Pages
Showing posts with label Makan2. Show all posts
Showing posts with label Makan2. Show all posts
Tuesday, August 11, 2026
Pengat Pisang Untuk Dessert
Balik rumah petang tadi tak ada apa nak buat sebab Kak Widad dah siapkan dinner. Nampak PH buat serawa nangka kita buatlah pengat pisang. Pisang nangka dari rumah nenek sedang elok masaknya. Sementara tunggu Maghrib siaplah menu nan satu ni.
Labels:
Main masak2,
Makan2
Friday, August 7, 2026
Makan Malam Di Hock Kee Kopitiam
Cerita hari Ahad.
Seharian di rumah lemau betul walau pagi ibu dan Kak Widad keluar briskwalk. Petang ibu kumpulkan daun kelapa kering dan bakar. Lepastu macam tak ada apa nak buat. Tak larat nengok Netflix. Bila ayah cakap lakinkali nak ajak minum, teruslah ibu ajak keluar lepas Maghrib.
Pilih antara Kolumpo Kopitiam atau Hock Kee Kopitiam. Ibu ajak ke Hock Kee sebab menu banyak.
Order sikit² je... kongsi, sebab malam semua tak makan banyak.
Labels:
Makan2
Sunday, August 2, 2026
Makan Tengahari Di Kafe Olla, Janda Baik
Dalam perjalanan balik dari Kuantan ayah suggest singgah makan di Kafe Olla yang terletak di Janda Baik.
Labels:
Makan2
Tuesday, July 28, 2026
Pakej Makan Sedap Di Delima Redang Resort
Pakej yang kami ambil include 4 kali makan iaitu lunch, tea time, dinner dan breakfast. Memang tak sempat lapar lah duduk kat pulau ni.
Dalam bilik tidak disediakan air minuman tetapi boleh ambil dari mesin minuman sejuk dan panas yang disediakan di kantin. Disediakan mug, teh dan gula. Bancuh kalau teringin nak minum.
Makan Tengahari
Saturday, July 25, 2026
Monday, July 13, 2026
Ikan Rebus Goreng
Cerita semalam, akhirnya dapatlah juga buat ikan rebus. Jumpa 2 ekor ikan kembung dalam freezer. Jadilah untuk makan seorang.
Labels:
Main masak2,
Makan2
Sunday, July 12, 2026
Makan Tengahari Di Aroma Ikan Bakar Jeram | Jalan² Pantai Remis
Semalam kami berlima ibu, nenek Cik Fatin, Cik Biela & Auni pi jalan-jalan cari makan kat Aroma Ikan Bakar Jeram. Keluar jam 3 petang, lewat sikit keluar lunch sebab nenek tengahari ada jemputan kahwin. Dari rumah Cik Biela tunjuk jalan yang agak dekat iaitu melalui Kg Bukit Kerayong. Sebelum ni kalau ibu ayah ke Pantai Remis akan lalu Jalan Kapar.
Labels:
Makan2
Saturday, July 11, 2026
Sarapan Di Kopitiam Hock Kee I Langkahan Pagi
Pagi ni ibu park kereta di area Jaya Grocer selepas masukkan baju² terpakai dalam tong recycle. Nampak bangunan baru Kopitiam Hock Kee baru dibuka. Lepas briskwalk singgah sini.
Friday, July 10, 2026
Makan Mee Bandung Di Rumah Alam
Lepas keluar dari homestay adik beradik lain terus ke Port Dickson tapi kami nak singgah dulu di Rumah Alam di Sungai Mati, Johor.
Rumah Alam ni rumah peninggalan kedua ibu bapa Zainal Alam Kadir (ZAK). Beliau yang dikenali sebagai seorang wartawan dan pengkritik hiburan di Malaysia, khususnya melalui akhbar New Straits Times pada era 1990-an dan awal 2000-an. Beliau banyak menulis ulasan album, konsert dan perkembangan industri muzik tempatan.
Labels:
Makan2
Friday, June 19, 2026
Bua Loy Kelapa Di 99 Founder Cafe
Sesampai kat KTM Sungai Buloh, Wafi kata dah lapar. Dia nak makan Chicken Chop dan cadangkan 99 Founder Cafe di Puncak Alam.
Labels:
Makan2
Sunday, June 14, 2026
Jalan² SCM Terserempak Aqil
Jam 6 tadi ibu ajak Abang Imi temankan ke Setia City Mall sebab ibu ada barang nak beli. Malas nak drive sebenarnyaš¤ Masa tu hujan masih renyai². Sedap betul lah tidur petang, hujan pulak tu. Kalau boleh memang nak sambung tidur.
Masuk beberapa kedai dapatlah barang yang ibu nak. Masa kat JD Sport Bami ditegur Aqil. Datang sorang² beli kasut sukan. Insyaallah seminggu lebih nanti daftar Politeknik.
Ibu ajak Aqil makan sekali sebab masa tu memang kita nak dinner. Bami suggest makan kat Nak Nak, restoren Korea.
