Pages

Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Monday, May 11, 2026

Tragedi Pagi Isnin

Kejadian pagi ni. 

Masa turun kereta perasan kenapa tepi tapak kasut kanan kotor... dalam kepala fikir mungkin kena lecak masa balik hari Jumaat. Kan masa hari Jumaat seharian hujan.

Dah sampai bilik ofis belek semula.
Ya Allah..  kenapa jadi begini!

Mujurlah sama kaler.

Dalam kereta ada satu lagi sport shoes tapi malas nak turun. 
Halal je lah 🤗
 

Wednesday, April 15, 2026

Jamuan Hari Raya Ofis

Cerita jamuan di ofis pada Jumaat 10/4/2026 dari jam 12 - 3 pm.
Jamuan untuk main office namun jemput juga managers bahagian operation.

Antara staff Finance & Accounts Department (FAD).

Thursday, March 12, 2026

Sayonara Hamada-san

Our Operational Advisor since 2018
Japanese kan.. umur 80s pun masih kuat bekerja. 
Jenis tak duduk diam. Agaknya berapa ribu step lah setiap hari ulang alik ke production floor.
 
Juga farewell untuk Mr Lee, Purchasing & Procurement Manager.

Makan-makan/buka puasa di Kelab Golf Subang.

Wishing you both a happy, relaxing, and fulfilling retirement. You will truly be missed.
Take care and all the best!



Friday, February 13, 2026

Makan² Sempena Masuk Bulan Puasa

Semalam kawan² ofis baru decide nak buat makan² sempena nak sambut bulan Ramadhan.
Short notice dan semalam ibu plak ambil time off sebab nak ambil Wafi. Jadi ibu pilih menu yang simple je 🤭, Dimsum. Nak prepare masak tak sempat beli barang, sampai rumah pun dah jam 9.

Friday, October 31, 2025

Zero MC Reward | Farewell

Hari ni staff HR Department bawa certificate Zero MC untuk diserahkan oleh bos ibu kepada staff yang layak. Department ibu 6 orang dapat cert tersebut.

Tuesday, July 22, 2025

Jerebu

Gambar diambil dari ofis jam 8.00 am

Ini bukan mendung tapi berjerebu di luar.

Dari Johan Setia ke Banting... sekarang dah sampai ke Klang.
Yang duduk dalam ofis tak terasa... yang bekerja di luar, harap semua jaga kesihatan 🥰

Friday, July 11, 2025

Makan-makan Selepas Kerja

Ini cerita petang semalam. Adik-adik ofis ajak makan selepas habis kerja.
Reward diri selepas closing.

Mereka ajak makan grill & steamboat di Krata-B, Setia City Mall.
Bila makan beramai-ramai masing-masing lebih menggemari makanan sebegitu berbanding ala-carte.

Ada lah 2-3 orang yang tak dapat join.

Sunday, July 6, 2025

Majlis Walimatulurus Qistina

Cerita semalam, Sabtu 5/7/2025

Ibu hadiri majlis persandingan officemate ibu, Qistina.
Usianya setahun tua dari Abang Imi. Dah kira anak-anak lah ni, apatah lagi masa baby ibu ada visit Qistina dan kembarnya. Ibu nya dulu staff ibu namun telah ke negara abadi tahun lepas. 
Al-Fatihah buat Kak Izan, semoga syurga buat akak 🥰

Friday, April 11, 2025

Banjir Sudah Mari

Seperti biasa kalau hujan tak berhenti pasti beberapa jalan nak ke office akan dinaiki air.
Walaulah hanya paras tayar still lah cuak nak lalu.
Lalu ke tengah sikit ada lopak yang tak nampak.
Bila dah semua kenderaan dibawa perlahan, jammed lah pulak.

Ni kalau hujan walau renyai-renyai pasti parit tepi jalan lagi naik air.
Member beritahu dari jam 2 pagi hujan dah lebat.
Rasanya ibu tidur mati sampai hujan turun pun tak sedar.
Seperti biasa, officemate yang selalu rumah dinaiki air terpaksalah ambil EL.
Penat dengar mereka mengemas rumah pasca banjir walau air hanya naik atas buku lali sekalipun 😩

SKBK pun sudah dibuka sebagai PPS.
Alhamdulillah... area BK takde banjir.. Meru je.
Bertabahlah masing-masing ya 🦾
 

Wednesday, January 29, 2025

Buffet Korean Food Dengan Rakan Sekerja

Ini cerita Jumaat lepas, 24/1/2025

2-3 hari sebelum tu officemate ajak makan Korean food di Setia City Mall. Layankan je lah mak buyung tu. Kami lah yang jadi mangsa ajakan 😁. Tapi tak mengapalah... nak juga rasa makanan di restoren lain.

