Pages

Tuesday, June 24, 2025

Uniform Kawad PPI Tersalah Saiz

Last week Wafi inform ibu minta belikan baju kawad Pergerakan Puteri Islam (PPI) sebab dia nak masuk perbarisan masa Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT).
Ibu ada beritahu akan ke Kedai Karnival kat area rumah, bawa kakak jadi kakak boleh try dulu. Kemudian boleh courier. Bila sampai rumah, ibu check kat Shopee ada... nampak ramai yang beli.

Sambil tu bacalah review nak tau camne baju tu. Harga pun ok.


Bila ibu check baju PRS, Wafi pakai saiz 40. Jadi belilah kecik sikit untuk PPI. Ambil saiz 38. Beli set terus. Nak mudahkan kerja kan 😁

Sekali tadi Wafi call, suara cam sedih dan kecewa 😩

Kenapa mama beli saiz besar sangat?
Bukan haritu kata nak ajak kakak ke cuba dulu?

Nak belikan lain secara online memang dah tak sempat.
Wafi kata takpe lah tak payah masuk perbarisan tu. Dia nak bagi baju tu pada kawan yang badan agak besar tapi mereka tak nak masuk pula.
Baju yang dari Shopee tu sampai hari Sabtu, masa tu kan kat Raub. Semalam Isnin baru ambil dan try.

Ibu cakap nanti minta runner yang selalu ibu minta tolong tapi tak janji sebab dah last minute sangat.
Wafi akan call lagi sebelum masuk prep untuk confirmkan saiz. Dia nak cuba dulu baju kawan yang badan lebih kurang sama saiz.
Salah ibu lah tak tengok saiz yang disertakan. Saiz 38 tu rupanya XL 😂
Patut Wafi pakai S atau M je.
Nak lebih selamat memang kena try dulu.

Lepas Wafi bagitau saiz ibu chat dulu dengan runner.
Tak dapat nak tolong sebab ada urusan lain hari ni dan esok.

ahhh... sudah...

Ibu call kedai yang Wafi bagitau kawan dia beli kat situ,

Kedai Alim Harmony, Sungai Petani. Kedai ni dekat je dengan sekolah Wafi
Ibu cari contact number kedai.

Tak ada khidmat penghantaran pula. 
Ibu tanyakan kot ada staff yang boleh hantarkan lepas waktu kerja, nanti ibu bayarlah caj nya. 

Beliau minta ibu tunggu 15 minit sementara check stock dulu dan kebetulan ada pelanggan.

15 minit tu berdebar... berdoa.. dan berharap 💖

Alhamdulillah, Allah hadirkan orang yang sangat baik.
Staff kata dia minta tolong kawan untuk hantarkan sebab kesian kat ibu, begitu mengharap dan terdesak.
huhu... sedih 😭

Jenama TeRex.
Baju saiz : 34 (RM38.90)
Seluar saiz : 32 (RM32.90)

Sebenarnya seluar tu Wafi minta saiz 30 tapi tak ada stok.
Bolehlah dari tak ada... staff kata beza 1 inci.



Baju dan seluar kawad PPI yang dikongsi oleh staff Alim Harmony.
Staff bagi resit sekali dengan caj penghantaran.
Ibu masukkan lebih duit caj hantar tu. Staff kata rezeki kawan dialah.
Semoga Allah gandakan rezeki buat mereka yang membantu walaupun saling tidak mengenali 🥰

Tadi tu Wafi kata takyah lah beli sebab banyak duit keluar. Means dia taknak masuk perbarisan tu. Ehh... mana boleh, kan dah bagi nama.

Baju tu nanti nak buat apa? 

Dia pulak rasa bersalah.

Ibu kata nantilah fikir nak buat apa dengan baju yang salah saiz tu.

Yang penting Wafi dapat masuk perbarisan Khamis ni.

Moralnya... lepas ni beli offline je macam biasa segala uniform 😅

28 comments:

  1. Cie hari tu beli kat Raub ada 1 kedai tu jual pelbagai jenis uniform. Kalau online ni risau salah size tu la. Memang elok cuba depan2 baru betul size.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Cie, better beli kat kedai kalau salah boleh tukar terus.

