Pages

Showing posts with label Buku/Novel. Show all posts
Showing posts with label Buku/Novel. Show all posts

Sunday, December 7, 2025

Setetes Embun Cinta Niyala

Pagi ni kat rumah santai² layan Netflix je.

Ibu pilih filem Setetes Embun Cinta Niyala adaptasi novel karya Bapak Habiburrahman El Shirazy. Novel diterbitkan pada tahun 2005.

Sunday, January 19, 2025

Tahan. Tenang. Senang.

Tadi Wafi hulurkan ibu buku ni.

TAHAN DAN TENANG NANTI JADI SENANG.
Tulisan Nuraini Shahbudin.
 
Hadiah sempena hari jadi ibu katanya.
Terima kasih anak ibuπŸ₯°
Ibu love sangatπŸ’‹πŸ’œπŸ’ž

Wafi beli guna Baucar Buku RM100 melalui portal DELIMa. Staf Kedai Buku Hasani, Sungai Petani datang ke sekolah, jadi bolehlah pelajar order dahulu dan kedai buku hantar ke sekolah. Dapatlah 5 buah buku.

Sinopsis.

Antara intipati dari judul ini πŸ‘‡πŸ‘‡

Sabar Ujian Ketaatan.

Berkata Yang Baik.

Nanti kalau ibu nak termarah awak... ibu cuba tahan ya😊

Wednesday, December 25, 2024

Selangor International Book Fair 2024

Sehari sebelum Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2024 melabuhkan tirai, sempatlah ibu singgah dari ofis dalam jam 6 petang. PBAS diadakan pada 27 Nov hingga 3 Dis 2024 bertempat di Setia City Convention Centre. Bermakna ibu pergi pada 2 Dis 2024. Uishhh... lama terperap entry ni dalam draft. Lama juga tak pergi pesta buku, rasanya last kat Shah Alam masa anak-anak kecil lagi.

Sebelum masuk hall, tengok banyak kiosk makanan.

Nampaknya ramai yang mahu bergambar dengan pianist Amirul.

Buku motivasi yang dinukilkan dalam bentuk puisi.

Zon Aktiviti Kanak-kanak.

Pempamer lagi ramai dari pengunjung. Mungkin hari bekerja.

Merchandise Kuromi berwarna purple.

Keychain Wafi ibu beli di sini.

Nampak unik dengan corak begini.

Masa ni penganjur umumkan cabutan bertuah.

Booth Terbitan Pelangi.

Lengang bahagian ni. Mungkin sudah hampir masuk waktu Maghrib.

Pemenang akan menerima tunai RM500. Lumayan hadiahnya.

Buku-buku travelog yang ibu beli di reruai Kasi Terbit. Dapat juga 4 keping bookmark.
Buku word search ibu beli di booth lain.

Puan Rohaniah, penulis dan penerbit di Kasi Terbit.

Beliau sedang tandatangan autograf di buku ibu.

"Jangan hilang diri kerana orang yang tak hargai"

Ibu follow FB beliau, Saya Backpacker.

Booth Gempak Starz.
Dulu Bami langgan majalah Lawak Kampus. Dengan ibu sekali layan.


Ambil gambar je tak masuk pun zone situ.

Kat luar dewan pameran disediakan kiosk jualan makanan dan minuman. Kat sini lagi meriah dengan pengunjung.
 

Saturday, June 15, 2024

AZAN

Terbaca ni di FB. Bagus sharing begini...

AZAN 

mengapa azan harus dikumandangkan kuat ? Pakai speaker pula .. Apa tidak mengganggu yang lain termasuk non-Muslim ?

Adalah teman saya, yang kebetulan non-Muslim .. bertanya kepada saya .. “ Kenapa kalau azan harus dibunyikan kuat-kuat dengan speaker pula ? ”

Saya yang bukan ahli agama kemudian berpikir sejenak mencari jawapan yang mudah dicerna dengan menjawab seperti ini ..

“ Bro azan itu adalah panggilan solat .. namanya panggilan tidak mungkin dengan cara yang sama seperti berbicara atau berbisik-bisik ”

Teman saya membalas: " Tapi kan orang-orang sekitar tidak semuanya muslim ?”

Saya jawab lagi : “ Benar bro .. jika kita sekarang sedang berada di lapangan terbang .. kita akan dengar announcement memberikan panggilan untuk boarding ?

Apakah kamu juga tidak bertanyakan kepada mereka mengapa membuat panggilan boarding untuk pesawat² lain dengan kuat padahal bukan panggilan untuk pesawatnya ? ”

Dia tersenyum namun membalas lagi : “Tapi bukankah semua orang sudah tahu dengan kemudahan dan teknologi moden dapat memberitahu mengenai waktu dan solat apa .. tanpa harus melaungkan azan ? "

Saya kemudian menjawab : “ Ya setiap penumpang juga sudah tahu jadual penerbangannya sejak membuat tempahan tiket lagi .. memegang tiket dan kemudian check-in .. sudah tercetak jadual berlepas di boarding pass .. sudah masuk ruang tunggu .. tapi pihak Penerbangan masih membuat panggilan boarding bukan ?