Buffet berharga RM33.80, before tax 

Masa yang diberikan 1 1/2 jam. Masa kami sampai tu jam 6 pm.

Disebabkan ibu sudah lapar, makan dulu yang ready to eat.
Kalau tak silap glass noodle tu dipanggil japchae. Ambil juga rice cake, kepak goreng 3 flavour.

Friday, January 10, 2025

Buffet Dinner @ Le Meridien, KL

Petang tadi ibu join dinner office sempena tahun baru. Tahun ni mereka arrange di Le Meridien, KL. uishh.. kemain jauh. Takpe lah as long ada transport disediakan. 25 orang management staff termasuk 2 expat yang dapat hadir pada kali ini.

Keluar office jam 5.30 pm dan sampai jam 7.00 pm. Elok je semua sampai pada masa yang sama. CEO plak yang sampai dulu jadi terpaksalah beliau tunggu kami semua.




We had joy, we had fun, we had seasons in the sunBut the hills that we climbed were just seasons out of time
 ♫  ♩  ♬  𝄞

Macam-macam lah diorang ni.. kat sini lah nak buat lawak. Kerja kat company dari saiz S jadi saiz XL 😁. 
Yang ada ni semua manager tapi bila dah luar dari office, masing² keluar perangai. Kat sini lah pun nak berseronok² dengan colleague.

Buffet spread kat Le Meridien ni banyak. Malay, chinese, Indian, Japanese, middle east cuisine.. dan pelbagai lagi. Ibu dengar harga RM142 tapi dengan harga yang ditawarkan sangatlah berpuas hati. Semua pun sedap.

Ini ibu ambil gambar sikit.
 
Sashimi tu sedap.

Oyster tu ibu makan 3 pcs je. Ada kawan ibu makan 12 pcs.

Makan banyak-banyak karang teringat cerita Mr Bean 😆😆

Bebola udang tu ambil dari kaunter dimsum. Menarik sebab tak pernah jumpa ada coating merah berbiji².

Ada yang terfikir benda ni.... adoiii

Semoga 2025 akan menjadi tahun terbaik untuk semua 👄💖


Friday, January 3, 2025

Makan-makan Tahun Baru 2025 Di Thong Bowl, Setia City Mall

Tadi selepas office hour, ibu dan kawan-kawan ke Thong Bowl di Setia Alam. Last week one of officemate cadangkan untuk makan-makan sempena tahun baru 2025. Dia lah yang suggest makan kat Thong Bowl. Ibu sendiri tak pernah tau pun kewujudan restoren ni. Rupanya restoren TB beroperasi di tempat Restoren KFC sebelum ini. Ibu pun baru tau yang KFC di Setia City Mall sudah ditutup sama nasib dengan Starbuck.

Thong Bowl menyajikan masakan Thai.


Ibu ambil gambar beberapa menu.

Antara yang viral air gelas besar ni.

Kami ambil Mega Classic Thai Tea RM29.90, kongsi je 12 orang. Ada disediakan senduk besi.
Mereka beri straw setiap seorang.. abestu takkan nak sorong sorang-sorang minum 😁
Minta paper cup... tak free ye... 1 biji 45 sen so kami minta 6 sahaja. Kemudian staff tambah lagi 6 secara percuma. Haaaa... gitu kan lebih baik.

Disebabkan cawan kertas ni cantik, ibu ambil gambar simpan sini. Lupa sebenarnya tadi masing-masing nak ambil bawa balik.

Super Australian Beef Bowl (soup). 
Set ni boleh makan 3-4 orang. Harga RM99.00
Ambil 3 set. Tahap kepedasan boleh pilih 1,2,3.
Kami ambil pedas biasa 1, nanti kalau nak pedas bolehlah masing-masing tambah cili flake atau chilli oil.
Atas tu taburan bawang putih goreng. 

Sup ni macam makan kat Boat Noodle cuma serving dia besar lah.
Dalam tu ada hirisan daging yang sangat nipis , ketulan dan bebola daging. 
Kami pilih Thai Flat Mee. 

Makanan yang dipesan juga cepat sampai sebab sup tu memang sudah tersedia cuma nak top-up bahan yang lain. 

Oh ya... sebelum tu kena gaulkan mi dan segala accessories dahulu. Bila dah gaul kuah sup tu akan berkurangan bila meresap dalam mi.
Bagi ibu kalau ada kuah lebih baru best, bolehlah hirup.

Hanim & Ad. 

Hakimah, ibu dan As.
Sengaja lah ibu taknak pakai T-shirt hari Jumaat sebab terasa t-shirt ibu sudah mengecut 😂😂

Geng muda-mudi.


