Pages

Tuesday, June 27, 2017

Aidil Fitri 2017

Assalamualaikum wbt.
Hari ni 3 Syawal.
Pic di pagi raya.
Macam biasa susah nak kumpulkan semua.. terutama si kecil Wafi yang buat perangai. Ada sahaja yang tak kena. Memang susah nak bergambar jika mengambil masa yang lama.

Abang Rahimi dan Kakak Widad yang sebatu jauhnya bila bergambar. Musuh tradisi... begitu lah hehe..

 Ibu dan Bami dan Kawi.

Nak juga swafoto dengan anak2.. sayang Wafi tak mau.

Tahun ni kita beraya di Kedah dulu.. raya ke 3 balik ke Klang. Ayah akan kembali semula esok hari untuk temankan maktok yang warded di Hospital Kulim. Maktok terjatuh di pagi raya dan patah tulang di bahagian joint antara pinggul dan paha.

Insyaallah esok Rabu akan operate.

Kami follow plan asal balik di Syawal ke 3 since Bami n Kawi ada homework yang perlu diselesaikan sebelum sekolah bermula. Kalau mereka bawa semua kerja bolehlah stay lama sket.. tak perlulah ayah hantar dan balik semula ke Kulim.

Semoga setiap kejadian ada hikmah nya..

Salam aidil fitri
Maaf zahir dan batin.

Tuesday, June 20, 2017

Kuching 2017 - Tugu Kucing di tengah bandaraya

♥♥Ok.. ini last entry kita di Kuching hihi...
Kita memang dah target nak ambil pic di tugu kucing ni pada hari terakhir.
Tugu ni ditengah2 jalan dan betul2 di depan Hotel Margherita.
Masa kami sampai cuma ada beberapa orang je di situ yang baru sudah menghabiskan sesi bergambar.
Jadi, kami bergambar sakan lah.
Masa ni dalam jam 10.30 am.. dah terik gitu.

 
Bambam Wafi.

Panas.. lap peluh.

Ni bahagian belakang sebab sebelah sana ada plak geng2 jejaka dari seberang sedang bergambar.

Yang sebelah ni kucing kecik je hehe..

Wafi merajuk sket.

The kids.

Matahari makin naik.

Happy kids.

Kunun2.. i  heart u.
Sekali lagi..

Ni tengah merajuk sebab nak masuk bilik.. dah panas.

Lengang je jalan di Kuching ni. Mungkin kebetulan hari ahad.

The handsome guys.

Bami dah mengembang.... kurang sado dah.

Depan hotel.
 
Mat trafik light.

Depan lobi.

Rest sekejap sementara tunggu uncle Bakh.

Our sweet room.
 
Singgah sekejap di apartment acik Jaja dan uncle Bakh for brunch.

Uncle Bakh hantar di airport. Dekat sangat.

Dalam ni ibu dah start pening kepala... mungkin cuaca panas. Cari panadol dalam beg tak jumpa.. tak ingat dalam beg yang mana. Kedai2 kat situ semua takde jual huhu..

Nampak tak beg pink tu.. hahaha.. yang gedabak penuh dengan jajan dan souvenirs. Banyak berjasa.
Ok.. cik Biela punya.

Balik naik flight ada tv... ibu dah mamai.. Alhamdulillah, sihat sket.. lunch dulu. Stewardess bagi panadol.

Ok.. last word.
Thank you MAS for the great jouney.

Sehingga ketemu lagi...
Kuching... you'll be missed.

Sunday, June 18, 2017

Biskut Coklat Chip ala Famous Amos

Hari ni nak share resepi biskut coklat chip yang sedap dan mudah disediakan.
Biskut ni sangat digemari anak2..
Ala2 biskut famous amos gitu.
Resepi ni ibu dapat dari blog Sue Joshua sebelum blog ni ditutup oleh pemiliknya.
Boleh juga dapatkan dari blog Yatie Memories
 
 
(Image dari blog Yatie Memories juga)

Famous Amous Chocolate Chip

Bahan²
 
  • 1 cawan gula kastor/halus (Guna 1/2 cwn je)
  • 1 cawan gula perang  
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan minyak
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu segar
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil cream of tatar
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan walnut cincang  (guna badam cincang)
  • 2 cawan chocolate chip
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara²
 
  1. Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati. (Gaul guna whisk je pun boleh)
  2. Masukkan tepung gandum, garam, soda bikarbonat, walnut/badam dan coklat chip
  3. Adunan memang lembik...sudukan satu sudu kecil diatas dulang pembakar...jarak²kan sket sebab nanti kukis akan mengembang sket....dulang tak perlu gris..
  4. Bakar pada suhu 350 'F (175 c) dalam 10-15 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven..
  5. Setelah kukis perang, angkat dan sejukkan diatas redai sebelum dimasukkan dalam bekas kedap udara.

