Pages

Saturday, June 21, 2025

Jalan² Pekan Raub | Azmi Ikan Stim Tempoyak | Kacang Goreng Sempalit

Game Wafi jam 10.30 am jadi ibu ayah gerak dari hotel jam 9.30 am. Tinggalkan Kakak Widad sebab dia taknak ikut.

Dari Hotel Jelai ke SEMESTA dalam 10 minit sahaja.

Ada roundabout kecil kat tengah pekan. Belum jam 10 tapi matahari dah memancar.

Ada dataran di situ.
Setesen bas Raub pun area ni je.

Kawasan ni macam pekan lama tapi banyak gak kedai² baru. Semua ada macam Watson, 99, KFC, Baskbear dsb. 

Roundabout yang sama masa otw ambil kakak. Lepas tengok game sekolah Wafi vs Semesta, ibu ayah balik hotel sebab nak checkout.

Azmi Ikan Stim Tempoyak

Lunch dulu di Azmi Ikan Stim Tempoyak. Bila ayah google, restoren ni antara top rating.
Cikgu pengiring juga suggest makan kat sini, depa dah few times datang.

Bagus gak sebab kedudukannya pun kat pekan jadi senang nak pergi.

Menu yang diambil, ikan patin tempoyak, asam pedas bawal, lemak bakar, ulam-ulaman dan sambal belacan.
Semua ni termasuk air kosong 3 dan limau ais 1, berharga RM57.05 (termasuk SST).

Habis makan cari kudap²an untuk Wafi dan kawan².

Kopi Ais Mamu untuk ayah buat hilang mengantuk drive 😁

Kebun Sea Loy Kacang Goreng Sempalit

Sebelum balik singgah Kebun Sea Loy Kacang Goreng Sempalit. Kilang memproses kacang tanah dan ada gerai jualan di sebelahnya. Ini produk tempatan. Menurut penjual kat situ, Sempalit merupakan nama perkampungan dekat situ.

Ada 3 perisa, Kulit Harimau, Lemak Manis dan Masin. Ibu beli campur² 10 pack, percuma satu. Kacang besar² dan rangup. Yang masin tu ibu beli 2 pack je sebab terasa masin pula😅
Tak ingat yang mana satu berharga RM3.90 dan RM4.90
Kulit Harimau tu takde lah rasa harimau😆 tapi salutan nipis kacang dalam tu ada jalur². 

Ada juga buah-buahan dijual di sini. Ibu beli ciku je sebab Kak Widad suka. Yang kanan tu halia Bentong. Ibu tak beli. Pernah officemate bagi, halia Bentong ni kuat baunya. Puashati guna. 

Kalau tengok rupa dia, lebih kurus dari halia biasa namun warna agak gelap sikit.

Ada plak replika kacang kat sini.

Ni buat kudap² dalam kereta masa balik tapi AWAS... jangan sampai bersepah² makan 😬

Dapat air kelapa pandan ori tanpa gula memang nyaman. Kak Widad kata lain macam panas Raub ni... aihhh... kat rumah tiap² hari dok dalam bilik memang ler tak rasa panas 😬

Habis lah cerita jalan² Raub. 

Sampai rumah jam 6 pm.

4 comments:

  1. Tiba2 sampai Raub.. Ketinggalan ketapi plak kita nie.. Hihihi...

    ReplyDelete
  2. Itu kacang goreng kulit harimau... Dari namanya ini membuat saya penasaran, bagaimana rasanya, Mbak?

    Salam,

    ReplyDelete
  3. Nampak Patin Tempoyak terus lapar.

    ReplyDelete
  4. Taufik hantu durian tapi kalau tempoyak memang tak reti makan huhuhu

    ReplyDelete