Haaa boleh lah.
Dari Yokyakarta International Airport ke pusat bandar mengambil masa 45 minit namun ke tempat makan hanya 20 mint sahaja.
Biasanya tempat makan agensi dah tetapkan tapi kita boleh je pergi tempat makan lain asalkan kedudukannya tidak begitu tersasar dengan tempat yang akan dilawati.
Makan tidak termasuk dalam pakej jadi suka hati lah nak makan apa.
Mas Donz bawa ke Pondok Makan Bu Hartin. Bila ibu google rupanya banyak cawangan rumah makan Bu Hartin ni.
Ibu kan tak boleh tengok kalau ada menu bebek/itik.. mesti nak order.
Akhirnya dapatlah ibu merasa Daun Kemangi yang selalu ada di dapur Amie's Little Kitchen.
Harga makanan dan minuman IDR206,200 (RM48.40).
Utuh tu maksudnya lengkap/tidak dibelah.
Ibu order Es Jeruk manakala Bami pilih Coklat Susu.
Kami memilih meja di bahagian tepi jadi bolehlah menikmati pemandangan luar. Walaupun tidak ada kipas namun berangin.
Ibu order Es Jeruk manakala Bami pilih Coklat Susu.
Kami memilih meja di bahagian tepi jadi bolehlah menikmati pemandangan luar. Walaupun tidak ada kipas namun berangin.
Masa kami berhenti di Patung Hamemayu Hayuningrat untuk bergambar, ibu dah perasan Yogyakarta ni cuacanya agak sejuk dan berangin.
Set Makanan yang dipesan
Set Makanan yang dipesan
- Gurame/Kaloi Goreng (nenek)
- Lele Goreng (Bami)
- Bebek Goreng Kremes (ibu)
Setiap set ada lauk, sambal terasi, lalapan/ulam seperti timun, salad dan Daun Kemangi.
Nasi putih dijual asing. Ambil nasi putih 2 sahaja sebab Abang Imi dan nenek share.
Sedap semua makanannya cuma nenek kata kering takde kuah. Seret makannya😅
Kalau nak kuah kena pesan sup asing lah gitu. Ada je menu sup seperti Sop Buntut, Sop Daging kalau ingin dicuba.
Gurame goreng tu besar saiznya.. jenuh tolong nenek habiskan.
Ini nak tunjuk daun Kemangi sebab pertama kali jumpa.
Tapi nak describe rasanya pun tak reti😅
Ada sedikit segar, pedas dan berempah.. tak tau ler sesuai ke tidak nak menggambarkan rasanya. Nenek dan Bami tidak mahu makan jadi ibu ambillah dari pinggan merek berdua.
Lembut betul Bebek Goreng ni.2nd time makan Bebek Goreng style Indonesia, pertama kali masa makan di Bebek Eropa, TRX. Lepas tu teringat-ingat kesedapannya.
Bila pesan bebek kat sini dapat saiz potongan 1/4, suka bahagian ini. Luarnya krispi tapi dalam lembut dan bumbunya meresap elok. Tulangnya juga ada yang boleh dikunyah sebab rapuh.
Kalau kat Malaysia bila kita pesan daging itik, biasanya akan dapat bahagian daging potong yang tebal dan kenyal tapi lembut juga. Biasanya makan dengan sos plum.
Gelap gambar sebab backlight.
Gelap gambar sebab backlight.
Nahhhh... boleh tengok keretapi lalu.
Padi habis dituai.. sana tu ada pokok jagung.
Gurame goreng tu mahal sket sebab dikira ikut timbangan.











terliur tgk bebek goreng...special air kelapa ada cop muka tu
ReplyDeleteCop tu pertama kali lah akak nengok.. lain macam dia punya presentation.
DeleteMakanan dia nampak sedap. Kalau sawah padi tu menguning tentu cantik pemandangannya
ReplyDeleteHaa betul kak... takde lah gersang. Belum musimnya lagi untuk tanam semula.
DeleteKalau tukar RM . Murah juga tu..
ReplyDeleteKalau set mcm tu makan kat Malaysia.. lebih 50 hengget rasanya...
Haa betul.. contoh macam bebek goreng tu baru RM7.50
DeleteKalau tempat kita bila dah nama itik mesti auto mahal.
Akak tak pernah tengok daun kemangi? Ish ish ish hahaha... Sy selalu beli masa arwah Mak ada dulu, itu yg kenal tu. Pernah tanam juga.
ReplyDeleteKering sawah padi tu. Kalau time hijau @ menguning mesti lagi asikkk makan di tepi sawah gitu
Daun pegaga tau lah hehee... daun-daun moden ni mungkin ada pernah nampak tapi tak tau nama dan tak pernah beli.
DeleteKering kontang sawah tu.. lagipun kat Jogja dah hampir 6 bulan tak hujan.
Ikan gurami (kalui) ni kat tempat kita jarang dikomsasi
ReplyDeleteSaya betul kan wak... rupanya gurame tu ikan kaloi ingatkan talapia. Talapia depa panggil ikan nila.
DeleteBila tenguk daun kemangi Dan Tanya pakcik Google rupanya daun selasih. Daun selasih ni biasanya Di masukkan dalam kuah laksa johor.
ReplyDeleteoo daun kemangi tu keluarga selasih juga.
Deletesamalah nenek macam ammi...kalau makan kena berkuah. kalau tidak tu tak tertelan
ReplyDeleteGurame tu kalau bagi SA settle tu..SA suka ikan gurame bakar..sedap...kalau goreng maybe sedikit garing..bebek tu pun SA nyer fav tu....next kena amik sup jugak kak..sian makan kering xde kuah erk...
ReplyDelete