal. Malam.. tak nampak apa dik oii!

Ok.. tamat dah hari ke-2
Sebenarnya tak larat nak upload gambar2 banyak2 hahaha...
Ni hari esoknya.. killing time lepas checkout hotel.
Kami ke Mahkota Parade jalan2. Carikan seluar Wafi sebab weird sangat seluar merah baju purple.
Dah kehabisan seluar sebenarnya.
Late lunch sementara tunggu bas kol 4.30 pm.
ok.. dah habis.