Pages

Friday, March 30, 2012

Biasiswa lepasan SPM, STPM





KUALA LUMPUR – Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan) menawarkan biasiswa pembiayaan pendidikan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang mendapat keputusan 5A ke atas manakala 2A ke atas bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan, Raja Azura Raja Mahayuddin (gambar) berkata, tawaran itu terbuka kepada semua pelajar bumiputera dari persekitaran mencabar yang berprestasi sederhana tetapi berpotensi untuk memajukan diri.
Menurutnya, biasiswa itu juga diberikan kepada pelajar mengikuti pengajian yang memiliki peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.
“Yayasan menyasarkan pelajar berpotensi dari persekitaran mencabar kerana memahami kesulitan mereka mendapatkan pendidikan sempurna seperti pelajar di luar bandar.
“Bagaimanapun, ini tidak bermaksud pelajar bandar tidak layak memohon, Yayasan mengambil kira faktor lain seperti pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, kesukaran mendapatkan bahan pendidikan dan tercicir peluang melanjutkan pengajian,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Wednesday, March 28, 2012

Pindah-randah

Sekarang kat ofis semua sedang sibuk.
cehhhhh.. macamlah orang lain tak sibuk.
Tapi kami kan.... sibuk ngan audit dan juga packing.
Ofis pun penuh ngan kotak2 yang makin lama makin masam baunya.
Dijangka 9hb April 2012 akan berpindah ke bangunan lama yang sedang direnovate.
9hb sebab mengikut fengshui lah kununnya.
Yang lahir 12 tahun @ 24 tahun sebelum kena pindah 2 hari selepas tu.
Entahlahh.. banyak nau fengshuinya.
Baru 6 tahun pindah ofis baru dah kena pindah balik ke ofis lama.
Adehhh.. penat ooooo mengangkut fail2.
Ni baru packing.. belum mengangkat ke bawah utk ditransfer ke ofis lama.
Kemudian bawak naik ke attic pulak.
10 tahun rekod tu!!!!
Masih sama... akaun department ditingkat teratas... cehhhh tingkat 2 jer (inclusive ground floor)
Kunun sedikit confidential.
Dah jadi tradisi, bos2 mesti di aras yang paling bawah.
Bukan seperti di kompeni lain, tingkat yang paling tinggi tu lahh yang bos duduk.
Tidak disini... maklumlahhh.. yang bos2 ni semua dah masuk zon warga emas tapi masih gigih bekerja.
Uniform juga akan baru... yeayyyyy.... dekat setahun lebih dah pakai.. warna pun dah tak berapa cun.
Tunggu jelah patern apa yang diorang buat.

Monday, March 26, 2012

Kawi boleh diharap

Kakak Widad ni kan... suka nau tidokan adik dia.
Kadang2 meronta2 si Wafi kena paksa tido.
Bila dia dah ngantuk.. senang jer..
Tepuk2.. sure tido, tak payah dah ngempeng ngan ibu.
Kalau ibu yang ngantuk, sure menebeng je sebelah ibu.
Tak boleh lepas dia punya 'candu'.
Kalau Kawi yang melayan adik dia tido.. senang ibu..

Sudah baca....

Best.. lain dari yang lain.
Tentang Ayumi yang terpaksa masuk pertandingan mencari menantu.
Terkeluar pada tahap 3 terakhir tetapi akhirnya menjadi pilihan Hadif Imran, seorang penyanyi popular.
Bagi ****.

Sepetang di latihan Bami

Ni masa petang2 hari sekolah, abang Imi ada latihan sofbol.
Tengok dari jauh jer sebab takut abang imi malu.
Memang gitu perangainya... takleh ibu ayah dekat sket masa ada kawan2.
Entah apa yang nak disegankan ntah.

Abang Imi yang tengah berbaju hitam mencangkung.

Bila lah nak jadi pitcher nih Bami.

Wafi tak sampai nak pusingkan globe tu.

Duduk pulak. ishhhh... tengoklah perut... undut kata Bami.

Meronta marah tak nak berdokong.
Dah... jom balik. Petang dah nih!

Gelagat dia..



Ni Wafi dengan birthday goodies dari kawan school dia.
Kak Widad yang selalu beruntung sebab ada junk food yang ibu tak kasi Wafi makan, macam tak berapa sesuai pulak.
Jadi bila dapat belon, wisel, topeng... suka lah dia...
Layan jer lah budak kicik ni bila soh tiupkan yang ala2 trompet kecik tu..
Tersembur2 air liur bila dia tiup.

