Pages

Friday, October 2, 2026

Jogja 2026 - Hari Kedua : Mengejar Matahari Pagi πŸŒ„


Seawal jam 3.00 pagi, masing-masing sudah bangun untuk bersiap. Mata masih terasa berat, badan pun belum betul-betul “online”, tapi semangat nak meneruskan perjalanan mengatasi rasa mengantuk. πŸ˜†

Perancangan asalnya Mas Donz mahu gerak jam 4.00 pagi. Tapi bila semuanya sudah siap lebih awal, kami akhirnya bertolak pada jam 3.50 pagi.

Sementara itu, Mas Donz pula memang sangat on time. Seawal jam 3.30 pagi, beliau sudah pun sampai untuk menjemput kami. Siap sarapan pagi untuk kami pun sudah diambil dari hotel. Semalamnya, Mas Donz sudah maklumkan kepada pihak hotel bahawa kami akan keluar seawal pagi, jadi pihak hotel telah menyediakan sarapan untuk dibawa bersama.

Destinasinya ke Kebun Buah Mangunan (KBM) yang terkenal dengan “awan karpet” atau lautan awan. πŸŒ₯️☁️

Ia sering digelar “Negeri di Atas Awan” kerana kabus/awan pagi berkumpul di lembah di bawah kawasan bukit. 

Perjalanan dari hotel ke KBM mengambil masa 1 jam dan jalannya agak menanjak dan berliku seperti yang diberitahu Mas Donz. Sebab gelap lagi kami tidur je dan sesekali adalah terjaga.

Sampai di KBM solat subuh dulu di musolla yang disediakan. Surau ni campur tapi masa kami sampai tiada orang lain lagi.

Ibu perasan masjid di sini banyak dan terletak berhampiran. Menurut Mas Donz penduduk Islam di Jogja berjumlah 92%.

Masa nak turun ke surau ni terbau buah durian. Nama pun kebun buah jadi banyaklah pokok buah yang ditanam tapi tak nampak sebab gelap.

Kedai² makan mula dibuka.

Bayaran masuk ke KBM ni ialah IDR10,000 (RM2.35) seorang.

Sementara menunggu matahari terbit.


Entah apa yang dibualkan.

Google image

Yang ditunggu seperti ini, Awan Karpet.
Nengok pun teruja.

Yang dapat dilihat seperti ini.

Jangankan awan... karpet pun tak adaπŸ˜…
Nampak asap je nun di sana.

Itulah hukum alam, kita tak boleh jangka apa yang kita mahu, akan dapat. 

Kemungkinan juga udara kering jadi kurang wap air untuk menghasilkan awan. 

Jadi kita nikmati sahaja pemandangan yang ada.

Cik Baya kata kalau nampak awan karpet tu bestlaaa.. tak perlu hiking πŸ˜…



Sunrise.



Hutan Pinus Mangunan

Lokasi ke dua adalah Hutan Pinus Mangunan tak jauh dari Kebun Buah Mangunan.


Hutan pinus atau pine ni ditanam semula dan dijadikan sebagai salah satu destinasi wisata.


Tiket masuk seorang IDR10,000 (RM2.35)


Bestlah kawasan ni.. sejuk, bersih dan nyaman.
Ni kalau dapat briskwalk setiap hari syiok lah.

Kami pengunjung pertama masuk.

Laluan pejalan kaki dibina menggunakan kayu.

Buah pinus kering yang jatuh berguguran.

Depan sana ada astaka untuk buat persembahan.

Laluan berbatu pun ada.

Buah pine kiri yang muda selepas dimakan haiwan.. mungkin tupai, itu yang jatuh. Yang kanan tu buah pine yang kering.

Nenek.. jalan sorang².
Nenek kata macam dengar suara orang panggil "kaaakk.. kaakk" tapi bagitau ibu bila dah sampai hotel.
Aihh.. nenek ni. Jangan buat seram.

Mungkin bunyi angin yang bergabung dengan ranting² pinus πŸ€— tak pun.. bunyi burung gagak.

Ada jambatan gantung.

Puas meneroka Hutan Pinus kita bersarapan dulu kemudian menyambung perjalanan ke destinasi seterusnya.

Wisata Seribu Batu Songgo Langit yang terletak di kawasan perbukitan Dlingo yang terkenal dengan suasana hutan pinus, batu-batu besar dan beberapa spot bergambar.

Rumah Seribu Kayu





Rumah Hobbit





Seribu Batu Songgo Langit



Geram pulak nengok pokok-pokok yand ditanam dalam polybag tu.. rasa nak ambik bawak balik je.




Masa sampai tu sedap je turun... bila nak naik... mengah juga dibuatnya.

Kebun Buah Mangunan, Hutan Pinus Mangunan dan Seribu Batu Songgo Langit ni terletak berhampiran sahaja jadi dikira satu trip. Selesai jam 8 pagi.

Selepas itu kami ke Pantai Timang pula yang jauhnya dalam 1 1/2 - 2 jam perjalanan. Di pertengahan jalan tu ibu dah mula rasa mual. Jalan dari daerah Mangunan/Dlingo ni jalannya menurun dan berliku. Ibu dah cuba tidur atau pejamkan mata tapi masih terasa loya. Makan Fisherman perasa Lemon pun tak jadi. Minta Mas Donz berhenti dimana-mana. 

Ada satu Alfamaret ke Indomart (tak ingat mana satu) tepi jalan. Situ ada toilet. Nak muntah tak boleh jadi terpaksalah jolok tekak. Takde nak muntah banyak pun tapi boleh lah.. lega sikit. Masuk kereta terus telan ubat tahan muntah yang beli masa nak ke Redang bulan lepas. Telan juga Panadol. Lepastu sambung tidur 😎
 

6 comments:

  1. Banyak dah Lokasi cantik untuk pelancong sekarang. Alahaiiiii sayangnya awan karpet udah Di bawa lari karpetnya. Pantai timbang tu rasanya yang nak ke seberang naik lift tarik tangan ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa betul kak... gondola namanya.. masih tarik pakai tangan.

      Delete
  2. nampak tersusun betul pokok-pokok tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ditanam ikut barisan pokok pinus tu.

      Delete
  3. demi nak tengok “awan karpet” sanggup juga kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkih... kalau ikut nak tarik selimut lagiπŸ˜†

      Delete