Pages

Sunday, July 19, 2026

Makan Tengahari Di Restoren Singgang Budu I Singgah UMT


Dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, kami terus ke Restoren Singgang Budu. Masa sampai tu jam lebih kurang 1 tengahari. Tengok orang pun tak ramai. Lapang je kedai. Jadi ibu pun ambillah gambar beberapa station lauk pauk sambil fikir apa nak makan.





Masa ambil gambar tu, staff cakap restoren  tutup kak, buka nanti jam 2.30 pm.

Oo laaa....

Takpe lah kalau gitu... kita jalan² cari MrDIY sebab Kawi nak beli topi. Tutup guys😅.
Drive lagi ke depan kot ada Mixue boleh lah sejukkan tekak. Sepanjang jalan tengok semua kedai pun tutup.

Rupa²nya di Terengganu semua premis perniagaan akan menghentikan operasi sementara pada waktu Solat Jumaat, lazimnya sekitar jam 12.30 sehingga 2.30 pm. Kak Widad pulak tak perasan sebab hari Jumaat tengahari jarang keluar.

Lepas solat Jumaat, kami patah balik ke restoren. Orang pun dah mula ramai. Mostly tengok orang luar, siap ada yang turun dari bas. Orang sebelah kami katanya dari Ipoh.

Cara kat sini, ambil makanan, kira dan bayar terus. Sementara tu salah seorang carilah tempat duduk dulu.

Makanan yang diambil. 
Singgang ikan ayah suka betul, habis kuah dihirup. Ikan tongkol lembut. Sotong pulak kemain besar lengan baby Saif. Walaupun besar tak liat, rasa pun sangat fresh. Telur sotongnya pulak penuh. Ayam goreng panas². Ikan seekor kecil tu ikan rebus goreng.  Walaupun nama restoren Singgang Budu, ibu tak adalah ambil budu. Boleh je makan cuma tak pandai nak menikmati. Harga makanan RM68 termasuk tax.

✅️Restoren Singgang Budu <checked>

Lepas ni kalau ke KT nak try Restoren Kolok Street pula. Samalah konsepnya menjual makanan berlauk.

Lepas makan, kita singgah sini jap jumpa anak buah segera🫠

Ceritanya masa kat Resto. Singgang Budu, Kak Widad kata nak jumpa Raziq kawan baik sama² Poli dulu yang study kat UMT. Masing² pun dah habis study tinggal nak intern je, jadi lepas ni mungkin tak jumpa dah. Sepanjang 3 tahun kat Terengganu hanya contact gitu²  takde pun nak gathering padahal ramai kawan² Poli study kat Unisza & UMT. Masing² busy gamaknya.

Bila Kak Widad cakap pasal UMT tu ibu terus teringat anak Puan Hazel yang baru register Asasi. Haa.. bolehlah ibu tapaukan sekali makanan sebab Kawi pun nak tapau untuk Raziq. Sebelum tu whatsapp dulu PH. ehh.. lambat plak berjawab, kot lah sedap² tidur berehat²... maklumlah jam² gitu waktu orang tengah berehat😅. Terus je lah call bagitau hajat semua😆 dan minta contact no. Abang.

Restoren Singgang Budu ke UMT dalam 15 minit perjalanan. Lepas jumpa anak soleh PH, barulah kami ke rumah sewa Raziq, drive 2-3 minit je dari UMT.
Raziq kawan Kawi dari Johor. 
Ada few company dah interview intern, cuma tunggu panggilan. Kak Widad confirm dah dapat 2 tempat intern cuma ada nak tunggu tempat lain. Nanti baru buat pilihan.

Ok.. bye² Raziq, jumpa lagi lainkali.

Depan sikit UMT, Unisza Kampus Gong Badak tempat Abang Imi study. Insyaallah bulan October nanti ibu ayah sampai untuk konvo Abang Imi.

36 comments:

  1. meriah sungguh lauk pauknya...hah kena tunggu lps solat jumaat la jawabnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lauk pauk banyak.. orang yang datang pun ramai.

      Delete
  2. Patut la tak ramai orang, kedai tutup utk solat Jumaat rupanya. Mujoq tak ambik nasi & lauk lagi hihi...

    Tqsm lawat anak kita 😘😘😘
    Abang pun ada kawan dekat unisza tu, tapi kawan dia asyik busy, budak medic. So tak jumpalah lagi.

    Semoga pilihan yg terbaik utk Kawi 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau terambil nasi dan sayur memang memalukan sungguh huhu.
      Sama-sama PH, kalau medic kat Kampus Kota bukan Gong Badak yang sebelah UMT. Cousin akak yang kami stay rumah dia kalau ke Ganu, Timb. Dekan kat sana.

      Delete
  3. Sedap2 belaka...Dah habis kak Kawi belajar tggl nak intern jer...semoga dipermudahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua sedap tapi kami pilih menu yang biasa makan 😅

      Delete
  4. meriah nampak sedap lauk pauknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang meriah... sampai tak tau nak makan apa.

      Delete
  5. memang sedap, kak ana pun suka sekali sekala makan lauk singgang budu gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pertama kali ambil lauk singgang kak, sedap rupanya. Tambahan lagi ikannya sangat fresh.

