Mengisahkan Zalina (lakonan Titi Kamal) ialah seorang ibu tunggal membesar dan menjaga anaknya, Arka, sendirian. Kehidupannya menjadi rumit bila Arlo, anak majikannya, mula menyimpan perasaan terhadap Zalina walaupun dia sudah dijodohkan dengan Arum.
Walau begitu, Zalina cuba menjaga jarak disebabkan pandangan masyarakat dan masa lalu yang disembunyikan. Apabila Samira (ibu Arlo) mengetahui tentang Zalina, beliau meminta bertabayyun (meminta kejelasan) terhadap hubungan tersebut dan mendedahkan kisah silam Zalina yang mengejutkan semua pihak.
Watak Arum yang cantik seorang yang sangat memahami.. biasa filem ada watak perempuan penggoda dan jahat tapi tidak bagi filem ini.
Maksud tabayyun ialah proses menyelidik, menyiasat, memeriksa, dan mengklarifikasi sesuatu perkara atau maklumat sebelum mempercayai atau menerimanya. Secara ringkas, ia adalah usaha untuk "memeriksa dan mengulang pemeriksaan" (check and recheck) terhadap sesuatu maklumat untuk memastikan kebenarannya dan mengelakkan salah faham atau fitnah.
Dalam bahasa Arab:
Kata ini berasal dari perkataan tabayyana-yatabayyanuu-tabayyunan yang bermaksud mencari kejelasan tentang sesuatu sehingga jelas keadaannya.
Secara istilah:
Tabayyun adalah kaedah dalam tradisi Islam untuk membezakan antara yang benar dan salah dalam menerima maklumat.
Ia merupakan tindakan teliti dalam meneliti kesahihan berita atau informasi sebelum membuat keputusan atau menyebarkannya.
Tak tengok lagi. Anak⁴ cuti sekolah depa conquer TV 😅
ReplyDeleteKihkih.. kasi chance lah kat depa tu😃
DeleteLamanya tak tengok cerita indon.
ReplyDeleteBanyak juga citer best-best.
DeleteBoleh masuk list juga nie
ReplyDeletehaaa.. ada masa nanti bolehlah tengok.
DeleteMenarik. Ada rahsia di sebalik watak utama.
ReplyDeleteBetul... rahsia yang perlu didedahkan.
DeleteNak tengok, tak sempat lagi.
ReplyDeleteTunggu free boleh tengok nanti Mulan.
DeleteHari cuti dapatlah layan tengok cerita yang menarik kan. Lama rasanya tak tengok cerita Indonesia.
ReplyDeleteTengok filem gini ok lagi.. kalau movie seram Indonesia terlalu menakutkan.
Deletesaya haritu dah tengok suku, lepastu belum khatam lagi sampai harini.
ReplyDeleteLaaa...sekerat² nengoknya hehe
DeleteDah tengok dah.... :)
ReplyDeleteBiasa Ezna ada review filem... tak sempat eh.
DeleteBelum tonton lagi.
ReplyDeleteNantilah senang-senang boleh fokus sampai habis.
Kalau takde kerja lain boleh tengok.. kena tenang-tenang.
DeleteSA pun tgok citer ni ..best gak...
ReplyDelete