Table setting hasil kerja anak-anak.
Mereka memilih western food seperti Chicken chop, spagheti carbonara dan aiskrim dan disediakan oleh Dewan Makan.
Manakala parents menyumbang pizza, satay, kek, jelly cup, roti jala, cheesetart, choco jar crispy dan air biru.
Tahun ni setiap rumah dapat mafla.
Antara mommies yang super awesome.
Merekalah yang sama-sama rancang, communicate dengan pihak sekolah/anak-anak, buat kutipan sumbangan dan datang pada hari kejadian untuk sama-sama bantu.
Mami Jehan lah yang lead.. cepat betul kerjanya. Anak mami Jehan, Adam baru F3.
Ibu kerap jumpa di Stesen KTM Sungai Buloh.
Salute betul pada mami Jehan ni... walaupun duduk jauh tapi macam sekolah tu sebelah rumah je. Komited betul dengan aktiviti anak.
Susah juga kalau pakai seorang lagi-lagi ini pertama kali pakai sendiri.
Wafi, Alya, Wafa dan Ika.
Nampak baju mereka bertiga macam Chinese style.
Anak-anak Form 4 rumah Laksamana.
Kalau semua batch penuh ahli rumah Laksamana seramai 150 orang.
Tengok gambar yang lain betul-betul all out anak-anak.
Ada yang pakai baju dari Korea, China, Arab, Mongolia, India dan sebagainya.
Jadi anak-anak bolehlah bergambar secara percuma.
Wafi pakai baju yang ada di rumah. Kimono kakak dia.. lama dah beli baju ni 7 tahun lepas beli kat bundle Japan. Masa tu kami nak join Bon Odori 2019.
Google cara nak pakai... entah betul ke idak huhu..
Sandal/terompah tu ada lagi tapi Wafi tak bawa.. susah pula nak pakai.. karang terpelecok pula.
Wafi yang ghemol 😍😍



















Comel2 je kawan2 Wafi. Meriah jamuan rumah Laksamana.
ReplyDeleteMemang meriah... yang upper form ni dah ada pengalaman jadi tau lah mereka nak jamuan yang macamana.
DeleteBagusnya sporting belaka semua , bergaya sakan.
ReplyDeleteNampak All Out semua.. masa ni lah nak melaram.
DeleteMewahnyer budak2 sekolah sekarang
ReplyDeleteSaya tengok baju kawan-kawan dia grand wak.. agaknya beli kat shopee.. sekarang senang nak dapat.
DeleteWaduh meriah sungguh. Comel je wafi. Patut ada payung kecil Dan terompah baru ngam gadis jepun
ReplyDeleteDia tak cakap nak beli.. selamat.... 😁
DeleteAda macam uncang Jepun tapi dia takmo bawak pulak untuk tambah accessories.
Cantiknya Kimono tu...
ReplyDeleteKimono tu kain cotton.. walau dah lama elok lagi kainnya. Mungkin pakai pun sesekali.. sebelum ni adik ada pinjam untuk dinner. Dia menang best dress.. dah yang ambil bahagian pun 3-4 orang je hehe
Deletehahaha comel wafi time tu...spesis dak Khilfi ni masa kecik bulat
ReplyDeleteooo Khilfi pun gang boolat boolat juga 😅
DeleteWah, meriahnya majlis makan malam Rumah Laksamana! Cantik dan comel sangat Wafi pakai Kimono tu. Walaupun beli kat bundle Japan 7 tahun lepas, still nampak macam baru. Bertuah ada kawan macam Auliya tolong pakaikan..semoga murah rezeki ibubapa yang sponsor macam-macam
ReplyDelete