Pages

Thursday, May 31, 2012

Subhanallah...

Subhanallah walhamdulillah walailahaillollah wollahuakbar
Subhanallah walhamdulillah walailahaillollah wollahuakbar

Subhanallah..
Syukur...alhamdulillah..
Wafi dah pandai mengalunkan zikir
Bunyi agak pelat tapi rentak dia memang sama.
Terang hati anak ibu nih...
Gamaknya masa nak dodoikan Wafi, ibu zikir2
Takpun kat sekolah sama2 kawan nyanyi sama2
Tu yang cepat tangkap.
Otak baby kan cam span..

p/s.. dah lama tak post gambar Wafi dan abang kakak... bila lah nak ok browser ni!

Tuesday, May 29, 2012

Selesai sudah...

Alhamdulillah... selesai sudah majlis perkahwinan Cik Baya & Pakcik Man.
Hari Jumaat kenduri gejobos, sabtu majlis nikah, ahad reramai.
Bantuan sedara mara, jiran tetangga dan semua yang terlibat sangat dihargai, alhamdulillah.
Yang kurang harap dimaafi.

Selepas majlis akad nikah di Masjid At-Taqwa, Bukit Kapar.
Dua pasangan tengahari tu.
Tahniah Pakcik Man, sekali lafaz dah sah Cik Baya jadi isteri.

Di majlis persandingan.
Takde pun tepung tawar, renjis merenjis.
Sesi bergambar jer.
Tahun ni guna kompang jawa, kebanyakannya orang2 lama tapi memang BEST!!!
Takde deejay mahupun karaoke tapi still meriah.
Ibu rasa lagi tenang... takde lah hiruk pikuk.

Outdoor shooting @ Setia Alam park.

Gambar adik beradik jer..
Muka semua berlemuihhhhh..
Tinggal 3 orang jer.. Cik Biela, Cik Wada & Cik Patin.

Thursday, May 24, 2012

e-filing.. mudah dan cepat! ala2 dapat duit terpijak lerr..

Sebelum ni ibu submit BE form kepada LHDN secara manual.
Walaupun LHDN dah memperkenalkan e-filing beberapa tahun lepas, tapi ibu masih senang berurusan secara manual.
Masa mula2 e-filing diperkenalkan ada gak ibu cuba untuk register tapikan macam banyak sangat songehnya.
Awal April masa masa nak submit BE form untuk Tahun Taksiran 2011, baru ibu terperasan yang May 2010 ada letter from IRB yang menyatakan borang ibu masih dalam proses.
Bila check BE form tu adalah lebihan dekat RM500 (cukai terlebih bayar).
Wahhhh... cepat2 telepon LHDN cawangan Klang.
Staff kat situ tanya untuk TT 2011 ker.. sebab dalam rekod tak ada lagi.
Alamak... TT 2010 lah yang..
ooooo... diorang semak2... yer laahh TT 2010 belum refund lagi.
So, the same day diorang akan buatkan cheque dan tunggulah dalam masa 14 hari.
Dalam masa yang sama, staff tu encourage buat e-filing sebab kalau ada refund lagi cepat process.
ececece.. dengan semangat waja, ibu pun register lahh.
Sekarang lebih senang proses register tu.
The next day terus filing TT 2011 punya calculation.
Again, ada lagi cukai terlebih bayar. :-)
Dalam pada tu.. belum sempat 10 hari ibu dah call balik LHDN tanyakan status cheque refund tu, katanya by end of April 2012 baru ibu dapat.
Aikkk haritu kata after 14 days...
Staff tu tanya balik untuk TT 2011 kan.. ehhh... bukan 2010 nyer.
Ok lah.. dia check2.. katanya baru 2 hari lepas post.
Yang by end of April tu untuk TT 2011.
Haaaa.... terkejut gak ibu.. cepatnya...
Kalau tau begitu cepat dah lama ibu register e-filing.
Seperti yang dijangka, by 30.04.2012 bila ibu check bank balance ada advice dekat RM800.
Yahooo.... mokcik kayoooo!!!
Alamak.. kaya sekejap jer..
Sebab ibu dah beli barang yang ibu idamkan.
Jadi dengan duit RM1,300 dapatlah..
1. Samsung Galaxy Y (jer???)
2. Oven (besar punya.... ayah pilih sebab nak golekkan ayam belanda hehehe)
3. Steamer elektrik (ni beli dari chef asma, sangat berbaloi2...)

