Pages

Saturday, September 5, 2026

Habis Dah Cuti Wafi

Cuti hari ke-9 sempena Cuti Persekolahan Penggal 2. Pagi ni Wafi naik ETS jam 10.22 am.

Rasa cepat je masa berlalu. Ibu pun tak banyak luang masa kat rumah, minggu ni sibuk dengan closing dan ERP training. Balik rumah pun lewat. Nak ambil 1/2 day tak approve, bos soh ambil time off je uruskan ganti kad bank Wafi. Hurmmm....

Ibu temankan Wafi sampai gate.

Sempatlah bergaduh dengan kakak. Mana dia tak marah, kakak soh cium banyak kali. Ye lahhh.. lepas ni kakak takde tempat nak gaduh dah.

Malam tadi dah pesan nak beli aiskrim McD. Sebelum masuk DASH singgah McD Puncak Alam dulu. 

Cumanya tak tau kenapa aiskrim Oreo Mcflurry macam pelik rasanya tak seperti selalu. 

 
Ibu bekalkan Wafi ayam masak kicap+kentang+carrot  dan cendawan goreng. Cekodok bawang untuk sarapan dan makan dalam tren.

Adik² sepupu juga balik asrama pagi ni.

Nana balik Tumpat.

Alya pula balik Pasir Putih.

Semoga Allah permudahkan perjalanan anak² demi jihad ilmuπŸ₯°


21 comments:

  1. Semoga sampai ke destinasi masing-masing dengan selamatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin YRA.
      Barulah boleh reply komen. Dari semalam ada problem.

      Delete
  2. Sekejap je dah habis cuti sekolah. Semua balik ke sarang masing2 demi mencari ilmu. Semuga Di permudahkan perjalanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin YRA
      Alhamdulillah semua sampai dengan selamat.

      Delete
  3. ank2 asrama dh beransur pulang...cuti sekolah dh smp ke penghujung..sedap bekalan wafi bw pulang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti sekolah habis maka esok bermulalah jalan jammed pergi balik kerjaπŸ˜…

      Delete
  4. Oh ye la anak² pantai timur dah start kelas kan esok... semoga slmt smp ke destinasi. Eh tp by time msg ni publish haha confirm dah slmt smp sekolah kan memaaing πŸ˜‰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kumpulan A start sekolah hari ni.
      Alhamdulillah semua selamat sampai.

      Delete
  5. Sekejap je cuti sek seminggu dah habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa.. dah lah dok rumah je.. tak berjalan sangat.

      Delete
  6. Bila anak cuti ni rasa masa tu berlalu begitu pantas. Tau tau dah nak masuk belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni memang terasa cepat habis cutinya.
      Takde dah ibu nak bebel-bebel bila dia takde kat rumah.

      Delete
  7. Cuti sekolah memang cepat berlalu. Anak-anak saya pun dua orang dah balik poli tadi.

    ReplyDelete
  8. Tiba masa semua kembali ke sarang ilmu...
    ada BATHI tak akk? Si Angah ni tertinggal baju melayu Jumaat pulak adoi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde BATHI hehe..
      alaaa Angah saje lah tu nak tinggal-tinggal.. nanti walid mai hantaq baju Melayu boleh lah bawak makanan sekali πŸ˜…

      Delete
  9. Waah selesai cuti wafi yaaa ☺️.

    Sepi dah rumah agaknya πŸ˜„.

    Aamiiin, semoga anak2 makin serius dalam pembelajaran mereka ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau kakak dan abang ada tapi memang sunyi.. diorang berdua memerap dalam bilik. Mujur kakak jenis keluar masuk ke dapur 😁

      Delete
  10. Semoga semua anak-anak yang menuntut ilmu dikurniakan rahmat dari sisi Allah dan sentiasa dalam keadaan molek-molek

    ReplyDelete
  11. Cepat betul cuti sekolah berlalu πŸ₯Ή Part kakak suruh Wafi cium banyak kali tu sweet, mesti rumah terasa sunyi. Semoga Wafi terus dipermudahkan menuntut ilmu.

    ReplyDelete