Dan ada satu hal lagi mengapa azan harus dikumandangkan .. itu bukan hanya sebagai penanda sudah masuk waktu solat tapi benar-benar panggilan solat .. kerana kami harus menyegerakan solat .. 

" Sama juga seperti semua penumpang harus segera masuk pesawat setelah panggilan boarding .. walaupun masih ada waktu untuk naik pesawat sampai pintu pesawat dtutup "

Kali ini senyumnya bertambah lebar... lalu dia segera memeluk saya sambil menepuk-nepuk bahu saya dan berkata “Superb .. I got it bro “

Noted ! Thanks bro 😁

Masih banyak orang tidak rela ketinggalan pesawat dibanding ketinggalan solat .. Bahkan lebih rela menunggu pesawat yang belum datang dibandingkan menunggu azan datang ..

Ayuh mari kita share agar mereka bukan sahaja dapat memahami kenapa perlunya azan dilaungkan tetapi juga agar terbuka pintu hatinya .. Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin Ya'Rabbal'Alaamiin πŸ˜‡

Hayya 'Alash Solah = Ayuh Solat ..

Hayya 'Alal Falah = Ayuh menuju kejayaan ..

Solat adalah jalan kejayaan dunia akhirat ..

Wassalam perkongsian

#Islam_Itu_Indah πŸ˜‡

Monday, January 15, 2024

Kedai Buku Hasani (Hasani Books)

Masa awal-awal masuk sekolah, Wafi ada beritahu tentang kawan-kawan dok cerita beli buku di Kedai Buku Hasani. Wafi pula beritahu mereka biasa beli buku di MPH atau Kedai Buku Popular. Dah kawan-kawan kata tak pernah dengar. Samalah macam Wafi tak pernah dengar Kedai Buku Hasani. Kedai buku ni mula bertapak di Sungai Petani dan sehingga sekarang sudah ada banyak cawangan. Ayah kata lama dah kedai buku ni dan pernah datang visit student intern.

Masa bawa Wafi outing katanya nak ke kedai buku cari novel. Kebetulan Kedai Buku Hasani ni terletak berdepan dengan Amanjaya Mall. Jadi kita singgah dulu. 

Kedai ni ada 2 tingkat. Tingkat atas buku-buku rujukan dan buku kerja sekolah. Ibu tak naik sebab bahagian novel terletak di bawah. Ibu ambil beberapa gambar di sini.

Dulu Abang Imi suka beli buku Gempak Starz dan masih simpan segala koleksi.

Tuesday, October 31, 2023

Self Reminder

 

Sunday, October 9, 2022

Salam Maulidur Rasul

Solollahuala Muhammad
Solollahualaiwasalam

Pagi ni bangun dalam keadaan yang sejuk. Diluar masih hujan renyai-renyai sejak malam tadi.

Sarapan ringkas sahaja. Roti bersama tuna dan cheese.
Juga lemon suam.

Sambil tu sambung layan novel yang tak habis2 bacaπŸ˜€

Lepastu vakum rumah dan bersihkan porch yang kotor dipenuhi selut.
Adehhh.. musim hujan camni lah selagi jalan masuk belum bertar.

Sementara tunggu Wafi buat revision, sambung baca novel lagi.. sejuk-sejuk ni malas nak bergerakπŸ˜…

 

Tuesday, October 4, 2022

Novel

Bulan lepas Karangkraf ada buat sale. Kirim kat Cik Elis novel since mereka sekeluarga ada di sana. Itupun setelah Wafi kata nak baca novel.

Aduhhhh... banyak je novel ibu dalam almari tu.
Wafi kata nak novel remaja.

Ibu minta Cik Elis belikan novel yang dicounted.
Dapatlah 6 novel berharga RM20 bila banyak diskaun diberi. Novel berharga RM20-RM25 dapat RM3.30 sebuah.
Walaupun novel dah few years bolehlah buat bacaan.
Lagi 2 edisi baru.

Dah banyak tahun kan ibu tak beli novel sebab banyak novel jalan cerita sama je.

Dulu masa ada kedai buku Gramedia (dari Indonesia) di Tesco ibu suka beli novel dari seberang. 
Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih ibu sanggup baca beberapa kali.
Kemudian, bila novel ini difilemkan ibu pun tengok juga.

Since novel yang dibeli banyak, nak tunggu Wafi habiskan baca lambat lagi, ibu layan jugalah novel-novel ni.
 

Sunday, April 17, 2022

Ole-ole Dari Amie's Little Kitchen

Alhamdulillah kiriman ole-ole dari Cikgu Amie telah selamat diterima setelah beberapa hari stranded di courier centre. 
Ibu terima pada 6/4/22. 
Disebabkan minggu tu sibuk menonton Drama Korea jadi blog pun terbiar sepi tanpa entry.
Ayuh... kita kembali mencoret agar cerita itu tetap menjadi ingatan.