Ada balance lagi.. ibu belanja anak2 dan ayah makan2.
Hoyayyyyyy.....


Wednesday, May 23, 2012

Bila Wafi mula menyanyi

Ayam munyi ko ko ko ko kok
Ayam munyi ko ko ko ko kok

Alahai... kiutnyer bila Wafi mula2 nyanyi
Mula2 abang ngan kakak tak paham... apalah yang adik nya tu nyanyikan.
Rupanya

Ayam bunyi kok kok kok kok kok

Ala.... Wafi kan kecik lagi mesti lah ada sket pelat.
Tu belajar kat sekolah la tu ngan kawan-kawan dia.
Tapikan... apesal bukan?

Bunyi ayam kok kok kok kok kok

Bila dah camtu ibu tambah la..

Kucing bunyi meow meow meow meow meow
Lembu bunyi moo moo moo moo moo
Itik bunyi kuek kuek kuek kuek kuek
Burung bunyi twit twit twit twit twit

Seronoknya berada di dunia kanak-kanak
Sentiasa bergumbira!


Tuesday, May 22, 2012

Minggu yang sibuk

Ntah apa yang disibukkan pun tak tau.
Bami & Kawi masih di minggu exam, sekolah agama plak.
SK dah abis.. Bami pun dah dapat result yg membuatkan ibu terbeliak biji mata. Gerammmm...

Cik Baya plak kawin minggu ni.
Gotong royong adik beradik weekend lepas.
Start hari Jumaat dah ada kenduri 'gejobos'.
Sabtu nikah, ahad majlis ramai2nya.

Cenderahati untuk tetamu dah siap bungkus.
Ole2 untuk orang rewang dah settle.
Minggu ni makcik2 datang tolong apa yang patut.
Cik Wada dan Cik Amie pun bertungkus lumus kat rumah tu.
Ibu tak sempat lagi balik rumah nenek sebab anak2 masih kena study.

ooohhhhhhhh dapat rasakan kesibukan di rumah nenek.
Kawi tanya malam tadi bila khemah nak pasang.
Adusss kalau dah pasang khemah lagilahhh terasa kesibukkannya.
Tak sabar menanti this weekend.
Next weekend.. kita enjoy... jalan ke Kelantan plak.


Friday, May 18, 2012

Testing lagi

Ini cuba post dari rumah atok.
Setting dah berubah.
Masalah browser kat ofis lah kot.
eeee dah lah tak reti menda2 camni... buta IT!
Pelan2 la..

Wednesday, May 16, 2012

Sudah berpindah

Huhuhu... sudah berpindah ke penempatan baru
http://www.rawiwaanakku.blogspot.com/

sebab hari tu dah tergodek2 tapi tak tau nak set balik huhuhu....
rumah baru tak siap lagi...

Wednesday, May 9, 2012

I-pad Wafi

Ini ipad Wafi yang ibu belikan on line. Murah jer RM20.
Cantikkan warna putih.. ai tell u... macam betul hehehe..
Ada alphabet, numbers, songs, sound etc.
Tapikan.... dah nama pun ipad dari negara yang majoriti mata penduduk dia sepet..  sebutan dia pun ada slang lerrr...
Ibu cakap, ibu tak berapa gemar.
Contohnya b for banana tapi bila ipad tu sebut jadi 'benane'.


Sempatler Wafi main 2-3 hari.
Wafikan suka makan sambil main.. tu yang Wafi dah 'termenumpahkan' air atas ipad tu.
Ibu geram ngan Wafi, sempatler kena leter ehhh.. tak.. nasihat.. dalam nasihat2 tu ibu jentik tangan Wafi tapi tak sakitlah sebab jentik2 manja jer hihihi

Sebenarnya kan saje jer Wafi tumpahkan air sebab nak soh ayah belikan Wafi ipad cam pakcik Zie tu.. cover warna purple.. cantik oooooo..
Nanti Bami ngan Kawi bolehlah guna sekali... kita buat flashcard nak???

