Pages

Showing posts with label Main masak2. Show all posts
Showing posts with label Main masak2. Show all posts

Tuesday, August 11, 2026

Pengat Pisang Untuk Dessert

Balik rumah petang tadi tak ada apa nak buat sebab Kak Widad dah siapkan dinner. Nampak PH buat serawa nangka kita buatlah pengat pisang. Pisang nangka dari rumah nenek sedang elok masaknya. Sementara tunggu Maghrib siaplah menu nan satu ni. 

Monday, July 13, 2026

Ikan Rebus Goreng

Cerita semalam, akhirnya dapatlah juga buat ikan rebus. Jumpa 2 ekor ikan kembung dalam freezer. Jadilah untuk makan seorang.

Monday, July 6, 2026

Cara-cara Menyiang/Mengupas Ubi Keladi


Haaa... marilah kita memenuhi kehendak Puan Hazel cara-cara menyiang ubi keladi.
ehhh... menyiang tu macam siang ikan atau siang sayur pulak. Tapi maksudnya sama je kan iaitu membuang kulit.

Sunday, June 28, 2026

Pulut Durian Untuk Berbuka

Pulut Durian ni ibu buat hari Isnin lepas untuk berbuka. Balik dari ofis singgah gerai buah tepi jalan beli durian dan ke kedai beli beras pulut.

Pulut Durian Musang King dan Duri Hitam

Sunday, June 7, 2026

Masak² | Makan² I Netflix : Teach You A Lesson

Pagi ni tinggal bertiga je sebab ayah breakfast dengan gang UUM. Ibu buat jompot + bawang cicah sambal sardin. Kopiko 3 in 1. Semua tu hadiah masa FD tempohari dan kebetulan barang dapur tak topup lagi. Tepung dari Cikbaya, sardin dari CikBiela dan kopi dari CikFatin.

Saturday, May 23, 2026

Kelam Kabut

Minggu lepas tak jumpa si kura².. agaknya masa ibu lalu tengah berenang²... awal dia berjemur pagi ni. Nampak partner dia ada dalam air.


Hari ni 2 kali je pusing tasik sebab rushing balik. Nak kena prepare breakfast Wafi sebab jam 9 ada kelas online.

Ibu gorengkan keladi favourite Wafi. Cicah sambal kicap.

Ada balance nasi semalam dan beberapa hari lepas, ibu goreng juga. Pakai sambal belacan tapi ibu gorengkan dulu bawang dihiris dadu juga carrot. Tambah telur.

Buat nasi goreng biasanya ibu tak guna garam, hanya letak sos ikan atau sotong juga secukup rasa.
 

Sunday, May 17, 2026

Sarapan Roti Puri | Undangan Kahwin

Pagi ni ibu buat Roti Puri dan Sambal Sardin.
Buat satu cawan je untuk makan seorang. Dapatlah  8 keping. Ibu makan 6 keping😊 Ayah breakfast dengan kawan².

Roti puri ibu guna resepi ni.


Ibu buat yang tanpa yis. Kalau ikut resepi macam kita buat kulit karipap.

Tengahari ibu menyantuni undangan ex-officemate, Wan yang diadakan di Laman Masjid SUK, Sungai Udang Klang. Jauh betul dewan sebab kawan ibu duduk Puncak Alam. Semua dewan berdekatan dah fully book.

Sekarang lebih ramai yang memilih dewan untuk adakan majlis kahwin. Ibu dengar tadi  setahun dah kena book kalau nak adakan majlis.

Saturday, May 9, 2026

Sabtu Yang Sejuk

Hujan seharian sehingga ke malam, sampai pagi ni terasa sejuk. Semalam niat pagi ni nak briskwalk... nampaknya tinggal niat je😂😂. Lebih Subuh lebih seronok ngelekar atas katil. Tapi sekejap je lah sebab mikirkan rumah tak bersapu dah seminggu. Sambil siapkan sarapan, jemur kain, bersihkan diri, jam 9 baru sarapan.

Ibu goreng kentang dan karipap je, bancuh kopi coklat Zus.

Plan nak rehat je hari ni & esok sambil cari drama apa nak tengok.

One the Woman mengisahkan seorang pendakwa raya korup yang hilang ingatan selepas kemalangan. Dia tersalah dianggap sebagai menantu keluarga kaya yang mirip wajahnya. Dalam usaha mencari identiti sebenar, dia membongkar rahsia keluarga, konflik kuasa dan cinta, sambil memaparkan watak wanita berani, lucu serta penuh karisma dalam kehidupan penuh cabaran.
 

Saturday, April 25, 2026

Nasi Lemak Sambal Cumi

Hari ni ramai sket kat rumah jadi ibu masakkan nasi lemak. Kak Widad Rabu lepas sampai.. cuti mid-sem sampai minggu depan. Sempatlah jumpa Wafi nanti.

Ada cumi kering dalam fridge, rasa dah lama beli, dari tahun lepas. Beli kat Tanjung Dawai. Petang semalam rendam dan bersihkan.

Nasi lemak dan rakan² seperjuangan😄

Sunday, April 5, 2026

Lontong Goreng

Pagi ni tinggal ibu dan Abang Imi je di rumah. Ayah pagi-pagi dah bertolak ke UIA. Ada kerja di sana. Abang Imi jam 12 malam tadi baru sampai dari Kelantan. Jumpa kat dapur tadi lepas tu masuk balik tidur, katanya penat sangat dan kalau boleh taknak bangun tidur. Nak tidur sepanjang hari.