      Delete
  2. Moga rezeki ibu bertambah... Alhamdulillah, ada rezeki wafi juga nak masuk perbarisan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyy... tak sabar nak nengok gambar dia masuk perbarisan. Harapnya terselit lah sekeping dua.

      Delete
  3. Replies
    1. Ia cikgu... pertama kali ikut perbarisan persatuan beruniform ni.

      Delete
  4. pakaian ni kena betul betul ukur.... kalau tak memang dapat lain...lagi lagi kalau pakaian biasa ni... ada saiz Asia dan Saiz badan negara lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lerrr... ibu pulak main agak-agak je.. dah lah uniform ada cutting huhu

      Delete
  5. Kalau size wafi mungkin 34-36 la kan. 38 tu saya pun rasa besar tu

    Harap wafi masuk je perbarisan tu. Sian ibu dah kelam kabut carikan baju last minit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas dia minta belikan tu tak call pulak jadi ibu tak tau macamana progres nya. Tunggu balik hari ni baru tanya.

      Delete
  6. Begitulah pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya.

    ReplyDelete
  7. itulah risau juga bila beli online tiba2 silap saiz hehe.. mujur Allah hadirkan org baik-baik sudi bantu..moga wafi masuk kawad dgn jayanya aminnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dipermudahkan urusan ibu. Kalau salah saiz ada masa untuk tukar takpelah.. ini dah ler jauh masa plak singkat sangat itu yang kelibut dibuatnya.

      Delete
  8. Beli online ni kadang ok saiz nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baju kurung dan baju melayu memang beli online sebab saiz dah tau.. ini pertama kali beli uniform sekolah, salah pulak saiz ingatkan sama dengan baju kurung sekolah yang dipakainya. Rupa-rupanya kalau kemeja lain ukuran.

      Delete
  9. Ada hikmahnya tu. Ada lah rezeki siapa nanti dapat baju yang silap beli tu. Boleh je beli online tapi kena ukur betul². Pengorbanan seorang ibu, begitulah. Syukur ada orang baik membantu. Alhamdulillah Allah permudah segala urusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah Fizah... nanti bagi je kat sesiapa yang memerlukannya.

      Delete
  10. Demikian risaunya seorang ibu terhadap anaknya...
    Akhirnya masalah terselesaikan juga ya Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah setel :)
    Si Angah pun beria dah berlatih, lepas tu tarik diri pulak 😅 Dia demam hari tu, skipped latihan 2-3 hari lepas tu tak nak join dah. Kita ni dah deal dgn cikgu nak order baju, mujurlah tanya semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wafi acara olahraga memang dia tak lepas lah, itu yang kena masuk perbarisan.
      Laaaa... sian Angah.. mungkin kesan dari demam tu masih lemah, itu yang tarik diri.

      Delete
  12. kita mak-mak ni macam tu la kan seboleh nya nak buat yang terbaik untuk anak,punya la nak jaga emosi anak di asrama

    ReplyDelete
    Replies
    1. khennnn... nak kata pengorbanan seorang ibu macam melampau sangat 😅😅
      Jadinya.. buat yang terbaik je lah.

      Delete
  13. Bersusah payah si ibu nak memenuhi kehendk si anak.. alhamdulillah ada yg sudi tolong hantar kan ke wafi.. bab baju ni sy mmg tak berani nak belikan kalau anak tak ada dpn mata huhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengajaran buat akak😅
      Boleh pulak pakai imaginasi je hehe

      Delete
  14. Betuuuuuul kak. Kalo utk beli baju anak2, better offline lah. Sebab size yg dibagi pun kdg tak sesuai juga. Saya dah ukur anak saya sebelum checkout, pas DTG size tetep tak sesuai 🤣. Memang tak standard. Beda dengan size dewasa. Kalo size dewasa kebanyakan dah standard. Jadi jarang salah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah Fanny... baju dewasa lebih standard saiznya.

      Delete