Sebelum ni dah post ttg pendaftaran Bami.. so sekarang nak cerita la pula perjalanan dan penginapan semasa di Muadzam.
Kami bertolak dari Klang dalam jam 7.30 am setelah mengambil nenek dan Cik Fatin.
Barang2 asrama... standardlah ada baldi, gayung, hanger hihi..
Semoga dipermudahkan perjalanan kami.
Perjalanan lancar dan cuaca yang sejuk.. kebetulan hujan renyai2 di beberapa tempat.
Singgah makan di RnR Temerloh.
A must try dish... patin tempoyak.. sedap.. harga standard RM10.. kalau peminat tegar ikan patin mesti boleh beza patin sangkar dan bebas... tak kisah... janji kuah sedap hehe.. share makan dengan ayah.. masa ni baru jam 9 lebih.. takde lah nak makan berat sangat... nak rasa je.
Nenek beli rambutan.. aikk... rambutan pun beli.. ye lahh... pokok pun takde.. ooo pandai nenek jawab ehhh.. kalau tak.. kitorang je kena hihi..
Sampai di hotel jam 1 pm setelah pusing2 politeknik dan bandar Muadzam.
2 super queen bed.
Bilik air pun luas. Ada bath tub.. takde saps pun guna. Wafi pun.tak sempat berendam.
Bilik ni memanjang. Masuk2 ada kerusi panjang. TV pun besar.
Boleh letak beg.. almari tiada tapi ada hanger dan tempat sangkut tuala. Simple tapi praktikal.
Toilettries yang cukup... boleh minta lagi.
Ini lah Tong Villion pandangan dari jalan besar.. mungkin bangunan paling tinggi di Muadzam. Bawah sebelah tepi ada supermarket yang agak besar.
Untuk bilik yang kami duduk rate semalaman adalah RM250.
Dah check in... rehat2.. dekat jam 3 pm baru cari lunch.. perut pun dah lapar.. ada kedai2 makan sekitar hotel.. habis semua makanan yang diorder.
Ibu pula rasa nak demam dan selsema.. ada farmasi di situ. Setel.. tak perlu pergi jauh2.. bandar Muadzam ni lebih kurang pekan Kapar tapi kedudukannya bukan laluan utama.. jadi tenang je.
Ammboiiiii... nenek.. anak... cucu.. makan atas tilam yer. Sempat layan drama. Tu anak cucu paww nenek lah tu.. mentang2 kedai kat bawah je.. ulang alik menjajan.. dah tau nak buat apa.
Rehat2 je.
Ini breakfast yang ayah beli di gerai.. varieties.. semua sedap.
Kami dapat free breakfast untuk 2 orang.. ibu, Wafi dan Bami turun. Treat him lah kununnya.. tapi Bami takde selera.. makan sikit je.. lagipun dishes yang ada biasa2 je..
Ada nasi minyak, mi goreng kering (wafi kata), sosej, kacang panggang, rendang ayam, bubur nasi, roti, air anggur, kopi dan teh.
Naik bilik, ibu sambung makan kuih haha.. baru puas.
Overall... bilik best.. paling baru di bandar Muadzam.. ada juga homestay dan hotel lain di sini.
Ok... kami check out jam 8.20 am. Bami nak belajar keluar duit.. lepas tu... sakit perut pulak.. balik hotel. uuk di tandas bawah.
Poli dalam 5-10 minit je. Sebab sampai dalam 9 am terpaksalah park di belakang. Its ok... sebab sambil tunggu Bami daftar.. bawak kereta ke Pusat Islam.. rehat2 di situ.. boleh plak tertidur. Lepas kami solat zohor baru Bami boleh daftar penginapan. Oh yaa... setel dulu baju2 sukan dan kemeja orientasi.
No comments:
Post a Comment