Pages
Showing posts with label Family/Friends. Show all posts
Showing posts with label Family/Friends. Show all posts
Sunday, July 26, 2026
Terserempak Blogger Yan Journal I Piknik Pagi Di Dragonfly Park
Haaa.. memang tak sangka pula akan jumpa blogger Kak Yan (yan-yantravel.blogspot.com) kat Dragonfly Park pagi tadi.
Labels:
Family/Friends
Thursday, July 2, 2026
Tumbler Cristiano Ronaldo Hadiah Dari Kak Notie
Semalam tengahari sampai lah hadiah tumbler Cristiano Ronaldo yang kacak ehemmmm .. sempena GA : Meriahkan Piala Dunia anjuran blog Kak Notie. Beberapa hari ni boost di blog² yang memenangi GA beliau. Sebenarnya ibu menang pada masa tambahan atau masa kecederaan 😅😅. Rasanya Kak Notie bagi hadiah pada semua blogger yang komen kat entry tersebut.
Labels:
Family/Friends
Monday, April 6, 2026
Pokok Mangga Pertama Kali Berbuah | Nak Main Teka² Tak?
Petang semalam ibu cari peluh kat luar rumah, sapu daun-daun kering kemudian bakar. Tarik pelepah kelapa dan kutip buah kelapa yang gugur.
Jenguk 2 batang pokok mangga kat tepi rumah.
Labels:
Family/Friends
Wednesday, February 18, 2026
Tips Puasa Sihat & Berkat
Ibu share tulisan Puan Zarini Jaafar lalu di FB.
Semoga memberi manfaat.
Selamat menyambut Bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Semoga ibadah yang kita lakukan sentiasa dalam keberkatan.
Labels:
Family,
Family/Friends
Thursday, January 1, 2026
Hadiah Di Awal Tahun
Tengahari tadi agen insurans Kak Rosilah singgah rumah. Semalam dah beritahu nak datang sebab ada kenduri di Kapar, bolehlah jumpa. Tadi tanya dewan kenduri... rupanya kat area rumah je.
Ni yang diberi :
- Table calendar
- Diary
- Sepasang telekung SK
Kak Ros kata bagi telekung sempena nak sambut bulan Ramadhan.
Alhamdulillah... terima kasih Kak Ros🥰🥰🥰
Semoga terus sukses.
Seminggu lagi nak ke negara² Scandi pulak.
Haaa.. gitu lah.... asyik dok nengok Kak Ros travel merata dunia😁
Labels:
Family/Friends
Thursday, December 25, 2025
Wafi Tengok Papa Zola I Benyek
Isnin malam mama Nayli whatsapp ibu tanya boleh tak Wafi join Nayli & adik² tengok movie Papazola. Ibu benarkan je. Nanti makcik Nayli akan hantar dan ambil di Setia City Mall.
Semalam Rabu mereka berempat je di sana memandangkan makcik Nayli mengajar kelas tuisyen. Tengahari lepas kelas bolehlah ambil mereka. At least bila berempat takde lah mama Nayli risau sangat. Tiket dan makanan dalam cinema semua mama Nayli bayarkan.
Makcik Nayli jemput Wafi di rumah jam 8 pagi. Movie Papazola tu jam 9 pagi. Mungkin tayangan paling awal.
Labels:
Family/Friends
Monday, November 17, 2025
Warong Manggis
Cerita dinner 12/11/2025
Ayah ajak cafe/warung hunting. Lepas solat Maghrib kita keluar.
Kali ni ke Warong Manggis yang terletak di Kampung Budiman.
Labels:
Family/Friends
Monday, May 12, 2025
Selamat Semuanya...
Selamat Hari Ibu...
Selamat Hari Jururawat...
Selamat Berhujung Minggu...
Turut berduka untuk mak gajah yang kehilangan anak semalam.
Bila teringat video mak gajah tidak berganjak langsung selama beberapa jam di pintu trak, adehhhh pasti mengalir air mata.
Sedih.
Pilu.
Kasihnya seorang ibu terhadap anak yang dikandungnya.
*************************
Labels:
Family/Friends
Saturday, May 3, 2025
Majlis Rumah Terbuka ASAS 2025
Walaupun Syawal telah berlalu namun majlis rumah terbuka masih ada. Majlis Rumah Terbuka ASAS ni diadakan pada 1 Mei 2025. Sempena Cuti Hari Pekerja kita pun takde kerja🤣 bolehlah join. Ajak budak² bertiga tu, Wafi je yang setuju nak ikut.
Majlis jam 11 am dan disebabkan kita sampai Putrajaya awal, singgah sekejap Sek. Alam Shah yang terletak di hadapan Dewan Damar Sari, Kompleks F8, Putrajaya.
Labels:
Family,
Family/Friends
Wednesday, January 29, 2025
Si Merah Sudah Sampai
Khamis 23/1/2025, Aida Sales Advisor Perodua hantar kereta ke rumah. Dah petang masa tu about jam 7 pm. Ingatkan nak ambil kat showroom tapi dia nak hantar.. lagi mudahlah.
