Pages

Sunday, July 6, 2025

Ahad Dah....

Hari Sabtu hari yang paling bahagia sebab esoknya Ahad masih ada satu hari lagi untuk berjimba-jimba.
Bila Ahad.... alaaa.... lagi berapa jam lagi nak ke hari Isnin. Itu sebab kalau boleh Ahad nak rest betul-betul.
Pagi tadi dengan keadaan yang agak malas, lepas solat Subuh gigih lah juga briskwalk kat Dragonfly park. Sabtu pagi tak dapat keluar sebab nak setelkan beberapa perkara.
Matahari baru nak naik.
Seperti biasa ibu buat 3 pusingan tasik sahaja.
Ibu dapati hari Ahad lebih ramai orang.

Tak tau lah apa jadi dengan Strava ibu pagi ni.
Merajuk kah 😁😁
Dapatlah BW 5.2km

Balik singgah cari nasi kerabu di Mekla Nasi Kerabu, Puncak Alam.

Sampai rumah, sapu dalam rumah dan mop lantai.

Siap bersihkan diri, sarapan sorang-sorang sambil tonton filem Tamil, HIT The Third Case. Sambil-sambil tu update blog dan blogwalking.

Tunggu Kak Widad sit paper Mobile App Framework jam 2.30 - 5.30 pm nanti.
Kot dia nak jalan-jalan lepas tu, ibu onz je.
Bagi dia release tension.
Ada lagi banyak papers untuk final exam sebab baru start last week.

2/7 -  SPM 
6/7 -  Mobile App Framework
8/7 -  Web application
9/7 -  SecM
13/7 -InfoSec
15/7 - Algorithm 

-Waktu exam (2½ - 5½)pm

All the best Kak Widad.
Semoga Allah permudahkan semuanya.


 

31 comments:

  1. Alhamdulillah dapat jugak keluarkan peluh tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut kata hati nak baring² je... lambat² bangun. Tapi mikir macam dah 2 minggu tak keluarkan peluh, gigihkan juga.

      Delete
    2. nak tak nak kena jugak lah kak.....demi kesihatan...

      Delete
  2. Cepatnya masa berlalu.
    Kenapalah esok Isnin ... ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn... boleh tak padam hari Isnin tu.. terus je hari Selasa.. takpun Rabu 😃😃

      Delete
  3. sedih mengenangkan lagi beberapa jam je nak kena masuk kerja hahaha
    saya kalau petang ahad selalu murung xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhhh.. samalah.. petang Ahad boleh hilang mood.. itu yang kadang kalau petang akak keluar rumah.. ambil angin sekejap.

      Delete
  4. Berat sekali menghadapi hari Senin ya Mbak.
    Saya mengalami hal begitu ketika dulu masih bekerja.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh semua orang yang bekerja taknak jumpa hari Isnin huhu...

      Delete
  5. Bittaufiq wannajah Kak Widad 🤲🏻
    Course IT ke ni Kak?
    Cantik betul gambar sunrise tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin YRA 🥰
      Betul tu PH... Computer Science, major in Software Developement.

      Delete
  6. Malas betul nak mengadap hari Isnin kan. Ahad cepat je berlalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murung bila ingat hari Isnin... Patut Ahad 36 jam... lagi bagus kalau 48 jam 😁

      Delete
  7. Masa lagi cepat kita melangkah...tiba2 jer nnt dh hujung bulan...

    ReplyDelete
  8. alhamdullilah ada jugak masa beriadah 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selit-selit juga ni Miza dalam dok malas-malas 😁

      Delete
  9. Sabtu Ahad ok...bila datang hari isnin...hmmmm.....moga baik2 ajer hari isnin ya.

    ReplyDelete
  10. Banyak paper tu. Semoga dapat buat yang terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiiinnn YRA .. insyaallah, terima kasih BK.

      Delete
  11. Sekarang ni masa sekejap je berlalu kan.

    ReplyDelete
  12. tu lah org sllu monday blues kan akak sbb blm habis mood nak rehat ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan je orang yang bekerja.. anak-anak pun cranky kalau pagi Isnin 😫

      Delete
  13. Ok la tu kak dpt gak briskwalk..SA ni x dan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Leklek'an je tu SA... kalau ikut memang malas.

      Delete
  14. kalau boleh setiap hari nak hari ahad erk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu wak... lepastu duit masuk je tak perlu kerja.
      Memang heaven lah jawabnya 😃

      Delete
  15. Samalah, saya pun rasa macam tu. Kalau dah Ahad tu cepat betul dah masuk Isnin. Rasa tak puas nak berjimba-jimba dua hari. hihi...
    Kira okaylah tu dapat juga beberapa KM daripada 0KM macam saya. huhu...
    Kak Widad sama dengan anak buah saya ambil SPM tahun ni. Semoga berjaya buat mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh... Kak Widad dah tahun 2 Unisza... subjek pertama exam SPM tu short form. Akak pun tak ingat nama apa.

      Delete