Saturday, March 24, 2012

Kek pisang dan asas buat kek kena tau..

Wahh... kek pisang youuuu....
Sebenarnya dah buat beberapa kali.
Ambik resepi kat sini, terima kasih pada CMG.
Ini buat tengahari Sabtu lepas.
Sebiji kek ni hantar ke rumah mak sebab satu adunan tu boleh buat dua.
Saje jer puji kek ni kat cik biela dan cik nora sebab gebu gitu, selalu buat memula naik elok, lepas tu turunlah beberapa cm.
Pastu diorang gelak.. tanya biasa buat bila.
Malam lerr.. sebab tu je waktu yang ada. hahaha...
patutulah... malam kan sejuk, jadi kek panas2 kuar kena udara sejuk dia turun lahh sket.
owhhhhh...
Tulah... buat kek tapi tak belajar asas.
Tapi alhamdulillah, biasa pun boleh habis sebab resepi2 dalam blog yang biasa ambik semua best2..
Setakat nak makan anak beranak ok lahh.. hehehe..

Friday, March 23, 2012

Buku... Bacalah Anakku

Inilah yang dibeli masa ke ekspo hari tu...
Pakej Bestari Bacalah Anakku dengan harga yang rendah compared to harga biasa, hanya RM70

Penulis: Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad
ISBN: 978-983-3901-25-8
Harga:
  • Semenanjung: RM80.00
  • Sabah & Sarawak: RM92.00
  • Singapura: SD55.00
  • Brunei Darussalam: BD55.00
Kandungan Pakej:
Set Bacalah Anakku, Fonetik Ekspress 1 & 2, Lagu Abu Ada Ayam, Permainan Kreatif dan Poster Lagu Abu Ada Ayam
Tahun: April 2009

Mengenai Produk
Mengandungi set lengkap untuk permulaan kanak-kanak membaca beserta buku latihan, permainan dan alat bantu belajar.

Memang target nak beli ni.


Yang nak guna buku satu dulu tapi sebab buku2 ni kan boleh simpan lama (kalau jaga lah hehe..) jadi belilah yang set sebab lebih menjimatkan dan berbaloi2.
Catchy gak lagu Abu ada ayam, macam ants on the apple, tapi sebab dah biasa dengar AOTA maka bila nak sebut bunyi huruf mesti nyanyi dari lagu AOTA.
Lagi satu, lagu dlm bentuk VCD.
Ibu lagi gemar CD sebab boleh pasang dalam kereta tapi takde.
VCD ni kurang la sebab tak selalu bukak VCD atau komputer.
Pelan2 kita main2 baca yer Wafi...
Manjang nak suruh ibu tunjuk u... ulat...eeeee geli lah..
Banyak kindy yang guna buku ni.. harap2 beri manfaat pada Wafi nanti.
Dulu Kawi & Bami guna buku sukukata.

Thursday, March 22, 2012

Keringkan kasut

Baru belajar dari anak2.
Kalau nak keringkan kasut (ni kes malas dan lambat basuh), letak suratkhabar yang dikepal banyak2 dalam kasut.
Letak bawah kipas... next day dah kering.
Huhuhu..memang menjadi.
Nak oii... ibu masa sekolah dulu tak penah culas tau basuh kasut.
Nenek tak penah tegur atau remind pun, tup2 hari isnin pegi sekolah kasut dah siap berkapur.
Semua buat sendiri.
Tapi anak2 ibu, adehhhh.... tiap minggu nak kena bagitau.
Salah ibu gak sebab masa anak2 darjah satu (dan kadang2 sampai sekarang) ibu tolong basuh.
Bila diam je.. alamat hari ahad malam baru basuh lah gamaknya.
Tu yang gambar kat atas tu terjadi.
Spin pun boleh jerr... tapi kena letak dalam jaring kalau tidak cepat lekanglah bahagian kanvas & getah tu.

Wednesday, March 21, 2012

Sudah baca.....

Bagi ** 1/2

Tuesday, March 20, 2012

Helper

Beberapa hari lepas banyak media2 melaporkan tentang gaji minimum pembantu rumah dari negara seberang.
RM700 untuk satu kerja dan kerja2 yang ditetapkan samada mengasuh anak, mengemas rumah, memasak dan menjaga orang tua.
Maksudnya kalau nak gajikan jaga anak kita, pembantu rumah tu tak boleh memasak.
Jadinya majikan pulak yang kena masakkan dia.. macam tu gamaknya.
Hari minggu pulak cuti satu hari. Kalau nak dia jaga anak kita, kena bayar pulak OT dia.
Ibu tak pernah adak pembantu selama ni tapi pandangan ibu tetap menyatakan yang RM700 tu macam tak berbaloi pulak. Yerlah, tempat tinggal dia, makan minum dia, sakit pening dia pun kena ambik kira gak.

