Pages

Friday, June 30, 2023

Hotel Valiya, Ipoh

Ini pun cerita 17 Jun 23, selepas habis RU kita terus ke utara. Ingat nak bermalam di Kulim tapi jauh lah lagi perjalanan. Better stay je lah di Ipoh, tengah2 laluan.
Sempatlah ayah book Hotel Valiya, Ipoh dan berdekatan dengan exit hiway.

Inilah hotel yang aircond kurang sejuk tu. Bila dah malam, mata dah mengantuk, badan dah penat, kita tidur je lah. Kot lah kami yang salah adjust controller tu. Tapi memang macam kurang gas.

Hotel ni dihujung penjuru bangunan. Banyak bilik-bilik. Mujur kami dapat bilik tengah.
Cumanya tiada tingkap. Ibu tak gemar bilik tiada tingkap sebab rasa sesak nafas. Mujur sekejap untuk tidur je.


Bilik air bersih walau kecil sahaja.

Twin and single bed.
Selesalah untuk kami bertiga.

Basic necessities je.

Ada penyangkut, takde dah almari hotel2 macam ni.

Suka konsep camni. Belakang pintu ada kabinet built in letak iron. Nampak kemas.

Arah kiblat dan sejadah juga disediakan.


Ruangan lobi yang besar dan bersih.
Haaaa... sini sejuk hokayyy.. 😂 

By 7.30 am kita tinggalkan hotel untuk meneruskan perjalanan ke Sungai Petani.

Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur

Selepas reunion sepatutnya kami stay di Hotel Royal Chulan, KL tu. Disebabkan Wafi priority, maka kami cari "mangsa" untuk gantikan stay kat situ. Bayaran sudah dibuat, sayang lah kalau let go camtu je. Tanya Cik Baya available tak, kerja malam pula. Ting... Cik Elis lah mangsa kedua. Mujur available.. 

Berkaitan dengan Wafi boleh outing tu pun, seminggu sebelum tu baru tau boleh outing, jadi kita ke Kedah je lah.

Masuk bilik hotel untuk tukar baju petang tu sebab dapat check in pun dalam jam 1 lebih. Majlis bermula jam 2 pm. Taknak terlepas every single moment dengan kawan-kawan, maka cepat-cepat lah turun ke ballroom.

Sikit je lah ambil gambar bilik.

Kaunter bar.

Bilik air pun besar, sekali dengan bathtub dan shower area.

Twin super single.

Selesa bilik ni, cuma tak dapat tidur lah 😁

Rezeki Cik Elis sekeluarga.
Harga bilik beserta 2 breakfast.

Ballroom dimana majlis RU diadakan.

UUM 93/97 5 Series Reunion

Pada 17 June 2023 diadakan majlis reunion Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi batch 9397 dan ia bersempena 5 series , Jubli Emas bagi kebanyakan dari kami. Kalau masuk degree UUM melalui matriks UUM, 50 tahun lah usia kami. Jika masuk degree melalui STPM & Diploma lebih lah sikit usia mereka 😄. Reunion ini diadakan bagi kali kedua yang mana pertama kali diadakan pada tahun 2007.

Disebabkan ayah merupakan salah seorang AJK majlis ini, maka kami bertolak awal sekitar jam 8 am. Terpaksalah tingglkan MakNgah sekeluarga bersama atok wan di rumah. Mereka tidur semalam kerana hari Sabtu tu akan bergerak ke Bangi pula untuk melawat baby Zulkarnain.

Taklimat dari pengarah program (seumur hidup 😍) iaitu Uncle Azhar.
Kakak Widad terlibat juga menolong di meja pendaftaran.
Masa ni ibu duduk-duduk lah dulu sementara menolong mereka susun goodies bag.

Banner dan goody bag.
Tersuka pula kaler kuning ni, nampak ceria!

Uncle Chemat test suara pagi tu.

Antara kawan-kawan yang hadir lebih awal, Kak Long Haniza dan Dr Syima.
Masa ni ibu tak tukar baju lagi sebab belum dapat kunci bilik.

