Seminggu agak huru-hara maklum sahaja minggu closing dan ada tugasan ad-hoc. Balik rumah memang collapsed. Dinner pun beli je kecuali ada sehari goreng nasi. Kak Widad pula dah start final exam.
Sekarang ada menu air 50% kurang gula.
Ok bandung selasih kurang manis tu.
Disebabkan ibu lapar tengahari tak lunch, ambillah mushroom grilled chicken + rice. Ayah pilih Penang Laksa ikan makerel. Order juga seafood springroll.
*************
Masa lunch tadi terima call dari Wafi.
Ma.... buat apa tu?
Dengar suara tak gembira.. adehhh...
Ibu rehat sekarang Fi.
Ma... minggu depan datang tak?
errr... tak tau lagi Fi.
(dalam hati nak cakap tak...)
Mama busy ke minggu depan?
ehhh... taklah.. rasa takde apa.
Nanti ibu tanya ayah dulu ya.
Tak sedap hati dah ni. Kalau suara sedih mesti nak ibu lah tu.
Ibu pulak rasa bersalah nak tanya ayah sebab minggu ni ayah dah balik. Minggu depan drive pula.
Since ayah kata ok, boleh visit tokwan sekali.
Alhamdulillah...
Nanti kita jumpa ya sayang time outing.
Tak sabar nak tunggu Wafi call, beritahu berita gembiraπ₯°π₯°
**************
Balik makan tadi singgah gerai durian tepi jalan. Rasa nak dekat 2 minggu banyak durian yang sampai. Musim dah kot sekarang tapi tak tau durian mana.
Ibu minta sebiji je minta mereka pilihkan. Sebiji ni sekilo lebih, RM24.... tapi tulah... dalamnya ada 5 ulas jeπ
Durian pun dah scam ibu hahaha...
Mujur sedap dan manis.
Ibu makan sorang je sebab Kak Widad taknak.
Ibu tengok tadi Musang King RM48 sekilo.
teh tarik mengoda jiwa ππ
ReplyDeletelekaih pi cari π
DeleteWah ada complimentary keropok tu. Haritu saya pergi tak ada pulak. Sedap-sedap menu pilihan tu. Dilema seorang ibu, begitulah. Demi anak diturutkan juga. Naluri seorang ibu. Semoga Allah permudah segala urusan. Aamiin..
ReplyDeleteSekarang ni tengah musim durian, dimana-mana pun ada durian. Beli durian ni kadang kala kena scam juga. Tapi yang ni elok lagi okaylah. Dapat yang tak elok tu, tak ada rezekilah kita.
Sebelum ni pernah makan kat situ takde pun dapat complimentary. Baru kot. Makanan yang dipesan dapat cepat je jadi tak sempat nak habiskan keropok.. makan last2 juga.
DeleteTu lah.. nak salahkan penjual pun tak boleh sebab benda kat dalam huhu...
Arghhh...kenapa teh tarik tu tu menggoda sangat kak...?? Mau malam2 nie bancuh,minum sambil lipat kain nie.. hahaha...
ReplyDeleteTengah malam tu lipat kain π
Deletesenangnya dapat membahagiakan orang tua meskipun melalui momen momen kecil
ReplyDeleteIbu ayah tu adalah saya dan suami. Sufyan mungkin keliru ya sebab baru baca blog ini.
DeleteBlog ini ditulis untuk kenangan anak-anak jadi saya bahasakan diri sebagai ibu.
Salam kenal, nanti saya berkunjung ke sana.
Alahai 5 ulas je sorang makan habis. Hihi. Durian kampung je selalunya isi dalam banyak.
ReplyDeleteRezeki juga ni tiba-tiba kak widad taknak makan π
DeleteSusahlah nak jumpa isi tebal durian kampung kat sini Cie.
Selalu sakit hari je.. dapat yang tawar. Itu yang alang-alang beli mahal sikit.
Aduh kenapa kak widad tu macam sedih2...
ReplyDeleteKuningnya durian! Tapi tak puasla dapat 5 je
Eh sorry wafi* bukan widad haha
DeleteItu lah tak tau.. bila ditanya taknak cakap.
DeleteAkak tanya bangun tidur.. tak de mood eh.. tak jawab.
Rindu ibu ya.. tak nak jawab juga.
Biasa kalau dia diam tu nak dengar suara ibu lah tu.