Hadiah ini sempena Teka Daerah yang Cikgu Amie anjurkan buat pembaca blog beliau.

Tshirt pink Sabah Borneo .... ibu suka ibu sukaπŸ˜€πŸ˜€
Juga senaskah antalogi cerpen.


Tulisan Cikgu Amie juga ada di dalam naskah ini.


Terima kasih Kak Amie atas ingatan tulus ini.

Semoga terus bermusafir dan juga berkarya serta direzekikan dengan kesihatan yang baik.

Friday, February 11, 2022

Shopping Buku di MPH

Beberapa hari lepas Wafi ada minta belikan novel untuk dibaca di sekolah. Masa kat sekolah pinjam novel dari kawan. Kat rumah banyak je novel ibu tapi itu untuk kategori dewasa. 

Lepas balik kerja jam 6 pm tu kita siap-siap ke SCM. Kedai buku terdekat MPH ada di sana.

Wafi pilih sendiri.

Novel remaja yang dipilih.

Baca sinopsis dulu.

Novel dewasa di rak. Ibu sekadar membaca beberapa tajuk. Belum nak beli lagi. Kebanyakan novel sama sahaja jalan cerita. Cinta, kahwin, pergolakan rumahtangga dek orang ketiga kemudian kembali bahagia semula.

Mungkin genre macam ni dah tak sesuai untuk ibu sekarang hahahah

Kalau nak isi masa lapang boleh sahaja baca.
Nanti-nantilah.. 

Sekarang nak layan Netflix citer Tamil hehe..

Abang Imi ambil buku ni.

Pilihan kakak Widad.

Yang ni semua dalam family suka baca.
Entah dah berapa siri ada.
Ibu pun suka sebab bacaan ringan dan santai-santai.

Saturday, September 18, 2021

Travelog Bumi Saudi

Tengahari tadi ayah collect parcel di KPM. Biasa kami alamatkan di KPM sebab kadang tak ada di rumah. Kat sana sapa-sapa boleh ambilkan.
Cik Cha kata ada 1 parcel untuk ayah, 2 untuk Kawi (haiii... apa lagi yang dibelinya tu?)
Bila sampai rumah, apesal ada 4 parcel. Tengok-tengok nama ibu.
Dalam hati.. rasa tak order apa2.

Bila tengok nama pengirim.... Masnira Ramli
Wahhhhhh... buku travelog dah sampai.

Buku Travelog Bumi Saudi.
Penulis Masnira Ramli.

Beliau dan keluarga telah tinggal di Makkah lebih 10 tahun.
Sebelum ini Kerajaan Arab Saudi tidak begitu mempromosikan negara mereka untuk industri pelancongan kepada pihak luar. Sejak kebelakangan ini visa pelancongan mula diperkenalkan dan terdapat inisiatif Kerajaan Arab Saudi untuk memperkenalkan negara mereka dan buka pintu untuk pelancong luar.

Penulis dan keluarga serta rakan-rakan mengambil peluang menyelusuri tempat sejarah, menyimpan kisah silam dan sejarah pahit manis para nabi. 

Buku ini diterbitkan penulis untuk mengabdikan kenangan meneroka bumi Arab Saudi.

Arab Saudi bukan hanya negara yang bertanah tandus sahaja seperti di Makkah tetapi ada wilayah yang bertanah tinggi dengan cuaca yang sejuk dan kawasan yang menghijau..

Banyak gambar-gambar dan info menarik yang penulis share dalam buku ni.
Ketebalan buku 220 mukasurat dan glossy paper.

Bolehlah baca untuk menghabiskan 2 hari cuti.

Cenderahati buat pembaca.
 

Tuesday, June 29, 2021

Senaskah Suratkhabar

Cerita Sabtu 2 lepas.
Keluar dari klinik, singgah kedai Bismi.. Cadangnya nak cari bahan bacaan. Sekali yang tinggal senaskah Harian Metro dan beberapa suratkhabar lain.

Seperti yang dijangkakan.. masih tiada lagi lagi majalah yang dikehendaki.. 
Tanya taukeh kedai, dah lama tidak terima majalah dari pembekal sebab pengeluar sudah kurang keluarkan majalah. Kadang 3 bulan sekali. majalah Mingguan Wanita yang sebelum ni keluar 2 minggu sekali pun sudah tidak diterima. Apatah lagi majalah yang keluar sebulan sekali.

Jika sebelum ini ada Berita harian, Utusan Malaysia, Kosmo, Harian Metro, Sinar Harian, New Strait Times, The Malauy Mail... sekarang apa sahaja yang tinggal?
Mungkin ramai yang beralih kepada akhbar digital.

Adakah kerjaya sebagai seorang wartawan sudah berkurang?
Atau terlalu ramai keyboard warrior?