Alhamdulillah🤲🤲
Jumaat tengahari Cie whatsapp beritahu hadiah dah order.
Oklah... ibu tunggu dalam debaran😅
Semalam Sabtu tengahari bunyi motor berhenti tepi pintu. Ibu memang expect ada parcel sebab beli blouse, sekali tengok sender Zoe Arisah. Mesti lah dari Cie sebab Cie pun few times juga ada citer beli tudung ZA.
Teruslah ambil pic hantar mesej kat Cie bagitau dah sampai... lepastu terus basuh sebab nak pakai esok hari nya iaitu hari ni.
Rupanya picture tu tak ter"attached"😅😅. Patutlah Cie minta share pic😝
Sampai 2 pasang Cie bagi🥰🥰
Kaler coklat dan hijau.
auchhh... love sangat.
Tudung ni ibu rasa bidang 50 atau 60.Rasmi dah tudung pemberian Cie hari ni masa hantar Wafi.Terima kasih Cie atas pemberian hadiahnya. Komen sebab suka baca blog Cie yang penuh informasi, bila dapat hadiah kira bonus.
Semoga bertambah² rezeki Cie sekeluarga dan Allah permudahkan segala urusan.
Teruskan menulis ya🥰🥰🥰




Beza 1 komen je dengan MZ. Hihi. Rezeki akak. Bidang 50. Cie jenuh fikir nak bagi apa. Siap skodeng FB akak pakai bawal ke shawl 😆.
ReplyDeleteAlamak.. FB akak tu sendu Cie kihkih
DeleteDah beberapa tahun ni akak pakai bawal, nak pakai shawl kena melilit-lilit.
Wah tahniah ibu. Semuga. Murah rezeki cie
ReplyDeleteTerima kasih Kak Notie 🥰
DeleteAamiin YRA.
Tahniah, kak.👏👏 Cantik, tudungnya.
ReplyDeleteTerima kasih Nur 🥰
DeleteHaaa... cantikkkk 😘
Alhamdulillah tahniah Kak!
ReplyDeleteCantiknya tudung, esp yg hijau tu 💚
Terima kasih PH 🥰
DeleteYang hijau tu nak pakai minggu depan, gi Terengganu.
Nak OOTD tepi pantai.. ecehhhhhhh
murah rezeki kawan2 blogger ni..semuanya pemurah
ReplyDeleteAlhamdulillah... berada di circle yang begini.
DeleteTahniah Kak.. cantik.. Lin pun pakai bawal 50/60 je sekarang
ReplyDeleteRezeki orang bagi biasanya bidang 50.
DeleteInsyaallah lepas ni nak beli bidang 50 juga lah sebab biasa ambil bidang 45 je.
alhamdulillah.. rezeki ibu...
ReplyDeletesiap dah rasmi kan tu
Automatik bila dapat hadiah akan terus guna... sejenis cepat excited 😅
Deletetahniah top komentar..2 tudung lg dpt dr Cie
ReplyDeleteYeayyyy.... bertambah lah tudung... yang lama boleh rest dulu 😁
Deletetahniah! siap dapat 2 tudung tu, corak pun lawa :D
ReplyDeleteDah boleh cari baju yang matchy-matchy pulak 😁
DeleteAlhamdulillah kak rezeki...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. masih ada rezeki 🥰
DeleteSaya tak terlalu paham jika teman2 sebut bidang 50, 60, 45.
ReplyDeleteKarena kalau di sini pakai size : 110x110, 140x140 etc. 😄😄. Baru bisa saya bayangkan size-nya
oo laaa.... kat sana lagi details ukurannya.
DeleteAlhamdulillah, rezeki akak menang Top Komentar! Cantik sangat kedua-dua warna tudung tu, Cie memang pandai pilih. Seronok bila dapat hadiah yang memang kita guna hari-hari macam tudung bawal ni. Semoga murah rezeki Cie sekeluarga sebab selalu raikan pembaca blog
ReplyDeleteAamiin YRA.
DeleteHadiah terus pakai... bila pakai tu kita pasti teringat pemberinya dan doakan semoga sentiasa murah rezeki mereka.
Alhamdulillah rezeki
ReplyDeleteTerima kasih🥰
DeleteAlhamdulillah..Tahniah! rezeki tak salah alamat. Dapat pula tu hadiah yang best. Bolehlah buat melaram kan.
ReplyDeleteHaa tu lah.... nak OOTD😁
DeleteTahniah... Bestnya dapat hadiah..
ReplyDelete