π️ KEM PERKHEMAHAN PERDANA UNIT UNIFORM TINGKATAN 4 (2026)
π
Tarikh: 9–10 Julai 2026 (Khamis-Jumaat)
π Tempat: Pusat Kokurikulum
Grup Wafi terdiri dari pelajar Persatuan Puteri Islam dan Kor Kadet Polis.Aktiviti yang dijalankan.
Malam mereka ada buat BBQ.. tak jumpa pulak gambar Wafi, mesti jadi tukang makan je π
Sekolah ada tapak kokurikulum yang luas jadi bolehlah aktiviti camping dijalankan dalam sekolah sahaja.
Masing-masing kena set-up khemah sendiri. Satu grup 3 orang. Jadi bila malam, bertiga tidur dalam satu khemah. Wafi kat panas lah malam-malam, mujur jugalah dia ada bawa kipas kecik.
Malam ada campfire.
Ada tu Wafi... depan sebelah kanan π
Semalam kakak final paper, subjek Data Mining.
π♂️π♀️ SUKANTARA TAHUN 2026
π
21 & 22 Jun 2026
Wafi masuk larian je itu pun nak cukupkan syarat.
Bagi acara merejam lembing dia jadi reserve, jadi tak dapatlah mata untuk rumah.
π KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN (KOT) KALI KE-51 TAHUN 2026 π♂️π♀️
π
Tarikh: 2 Julai 2026 (Khamis)
π Tempat: Padang Utama
π Keputusan Keseluruhan Rumah Sukan
π₯ Johan: Rumah Laksamana
π₯ Naib Johan: Rumah Bendahara
π₯ Tempat Ketiga: Rumah Temenggung
π
Tempat Keempat: Rumah Panglima
Acara Kawad Kaki Persatuan, team Wafi jadi juara.
Ingatkan tak masuk sebab dia cari uniform Puteri Islam tak jumpa. Lepastu cakap ibu tak masukkan dalam beg. aihhh.... ibu ingat lagi masa last balik akhir tahun, ibu basuh baju tu dan terus masuk luggage. Takdenya ibu nak simpan tempat lain. Lepas tu tanya siapa pulak dia pinjamkan.
Haaa.. itu lah masalahnya si Wafi ni. Rajin pinjamkan barang lepastu tak tau nak minta balik kalau kawan tak pulang, lepastu lupa π¬π¬. Bila nak pakai tak ada, cari ibu!
Untuk kawad ni, Wafi pinjam uniform PPI senior. Balik ritu kan hari yang sama dia KOT, jadi ibu ada basuh. Minta dia terus pulang kat senior bila sampai asrama.
Submit juga Final Year Project (FYP).
Alhamdulillah, selesai pembelajaran degree dalam kelas kakak selama 3 tahun.
Insyaallah next sem akan intern.
Kakak sedih dah masa ni sebab lepas ni masing-masing akan ikut haluan sendiri, bila akan jumpa pun tak pasti.
Abang Rahimi pula last day intern Jumaat 17/7/2026, hari yang sama ibu ayah ke Terengganu. Jadi tak dapatlah sama-sama ambil Kak Widad.


















selamat masuk ke dunia tipu2 kak widad.. semoga kental.. hihihi...
ReplyDeleteIni yang seram.. ibu ayah yang terlebih risau sebenarnya.
DeletePerghh mcm² aktiviti abang kakak adik...
ReplyDeleteBila ada yang extraordinary baru citer hehe... setiap hari sama je aktiviti diorang.
Deletesama dengan Pia,senior minta nak pinjam uniform pastu tak pulang buat2 lupa,Pia pula takut nak pergi jumpa minta semula dengan senior tu...aishhh la anak
ReplyDeletekejap je masa kak widad dah habis bljr,dah nak masuk alam pekerjaan
Budaya kat mana-mana asrama pinjam meminjam π
DeleteKalau takat tudung sarung hitam yang ada banyak ok lah nak pinjamkan kawan lepastu tak minta balik, masalahnya uniform ni sepasang je. Gerammmm je.
Bila tenguk aktiviti ni rasa nak balik jadi pelajar seronok bila ada aktiviti macam ni. Dulu tak ada huwaaaaa
ReplyDeleteBuat aktiviti best lah kak notie... cuma takmo exam hehe
DeleteWafi murid yang cergas dan cerdas. Teringat dulu- dulu waktu interview nak jadi guru, penemuduga tanya apa beza cergas dan cerdas. Saya jawab kalau badan cergas, otak pun cerdas. Jadi, memang pakej lengkaplah ada kurikulum dan kokurikulum di sekolah.