Note... baru perasan resepi sebelum ni tulis baking soda.. ibu punya konfius letak baking powder instead soda bikarbonat hahaha.. tapi rasa sedap je

Sunday, June 11, 2017

Wafi turns 7

11.06.2017
Selamat hari lahir anak ibu yang comel.
Dah cakap sambut birthday during Syawal, insyaallah.
 

 
Pre birthday cake, created by Cik Wada
Done by the cousin.
Kebetulan beli pasir ni kat Klang Parade.

Ok lah... walaupun kek olok2.
The kids were enjoy asal dapat nyanyi lagu birthday.

Semoga sihat dan menjadi anak yang disayangi semua.

Thursday, June 8, 2017

Kuching 2017 - Bot, Kek Lapis Sarawak & Terubuk Masin

Balik dari Muzium Negeri tu kami singgah hotel sekejap sebab nak park kereta di situ.

Sebelum tu jumpa auntie jaja n family di lobi. Diorang baru habis mandi2 di pool hotel.
Lepas tu jalan sikit ke jeti.
 
Dalam bot penumpang.
Ala2 teksi dalam air gitu.

Dayung tu untuk kemudi tapi ekceli bot ni pakai engine. Bila nak on  kan bot ada suis yang ditarik guna tali.
Unik.

Dekat je.. tak sampai 5 minit pun.

Tambang 50 sen seorang sahaja.
Tapi ayah bagi lebih.

Jeti nun di sana.

Berlatar belakangkan hotel.. Hotel Margherita antara 2 bangunan tinggi tu.

Jalan kaki sket je perkampungan Melayu.
Di situlah kedai Mira Kek Lapis.
Ada juga kedai Kek Lapis Dayang Salehah tapi kami tak ke sana.
Boronglah kek lapis dalam 10 batang, RM100 percuma sebatang.

Jalan ke depan sket beli ikan terubuk masin.
Depan Mira pun ada tapi sebab dah tak banyak pilihan cari je kedai yang lain.

Ada air yang best depan jeti tu... teh tarik ais pun sedap!

Tuesday, June 6, 2017

Kuching 2017 - Muzium Negeri

Balik dari Tasik Biru tu kita makan dulu di Mom's Laksa.
Ramai yang suggest laksa Sarawak kat situ sedap dan sesuai dengan rempahnya.
Errrmmm.... sedap2.. ibu ayah order laksa Sarawak but anak2 makan kuayteow goring.
Ada stall kecik kat luar restoran ni kalau kita taknak makan laksa.
Sebenarnya banyak cawangan restoren ni... cari je mana yang terdekat.
 
Agak mencabar juga mencari muzium ni sebab wazenyer direction buat kami fenin hehehe.. padahal dekat jer.
 
Gambar2 di dalam Muzium Negeri.
 

Ada tengkorak huhuhu...


Sejarah rumah2 suku kaum.



Kepala gajah.



Nampak tak pintu dah separuh tutup.
Lagi 30 min jam 4.30 pm.
Cuma yang tak tahan.. dalam tu takde penghawa dingin.. memang panas dengan keadaan cuaca yang panas di luar.
Sabar je lah.

Macam nak meletup.

Belakang2 tu pun sebahagian dari muzium tapi tak sempat masuk sebab dah tutup.

Sudah2 lah dik..
Panas dah ni.
Wafi pun dah tak tahan nak balik bilik.

Nampak kan cuaca yang begitu terik.. sesampai di hotel hujan lebat.
Cuak dah sebab dah janji bawak Wafi gi mandi di pool.
Sib baik dalam 6.30 dah berhenti.. boleh lah wafi mandi setelah sendu beberapa lama.