Bagi ibu selama ni Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan ibu.
Wafi hantar ke taska RM250, Abang Imi dan Kakak Widad transit kat rumah nenek Inah RM350.
Tu pun nenek Inah ambik dari SK, tengahari dan petang hantar & ambik dari SRA since Mija sebaya Abang Imi.
RM600 sebulan untuk 3 anak.
Syukur sangat sebab duduk kampong, ramai sedara mara boleh tolong dan tengok-tengokkan anak2 ibu.
Boleh juga ibu hantar anak2 ke rumah nenek/atok untuk tolong jaga, tapi ibu takmau susahkan mereka.
Dulu atok/nenek dah membesarkan kami 11 beradik.
Cukuplah.. kasi mereka rehat untuk beribadat dan berjalan2.
Ibu pun pesan kat adik2 ibu, janganlah menyusahkan nenek/atok walaupun nenek willing nak jaga cucu2nya.
Sekali-sekala tu takpelah macam haritu taska tutup takde air hehehe….

Berbalik pada citer pembantu rumah tu, ibu salute pada sorang kawan ibu yang berkerjaya, duduk kat KL anak 5 orang, boleh jer manage anak2 bila balik dari kerja.
Alhamdulillah, tempat kerja ibu tak jauh dari rumah. Kalau takde pape, sebelum jam 6 petang sudah sampai rumah.
Pung pang pung pang masak seadanya, jam 7 dah boleh dinner.
Kalau rajin mengemas rumah, tu pun lebih kurang jer hehehe… penat dehhhh…
Lepas isyak dah mengelepet sambil tengok2kan kerja anak2.
Haaaa… waktu ni rasanya nak sangat pembantu rumah untuk wat kerja2 rumah, jadinya takde lah serabut kepala.
Membasuh (ehhh.. bukan pakai mesin ker), cuci pinggan (sib baik anak2 lepas makan basuh pinggan sendiri), lipat kain, mengemop, menggosok… ahhh nikmat gitu kalau ada pembantu!!!!!
Rasanya kontrak seumur hidup kot wat kerja2 yang sama.
Tapi demi keluarga terchenta, ok jerrr.. dah 12 tahun wat benda yang sama ekeke.. saje jer.. kasi ayah baca kot2 ayah nak bagi pembantu hehehe…

Tapikan…kalau dah takde sapa nak diharapkan dan faktor kewangan telah diambil kira, molek juga ambik.. tak sorang..berdua…

Mak Ngah sudah bertunang

Tahniah yek kakak.... dah selamat jadi tunangan orang.
Kakak Widad cakap bukan pak john, nama dia Shafizal.
Ehhhh... dia juga yang cakap panggil pak john dulu.
Mak ngah kan dah mengurus sekarang. Anggun gitu.
Tapikan... takleh lawan ngan pak john tu, lonjong jer hahaha...
Tu yang bagi semangat pada mak ngah agar berdiri sama panjang hehehe..
Tahniah kakak!!!
errrr... tema masa kawin nanti coklat and gold yer..

Monday, March 19, 2012

Menjerit kalau tak dapat

Malam tadi kami dinner kat Madam's Lim, Tesco Setia Alam.
After maghrib gitu.
Masa waitress tu bagi menu, dia tertinggalkan budak kecik nih.
Wahhh... marah dia.
Bila ibu bagi menu tu, dia cakap "aaapar..."
Sementara nak menunggu semua makanan siap, kakak widad bawak gi playground kat situ.
Bila dah penat main, dok sebelah ibu.

Tengok meja kosong lagi... apalagi mulalah Wafi buat hal.
Ambik sudu, garfu, chopstik.
Ketuk2, masuk dalam mulut.
ishhhh... tak sampai gak food tu.
Maklumlah malam tadi abang imi n kak widad teringin makan siakap steam, tu yang lambat.
Mulalah Wafi menjerit-jeri sambil berbaring atas kerusi tu..
hurmmm... bagi t*t*k tak nak pulak.
Bila food sampai... senyum dia... aaapar.....
kasi makan Wafi dulu.. mula2 suap sket, pastu dia nak makan sendiri.
Bila kakak Widad dah sudah... diajaknya si adik.
Main dulu... dapatlah ibu makan dengan suasana yang sedikit tenang.
Bila dah abis, Wafi datang balik.. sambung makan.
Memang lapar dia... habis, berlaukkan siapkap steam ngan soft tofu.
Jadi, lepas ni takleh order dishes yang masaknya lama.
Takpun... bagi Wafi makan dulu munchy2 pun takpe sementara nak menunggu.

