Pages

Tuesday, September 8, 2026

MAHA 2026

MAHA 2026 sudah melabuhkan tirainya Ahad lepas, tapi baru sempat nak tulis.

MAHA 2026 berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026 bertempat di MAEPS, Serdang. Ia menghimpunkan pameran tentang pertanian, agro makanan, inovasi dan teknologi.

Pertama kali ibu sampai. Kalau tak datang Kajang rasanya memang takde lah kot nak sampai sini. Alang-alang berjalan kita teruskan je. Nak lah merasa pengalaman pergi pameran MAHA.

Kami google Pintu 1 terus yang menuju ke bahagian dewan.

Sejarah Ringkas Penubuhan
  • Tahun 1922: Persatuan MAHA ditubuhkan pada bulan Oktober 1922 untuk memberi tumpuan kepada sektor pertanian.
  • Pameran Pertamanya: Diadakan pada tahun 1923 bagi mempamerkan hasil tanaman, buah-buahan, ternakan, dan kraftangan terbaik dari seluruh Tanah Melayu.
  • Perkembangan Moden: Sejak tahun 2006, pameran ini terus dianjurkan secara tetap di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS, Serdang).
Masa sekolah kat Teknik Ipoh tahun 89/90, ibu pernah pergi sekali sebab pameran tu berdekatan dengan sekolah. Tak ingat F4 ke F5 masa pergi tu.

Kami park kereta di dataran J kalau tak silap lepastu naik bas pink. Tunggu bas tak lama tapi nak sampai ke dewan pameran adalah dalam 20 minit. Driver kata kalau tak jammed 1 minit je dah sampai. Laluan keluar dari parking dan ke tempat dewan adalah laluan yang sama, itu yang buatkan jammed dengan kereta park kiri kanan jalan lagi.

Kami terus menuju ke dewan sahaja sebab kalau nak masuk kawasan lain seperti Pavillion setiap negeri memang tak sempat.

Sebelum tu ibu dah siap-siap tukar kasut sport dulu, senang nak bergerak. Kawi memang simpan beberapa jenis kasut dalam kotak serbaguna dalam kereta.


Aktiviti sepanjang program.
Tak nampak apa yang tertulis. Nyampah ler.. pecah teruk gambar.

Pembelian pertama... jus nanas.. lega tekak.

Beli 2 ketul jagung manis. Makan kat rumah.

Geram pulak nengok nanas tergantung atas tu.. buah-buahan kiri kanan tiang.

Terbau cempedak goreng, singgah beli dulu.

Antara orkid yang dipamer dan jual.

Wafi dah lapar jadi kena cari makanan dulu.

Dia ni spesis takleh lapar.. nanti moody.
Teringin bihun sup katanya.
Dah makan baru boleh senyum.

Ibu tak ambil gambar banyak sebab bateri HP masa tu tak sampai 14%
Powerbank ada tapi tak tau kenapa takleh charge.

Jambu merah ni sedap sebab lembut. Ini yang sample.. ibu beli 4 biji. Kat rumah ayah yang kerjakan. Jambu ni takleh simpan lama sebab cepat lebam bila dah potong separuh.

Lepas makan tadi barulah masuk dewan pameran.

Senarai Dewan Pameran Utama
  • Dewan A: Menempatkan pameran utama antarabangsa seperti platform MAHA Go Global, agensi, serta pavilion negara luar.
  • Dewan B: Kawasan pempamer, agensi kerajaan, dan program perniagaan.
  • Dewan C: Ruang pameran khusus dan pelbagai aktiviti pameran agromakanan.
  • Dewan D (termasuk D2): Menempatkan reruai jualan makanan dan produk seperti Food Empire serta acara pentas utama. 
Fresh flower.




Keluar dari Dewan A, Cik Ami soh bergambar kat sini.

Bella nak bergambar dengan makngah.

Kalau tak silap ini dalam Dewan D... duduk sekejap luruskan kaki.
Kat dewan ni floor bawah menempatkan gerai jualan makanan macam food court. Masa tu kami tak lah turun sebab baru lepas makan.

