MAHA 2026 sudah melabuhkan tirainya Ahad lepas, tapi baru sempat nak tulis.
Kami google Pintu 1 terus yang menuju ke bahagian dewan.
Kami park kereta di dataran J kalau tak silap lepastu naik bas pink. Tunggu bas tak lama tapi nak sampai ke dewan pameran adalah dalam 20 minit. Driver kata kalau tak jammed 1 minit je dah sampai. Laluan keluar dari parking dan ke tempat dewan adalah laluan yang sama, itu yang buatkan jammed dengan kereta park kiri kanan jalan lagi.
Jambu merah ni sedap sebab lembut. Ini yang sample.. ibu beli 4 biji. Kat rumah ayah yang kerjakan. Jambu ni takleh simpan lama sebab cepat lebam bila dah potong separuh.
Sejarah Ringkas Penubuhan
- Tahun 1922: Persatuan MAHA ditubuhkan pada bulan Oktober 1922 untuk memberi tumpuan kepada sektor pertanian.
- Pameran Pertamanya: Diadakan pada tahun 1923 bagi mempamerkan hasil tanaman, buah-buahan, ternakan, dan kraftangan terbaik dari seluruh Tanah Melayu.
- Perkembangan Moden: Sejak tahun 2006, pameran ini terus dianjurkan secara tetap di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS, Serdang).
Masa sekolah kat Teknik Ipoh tahun 89/90, ibu pernah pergi sekali sebab pameran tu berdekatan dengan sekolah. Tak ingat F4 ke F5 masa pergi tu.
Kami terus menuju ke dewan sahaja sebab kalau nak masuk kawasan lain seperti Pavillion setiap negeri memang tak sempat.
Sebelum tu ibu dah siap-siap tukar kasut sport dulu, senang nak bergerak. Kawi memang simpan beberapa jenis kasut dalam kotak serbaguna dalam kereta.
Tak nampak apa yang tertulis. Nyampah ler.. pecah teruk gambar.
Teringin bihun sup katanya.
Dah makan baru boleh senyum.
Ibu tak ambil gambar banyak sebab bateri HP masa tu tak sampai 14%
Powerbank ada tapi tak tau kenapa takleh charge.
Jambu merah ni sedap sebab lembut. Ini yang sample.. ibu beli 4 biji. Kat rumah ayah yang kerjakan. Jambu ni takleh simpan lama sebab cepat lebam bila dah potong separuh.
Lepas makan tadi barulah masuk dewan pameran.
Senarai Dewan Pameran Utama
- Dewan A: Menempatkan pameran utama antarabangsa seperti platform MAHA Go Global, agensi, serta pavilion negara luar.
- Dewan B: Kawasan pempamer, agensi kerajaan, dan program perniagaan.
- Dewan C: Ruang pameran khusus dan pelbagai aktiviti pameran agromakanan.
- Dewan D (termasuk D2): Menempatkan reruai jualan makanan dan produk seperti Food Empire serta acara pentas utama.
Kat dewan ni floor bawah menempatkan gerai jualan makanan macam food court. Masa tu kami tak lah turun sebab baru lepas makan.
Lebih kepada jualan produk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dalam ni.
Ibu cuma beli Dubai Kunafa seketul untuk Kawi.,
Sebelum balik ibu beli jambu, manggis dan dokong sebab nampak fresh semuanya. Juga beras Jasmine Sunwhite 1kg sebanyak 2 pack berharga RM10 sahaja.
Balik almost jam 10 malam. Ramai pulak yang beratur tunggu bas jadi kami decide jalan kaki sahaja. Penat juga lah menapak tapi sebab malam gigih lah juga.
Nak keluar dari parking ke jalan besar pun menunggu lama.
Jam 11.10 malam sampai rumah.
Gigih ya seharian jalan.






















Menarik dapat masuk sini. Kalau dekat, dah pergi dah ni.
ReplyDeleteKadang yang dekat pun tak pergi 😆
DeleteLama dah rupanya MAHA ditubuhkan. Sy belum pernah pergi MAHA. Berminat tapi macam ramai sangat orang huhu...
