9.9.2021, pagi tadi ibu ke Pejabat Tanah Klang untuk urusan mengisi Borang 14A Pindahmilik Tanah. Borang perlu ditandatangani ni hadapan pegawai sebab mereka akan semak kad pengenalan dan Sijil Surat Beranak. Ini adalah rezab Melayu jadi hanya boleh dipindahmilik kepada orang Melayu sahaja.
Kisah ni bermula 2 minggu lepas bila Wak Ana Nenek Masi ada bertanya kalau berminat untuk memiliki tanah di hadapan rumah kami sebab owner nak jual. Lot yang kami duduk tu ada 3 ekar dan telah dipecahkan kepada 5 lot. Masing-masing ada 1/2 ekar tanah dan seorang lagi ni dapat 1 ekar. Kiranya lot jiran depan ni ada seluas 1/2 ekar dan di pecahkan kepada 5 bahagian sebab ada 5 beranak.
Ada 2 bahagian pemilik asal nak jual. Satu tu kawan wak Ana yang kerja sebagai juruukur dah ambik dan beliau nakkan satu lagi bahagian. Wak Ana rasa berat hati nak beri pada kawan juruukur tu sebab kalau boleh ada saudara mara yang boleh beli sebab tanah dah cantik. Juruukur ni suka tanah situ sebab kawasan dan jalan dah tersedia. Beliaulah yang melakukan kerja-kerja ukur bila kami 5 penduduk lot nak pecahkan geran 2 tahun lepas.
Inilah pelan tanah lot sekarang.
Rumah yang kita duduki sekarang ditanah bertanda X manakala tanah yang ibu beli ditanda dalam bulatan, betul-betul depan tanah nenek Masi dipisahkan dengan jalan. Sebelah kanan petak-petak kecil tu adalah taman perumahan.
Ibu tanya kat ayah tentang hal tu. Setelah ditimbang-tara maka kami putuskan untuk membeli satu bahagian.
Antara kriteria yang kami pilih
1. Kedudukan tanah di hadapan kediaman kami hanya dipisahkan dengan jalan.
2. Lot yang sama cuma lorong berlainan.
3. Nama akan ada di dalam geran walau ia geran kongsi.
4. Fasiliti yang tersedia. Sah-sah ada tiang lampu dan tiang Unifi, sistem perparitan.
5. Ibu belum ada hartanah atas nama sendiri hahah.. sebelum ni beli kereta besar tapi tanah tak nak beli adoiii.
Dari rumah Nenek Masi.
Selepas ini jalan sebelah kanan akan jadi halaman rumah dan parit tu akan jadi sebahagian jalan baru. Bukit sebelah kiri akan ditarah untuk dijadikan jalan juga.
Selepas ini akan ada 2 lane.
Tanah ni dah lapang pun sebab owner memang dah bersihkan.
Ia berukuran 48 x 92 kaki.
Walau sekangkang kera tapi insyaallah boleh diduduki.
Pakcik Zie kata boleh dapat 2 pintu kalau buat rumah teres biasa.
Ibu belum ada perancangan lagi. Secure dulu tanah tu.
Kot-kot ayah nak tanam pokok buah-buahan dulu.
SENARAI SEMAK
PERMOHONAN PINDAH MILIK TANAH BORANG 14A
BIL PERKARA SEMAKAN
1. Hakmilik (Geran) asal (DHKK).
2. Borang 14A yang telah diisi dengan lengkap
3. Sijil Setem LHDN yang asal.
4. Notis Taksiran pindah milik daripada Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN).
5. Salinan Cukai Tanah bagi tahun semasa yang jelas dan terang
menunjukkan pembayaran yang telah dibuat (gelap atau kabur
tidak diterima).
6. Salinan MY Kad Pemberi dan Penerima pindah milik yang jelas
dan terang, dan telah disahkan di dalam satu muka surat A4,
depan dan belakang,
7. Salinan passport yang jelas jika warga asing (disahkan)
8. Sijil Pengesahan penyaksian melalui sistem Biometrik
(sekiranya Penyaksian dibuat di hadapan Pentadbir Tanah)
9. Salinan sijil lahir penerima pindah milik bagi tanah rizab melayu.
10. Pindahmilik antara suami isteri – Salinan sijil nikah
Pindahmilik kasih sayang antara adik beradik/anak beranak/
datuk cucu dan seumpamanya-lampirkan Salinan sijil lahir yang
boleh membuktikan pertalian.
11. Surat akuan- bagi kes penjual yang tiada catatan nombor kad
pengenalan pada hakmilik atau nama penjual pada kad
pengenalan tidak sama pada hakmilik.
12. Surat kebenaran bagi hakmilik yang terdapat sekatan
kepentingan/gadaian/kaveat.
13. Surat Kuasa Wakil perlu difailkan bersekali sekiranya melibatkan
pemegang kuasa wakil
Lepas ni kena tunggu urusan LHDN pula.
Ibu minta Wak Ana uruskan pembelian tanah tersebut.
Semoga dipermudahkan urusan ibu.
Doakan ya.
Semoga dipermudahkan urusan pindah milik tanah. banyak procedurenya. Saya punya urusan pindah milik tanah pun hampir 2 tahun belum settle lagi sebab covid ni susah nak balik kampung. Last proses tunggu surat baru datang office sign geran ke apa entah. Dah dapat tanah ni untung sangat. boleh buat rumah atau kebun.
ReplyDeletesemoga urusan Fizah juga Allah permudahkan. Tak sabarkan nak tunggu semua selesai... kalau tidak asyik teringat-ingat. Dah setel baru fikir apa nak buat dengan tanah tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah...yeayyyyy 😜
ReplyDeleteDoakan semoga semua berjalan lancar ya.
Delete