Cerita 3/6/25, ibu ambil cuti kunun untuk rehat sehari selepas acara Family Day.
Sebelum balik beli breakfast dan kerepek pisang untuk Wafi. Balik dapatlah lelap mata.
Style budak² sekarang... seluar gedoboh bahagian bawah gitu. Wafi pun baru beli di Shopee.
Ibu turunkan mereka kat main entrance. Ibu plak healing sorang².
Masuk Tomei, tengok harga dulu. Cakap kat SE nak check kedai depan dulu π
Masuk Habib, SA macam tak berapa nak layan, harga plak mahal RM2. Ingat nak tambah koleksi songket tapi SA tak mesra alam, kita pun berkiralah pasal RM2 tu.
Raya haji diorang tak keluarkan SDR, dapat yang Aidil Fitri.
Patah balik kat Tomei, layanan 1st class. Topup sekeping KLCC kat sini. Sambil tunggu receipt, diberi complimentary drink.
SE bagi contact card, kot nak beli lagi boleh cari dia.
Depan Tomei ada SK Jewellery, tapi banyak design untuk chinese. Lebar² goldbar merekaπ
Setel GB, masuk Parkson. Beli kettle Midea dan iron Panasonic. Ambil yang steam biashe². Phillips steam kat rumah buat hal balik. Mujur tak perlu iron baju sekolah anak², kalau tak... nangis.
Then, balik rumah dulu... mengantuk betul. Tinggallah depa bertiga jalan² dalam SCM.
Dapatlah sejam tidur.
5.45 pm camtu Wafi call beritahu dah boleh ambil. Ibu ajak dinner terus. Depa pilih Thong Bowl.
Setiap kali outing pasti ambil gambar gini.
Terima kasih Nayli dan Dania temankan Wafi outing. Nayli berkawan dari baby, sama taska dan sekolah. Dania plak dari darjah 1.
Wah..girls day out....seronok!!!
ReplyDeleteTu ler... kemain mereka.
DeleteSeronoknya berjalan2
ReplyDeleteMujur dah besar sket... bolehlah lepaskan diorang dengan syarat dok dalam mall tu je.
Deleteada bagus jugak style seluar sekarang kak, x fit, aurat terjaga, lepas tu sy perasan budak² skrg mmg suka pakai handsock, kalau zaman ibunya dulu x tau pun apa itu handsock, skrg sekolah pun pakai handsock
ReplyDeletearr betullah.. ramai pakai HS.. lagi satu stokin pun sama, walau stokin ankle je π
DeleteEh anak2 zaman skr memang sukaaa sangat pakai baju gombrong besar begitu π€£. Samaaaa lah kak dengan anak saya yg pertama. Wafi nih usia berapa ya? Anak saya 13. Tiap beli baju, besar2 di beli. Kayaknya Meraka LBH mementingkan kenyamanan yaa π.
ReplyDelete15 Fanny, lerrr... memang style budak² sekarang rasanya tu.. baju/seluar gedoboh kalau kat sini π€£. Tapi tak apalah biar besar.. kalau betul² fit sampai menampakkan susuk tubuh pun tidak elok.
Delete