Pages

Monday, February 13, 2017

Shopping di sekolah


Pic ni hari jumaat lepas. Masa ni Wafi transit di rumah sahaja since kakak cuti sekolah sempena Thaipusam. Sekolah pelbagai kaum ka.. jadi adalah yang kena ambil cuti peristiwa. Cik Ayu ambil jam 1.45 pm tapi 1.15 dah siap2.. semangat lah anak ibu ni.


Setiap hari wang saku ibu beri. SK sebanyak RM2 tapi memang tak guna lah since berbento setiap hari. Syiling pun memang ada.
Yang sadisnya.. SRA anak kecil ni nak lebih.. sebab... nak SHOPPING
Bawakan RM3 dan syiling tak tau berapa.
Beli jelly 50 sen atau keropok lekor 40 sen dua keping.
Yang banyak dok menyopping kat kedai buku.
Nasib baik seminggu sekali tak pun dua huhu..
Macam kat atas tu RM2 satu barang.
Ada je nak dibelinya.. padahal bukan pun guna sangat.
Bila fikir.. biarlah Wafi tau guna wang dan berani untuk bertanya harga dan membeli.
Juga untuk distract dari rasa sedih hatinya bila kena pergi sekolah sorang.
Drama queen katakan..

Ada satu hari tu Wafi cerita.. dia  nak beli keropok lekor 2.. acik kantin cakap 40 sen..
Dia dok cari lah syiling 40 sen dalam dompet.. cakap takde. Jadi bagilah seringgit dan dapat balance.

Maka ibu gigih lah keluarkan syiling2 yang ada.. tunjuk macamana nak kira syiling.. memang lah takde syiling 40 sen sekeping nak oiiiii...




No comments:

Post a Comment