Ibu buatkan adunan. Kakak Widad masuk dalam papercup. Sambil buat sambil makan. Katanya tak boleh tahan bau wangi. Tu yang dapat banyak ni je.
Pages
Saturday, April 30, 2022
Cornflakes Madu
Ibu buatkan adunan. Kakak Widad masuk dalam papercup. Sambil buat sambil makan. Katanya tak boleh tahan bau wangi. Tu yang dapat banyak ni je.
Monday, April 25, 2022
Shopping Baju Melayu
Duduk jelah tempat yang boleh duduk. Ramai rupanya yang berbuka kat tepi-tepi ni. Sekadar menuntut sunat berbuka. Percepatkan bila azan dilaungkan.
Kami cepat2 pilih saiz untuk Bami dan ayah sebab warna dah decide awal2. Fitting baju dulu lepastu ke kaunter bayaran. Di kaunter pun hanya ada seorang pelanggan je.
Tebus kain sampin di tingkat 1.Dah boleh cari makanan. Sebelum tu Bami beli ayam dan sosej Uncle Bob buat alas perut.
Kerabu Sare
Sunday, April 24, 2022
Meriahnya Lauk Sahur
Kalau kat rumah sahur ibu akan masak lauk baru. Juadah berbuka biasanya cukup-cukup. Masak pun simple je samada ayam goreng, telur, sardin, sayur bening atau sup, kentang goreng atau nasi goreng. Itu je lah ulang-ulang.
Makngah beli udang sambal, gulai ikan tongkol dan gulai ikan keli. Leftover gulai daging batang pisang dan ayam merah. Perabiskan lauk. Ratah je bila dah tak mau makan nasi.
Jam 10 am tolak balik ke Klang.Sebelum tu sempatlah ibu kemas, sapu dan mop lantai sikit. Rumah tokwan kan takde sapa duduk buat sementara ni. Insyaallah nanti raya bergilir-gilir sampai. Paksu raya pertama, family kita raya kedua manakala makngah sampai raya ketiga sekembalinya dari Kelantan.
Bami ganti drive kat Simpang Pulai tadi.
Semoga selamat perjalanan balik kami.
Saturday, April 23, 2022
Buka Puasa Rumah Tokwan
Juadah semua beli sebab dapur tokwan dah lama tak berasap. Tokwan kan duduk dengan makngah dan sebab kami nak balik berbuka tu yang tokwan balik rumah. Makngah pun setiap hari beli lauk sebab tak mahu leceh-leceh memasak. Hanya sesekali je memasak.Hari ni dapatlah tokwan terawih bersama. Semenjak tokwan tak berapa sihat tokwan tak dapat ke masjid untuk jemaah solat fardhu dan terawih
Malam ni dapatlah Kawi makan biskut makmur. Dari last week lagi teringin makan. Katanya nak buat. Halahalah.. sekadar nak makan beli je yang dah siap. Takyah beli bahan untuk prep. Senang. (Dasar ibu tak rajin buat kuih🤭🤭🤭)
Bazar Ramadhan Kelang Lama
Wax Tayar dan Webinar
Friday, April 22, 2022
Buka Puasa di RnR
Bawa bekal siap-siap untuk buka puasa yang kakak masak. Ingat nak tapau je kat kedai tapi kakak insist nak masak. Homecook yang paling terjamin kan😅
Lempeng pisang lembut by chef nenek yang terpeleot sebab masuk plastik.
Rempeyek kacang, ketayap dan air tebu ayah beli.
2 jam sampailah Tapah. Malam banyak betul lori besar-besar. Itu yang ayah kurang prefer memandu waktu malam.
Sebelum sampai rumah ummi tapau KFC dulu. Bolehlah makan moreh. Ummi plak dah beli aiskrim Mokti's.
Bila tengok atas meja ummi ada udang petai tempoyak, ikan pekasam goreng pulak... ahhh tak boleh tahan. Kena makan nasi ni😅