Drive dari Besut jam 7 pagi dan sampai Ipoh lebih kurang jam 2 pm. Laluan Persekutuan melalui Jertih, Machang, Gua Musang, dan Simpang Pulai ke Ipoh.
Check in Golden Roof Hotel dulu baru lah ke Lost World of Tambun.
Tiket masuk RM99 seorang.
Lagi satu game yang mereka suka beberapa kali lah masuk.
Gambar tak banyak sebab mereka dok sibuk main dalam theme park.
Menarik juga tempat ni, nanti lainkali boleh pergi sekeluarga. Biar anak bertiga main, ibu ayah nak relax je ๐
Sesuai untuk anak-anak tapi pasti ada had ketinggian dan umur sebelum boleh naik.
The Lost World Hot Springs & Night Park in Ipoh offers a relaxing evening experience featuring natural mineral hot springs, a luminous fantasy forest, and night animal attractions. It operates daily from 6:00 PM to 11:00 PM
Malam tu hujan pulak jadi tak dapatlah masuk Hot Springs & Night Park.
Malam semua pengsan.. maklumlah perjalanan dari Besut pun dah setengah hari. Setengah hari lagi main kat theme park.
Esok paginya terus check-out dan jalan-jalan sekitar Ipoh.
Lapang je Concubine Lane.. cuba hari cuti... berlaga-laga bahu dibuatnya.
Petang Khamis jam 7 pm sampai lah semula ke rumah sewa. Berani dah Kawi drive jauh. Sebenarnya dia ok je drive tapi ibu yang terlebih risau ๐ค
Ritu masa kat KT sampai Kuantan Kawi drive, sambung pula esoknya drive dari Kuantan ke Klang. Tapi jalan LPT1 tu clear sebab hari Isnin. Kalau PLUS ke utara ibu seram. Kenderaan lebih banyak, dengan lori dan bas huhu



















Baru tahu tiket Lost of Tambun ni mahal boleh tahan juga ye. Tapi okaylah banyak aktiviti kat dalam tu.
ReplyDeleteTeringin juga pergi Concubine lane ni/. Masih ada lagi raindrop cake ni. Ingatkan dah takde lepas habis viral. Tenang je pergi bukan waktu cuti kan. Nak ambil gambar pun tak kalut dengan ramai orang.
Agaknya memang gitu lah harga tiket theme park sekarang.. akak pun tak pernah masuk lagi. Concubine lane tu sekali masuk je dah cukup hehe
DeletePergi weekdays mmg best mana ² tempat pun. Kurang sesak.
ReplyDeleteMasih ada ye raindrop cake tu. Viral betul dulu
Kalau ada anak sekolah nak jalan² memang weekendlah jawabnya.
DeleteRasanya orang makan raindrop cake sekali je.. sekadar nak merasa.
Dah plan berapa kali juga nak ke sini gan family, tapi entah, asyik ada jerr halangannya.. ni cucu dah besar, dah bolehlah plan balik.. enjoyy betul widad..
ReplyDeleteHaaaaa... mesti cucuลก SL seronok kalau masuk situ.
Deletepergi weekdays ni untung..tapi itu la kita ada anak sekolah ni dah tak merasa bercuti time orang lain kerja..seronok tengok kak widad
ReplyDeleteBetul².... kalau sekolah rendah bolehlah lagi tuang kelas.. dah menengah mau nya diorang nak sesaje cuti.
DeleteSeronoknya apalagi tak ramai orang
ReplyDeleteTu lah kan... lepas belajar ni boleh lah pergi weekdays. nanti masing² dah bekerja susah juga nak commit
Deletekalau gi weekend mau semua tempat kena berbaris ye...untunglah dapat gi weekdays.
ReplyDeleteCantik pulak rupa Raindrop Cake tu. Teringat masa ke Food Festival di Melaka, dak Alip beli tanghulu. Sekali sebiji je dia makan sebab manis leting.
Kan... habis masa dengan berbaris je. Kadang boleh moody dibuatnya.
DeleteTakleh lah Tanghulu ni... manis beno. Lebih baik makan stoberi cicah air gula sikit atau coklat, adalah rasa masamnya
Belum pernah ke sini. Syoknya anak-anak bergembira di sini.
ReplyDeleteNi kalau healing² dengan member² best juga.. melupakan hal² kerja.
DeleteLWOT memang tmpt fav bdk² ni jugak.... thn lps family day kitrg kat situ tp x smpt nak diblog kan hahaa....
ReplyDeleteHealing² ke ipoh sambil jalan² cari makan..ohsem kak haha mmg puas laa
Patutnya banyak lah citer tahun lepas dalam blog.. ater tidak ditulisnyaaa๐ ๐
DeleteIpoh ni banyak tempat makan yang viral kan..
Memang untung sangat pergi waktu weekdays! Bebas nak main game kat Lost World of Tambun tanpa perlu beratur panjang. Concubine Lane pun nampak tenang sangat, tak lengang dan tak bersesak. Cuma kempunan sikit lah tak dapat masuk Night Park sebab hujan. Tak apa, ada alasan untuk repeat pergi sekeluarga pula nanti
ReplyDeleteTeringin juga nak bawak anak bertiga tu ke theme park tapi nak cukup semua payah juga sekarang.
DeletePergi time orang kerja memang enjoy sebab tak ramai orang kalau time weekends emm beratur panjang
ReplyDeleteTu lah kak.. sementara belum ada komitmen kerja eloklah pergi time weekdays ke mana² tempat.
DeleteLost world of tambun memang GItulah regenya.. tapi, depe kata kalau tido dekat hotel dia dapat la tiket free..padan lah dengan harga hotel dia juga.. hahaha...
ReplyDeleteDarah muda kak, boleh la lagi drive jejauh tu..hihihi
Itu belum lagi harga Legoland ๐
Deletepernah masuk lost world tambun ni masa kecik2 je. tak ingat dah apa yg berlaku. saya ni pulak sejenis tak suka masuk theme park atau taman air, lebih prefer jalan2 cari makan je
ReplyDeleteKiranya masa kecik tak adventurous lah ya.. nahhhh... sekarang siap panjat gunung lagi๐
Delete