ReplyDeleteJawapan tepat dan bernas, selayaknya terpilih jadi guru π
DeleteSetiap form 120 orang je jadi memang semua tak terlepas dari aktiviti sekolah huhu
Macam2 aktiviti wafi kat sekolah. Time belajar la syok macam2 program ada.
ReplyDeleteAkak rasa F4 je ada aktiviti camping gini... mungkin telah ditetapkan.
DeleteWaaah aktif memang wafi yaaa. Tapi terganggu juga kalau panas di kemah nih π π . Saya ingat dulu pernah kemah dengan teman2 di belakang rumah saya, Krn kebunnya luas. Tp pas malam memang panaaas, yg ada kami masuk rumah, tidur di kamar π€£π€£.
ReplyDeleteTak terasa si kakak dah final year yaa. THN depan intern. ππ
Semua kena aktif, tak boleh terkecuali. Aktiviti berkumpulan macam ni memang menarik.
Deletehahahah.. tidur di kamar lagi nyaman π
Harap-harap tahun depan biaya Wafi je sorang belajar. Biar abang kakak cari duit sendiri pulak π
Besar rupanya SSMJ ni ye. Siap ada tapak perkhemahan sendiri dlm tu... Padang pun luas
ReplyDeleteTahniah Kawi, sikit lagi πͺπ»
Cantik betul berkebaya labuh
Alhamdulillah Bami pun dah nak habis intern. Lepas ni cari kerja tetap la ye. Good luck!
Akak pun tak sangka luas gitu sebab tak habis teroka sekolah.
DeleteInsyaallah lepas ni biar mereka berdua cari kerja pulak.
Anak2 dulu pun sama suka join segala aktiviti macam ni, kita support je. Kala diajak, mau join sama.
ReplyDeletehaaa.. kita support je lah anak-anak join aktiviti. Sesekali biar diorang enjoy aktiviti luar.
DeleteSemoga segala urusan anak-anak Akak dipermudahkan. π€²Macam-macam aktiviti dan update dari dia orang. Anak-anak dara akak manis belaka, Wafi dan Widad.
ReplyDeleteTerima kasih Nur... xtvt Wafi ni tunggu muncul kat FB sekolah je... itupun jenuh lah skrol dan zoom in zoom outπ
DeleteTiba rasa rindu plakk zaman sekolah ekk.. Sis dulu Rangers hahahaha..
ReplyDeleteKalau dulu ada camping, Sis takkan miss.. kena pandai jaga diri semua.. moga Allah pelihara anak-anak semua..
Ganazz tu SL masuk Rangers... tahan lasakπ
DeleteByk aktiviti wafi... Bgs dpt mcm2 pengalaman... Kakak dh nak intern... Abg dh abis intern.. Lps ni dunia pekerjaan plak
ReplyDeleteInsyaallah.. lepas ni anak² bertebaran ke alam pekerjaan pulak.
DeleteBusy sokmo. Mak pak ikut busy juga
ReplyDeleteKesel kakπ
Deleterindu pulak aktiviti camping persatuan sekolah dulu. saya pun PPIM yg join kawad kaki! hehe
ReplyDeletewahh kak Widad dah habis belejar 3 tahun ye. intern dorang 6 bulan kan? all the best!
Betul, intern hampir 6 bulan.
DeleteRindu jugak la zaman sekolah dulu..SA pengakap...hahahaha....yeay kakak Widad dah habis belajar..lepas ni Intern dan hantar report plak kan...Dania tahun depan Intern...lepas tu habissssss.....yeahhhh
ReplyDeleteWoww... ganazzz Pengakap hehe
DeleteSampai masa anak² bekerja.. kita semakin menua pulak rasanya huhu
Best kalau kelab aktif ni. Meriah aktiviti kelab. Tahniah team Wafi jadi juara kawad. Tahniah kakak dah submit FYP, memang lega sangatlah kalau dah submit. Part paling struggle final sem. Alhamdulillah Abang Rahimi pun dah habis intern. Seronok ibu tengok semua anak-anak dah selesai kerja masing-masing.
ReplyDeleteBila dah final sem tu memang macam-macam lah dengar kerenah anak-anak. Alhamdulillah mereka berjaya hadap. Mak-mak doakan je semoga anak-anak dipermudahkan segala urusan.
Delete