ReplyDeleteWafi macam Aunty PH la, tak leh lapaq2 satgi cranky :D
Memang ramai PH.. kitorang sampai kan dah petang ingatkan dah kurang orang.. rupanya makin bertambah. Lagi satu mungkin.kena datang beberapa kali untuk cover semua tempat dan melawat secara tenang.
DeleteKihkih... geng takleh lapaq.
Jaman dulu2 wak memang rajin pegi MAHA ni.
ReplyDeleteDah tua2 ni dah tak larat nak layan
Mesti MAHA ni dekat dihati wak sebab kena betul dengan apa yang wak buat.
DeleteSo far tak pernah jejak lagi MAHA. Uii nanas real ke dorang gantung tu? Hebat betul deko kat pintu gerbang.
ReplyDeleteRasanya bukan Wafi je spesis tak leh lapar, semua perempuan memiliki sifat begitu. Setuju tak? hihihi...
Guava merah jambu tak pernah makan buahnya yang real. Pernah minum air guava tu je. Buah jambu ni kena makan masa rangup. Kalau dah lembik tak sedap dah.
Banyak steps tu kalau berjalan kat sini. Malam-malam okay lagi nak menapak sebab tak panas.
Nanas betul.. buah²an kat tiang² tu pun semua betul dari Desaru Fruit Farm.
DeleteHahaha.. terpaksalah setuju sebab Wafi, PH dan Fizah dah sepakat🤣
Jambu tu sedap makan macam tu je pun ok sebab ada rasa manis sikit.
Agaknya kalau cover semua tempat mau lebih 20k steps.
Puas hati tu..Linda tak merasa la p MAHA... Kikiki
ReplyDeleteHurmmmm.. dah duduk jauh lagi tipis lah harapan nak datang😅
DeleteTak pernah jumpa jambu merah tu.
ReplyDeleteKalau dari luaran sama je dengan jambu batu putih tu. Kiranya hanya penjual je lah yang tau bezakan. Lupa pulak nak tanya ritu apa bezanya.
DeleteSaya pun sampai juga ke MAHA 2026. Tak pergi dewan D sebab hp 'mati' tak bawa cash. Skrg kan zaman QR Code. Mesti kedai2 makan ni x ada terminal card punyer.
ReplyDeleteHaah ritu nampak mostly QR code je ada. Sekarang ni kalau HP mati umpama tak berduitlah. Itu yang kadang² better kita bawa cash juga.
DeleteTeringin nak pergi. Menarik, bagi saya. Kalau saya, nak beli pokok. Hehe..
ReplyDeleteHaaa... kalau nak beli pokok jangan lupa bawa stroller yang macam camping tu. Senang nak angkut pokok². Ada juga perkhidmatan penghantaran barang kat sana.
DeleteKalau ke tempat food ni memang banyak tester boleh cuba ni.
ReplyDeleteBetul².. banyak tester... memang puas hatilah sebelum membeli cuba rasa dulu.
DeleteFoto Kaka jelas dan bisa dibaca tulisannya, tp harus diklik gambar. Baru setelah itu jelas. Saya klik tadi, dan bisa terbaca kok.
ReplyDeleteTiap kali ke Malaysia, saya jarang bertepatan dengan event besar di sana. Next harus di planning betul2 supaya bisa datang ke event menarik begini 😍.
Ia lah.. bila diklik baru nampak jelas.
DeleteMemang respek kalau Fanny datang Malaysia dan join the crowd 😍
Tahun ni pun SA x sempat nak pi sini...banyak hal la...tapi best kan..dengarnya macam2 jual kat situ...murah2 semua...
ReplyDeletesyok ke Maha cuma tk tahan cuaca panas...mmg kena pi awal pagi kalo nk jelajah smua tmpt... tu pun blum tentu abis...kita last brtugas MAHA thn 2018...tu pun tk sempat sgt nk melawat byk hall sbb bertugas kn....husband ada ajak pegi ari lastday tp tk jd pegi sbb kita pi ziarah opismate yg ibunya meninggal..... sbb dh inform husband kalo nk pegi, mmg kena awal pagi ...syok la tu mcm2 diborong
ReplyDelete