Pages

Friday, September 4, 2026

Temankan Kak Widad

Cerita Sabtu 29.8.2026 lepas.
Patutnya Wafi je temankan Kakak Widad ke Majlis Perkahwinan kawan Poli kakak di Kajang. Ikut perancangan malam tu kat rumah nenek ingat nak buat BBQ tapi ramai yang dah ada program. Bila dah gitu tak perlu lah ibu prepare makanan. Tak ada apa nak buat, follow je lah Kawi.

Majlis diadakan di Dewan Melor Garden Wedding, Kajang.

Bolehlah Wafi senyum sebab dah makan. Perjalanan hampir sejam, bila cuti panjang banyaklah kenderaan. Wafi hampir nak muntah sebab perut kosong. Itu pun hanya makan telur separuh masak 2 biji. Kat area highway mana entah ibu lupa ada RnR. Jadi singgahlah beli buah dan roti buat alas perut.

Tahniah buat Nilam dan suami.
 
Dah alang-alang sampai Kajang, ajomlah singgah rumah Cik Ami.
Jumpa dak Bella tut tut..
Keluarkan Minnie Mouse nak tunjuk kat makngah.

Ajak Cik Ami dan anak-anak jalan-jalan sebab mereka tak ke mana-mana, Cik Amir kerja.
Waktu cuti panjang ni lah ada problem kat kilang. Bila dah jadi orang besar, tanggungjawab pada syarikat juga menjadi priority.

Makin lama makin tak paham lah blog ni.. gambar yang diupload semua makin pecah.. jadi tak sharp.

6 comments:

  1. Apa lagi masalah blog ye... rasa macam dah tak berapa rajin nak update lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah x tau.. ni pun semalam takleh komen... macam 24 jam baru ok.

      Delete
  2. Tahniah pengantin. Comel patung minnie nya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kata orang bagi.. padahal mak sedara yang bagi.. sabar je lah budak Bella ni.

      Delete
  3. Tahniah kepada pengantin ya. Nama sangat klasik tu Nilam....

    ReplyDelete
  4. Selalu sukaaa lihat makeup Kawi 👍👍. Wafi pun dah pandai agaknya make up yaaa. Sama lah dengan anak saya yg perempuan. Mereka nih memang cepat sangat menyerap segala sesuatu

    Saya tak paham juga ada beberapa blog yg foto memang jadi pecah, atau jadi memanjang gambarnya. Tapi kalau diklik, bagus lagi kak.

    ReplyDelete