Pages

Sunday, June 29, 2025

Belek² Pokok

Petang tadi sambil sapu² daun tepi rumah, nengok² jugalah pokok² yang tak seberapa tu.

Pokok mangga ni tak tau pasaipa pucuk dia gondol. Samada kering atau ada serangga makan buat ulam 😬

Nampak macam dahan tu terkepak ke patah dek buah tu agak berat. Harap boleh lah dia bertahan.

Macam banyak buahnya tapi masih kecil lagi.

Mangga sebelah nya cam biasa kemain lebat daunnya... tapi buah tak nampak lagi. Padahal kawan sebelahnya tu dah beberapa kali buah.

Daun kari ni plak dah rupa terbakar. Cuaca kering sangat kot. Nengok pokok kari Cik Ana pun sama jadi gini.

Kali ni buah bertambah.. ritu cam merajuk je.

Dari 3 pokok tinggal 1 je... rasanya kepanasan. Ibu plak kalau teringat baru siram 😬

Pokok limau purut dan kunyit pun mengalami nasib yang sama. Kering. Ritu nak pindahkan pokok limau purut tu tapi kemain susah nak tarik bila akar dia dah melekat kat celahan batu.

Dah kumpulkan buah kelapa, ni nanti kerja Bami lah hantar rumah nenek.

34 comments:

  1. Bestnya Kak tanah luas...
    Kalau Sy pokok pandan tu tanam atas tanah, lagi rimbun rasanya, kot la haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ada tanah ni nak kena selenggara pulak PH huhu....
      Sebelum ni 2 kali tanam atas tanah memang gemuk².. Mula² tanam belakang rumah, bila dah merimbun, ular dok mai.. sampai masuk dalam rumah. Orang kata dia kan suka tempat sejuk. Jadi terpaksa hapuskan.
      Kali kedua tanam tepi rumah, sama gak gemuk. Bila nak lebarkan jalan, pokok pandan terpaksa jadi mangsa. Lama baru tanam semula. Ingat memang nak tukar kat tanh je tapi masih cari tempat yang sesuai.

      Delete
  2. Alhamdulillah ada buah kelapa. Mahalnya harga buah kelapa sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak... mahal sebiji kelapa kalau kat kedai. Kat rumah takde alat nak kupas sabut tu yang kena hantar rumah mak. Kadang kawan² mak beli.

      Delete
  3. Rumah mak pun ada buah kelapa..tp,tulah..kita nie tak rajen nak membuang sabut plus tempat nak parut pun takde .makan,pakai yang kotak ajelah...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih senang ya.. gunting kotak je.
      Boleh juga hantar kelapa kat kedai minta dia parutkan tapi akak tak pernah lah buat sebab kat rumah mak ada mesinnya.

      Delete
  4. Replies
    1. Aah MT... cuma akak tak sure mangga apa tu. Pandai makan je.

      Delete
  5. Agaknya musim panas ni kot kan kak. Daun berguguran hampir togel. Untung juga masih ada hasilnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau juga semalam kotlah pokok takde daun tunas akan mati sebab pokok sebelah tu banyak plak daun baru.

      Delete
  6. Kesian pulak tengok pokok kari tu. Memang cuaca panas sangat ni sampai kering daunnya

    Bestnya laman rumah luas boleh tanam macam2 pokok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni nak cuba rajin² siram lah sebelum pergi kerja.

      Adehh....ada laman tak semestinya rajin menanam Mas 😅😅😅
      Agaknya kena tunggu akak pencen kot 😊

      Delete
  7. Insyallah boleh tahan tu.. kalau nak tambah keyakinan boleh ikat dgn tali bagi support.. kalau panas sgt takut ranting layu.. eh mcm pandai lak kita hahahah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Logik juga... bila akak belek² ranting tu nampak hijau.. harapnya boleh bertahan.

      Delete
  8. Tengok pandan ni, baru teringat yg di rumah ni lama tak siram aduiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat tanah rasa takyah siram, dalam pasu ni yang remeh sket.

      Delete
  9. Cuaca sekarang sangat panas. Kena siram air juga untuk pokok2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ezna.... kadang² tak teringat pula.

      Delete
  10. seronok bercucuk tanam....cuaca panas sekarang...pagi2 kena siram pokok...kalo x layu tunduk jer pokok2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya gitu Sueann... tapi dok lah tak terbuat huhu

      Delete
  11. Merasakan kebun luas begini saat rumah saya di Aceh. Halaman belakang luas sangat, hingga bisa ditanami Macam2 pohon buah. Pindah ke Medan, apalagi jakarta, wassalam lah. Tanah mahal, jadi beli rumah pun yg kecil 🤣. Tak ada kebun lagi 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang juga kawasan kecil Fanny... senang nak maintain.

      Delete
  12. macam mak saya, suka tanam pokok... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya akak tak rajin Pha Is... pokok yang ditanam tu masa rajin je.

      Delete
  13. fuhhhhhh meriahhh sihat-sihat buahnya tu akak!

    ReplyDelete
  14. tp tu lah skrg cuaca pns lain mcm betul.. tp bila dtg hujan tu dah dgn angin ribut pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul².. bila kerap hujan lain ceritanya pula.

      Delete
  15. Wah Mbak rupanya rajin berkebun ya.
    Sepertinya tanahnya luas juga, jadi bisa ditanami berbagai macam pohon.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berapa rajin pak... ini sekali-sekala je.
      Tanah tu bolehlah setakat nak tanam pokok buah²an kecil dan sayur² yang mudah.

      Delete
  16. untungnya pokoknya comel dah berbuah banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya pokok² sekarang dah banyak kacukan dan boleh berbuah walaupun masih muda dan kecil.

      Delete
  17. Replies
    1. Terima kasih... nanti saya singgah di sana ya 🥰

      Delete