Thursday, March 15, 2012

Ibu sudah rindu.....

Rindu sangat pada kakak Widad....
Malam tadi ayah dan Kawi balik ke Kulim naik bas.
Ibu tak dapat ikut sebab sibuk ngan audit.
Bami pulak dengan kelasnya.
Balik ke Kulim sebab mak ngah nak bertunang.
Terkilan gak sebab tak dapat balik tapi kerja yang melambak dan auditor yang perlu dilayan terpaksa gagahkan jua.
Ayah dan Kawi sampai jam 5 pagi.
Pagi tadi Kawi telefon, menangis sebab rindu kat ibu huwaaaa.... ibu rindu gak.
Gamaknya bangun tido kan.. tu yang Kawi sedih tu.
Dalam pukul 11.30 telefon balik dah ceria, baru lepas makan.
Kakak Widad jaga diri tau kat sana... jangan nakal2, kacau mak ngah dan pak john tau!!!

Wednesday, March 14, 2012

Air oh air.... dan signifikannya pada Wafi

Ada gangguan air dari 8 pagi ni sampai 8 pm malam esok. 36 jam.
Klang antara kawasan yang terlibat.
Semalam masa nak ambik Wafi, ummi bagitau hari ni taska tutup.
Adehhh... cuti macam tak boleh.
Jadinya terpaksalah mendivertkan Wafi ke rumah nenek.
Luckily kakak Widad ada. Cik Biela pun ada. Nenek pun ada.
Lagi satu, Adriana Zahirah, the little cousin pun ada sekali since dia satu school dengan Wafi.
Pagi ni hantar, debar jer ibu ni.
Yelah, ni first time hantar ke rumah nenek.
Wafi ni tak berapa nak ngam dengan nenek dan cik biela juga the rest of the makciks, kecuali diorang umpan dengan makanan hehehe...
Masa nak keluar rumah nenek tu, macam mencari2 si kecik tu.
Mintak kakak widad bagi toys main kat bilik.
Bila kereta gerak, keluar pulak dia dari bilik.
Sib baik tak perasan.
Harap2 baik sampai ke petang, sebab pukul 2.20 pm nanti kakak widad ke sekolah pulak.
Ya Allah, permudahkanlah urusan ku.

Tuesday, March 13, 2012

Alma, Wafi dan ayam


Persamaan yang ada pada 2 orang budak cumil ini adalah perkataan 'ayam'.
Mula2 tu masa Alma baya2 Wafi, dia dok menyebut ayam, kira macam suka arr mengajuk perkataan ayam.
Contohnya bila kita pegang pensil soh dia sebut, mesti dia sebut ayam.
Main2 lah gitu.
Sekarang ni si Wafi pulak dah menurut.. sket2 ayam.
Entah apa best sangat perkataan tu pun tak tau.
Pastu gelak2.
Tetiba ayam pulak jadi femes.

Monday, March 12, 2012

Cuti (sekolah)!

Cuti sekolah seminggu dah bermula since sabtu.
Tapinya kan... nama jer cuti sekolah tapi Bami kena gi SK dari jam 7.30 - 11.30 am.
Petang plak Bami dan Kawi ke SRA jam 2.20 - 5.30 pm.
Malam, Bami ada extra class plak.
Jadual penuh sampai hari Khamis.
Kakak Widad plak hari Khamis ibu telah cutikan sebab nak balik Kulim sempena pertunangan mak ngah.
Berdualah ngan ayah naik bas express yang bukan Sani Ekspres hehehe..
Masa nak beli tiket, ayah cakap Kakak Widad tanya kat kaunter ada tak jual tiket Sani Ekspress.
Adehhh macam2lah kakak widad nih. Sani Ekspres tak pegi Kulim lah nak oiiii..
Mentang2 lah Dato' Sani ada Wisma dan platform bas sendiri kat Klang Sentral...
Ayah dan Kak Widad balik sini Sabtu malam, ahad pagi baru sampai..
errrmmmmm... jadinya tak ke mana2 lah kita yer Wafi.. Bami.
Dok rumah jer lahhh..
Ibu kompom takleh cuti sebab minggu ni dan depan ada audit.
Ni gambar lama kat Kellie's Castle, Perak.
Tak tau nape Kakak Widad nangis merajuk.
Alalalalala..... sian.. takde sapa nak pujuk.