Antara yang dapat join malam ni.

Suka suasana restoren ni. Nampak cerah dan ceria. Tak ambil pula gambar lukisan di dinding.

Seperti biasa.... pasti akan ada yang jadi mangsa untuk habiskan makanan.
Jabir je yang muda kat meja kami berempat. Yang lagi 3 dah 50's makan pun slow dan tak larat nak makan dah.

Sempat lagi mereka buat surprise beli kek dan sama-sama nyanyi birthday song. Malahan pelanggan yang lain pun sporting join sekali. Adehhhh... malu lah ibu camni.
Belated birthday buat Rahmat pada 19/12/24 dan untuk ibu pada hari esok 4/1/25.

 
Sebelum bersurai, ambil gambar dahulu di depan restoren. Ada pula makhluk Squid Game mereka ajak sekali bergambar. Dalam menu tadi ada set Squid Game yang memberi peluang untuk menang hadiah. Patutlah beberapa staff memakai pakaian SG tu. Ibu memang belum berminat nak tengok SG walaupun sudah ada 2nd season di Netflix.

Video ni kawan ibu share tadi.

Alhamdulillah untuk 2024, semoga tahun 2025 semua akan bekerja dengan lebih seronok... ehhh 😀

By 7 pm all disperse. Ibu singgah Family Mart untuk tapaukan Kak Widad oden.

Friday, November 22, 2024

Potluck Bertema Huruf Pertama Nama

Hari ni kawan-kawan ofis pakat bawa makanan ke ofis. Jumaat rehat panjang boleh lah makan lama sikit.

Ada yang proposed agar makanan yang dibawa berdasarkan huruf pertama nama masing-masing.
Seperti biasa... dalam whatsapp group pasti ada yang terlebih kreatif 😂😂 

As - 🐓 buttermilk & baker's cottage
Ad - Aglio Olio
Farah Hanim - Fatty rice
Zaki - Zapple
Faiz - Fresh Vietnamese Spring Rolls
Rahmat - Roti
qisTina - tart
Jabir - Jus oren & Jopiah begedil
Kamalina - Kuey teow
Nisa- Nasi goreng
Habib - Honeydew.
Ain - Aiskrim potong
Chua MF - Cake
Hakimah - Homemade mushroom soup + garlic bread
Sundri - aSsorted kuih muih

Makanan banyak... bolehlah makan sepanjang hari selagi larat.

Tuesday, November 19, 2024

28 Tahun Perkhidmatan

Alhamdulillah di atas rezekiNya.

Mudah-mudahan terus bersemangat bekerja.
Sikit je lagi... 😅
 

Tuesday, September 24, 2024

إِنَّا لِلّهِ وَ إِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْن

Assalamualaikum / Salam Sejahtera..
PEMBERITAHUAN BERITA KEMATIAN

إِنَّا لِلّهِ وَ إِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْن

Dukacita dimaklumkan bahawa ibu kesayangan kami Norizan binti Rohman telah meninggal dunia pada 24 September 2024 sebelum subuh tadi

Semoga arwah Kak Izan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Beliau meninggal asbab kanser hempedu.

Dulu arwah bekerja sama department ibu, kemudian transfer ke PPD. Tahun 2021 beliau resign setelah bekerja lebih dari 30 tahun.

2 tahun lepas, 2 orang anak kembarnya pula masuk department ibu.
 

Wednesday, September 18, 2024

Wednesday


Tak sangka plak 4 hari public holiday sudah berlalu.

Marilah kita bekerja 😎
 

Monday, September 2, 2024

Farewell Buat Rakan Ofis

26/8/2024 ada farewell party buat rakan ofis ibu, Wan dari Business Developement Department. Majlis ni dibuat waktu lunch hour di restoren The Palace @ Setia City.

After 22 tahun di syarikat, sudah tiba masa untuk berhijrah ke tempat lain.

Geng-geng BDD beri ucapan perpisahan.

HR manager bagi pantun pula.

Ibu duduk diam-diam lah.
Ucapan secara personal je sebab kami geng gossip😅

Lepas makan, CEO soh makan durian pula.
Happy je lah kitorang ni.

Ambil Musang King sahaja.


Pergi ke Toothless Stall, Setia Alam.

Ibu dan Uncle Rahmat, partner in crime ni 😎

Geng muda-mudi.

Penuh dengan geng2 UI.
Stall kecik je depan restoren.


Mereka berdua ni penggemar durian.
Ibu tak berani makan banyak.

Eat all what you want kekdahnya. 
Walaupun Musang King tu smaller size tapi semua elok-elok dan fresh. Manis dan creamy.

Company belanja.. maunya tak happy 😁😁