Hujung minggu kami

Minggu lepas, lepas lalat bangun kami zzroommm ke Taman Jaya.
Konon nak ke CM lerr naik LRT.
Taman Jaya tu dekat ngan Amcorp Mall.

Itu topi Adriana tertinggal dalam exora.
Napalah cik amie tak tertinggalkan duit seratus kerr... kan lagi bagus hehehe...

Penat dah berjalan nak berdukung plak.
Sampai2 KL je kami ke restoran sebelah CM tu, bekfes dulu. Lapar wehhh....
Kat CM takde lah apa.... jalan2 jer... kasi ikan makan kaki. RM5 for 10 minutes.
Ibu sampai ke sudah tak bagi ikan tu gigit kaki. Geli tahap cipan! ehhhh ... cipan tu menatang apa yek!
Bami dan Kawi gi bahagian ikan kecik.. memula tu geli pastu nampak ok. Ibu, dua2 tempat geli.
Gambar plak dlm kamera ayah.

Beli pashmina jer kat sini.. nak pakai tu ntah bila.. leceh arrr belit sana sini.
Beli sbb cantik jer corak dia.
Kawi dapatlah jam jenis tali tap2 tu.

Kawi takde dlm gambar sebab dia dok dalam ladies lagi.
Bayar 50 sen baloi sebab tandas bersih. Cuma tang pintu tu ler scary sket sebab daun pintu kayu, pakai selak kayu gak.
Nampak ler tradisionalnya.
Ayah ngan Bami kat sebelah kuih2 tradisional. Tak beli pun cuma beli lolipop jer nak bagi Wafi senyap.
Sampai dalam LRT lolipop tu tak abih.
Wafi sangat behaved dalam LRT. Terpegun pun ada kot. Sampai tak dengar bunyi langsung suara dia. Kiut sangat dia dok perati sana sini.
Sampai kat Amcorp Mall tu jenjalan ler cuci mata.
Sempat ler Bami & ayah ker Book Excess.
Pastu ibu shopping barang mekap dan toilettries kat Guardian. Ada sales yang agak menggila gak sebab tarikh luput pun nak dekat.
Lipice RM3, Roll on Perfume RM3 etc.
Rambang mata gak kat sinun.
Makan kat restoran bawah area flea market tu.
Sedap dan harga reasonable.
Tak puas jalan kat sini..
Kena balik dah sebab adik manja dah penat.
Jam 3 lebih gerak balik.
Dalam keta masing2 fengsan!

Friday, May 4, 2012

Sudah baca... 7 Hari Mencintaiku

Novel ke-4 Siti Rosmizah selepas Andai Itu Takdirnya, Aku dan Dia & Lafazkan Kalimah Cinta (kalau tak silap).
Santai tapi tu lahhh.. tebal gitu.. lebih 1k pages.
Quality pulak mcm boleh nak tanggal page tu.
Seronok gak, ****

Thursday, May 3, 2012

Jangan kacau la kakak widad!

Wafi suka nau menyanyi.
Kadang2 sampai tak paham apa yang dinyanyikan.
Tak kisah lerr janji Wafi seronok.

 
Nampak tak... sebatu buku tu Wafi letak.
Terbalik pulak tu. Ala..... Wafi bukak jer buku tu tapi sebenarnya Wafi tengah nyanyi.

Kak Widad betulkan posisi buku tu.

Apa ni kacau2.. biarlah buku tu camtu hishhhh... kakak widad ni...
Kan Wafi dah merajuk... bergolek2 tu.. marah..
Alaaa... sebenarnya kakak widad yang nak buku tu..

Tengok... kak widad ganti dengan buku latihan dia..
Ada ker patut..
Tak best laa... takde kaler2.
Buku ni kak widad buatlah sendiri takkan Wafi pulak nak tolong buatkan.. nanti Wafi bagitau ibu biar ibu cocok montot kakak widad yang ghemol tu!!!!!