Pages

Friday, September 4, 2026

Melawat Kilang Beryl's Chocolate, Seri Kembangan

Dari rumah Cik Ami kita menuju ke Kilang Beryl's yang terletak di Seri Kembangan.
Macam drive 20 minit je.

Alang-alang dah drive jauh dari Klang, better lah jalan-jalan kat area sana.

Bawa rombongan anak-anak.
Dulu anak-anak kalau rombongan sekolah mesti akan ke sini.
Jumpa gambar masa Kawi pergi masa sekolah Taski.

Wafi dah siap tukar baju dari rumah Cik Ami.
Ibu dan Kawi ada je bawa baju salin tapi malas pulak nak tukar-tukar.





Masa kami masuk ramai pengunjung. Mungkin sebab hari Sabtu dan kebetulan cuti sekolah. Cik Ana ada pergi hari Khamis bawa anak-anak Pra. Katanya tak ramai masa tu.

Kami terus naik ke tingkat atas, bahagian pameran.
Antara info-info menarik berkaitan penanaman dan produk koko.

Juga peralatan yang digunakan.

Bacalah perlahan-lahan sebab ruang pamerannya pun tak begitu besar.

Join sekali geng-geng ini. Ada staff Beryl's sedang memberi penerangan kepada mereka.

Patung bergerak ini menarik perhatian.

Masuk kedai yang menjual coklat pula.

Ibu beli yang ini, tak kisah defect shape sebab murah. 
Kalau beli yang kotak 12 pcs RM6.90, ada offer. Beli kat Urban Fresh RM7.90
Ni beli sepeket RM10 melambak-lambak isinya.

Favourite ibu, Tiramisu.
Nampak bentuknya yang tak sama.
Is okay... dalam perut bertemu jua 😁
Rasa menten.. sedap je.

Wafi dan Kawi pilih sendiri coklat yang mereka mahukan. Ada matcha, strawberry dan lain-lain. Tak ingat pulak.

 
Ni anak-anak sedang menikmati aiskrim Dark Chocolate. Beli 4 sahaja kongsi sama-sama.
Satu pc tu RM10. Ibu ada rasa, sedap juga sebab tak manis dan terasa coklatnya yang agak pahit.

Bila dah habis makan aiskrim baru kami keluar. Masa ni pun dah jam 5 lebih.

Grinding machine yang digunakan untuk memecahkan biji koko.. lama lah ni sekarang mesti dah canggih.

Ambil gambar kat luar pula.




Pokok koko yang sebenar.. ada lah tu buahnya atas pokok.

Jom lah balik Wafi.. ada tempat lain nak pergi ni.
Lepas lawat Kilang Beryl's kita nak ke MAEPS Serdang, nak join the crowd tengok MAHA 2026.

Sebelum tu singgah Masjid UPM, Serdang.
Ehh.. teringat Ezna dan Dania bila sebut pasal UPM.

Lega betul duduk bawah kipas ni.. terasa sejuk. Kat luar walau dah jam 5 lebih terasa bahang.

28 comments:

  1. Memang panas betul....selama di kampung, tak jatuh dari 33''C. Kalau tak pinjungan, mandi sajalah berkali-kali. Tidur malam tak boleh kira berapa kali kalih tempat tidur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia macam berjerebu kak... nampak macam mendung tapi bahangnya kemahen. Pinjungan dalam bilik je kak😅

      Delete
  2. Seronoknya shopping coklat. Maha ramai orang dulu rajin pergi tapi sebab parking jauh Dan sekarang musim jerebu emm baik dok rumah. Bahang tak boleh tahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. MAHA ni saya pertama kali sampai kak.. kalau sesaje pergi mungkin tak sampai huhu...

      Delete
  3. Best, dapat ke kilang coklat bawa anak². Entah bila saya nak sampai sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak yang lama dok Selangor pun baru sampai Tot.. padahal punyalah lama kilang tu wujud🫢

      Delete
  4. Wah dah ada bahagian atas eh beryls... dl pergi setakat bawah je.. ok ni kena repeat lagi ni 😉😉 ppsstt parking masih sama ke? Kat tepi² jalan tu je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tempat parking area deretan kedai seberang jalan. Banyak gak parkirnya.

      Delete
  5. Cie hari tu pun beli yang defect tapi masa tu takde tulis defect. 1 peket campur2 tengok harga murah. Defect dari segi packaging je pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo takde tulis masa tu.. berbaloi beli defect kalau untuk makan sendiri. Rasa pun sama je.

      Delete
  6. Welcome to UPM. Hehe. Terima kasih ingat kat saya dan Dania. Oh gi MAHA ya? Masa komen ni mungkin nak pergi MAHA hari last ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti pergi banyak kali tu eh.. besar betul tempatnya.
      Kami pergi kat dewan je.. adeh tak sempat lagi tulis dalam blog.
      Nengok adik pergi Sabtu dan Ahad kemain meriah sana sini.

      Delete
  7. Saya kesini tahun lalu diajak kak Ezna . Dah nak tutup, tapi nasib baik masih bisa beli coklat 😄

    Tapi yg pameran saat tuh dah tutup.

    Samaaaaa kita kak, sayapun fav yg tiramisu. Memang sukaaa. Tak masalah defect nih. Shape saja pun 😂 yg penting tetap sedap .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh datang lagi lain kali.
      Betul.. betul.. tetap sedap.. takde beza.

      Delete
  8. Belum ada kesempatan ke sini. Menarik tempatnya. Nanti nak bawa kiddos ke sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena pergi Sarie.. budak-budak mesti suka. Tempat pameran pun tak besar just nice untuk budak-budak meneroka.

      Delete
  9. Betul, asal rombongan sekolah mesti akan kesini. Saya je tak pernah jejak sini. Bukan main ramai orang lagi musim cuti sekolah. Yelah kan, mana-mana pun ramai orang sebab cuti sekolah.
    Best jugak datang sini, boleh belajar tentang coklat dan shopping coklat sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fizah kan rajin berjalan.. lepas ni boleh mai kilang ni.. tempatnya pun tak besar mana.

      Delete
  10. Seronok la kids tu...dapat pergi sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surprisingly masing² seronok tak banyak kerenah datang ke sini. Wafi paling suka sebab pergi beramai² dengan adik² sepupu.

      Delete
  11. Dah lama tak pergi Beryls ini. Bukan apa. Usia dah 40an ni kena kurang2kan yang manis sebab dah cukup manis darahnya. ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaahahaha... cari dark coklat lah.. takpun yang 80% koko.. kompom berkerut dahi.

      Delete
  12. Sekarang ni memang bahang kak...kalau ikut hati nak berkurung aje dalam rumah..kang x tau plak apa jadi kat dunia luar...rasa macam baru je lagi SA pi Beryls tu..rupanya dah nak setahun dah...hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tahan dulu kalau nak pergi lagi tu.. takleh makan manis-manis dulu.

      Delete
  13. kalau ammi pun mmg sentiasa bawa baju untuk salin sebab sejenis tak reti pakai baju kurung bila berjalan. jangan kata berjalan, gi office pun tak reti pakai baju kurung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better standby kan... haritu akak bawak t-shirt yang biasa gi jogging.. ingatkan nak lepak rumah adik je.. bolehlah pakai tshirt tu. Bila plan jalan² tak gamak pulak nak pakai🤭🤭

      Delete