Saturday, March 10, 2012

Cik Baya bertunang

Hari ni cik baya telah dirisik dan ditunangkan dengan pakcik man.
 Rombongan sampai jam 11 pagi.
Alhamdulillah semua hidangan tengahari sudah siap hasil kerjasama adik beradik dan makcik2.
Wahhhhh diorang puji sambal belacan ibu. hahahahha... hantam jer, tapi memang sedap pun kekekeke...
Malam tadi sempat ibu buatkan seri muka untuk bekfes.
Ini kali keempat ibu buat alhamdulillah, hasilnya tak mengecewakan, naik jugak serinya hehehe...
Juga carrot kek untuk cik baya.

 Orang bertunang dengan versi iklan gigi.

Sebahagian dari makcik2 rawiwa.

Apalah yang disembangkan dek dua beranak nih.

Majlis tamat lebih kurang jam 1 tengahari.
Lepas semua sedara mara balik, kami lepak jer.


Friday, March 9, 2012

Abam, kakak..... jom baca buku!

Mula-mula Wafi nak pilih buku.
Buku apa yer?????

aaaaa... dah dapat, Jungle Picture.

ceh... for cameleon.
Terbalik lah Wafi....
Tengok sebelah.... e.... elegant elephant ae.. ae.. ae..

Abissss.... tutup.

Ini ibu dah betulkan...
Tarik ekor cameleon tu..kan goyang-goyang badan dia.
Cameleon tu sesumpah yerr kawan.. kawan.
Ibu kata masa kecik dulu ehhh.. tak berapa keciklah.. ibu suka tengok drama Hong Kong, Cameleon lakonan Chow Yuen Fatt.
Ini yang paling Wafi suka... aauuuuummmmmmm Tiger.
Kakak Ain takut sangat buku ni, sebab abam selalu takut-takutkan kakak Ain.
Abam tu memang.... suka sangat menyakat.
nanti Wafi sepit telinga baru tau hihihi... heppppp...

Wednesday, March 7, 2012

Adriana, Wafi dan cicak

Minggu lepas kan kami melepak kat rumah atuk.
The cousin, Adriana yang sama nursery ngan Wafi tu agak tak sihat, jadi mulut pun merengeklah.
Sementara tunggu ibu dia mandikan Adriana, diletakkan si cenonet tu depan tv.
Wafi apatah lagi... pantang... terus jer duduk sebelah Adriana sambil tepuk2 lah kunun.
Mulalah Adriana merengek-rengek.
Tetiba dengar "syyyy......aaaaa... cicakkkkkk... cicakkk....." sambil tunjuk atas.
Hahaha nak tergelak ibu bila Wafi kunun nak bagi si Adriana diam, jadi dia cakaplah cicak sebabnya kalau Wafi takmo diam, nanges..menjerit ker, kitorang cakap cicak pastu tunjuk kat syiling... pasti diam.
Pandai nau dia tiru.
Tapikan Adriana manalah tau cicak lagi... lagi merengek adalah.. yelah.. dah lah den tak sihat yang kakak wafi kacau2 sape suruh hehehe..

Sian cicak.. jadi mangsa sudah.
Tapi at least adalah benda yang Wafi takut. Senang sket nak kontrol.

Tuesday, March 6, 2012

Penyepit dan menyepit

Ohooo.. dah seminggu rupanya tak update blog.
Hari Khamis lepas ada year end stock take.
Jadinya lepas dari hari tu, sedikit bizi dan lazy dah update blog.
Next week 12hb mula audit. Adehhhh... semput mokcik.

Update pasal ECE Wafi lah.
Ini pun dari idea dari blog Watie GBOB.
Ajar Wafi guna jari untuk menyepit ala2... ketam mengajar anaknya berjalan menyepit.
Tujuannya untuk menguatkan otot-otot jari-jemari Wafi yang ghemol2 tu.
Ibu beli penyepit kayu yang ada bentuk kepala haiwan macam singa, harimau, gajah, zirafah, ladybird dsb.
Sambil belajar guna jari, belajar gak kenal haiwan.

Kena ada bekas plastik untuk sepitkan penyepit2 tu.

Tak senang tau budak kicik ni buat first time. Banyak kali gagal.
Asyik terpelanting jer.

Yeayyyyy... berjaya gak wat satu.
Kalau susah sangat, sepit jer kat telinga Bami kalau takmo dengar cakap.
Yok yok orr jer Bami. Bukan sakit pun. Aksi jer lebih.