Hujan renyai2 mengiringi anak2 yang akan menduduki periksaan SPM bermula hari ini.
Bas yang ambil Bami dijangka akan sampai awal. Jadi minta ayah temankan ke depan naik kereta since hujan renyai.
6.30 dah keluar.
End up sampai macam biasa. Ibu dan Wafi ke depan juga since lepas tu ayah nak kena hantar Wafi.
Ayah bawak Wafi dan ibu tunggu.
Bami minta ibu balik dulu.. hahaha.. malu lah tu dok ada yang tunggu.. macam budak2 kecik.
Relax lah Bami... you're still my baby.. kekdahnya hahaha...
Semoga Bami tenang2 ketika menjawab nanti... beroleh kejayaan dunia dan akhirat.
Aishhh... ibu yang debar.. tapi Bami relax je.
Ok2.. jangan tension2.
Bak kata auntie Quzai
" TOO MANY DISSAPPOINTMENTS ARE USUALLY A SIGN OF TOO MANY EXPECTATIONS"
Doa untuk anak-anak kami yang bakal menduduki peperiksaan
SPM
. *بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم*
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ
رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ
نَعْبُدُ وَإِيَّاكzَ نَسْتَعِينُ۞
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ
أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ
وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
*بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
اَلْحَمْد ُ ِللهِ
رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ
وَالْمُرْسَلِيْن
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعين
*Ya Allah,*
Hari ini hingga hujung bln 11, anak2 kami akan menduduki
peperiksaan SPM.
Kami mohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak-anak kami dalam
peperiksaan yang mereka hadapi YA ALLAH.
*YA ALLAH,*
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan.
Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah
ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah
dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.
*YA ALLAH,*
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan
sepertimana skema jawapan.
*YA ALLAH,*
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak
kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai
pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan
menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.
*YA ALLAH,*
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia
dan di akhirat, kami mohon kepada Mu, Kau perbaiki akhlak anak-anak kami.
*Ya ALLAH,*
kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu YA
ALLAH, kami serahkan anak-anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu ketika
mereka tidak bersama kami YA ALLAH. Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada
di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di
tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka daripada melakukan amalan-amalan yang
membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.
*YA ALLAH,*
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau
melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.
*YA ALLAH,*
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami
sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak jiran, rakan dan
sahabat kami YA ALLAH. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan
di akhirat YA ALLAH.
*YA ALLAH*
Perkenankanlah doa kami ini.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا
وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ
اْلخَاسِرِيْنَ.
رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا
اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى
قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا
رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ.
رَبَّنَا آتِنَا فِى
الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ
حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.
رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ
أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ
أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. وَصَلَّى اللهُ عَلىَ
سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ
وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ
اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ
وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ
وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.
امين يا رب
العالمين.