Senang berurusan dengan Aida ni. Semua melalui whatsapp je. Kali kedua berurusan dengannya. Sebelum ni masa ibu arrange pembelian kereta company.
Masa tu ada je ready stock tapi ibu minta hold dulu sebab dah nak akhir tahun. Rugi dari segi tahun. Jadi ibu request kereta production dan registration tahun 2025. Lagipun tak urgent.
Labels:
Family,
Family/Friends
Sunday, January 19, 2025
Mereka Yang Memberi
Ibu terima tumbler minuman dari Suria Amanda ni dari bulan lepas. Terpilih untuk Pemenang Komentar Bulan Oktober 2024.
Akhirnya ibu ada tumbler sendiri🥰 Bolehlah simpan air sejuk dan bawa untuk jalan².
Terima kasih Suria Amanda yang sering berkongsi rezeki buat pembaca blognya. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki yang berganda² dan dipermudahkan urusan keluarga.
Set sudu, garpu dan chopstick ni ayah dapat masa attend seminar di office.
Bolehlah add on utensils di rumah. Nak bawa ke office dah ada 1 set masa dapat free gift beli sos Kewpie.
Siapa yang tak suka free gift kan.
Lagi² yang boleh digunakan hari².
Alhamdulillah.
Labels:
Family/Friends,
Friends
Friday, November 29, 2024
Hujan Dan Banjir
Hujan lebat dari petang semalam membawa hingga ke malam. Sekali dengan petir dan guruh. Berhenti hujan sekejap sangat lepastu gerimis hingga ke tengahari ini.
Pagi tadi nak ke ofis laluan banyak merah.
Kenderaan penduduk taman sekitar ditempatkan di bahu jalan. Jadi sempitlah untuk kenderaan yang nak ke tempat kerja.
Seram huhuhu...
Tanya kawan ofis yang keluar ke masjid tadi. katanya air belum surut.
Adeh.... ni masih hujan lagi.
Ini gambar semalam petang balik kerja, air yang melalui longkang depan jalan masuk. Deras betul airnya.
Malam tadi 3 Pusat Pemindahan Sementara telah dibuka. Ada beberapa jalan telah dinaiki air. Rumah kami di kawasan tinggi, Alhamdulillah setakat ni tiada masalah.
Untuk ke tempat kerja lah sedikit mencabar bila Meru dilanda banjir.
Ramai kakitangan syarikat yang terjejas rumah mereka. Ada yang rumah tidak dinaiki air tapi still tak boleh keluar kerana jalan keluar masuk telah ditutup.
Mudah-mudahan petang ni hujan berhenti terus.
Hari ni Abang Imi dapat memo yang kelas akan diadakan secara online selepas cuti semester. Dah beli tiket bas balik 2/12/2024 jadi terpaksalah cancel. Bami kata ada beberapa kawan yang tinggal di Kelantan dan Terengganu rumah mereka juga dinaiki air.
Semoga baik-baik buat mereka yang menghadapi bencana banjir 😪
Labels:
Family/Friends
Saturday, September 7, 2024
Kenduri Doa Selamat Di Bukit Jelutong
Jam 11 am ibu ayah sudah berada di rumah kawan SAS ayah, Uncle Ajily dan isteri Auntie Ilaiza di Bukit Jelutong. Sampai-sampai majlis pun baru nak mula. Sama-sama tahlilan dan doa selamat.
Majlis ni sempena dua anak mereka yang akan mula bekerja di Ireland. Seorang doktor dan seorang engineer QS.
Selesai doa selamat, dihidangkan pula dengan makanan tengahari yang super sedap.
12.45 pm ibu ayah gerak balik.
Labels:
Family/Friends
Saturday, August 24, 2024
Majlis Walimatulurus Wafi Sofea & Terjumpa Kawan UUM
Tengahari tadi ibu ayah santuni jemputan kahwin anak dua pupu ibu yang diadakan di Gerbang Hall.
Anak no. 2 bernama Wafi Sofea.
Nama Wafi diambil sempena nama Wafi Sofea. Tapi tak bolehlah letak nama Sofea dihujungnya, tersama plak. Malas nak fikir banyak².. letak je lah nama sama dengan kakaknya.. Hanani😅
Related dengan majlis ni, Uncle Soboq dan Uncle Helmi, bapa pengantin adalah rakan sekerja di Maxis HQ.
Begitulah kitaran hidup ini... kat mana² jika Allah izinkan tetap kita akan bertemu.
Mereka pernah datang ke rumah kita sekitar tahum 2009.. 15 tahun lepas. Masa tu ada small gathering kawan² UUM.
Arwah bapa Acik Jumaiyah dan arwah atuk adalah sepupu.
Semoga ikatan kekeluargaan tetap utuh.
Labels:
Family,
Family/Friends
Thursday, August 22, 2024
Lagu Kampung Bukit Kapar
Lagu dicipta oleh Achik Gmie, penduduk tempatan dan merupakan seorang DJ majlis di kampung.
Labels:
Family/Friends
Tuesday, July 23, 2024
Jemputan Dinner Dan Durian
Masa kat ofis ayah mesej, senior SAS juga jiran sekampung, Uncle Najib ajak datang rumah untuk dinner dan makan durian.