Ibu sediakan lontong goreng pagi ni. Semalam Cik Elis share ketupat goreng. Teringatkan ada baki lontong dari rumah Abang Man, itu yang ibu goreng pagi ni.

Thursday, April 2, 2026

Tauhu Sumbat

Petang semalam ibu buat Tauhu Sumbat untuk juadah berbuka. 
Baca blog Suria Amanda ada menyediakan menu ni buat tetamu di hari raya.
Bahaya baca blog bila tengah lapar, auto teringin🤣
Kebetulan hari Selasa ibu ada beli tauhu 3 keping dan sayur taugeh. Tapi tak jadi masak sebab ayah dah beli lauk dan sayur siap dari kedai mamak.

Jadinya lauk semalam ayam goreng dan tumis taugeh+kucai selain tauhu sumbat.

Hasil kejadian.

Sunday, March 29, 2026

Pagi Ahad Yang Redup

Pagi ni ibu goreng karipap untuk sarapan. Malam tadi dah plan nak buat Roti Puri tapi nampaknya penyakit M datang pula😅😅. Jadi yang senang² je lah🤭

Wednesday, March 25, 2026

Sup Ekor Ala Thai Style Kedai Tomyam

Dinner @ buka puasa semalam, ibu buat sup ala Thai. Sebelum ni kan guna perencah Sup Siam hasilnya bukan seperti yang ibu harapkan. Ingatkan yang jenis masam rupanya berempah.

Ibu google resepi dan jumpa yang simple, nampak gaya seperti yang ibu order dari Kedai Tomyam.


Sup Tulang Ala Thai Simple Tapi Power

Friday, March 20, 2026

Share Menu Lagi | Malam Raya

Ingatkan dah taknak share menu tapi alang² dah share dari awal kita habiskan lah terus.

29 Ramadan

Menu sahur tak ambil gambar sebab reheat makanan berbuka. Bila dah akhir² makanan buka berlebih pula itu yang bawa ke sahur. 


Iftar
  • Set Nasi Ayam
  • Popiah Otak² & Karipap Sardin

Monday, February 23, 2026

Menu Ramadan 1 - 4

Nengok ramai yang share menu sahur dan berbuka, sementara rajin ambil gambar ibu nak share juga lah. Alhamdulillah 4 hari dapat memasak untuk keluarga. Start hari ni ibu dah mula busy untuk year end closing dan audit sehingga akhir bulan Mac. Raya pun tak ambil cuti lebih sebab seminggu sebelum raya dah mula audit.

1 Ramadan

Sahur
  • Ayam panggang Air Fryer
  • Bening Bayam+suhun
  • Sambal Penyet
  • Popiah Otak²
  • Telur 1/2 masak

Tuesday, February 3, 2026

Kerepek Ngaku

Ni cerita 2 minggu lepas. Takde kerja katanya.. tu yang buat kerepek Ngaku.
Nak raya Cina je ubi Ngaku ni ada dijual.

Saturday, January 24, 2026

Pecal | Sup Kolagen

Tengahari tadi ibu buat pecal untuk lunch. Guna sayur je takde nak tambah nasi impit, tempe atau tauhu goreng.

  • Pucuk ubi
  • Kangkung 
  • Taugeh
  • Timun
Kalau ada daun meranti lagi mantap.. pahit².

Monday, December 22, 2025

Lauk Untuk Wafi

Petang semalam ibu masakkan lauk frozen untuk Wafi. 

  • Ayam Masak Lemak Cili Api
  • Ayam Kicap
Ikutlah Wafi nak makan bila. Kalau jemu, nanti ibu masaklah lain atau orderkan grab.
Nasi nanti ibu masakkan sebelum pergi kerja atau Wafi masak sendiri.

Ayam tu memang ibu beli bahagian drumstick dan thigh. Senang nak kira sebab saiz sama. Kalau beli ayam seekor yang dah siap potong nak kena padankan saiz dan bilangan pulak.

Kentang lupa nak beli, jadi guna berapa yang ada. Terpaksalah potong 4. Dua² masakan tu ibu bubuh kentang.

Minggu ni Wafi kata nak straight puasa ganti. Haa.. elok lah tu.. ni pun dah lambat. Nampaknya ibu kena bangun awal lah prepare makanan sahur Wafi😫😫😫. Biasa kalau ibu puasa sorang-sorang, sahur minum air kosong je.. itu pun letak sebelah katil 🤭
 

Monday, December 1, 2025

Cendawan Busut

Selasa lepas jumpa orang jual cendawan busut kat pasar malam.
Lama sangat tak makan sebab tak jumpa.
Beli sepinggan RM13 dah siap bersihkan. Ada juga yang masih belum bersih.

Tuesday, November 18, 2025

Makan Malam Laksa Goreng

Sedap rupanya laksa goreng ni🤭

Balance laksa semalam. Rebus sekeping laksa kering, banyak rupanya bila dah rebus.

Takkan nak makan asam laksa lagi walau ada lagi kuah frozen. Tu yang terfikir nak goreng. Bila google.... laaaa... melambak resepinya. Rupanya orang dah biasa goreng laksa 😄

Bubuh crabstick dan telur je. Malas nak defrost haiwan. Masukkan sebatang carrot yang dah hampir layu. Taugeh bubuh banyak sebab suka.