Sunyilah nenek nanti bila Aqil masuk Poli. Aqil paling rajin teman dan tolong nenek.
Sunday, June 7, 2026
Masak² | Makan² I Netflix : Teach You A Lesson
Pagi ni tinggal bertiga je sebab ayah breakfast dengan gang UUM. Ibu buat jompot + bawang cicah sambal sardin. Kopiko 3 in 1. Semua tu hadiah masa FD tempohari dan kebetulan barang dapur tak topup lagi. Tepung dari Cikbaya, sardin dari CikBiela dan kopi dari CikFatin.
Labels:
Main masak2,
Makan2
Tuesday, June 2, 2026
Minum Petang Akok Panas²
Malam tadi jam 9 dah sampai rumah dari Muar dan menyinggah tempat lain. Sempatkan basuh baju 3 kali. Pagi sambung lagi. Badan pulak rasa tak sedap dan selsema. Lepas Zohor baru bawa baju²ke dobi untuk dikeringkan.
Sebelum balik singgah gerai tepi² jalan cari goreng²an.
Labels:
Makan2
Monday, May 25, 2026
Dinner Di 99 Founder
Petang Ahad takde apa nak buat.. ingat nak cafe hunting. Wafi pulak lapar katanya. Jadi kita cari restoren je. Early dinner terus kat restoren 99 Founder, Puncak Bestari.
Kak Widad order Tepung Bungkus
3 bungkus ni RM12.90
Labels:
Makan2
Tuesday, May 19, 2026
Beli Tapai Pulut Di Pasar Malam
Petang tadi ibu singgah pasar malam nak topup sayur dan buah. Sekali nampak orang jual tapai pulut daun getah. Pertama kali nampak beliau berniaga. Ada juga tapai ubi dan kerepek pisang. Lama betul teringin tapai pulut yang dibungkus begini. Jumpa biasa kat kenduri².
Friday, May 15, 2026
Mie Ayam @ Bakso?
Ada satu content creator dari Indonesia ni ibu follow. Dia tunjuklah makan Mie Ayam. Aihhh.. teringin lah pulak nak rasa. Kebetulan hari yang nak pergi tu puasa jadi bolehlah buat berbuka.
Sampai kedai makan (Bakso Ali) tu nengok menu kemain banyak lagi... ada Bakso, Mie Ayam, Ayam Penyet, Ayam Geprek dan lain².
Rambang mata dibuatnya.
Ibu ambil yang biasa.
Sampai rumah masuk dalam pinggan letak separuh je.
Thursday, May 14, 2026
Lunch Di Rest. Mohd Chan, Sungai Buloh
Sabtu lepas solat Zohor ibu hantar ayah ke KTM. ETS ayah jam 4 jadi adalah masa nak lunch kat luar sama². Ayah ajak makan di resto Mohd Chan, Sungai Buloh yang berdekatan dengan stesen KTM.
Labels:
Makan2
Friday, May 8, 2026
Jumaat Dah Ye
Salam Jumaat buat semua.
Cepatkan rasanya masa berlalu.. hari ni dah Jumaat.
Minggu ni terasa semput sket sebab minggu closing.. hari ni report kena keluar šØšØ
Tak tau nak update apa tapi bila tengok ada lebih 250 draft unpublish. Dah letak gambar, tajuk semua, nak tulis takde idea.
Pagi ni sampai ofis 7.10
Sarapan sandwich telur dan roti peanut butter. Tu semua Abang Imi bawa dari ofis beberapa hari lepas. Ada kakak kat ofisnya bagi. Masuk dalam fridge. Ibu je lah makan hari ni... masuk microwave kat ofis.
Bancuh Kopi Coklat ZUS.
Kawan-kawan ibu breakfast apa hari ni?
Semoga semua terus bersemangat.
Its Fri-yay!
Labels:
Makan2
Wednesday, May 6, 2026
Makan Tengahari Di Salam Noodles, Alam Budiman
Ahad lepas hantar Wafi kat KTM Sungai Buloh, ayah ajak lunch di Salam Noodles cawangan Alam Budiman. Kami sampai jam 10.50 am tapi restoren dah buka walau tulis di situ jam 11 am.
Labels:
Makan2
Sunday, May 3, 2026
Makan Di Black Canyon
Selesai urusan di kedai cermin mata terus ke Setia City Mall. Budak berdua ni dah lapar. Sebelum tu solat di NSK, nak cari court shoes Wafi juga di XES. Takde saiz lah pulak.
Masuk SCM cari restoren dulu. Kak Widad ajak ke Serai tapi Wafi taknak. Dia nak makan kat Black Canyon. Punyalah banyak resto, BC juga dia nak masuk.
Jam 3.30 ingatkan orang tak ramai, penuh resto. Mujur dapat seat tak lama.
Water Chestnut with Coconut Milk
Labels:
Makan2
Subscribe to:
Posts (Atom)



















