Pages

Friday, September 16, 2022

Sempena Cuti Hari Malaysia

Pagi ni sempat briskwalk dengan Kakak Widad.
Kakak half way dah stop jadi dia naik buaian je sementara ibu habiskan pusingan.
Kakak baru baik dari demam jadi dia slow je lah.

Sambil tu nak tunjuk inai yang kakak pakaikan malam tadi sebab ibu tak boleh tidur tu. Dah lama ibu tak pakai inai semenjak kejadian yang tidak menyeronokkan. Masa tu ibu pakai inai di kuku dan bahagian ruas jari yang pertama. Bila dah kering bahagian kulit tu jadi gatal dan bengkak. Hampir jadi kudis. Ibu syak mungkin ada bahan yang tak sesuai pada kulit ibu. Lepas tu memang tak pakai dah!

Masa ibu pakai ni pun dah rasa pelik sebab kenapa kaler dia macam tu. Ingat bila dah kering jadi kaler coklat rupanya kaler oren. Kakak pakaikan dua kali jadi dapatlah kaler merah.

Kakak pun pakai inai juga tapi dari jenama yang lain.

Sekarang kan mudah kalau nak berinai.
Dulu kena menumbuk daun inai. Kalau tak silap kat rumah nenek masih ada lagi pokok inai.

3 hari cuti ni memang duduk rumah je since Wafi masih ada satu lagi paper Trial PSRA pada hari Isnin. Sekolah kebangsaan pula start exam hari Isnin juga. 
Wafi kena lah buat revision😅




 

No comments:

Post a Comment