Pages

Thursday, May 14, 2026

Lunch Di Rest. Mohd Chan, Sungai Buloh

Sabtu lepas solat Zohor ibu hantar ayah ke KTM. ETS ayah jam 4 jadi adalah masa nak lunch kat luar sama². Ayah ajak makan di resto Mohd Chan, Sungai Buloh yang berdekatan dengan stesen KTM.

Jus Epal Asam Boi & Ais Kosong

Menyerah Diri

Dah seminggu gigi/gusi? berdenyut².. makan kena guna bahagian kanan. Malam tadi kemuncaknya sampai terpaksa makan ubat tahan sakit. Ubat Mefenemic Acid dapat masa gusi bengkak awal tahun. 

Game Pemanas Badan

Simpan sini gambar² Wafi masa game pemanas badan yang dirancang sebelum ke pusingan kedua SBP. Namun sebab dah terkandas di pusingan 1, ia dijadikan game persediaan untuk Champion School.









 

Wednesday, May 13, 2026

Nak Drive Ke Sana @ Order Guna Apps

Jumaat lepas Wafi minta ibu belikan makanan luar.
Teringin Chicken Chop katanya.
Orderkan lah.. lagipun minggu dia exam nampak stress gayanya.

Monday, May 11, 2026

Ngeteh Di CBTL

Semalam bila dah petang tepu pulak rasanya dok dalam rumah je. Lepas Asar call nenek, ajak keluar. Ajak Bami bukan dia nak ikut pun.

Ibu bawa ke The Coffee Bean & Tea Leaf, Eco Grandeur. Ramai pulak orang, mujur ada meja untuk orang.

Dekat 15 mins juga menu yang dipesan baru siap. Sementara menunggu, nenek baca kitab.

Tragedi Pagi Isnin

Kejadian pagi ni. 

Masa turun kereta perasan kenapa tepi tapak kasut kanan kotor... dalam kepala fikir mungkin kena lecak masa balik hari Jumaat. Kan masa hari Jumaat seharian hujan.

Dah sampai bilik ofis belek semula.
Ya Allah..  kenapa jadi begini!

Mujurlah sama kaler.

Dalam kereta ada satu lagi sport shoes tapi malas nak turun. 
Halal je lah 🤗
 

Sunday, May 10, 2026

Kurma Kambing Teknik 5:30:7

Ada daging/tulang kambing sikit jadi ibu masak tengahari tadi. Cukuplah untuk ibu dan Abang Imi. Malam baru ayah sampai dari kampung.

Cadangnya nak masak kari tapi ada sepeket rempah kurma yang hampir tamat tempoh. Sengaja lah cuba guna teknik 5:30:7 sebab daging pun sikit je. 

Biasa nampak orang bubuh telur rebus dalam kurma jadi ibu follow, saje buat ramai² dalam mangkuk😅