Kek Orenji yang dibawa khas dari Kulim. Baker Acik Eija tak dapat hadir tapi mengirimkannya melalui Auntie Harsa.

Auntie Azie dan Auntie Zety.
Kami bersekolah sama di SM Teknik Ipoh dan berjumpa semula di Matriks dan Degree UUM.

Laaa... jumpa lagi gambar bertiga. Masukkan je lah. Kalau letak dalam handphone je mungkin akan terdelete pula.

Selepas bacaan doa. lagu UUM (tak pernah dengar pun sebelum ni sebab masa kami study dulu tak ada pun lagu), few videos, ucapan pengarah program, bolehlah bergambar beramai dulu.
Agenda santai je.. lepas tu makan-makan hi-tea dan chit chat.

In between tu adalah persembahan karaoke dari kawan-kawan dan lucky draw yang disumbangkan oleh rakan-rakan dermawan.

Ayah bertuah dapat lucky draw yang disumbangkan oleh Frenzie Flower yang dimiliki oleh Auntie Zelda & Uncle Jim.

Merasalah ibu dapat bunga-bunga cinta ehh....

Ibu pun bernasib baiklah!

Rezeki Allah nak bagi.
Dapatlah pakai semalam masa solat sunat Aidil Adha.

Masa majlis tu ibu duduk semeja dengan rakan Matriks, 1.18/2.18

Auntie Meeza, Ita dan Acik Hasniza.

Auntie Ita, Jame, Meeza, Marini dan Acik Hasniza.

Antara classmate yang dapat hadir.
Akmal, Sharifah Bastiah, Rozita, ibu, Hasniza, Jamaliah (Jame), Meeza, Atok Azhar dan Megat Norazam.




The girls, Class of 1.18/2.18

Dr Mazura dan Kakak Widad.
Kakak Widad kenallah Dr Mazura sebab dah beberapa kali jumpa di Politeknik Sabak Bernam.

Dr Syima, ibu, Uncle Bad, Zety & Dr Zura.


Group photo before end of the programme.
Sebelum tu beramai-ramai nyanyi lagu.

Program berakhir jam 6 pm.
Seronok berjumpa rakan-rakan. Harap dapat berjumpa di lain kali.

After few days baru sempat buka goodies bagi yang diberi.
Dapat 3 sets sebab kakak Widad pun dapat.
Mug, tumbler, fridge magnet, key-chain, car sticker dan voucher dari He & She.
Pelekat kereta tu dah tampal satu di kereta ibu.


Sunday, June 25, 2023

Restoren SugarBun

Restoren "fast food" SugarBun baru dibuka di Puncak Alam beberapa bulan lepas. Ada rakan yang introduce restoren ni. Restoren rangkaian makanan segera ini telah bertapak lama di Sarawak. 

Bila kami tengok menu, ia tidaklah sepenuhnya menyediakan fast food, banyak juga real food yang disediakan.

Sabah Giant Garoupa Mee Hoon Soup.
Ibu suka taste sup ni, ada rasa yang tersendiri.
Makan ditambah pula dengan cili paste.

Laksa Sarawak.
Ni pun sedap, rempahnya sederhana sebab pernah makan terasa kuat sangat rempahnya.

Broasted chicken.
Ayam lembut dan juicy.

Tak sure pula nama minuman ni, kalau tak silap ada gula apong.

Dua kali datang ke sini. Next time nak cuba menu lain.
 
Besar bangunan SugarBun di Puncak Alam ni. Ample parking.

Kids friendly restaurant.
Ini di tingkat atas.

Ni masa first coming.

Wafi nak makan burger je.

1st bite pun kakak dah suka broasted chicken ni.

Chicken Mushroom With Mee Hoon
Tak lokek ayam. Tekstur mee hoon pun lain dari yang biasa dimakan.

Wafi join the other kids main.

Bolehlah conquer bila kids yang lain dah balik.

Udahlah fi.. jom balik.. nak Maghrib dah ni!