2-3 minggu lepas ajak juga tapi kami tak dapat datang kerana ada urusan lain. Malam ni free, dapatlah memenuhi jemputan.
Alhamdulillah Acik Lyn hidangkan makanan malam yang sedap². Ada asam pedas ikan parang. Bertambah² Kak Widad makan. Siap bertanya resepi asam pedas yang disediakan.
Bersama tuan rumah yang super baik hati.
Acik Lyn ni ada buat small catering dan juga seorang baker. Masa covid ada minta beliau masakkan pack food untuk family members kami yang dijangkiti covid.
Ayah dan Uncle Najib. Lepas makan dihidangkan pula dengan durian. Macam² jenis durian. Menurut Uncle Najib keliling kawasan rumah family mereka ni ada 100 batang pokok durian. Sekarang ni dah buah hujung².Mereka tidak jual buah² durian tu tetapi akan memanggil sanak saudara dan juga kenalan untuk datang ke rumah mereka bagi menikmati durian yang ada. Ada durian kampung dan juga durian kahwin.
Disebabkan isi durian tebal, ibu makan beberapa ulas sahaja. Tambahan pula baru lepas makan nasi.
Puaslah Kak Widad makan durian malam ni.
Sedapnya bau🤤🤤
Alhamdulillah atas rezeki malam ini.
Labels:
Family/Friends
Wednesday, April 17, 2024
Banjir Di Meru
Petang semalam hujan sangat lebat dan ada beberapa kawasan di Meru sudah dinaiki air. Malam sambung hujan lagi kemudian berhenti. Pagi tadi jam 6.30 am turn lagi hujan dengan lebat. Masa ibu nak keluar tu hujan semakin reda tapi still renyai-renyai.
Rumah kami tidak terjejas dengan banjir tapi jalan keluar dari Bukit Kapar ke Pekan Meru terkena banjir.
Sampai Batu 7 start sesak. Jarak rumah ke tempat kerja 6 km je tapi bila tengok waze makin bertambah masa untuk sampai ke ofis.
Lagi 1.7 km pun merah lagi. Orang-orang taman mula letak kenderaan di bahu jalan sebab taman-taman lagi cepat naik air.
Lagi 1.7 km pun merah lagi. Orang-orang taman mula letak kenderaan di bahu jalan sebab taman-taman lagi cepat naik air.
Kat jalan besar, ada 3 tempat air naik. Terpaksalah harung juga, bawa kereta perlahan-lahan sambil doa banyak-banyak huhu..
Jam 9 am baru sampai ofis.
Hampir separuh staf di Finance Department terpaksa ambil EL sebab rumah mereka dimasuki air.
Ni nak balik kena harung air lagi sebab kebanyakan tempat banjir termenung.
Dari tingkap ofis nampak jalan yang pagi tadi lalu air masih tinggi.
Semoga kawan-kawan dan penduduk yang terjejas dengan banjir ni bertabah.
Rumah Cik Nora pun sudah naik air sikit.
Labels:
Family/Friends
Monday, January 22, 2024
Kos Haji
Simpan sini buat rujukan akan datang.
Labels:
Family/Friends
Monday, January 15, 2024
Saturday, September 9, 2023
Dinner Berdua di The Portload
Tengahari tadi plan dengan ayah nak jalan-jalan kat Pantai Remis lepas solat Asar. Ibu tertidur kunun penat pagi jog dan balik siapkan kerja ofis. Bangun almost azan Asar. Jengok kat luar nampak mendung je, lepastu angin kuat. Ni kalau pergi pantai mesti lagi kuat angin. Karang hujan lebat tak seronok lah pula. Jadi ayah ajak dinner je lah kat luar. Hari cuti gantung kuali!
Ni gara-gara tengok kawan ibu Lynn Hassan post di FB.
Ada beberapa gerai makanan di luar Portload ni. Boleh juga makan dalam restoren tu.
Kami pilih duduk di luar je.
Style kat sini, order makanan di kiosk/gerai kemudian bayar terus. Mereka akan beri token ini. Bila order dah siap token ni akan berbunyi bipbip. Bawalah semula token ni ke kiosk/gerai, pulangkan dan ambil hidangan kita.
Sedap sangat, pekat dan secukup rasa.
Ayah ambil nasi daging.
Sebelum balik tadi terserempak dengan rakan ex-UUM.
Uncle Ridzuan ni dulu JKO masa kami masuk matriks. Manakala Auntie Azizah ni batchmate kami pula. Kiranya senior kahwin junior lah. Tahulah mereka duduk di Puncak Alam tapi tak pernah pun terserempak sebelum ni. Uncle Ridzuan ni merupakan lecturer di UITM Puncak Alam.
Nampak tak gaya mak-mak makan... sarung je jubah hahahaha... malas betul nak bersiap helok!
Alhamdulillah, cemerlang anak ni.
Tu ibu tanya, alumni SAS kalau bergambar memang begitu eh gayanya😁
Labels:
Family/Friends
Subscribe to:
Posts (Atom)






















































