Rasa cepat je masa berlalu. Ibu pun tak banyak luang masa kat rumah, minggu ni sibuk dengan closing dan ERP training. Balik rumah pun lewat. Nak ambil 1/2 day tak approve, bos soh ambil time off je uruskan ganti kad bank Wafi. Hurmmm....
Ibu temankan Wafi sampai gate.Sempatlah bergaduh dengan kakak. Mana dia tak marah, kakak soh cium banyak kali. Ye lahhh.. lepas ni kakak takde tempat nak gaduh dah.Malam tadi dah pesan nak beli aiskrim McD. Sebelum masuk DASH singgah McD Puncak Alam dulu.Cumanya tak tau kenapa aiskrim Oreo Mcflurry macam pelik rasanya tak seperti selalu.
Ibu bekalkan Wafi ayam masak kicap+kentang+carrot dan cendawan goreng. Cekodok bawang untuk sarapan dan makan dalam tren.
Adik² sepupu juga balik asrama pagi ni.
Semoga Allah permudahkan perjalanan anak² demi jihad ilmuπ₯°







Semoga sampai ke destinasi masing-masing dengan selamatnya.
ReplyDeleteAamiin YRA.
DeleteBarulah boleh reply komen. Dari semalam ada problem.
Sekejap je dah habis cuti sekolah. Semua balik ke sarang masing2 demi mencari ilmu. Semuga Di permudahkan perjalanan
ReplyDeleteAamiin YRA
DeleteAlhamdulillah semua sampai dengan selamat.
ank2 asrama dh beransur pulang...cuti sekolah dh smp ke penghujung..sedap bekalan wafi bw pulang tu
ReplyDeleteCuti sekolah habis maka esok bermulalah jalan jammed pergi balik kerjaπ
DeleteOh ye la anak² pantai timur dah start kelas kan esok... semoga slmt smp ke destinasi. Eh tp by time msg ni publish haha confirm dah slmt smp sekolah kan memaaing π
ReplyDeleteKumpulan A start sekolah hari ni.
DeleteAlhamdulillah semua selamat sampai.
Sekejap je cuti sek seminggu dah habis.
ReplyDeleteTu laa.. dah lah dok rumah je.. tak berjalan sangat.
DeleteBila anak cuti ni rasa masa tu berlalu begitu pantas. Tau tau dah nak masuk belajar.
ReplyDeleteKali ni memang terasa cepat habis cutinya.
DeleteTakde dah ibu nak bebel-bebel bila dia takde kat rumah.
Cuti sekolah memang cepat berlalu. Anak-anak saya pun dua orang dah balik poli tadi.
ReplyDeleteDah tinggal berdua je ya.
DeleteTiba masa semua kembali ke sarang ilmu...
ReplyDeleteada BATHI tak akk? Si Angah ni tertinggal baju melayu Jumaat pulak adoi ...
Takde BATHI hehe..
Deletealaaa Angah saje lah tu nak tinggal-tinggal.. nanti walid mai hantaq baju Melayu boleh lah bawak makanan sekali π
Waah selesai cuti wafi yaaa ☺️.
ReplyDeleteSepi dah rumah agaknya π.
Aamiiin, semoga anak2 makin serius dalam pembelajaran mereka ❤️
Walau kakak dan abang ada tapi memang sunyi.. diorang berdua memerap dalam bilik. Mujur kakak jenis keluar masuk ke dapur π
DeleteSemoga semua anak-anak yang menuntut ilmu dikurniakan rahmat dari sisi Allah dan sentiasa dalam keadaan molek-molek
ReplyDeleteAamiin YRA π₯°
DeleteTerima kasih Sarie.
Cepat betul cuti sekolah berlalu π₯Ή Part kakak suruh Wafi cium banyak kali tu sweet, mesti rumah terasa sunyi. Semoga Wafi terus dipermudahkan menuntut ilmu.
ReplyDelete