Masuk sini pameran dan jualan produk makanan.
Lebih kepada jualan produk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dalam ni.
Ibu cuma beli Dubai Kunafa seketul untuk Kawi.,

Sebelum balik ibu beli jambu, manggis dan dokong sebab nampak fresh semuanya. Juga beras Jasmine  Sunwhite 1kg sebanyak 2 pack berharga RM10 sahaja.
Balik almost jam 10 malam. Ramai pulak yang beratur tunggu bas jadi kami decide jalan kaki sahaja. Penat juga lah menapak tapi sebab malam gigih lah juga.
Nak keluar dari parking ke jalan besar pun menunggu lama.

Jam 11.10 malam sampai rumah. 
Gigih ya seharian jalan.

 

21 comments:

  1. Menarik dapat masuk sini. Kalau dekat, dah pergi dah ni.

    ReplyDelete
  2. Lama dah rupanya MAHA ditubuhkan. Sy belum pernah pergi MAHA. Berminat tapi macam ramai sangat orang huhu...
    Wafi macam Aunty PH la, tak leh lapaq2 satgi cranky :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ramai PH.. kitorang sampai kan dah petang ingatkan dah kurang orang.. rupanya makin bertambah. Lagi satu mungkin.kena datang beberapa kali untuk cover semua tempat dan melawat secara tenang.
      Kihkih... geng takleh lapaq.

      Delete
  3. Jaman dulu2 wak memang rajin pegi MAHA ni.
    Dah tua2 ni dah tak larat nak layan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti MAHA ni dekat dihati wak sebab kena betul dengan apa yang wak buat.

      Delete
  4. So far tak pernah jejak lagi MAHA. Uii nanas real ke dorang gantung tu? Hebat betul deko kat pintu gerbang.
    Rasanya bukan Wafi je spesis tak leh lapar, semua perempuan memiliki sifat begitu. Setuju tak? hihihi...
    Guava merah jambu tak pernah makan buahnya yang real. Pernah minum air guava tu je. Buah jambu ni kena makan masa rangup. Kalau dah lembik tak sedap dah.
    Banyak steps tu kalau berjalan kat sini. Malam-malam okay lagi nak menapak sebab tak panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanas betul.. buah²an kat tiang² tu pun semua betul dari Desaru Fruit Farm.
      Hahaha.. terpaksalah setuju sebab Wafi, PH dan Fizah dah sepakat🤣
      Jambu tu sedap makan macam tu je pun ok sebab ada rasa manis sikit.
      Agaknya kalau cover semua tempat mau lebih 20k steps.

      Delete
  5. Puas hati tu..Linda tak merasa la p MAHA... Kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurmmmm.. dah duduk jauh lagi tipis lah harapan nak datang😅

      Delete
  6. Replies
    1. Kalau dari luaran sama je dengan jambu batu putih tu. Kiranya hanya penjual je lah yang tau bezakan. Lupa pulak nak tanya ritu apa bezanya.

      Delete
  7. Saya pun sampai juga ke MAHA 2026. Tak pergi dewan D sebab hp 'mati' tak bawa cash. Skrg kan zaman QR Code. Mesti kedai2 makan ni x ada terminal card punyer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ritu nampak mostly QR code je ada. Sekarang ni kalau HP mati umpama tak berduitlah. Itu yang kadang² better kita bawa cash juga.

      Delete
  8. Teringin nak pergi. Menarik, bagi saya. Kalau saya, nak beli pokok. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa... kalau nak beli pokok jangan lupa bawa stroller yang macam camping tu. Senang nak angkut pokok². Ada juga perkhidmatan penghantaran barang kat sana.

      Delete
  9. Kalau ke tempat food ni memang banyak tester boleh cuba ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul².. banyak tester... memang puas hatilah sebelum membeli cuba rasa dulu.

      Delete
  10. Foto Kaka jelas dan bisa dibaca tulisannya, tp harus diklik gambar. Baru setelah itu jelas. Saya klik tadi, dan bisa terbaca kok.

    Tiap kali ke Malaysia, saya jarang bertepatan dengan event besar di sana. Next harus di planning betul2 supaya bisa datang ke event menarik begini 😍.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia lah.. bila diklik baru nampak jelas.
      Memang respek kalau Fanny datang Malaysia dan join the crowd 😍

      Delete
  11. Tahun ni pun SA x sempat nak pi sini...banyak hal la...tapi best kan..dengarnya macam2 jual kat situ...murah2 semua...

    ReplyDelete