      Delete
  6. Ini kalau bawa Suami ke sini, yang pasti lauk senggey laa dia akan amik.. Lin pula suka yang ulam-ulam tu haaaa .. rambang mata nak makan apa ekkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo asben SL biasa dengan lauk singgang eh..
      Kalau dah banyak sangat lauk memang rambang mata, last-last kami ambil menu yang biasa makan je.

      Delete
  7. Meriah lauk pauk tu memang rambang mata la nak ambil semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pun kami terambil banyak lauk Cie, meratah je lah akhirnya.

      Delete
  8. Wah rambang mata tenguk lauk dia. Ratah sayur pun sedap ni. Untungle dapat jumpa anak buah segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak.. rambang mata dibuatnya.
      Masa masuk UMT tu sesat juga cari jalan, tanya Pak Guard bangunan PI. Dia tanya nak jumpa siapa... teruslah kata anak buah.. takkan nak cakap nak jumpa anak PH, karang panjang pulak ceritanya hehe

      Delete
  9. Tujuan saya ke KT Desember nanti, semata hanya utk kuliner saja kak 🤣😄..memang teringin coba kuliner khas sana. Apalagi nak puas2kan makan Lekor.

    Singgang budu nih dah saya tulis di list saya utk dicoba. Pernah baca review, dan banyak bilang sedap ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishhh.. nikmat betul makan keropok lekor panas-panas kat sana. Nanti try juga keropok lekor yang rebus panas-panas. Yang tu mainly makan kat tempat perusahaannya.
      Bulan Disember dah masuk bulan tengkujuh/hujan kat Pantai Timur nanti. Start November.. jadi rancang perjalanan ya Fanny.

      Delete
  10. Sajian singgang ni antara masakan yang nampak ringkas tapi rasa dia sangat comforting dan sihat! Memang port yang ideal sangat untuk makan tengahari bersama keluarga atau rakan sekerja. Terima kasih atas perkongsian, terus rasa terliur nak pekena singgang jugak! 👍😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singgang Budu tu cousin yang recommend, katanya kalau nak makan kat tempat yang vibes. Lepas tu dia ada juga bawa ke tempat yang local suka makan. Banyak tempat makan kat sana cuma kena pandai cari.

      Delete
  11. Laaaa...tutup ye bila tiba solat Jumaat..nasib baik masa tu blom lapar sanagt ye...seronok la Abang jumpa Ibu Faiza dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keroncong juga perut hahaa.. tapi tahan je lah dulu.
      Ada rezeki masa menyantuni Abang ritu.

      Delete
  12. Masa pergi Terengganu haritu tak ada rezeki nak singgah sini sebab hari jumaat masa tu. sama macam ni lah. Tapi tak tahulah pula dia buka 2.30pm. Ingatkan tak buka terus haritu. Tak dapatlah nak makan kat sini.
    Baru bukak je dah ramai orang ek. Banyak pilihan lauk. Tempat ni jadi tumpuan orang luar dan tempatan juga.
    Alhamdulillah..sekali harung dapat tapaukan dan jumpa kawan Kawi.
    Mesti tak sabar Abang Imi nak konvo tu nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun tutup sementara, kaunter makanan terbuka Fiza, nampak lauk pauk semua ada atas meja, jadi kalau kita datang taulah ia ditutup sementara je. Takpe... lain kali boleh datang lagi. Abang Imi masih nak relax-relax lagi tu lepas intern.

      Delete
  13. sedapnya lauk ibu pilih..harga pun bapok murahnya
    aisshhh mana la tak bahagia kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang dok fikir, tang mana untungnya jual dengan harga gitu. Cousin akak yang dok KT pun banyak kali ajak beli seafood kat KT soh bawak tong ikan sekali.

      Delete
  14. Dua kali trip lepas2 ke KT, tak sempat ke sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat dengan Kuantan, lain kali boleh datang sini.

      Delete
  15. hahaha musykil juga ye semua tempat tutup...diarahkan tutup kekdahnya. Bagus.

    Rezekilah ye anak PH dapat makanan dari ibu...kalau Kyra accept offer UPU haritu, di Unisza la dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haritu ada sembang-sembang tanya pasal hal rehat Jumaat. Kalau buka premis waktu solat Jumaat tu akan dikenakan kompaun.
      Kalau Kyra di Unisza, bolehlah akak jumpa sekali hehe

      Delete
  16. Bagusnta tutup perniagaan apabila waktu solat. Alhamdulillah, ada kepedulian menguranakan ibadah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak... bila dah semua premis tutup tiadalah alasan untuk berlegar-legar di luar.

      Delete
  17. Rasanya baru diwajibkan tutup 2,3 tahun kebelakangan ni..
    Tapi, masa zaman Linda belajar.. kalau p pekan KT, banyak kedai² memang tutup hari Jumaat, sebab Ganu kan memang cuti jUmaat, Sabtu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin betullah tu Jumaat kedai banyak tutup. Hari Sabtu yang akak lalu kedai² banyak buka.

      Delete
  18. bahaya masuk kedai camni, rambang mata nak buat pilihan! lelagi menu lauk kampung.
    ohh disinilah kisah macam mana tiba2 jumpa anak puan hazel ye. baiknya ibu rawiwa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Maz, rambang mata dibuatnya.
      Haaa.. gitu lah kisahnya camne jumpa Abang.

      Delete