Game Wafi jam 10.30 am jadi ibu ayah gerak dari hotel jam 9.30 am. Tinggalkan Kakak Widad sebab dia taknak ikut.
Dari Hotel Jelai ke SEMESTA dalam 10 minit sahaja.
Setesen bas Raub pun area ni je.
Kawasan ni macam pekan lama tapi banyak gak kedai² baru. Semua ada macam Watson, 99, KFC, Baskbear dsb.
Roundabout yang sama masa otw ambil kakak. Lepas tengok game sekolah Wafi vs Semesta, ibu ayah balik hotel sebab nak checkout.
Azmi Ikan Stim Tempoyak
Cikgu pengiring juga suggest makan kat sini, depa dah few times datang.
Bagus gak sebab kedudukannya pun kat pekan jadi senang nak pergi.
Menu yang diambil, ikan patin tempoyak, asam pedas bawal, lemak bakar, ulam-ulaman dan sambal belacan.
Semua ni termasuk air kosong 3 dan limau ais 1, berharga RM57.05 (termasuk SST).
Habis makan cari kudap²an untuk Wafi dan kawan².
Kebun Sea Loy Kacang Goreng Sempalit
Sebelum balik singgah Kebun Sea Loy Kacang Goreng Sempalit. Kilang memproses kacang tanah dan ada gerai jualan di sebelahnya. Ini produk tempatan. Menurut penjual kat situ, Sempalit merupakan nama perkampungan dekat situ.
Tak ingat yang mana satu berharga RM3.90 dan RM4.90
Kulit Harimau tu takde lah rasa harimau😆 tapi salutan nipis kacang dalam tu ada jalur².
Ada juga buah-buahan dijual di sini. Ibu beli ciku je sebab Kak Widad suka. Yang kanan tu halia Bentong. Ibu tak beli. Pernah officemate bagi, halia Bentong ni kuat baunya. Puashati guna.
Ada juga buah-buahan dijual di sini. Ibu beli ciku je sebab Kak Widad suka. Yang kanan tu halia Bentong. Ibu tak beli. Pernah officemate bagi, halia Bentong ni kuat baunya. Puashati guna.
Kalau tengok rupa dia, lebih kurus dari halia biasa namun warna agak gelap sikit.
Dapat air kelapa pandan ori tanpa gula memang nyaman. Kak Widad kata lain macam panas Raub ni... aihhh... kat rumah tiap² hari dok dalam bilik memang ler tak rasa panas 😬
Habis lah cerita jalan² Raub.
Sampai rumah jam 6 pm.
Tiba2 sampai Raub.. Ketinggalan ketapi plak kita nie.. Hihihi...
ReplyDeleteItu kacang goreng kulit harimau... Dari namanya ini membuat saya penasaran, bagaimana rasanya, Mbak?
ReplyDeleteSalam,
Nampak Patin Tempoyak terus lapar.
ReplyDeleteTaufik hantu durian tapi kalau tempoyak memang tak reti makan huhuhu
ReplyDeleteAzmi tu cawangan kat situ. Kedai asalnya di Lipis. Kedai dia memang ramai orang datang makan terutama VIP kalau datang ke Lipis ni. Sekarang dorg tengah buat restoran yang baru besar dan luas kat Lipis ni belum buka lagi.
ReplyDelete