16 September 2025
Selamat Hari Malaysia.
Hari terakhir cuti empat hari sob sob 😪
Teringatkan Wafi gemar makan Nasi Kuning jadi ibu buatkan hari ni.
Terung tu ibu letakkan atas kuali yang dilenserkan dengan sedikit minyak sahaja. Kat rumah cuma ada terung dan cauliflower je itu yang goreng terung untuk melengkapkan hidangan.
- 4 cawan beras Basmathi (1 cawan beras : 1 1/4 air)
- 2 inci halia
- 3 helai daun pandan
- 1 ST garam
- 1 ST serbuk kunyit
- 5 cawan air termasuk santan
Ibu tambahkan 1 sudu besar minyak masak sebab guna santan kotak, nak bagi nasi berkilat.
Ibu guna beras Basmathi dalam goodie bag yang diterima dari majlis kahwin. Satu pack 250g dan ngam² dapat 2 cawan/pot. Jadi ibu guna 2 pack. Ada extra 1 pack lagi.
Adalah alasan sambung tengok Bon Appetit, Your Majesty. Iman tak kuat nak tunggu sampai habis showing drama ni 😁
Malam ni lah tune mindset... esok nak masuk kerja semula 😫
menarik nmpk menunya..kiranya mcm nasi lemak la ye tp versi kuning
ReplyDeleteYa betul MT.. macam nasi lemak biasa. Cuma ada kaler je.
DeleteMacam nasi lemak ye cuma warna kuning?
ReplyDeleteBetul Cie.. sama rasa cuma berkaler.
DeleteSedapnya nasi kuning. Sy berkenan dgn sambal sotong tu, nampak sedap la...
ReplyDeleteBole la cedok idea Akk utk masak. Cuti² sekolah ni byk mulut nak disuap :D
Sila²... tak habis² memasak ye PH.
DeleteSedap semuanya ni.
ReplyDeleteYang simple² je ni😀
Deleteagaknya nasi kuning ni rasa dia macam nasi lemak ke Dik ?kak ana tengok dari resepi tu hehe :)
ReplyDeleteBetul Kak Ana.. rasa nasi lemak cuma warna kuning je. Terkenal di Sabah ni. Ambil idea dari blog Amie's Little Kitchen.
DeleteSekejap je cuti dah habis. Tak pernah makan lagi nasi kuning ni. Seronoklah Wafi, ibu buat makanan kegemaran dia. Untung juga dapat beras dari kenduri kahwin kan.
ReplyDeleteDrama ni tengah trending ye, tengok TT pun FYP pajeon. Boleh masuk dalam list dulu. hihi...Ada masa boleh tengok.
Dah masuk kerja dah tadi huhu... malas betul nak bangun tambahan pulak hujan.
DeleteTunggu habis tayang Fiza baru tengok.. takdelah sengsara tunggu 4 episod lagi.
kat kedah kan yg selalu makan nasi kuning ni. saya suka!
ReplyDeleteuntung dapat beras basmathi as goodies, boleh guna utk buat nasi kuning, nampak cantik jee.
bon appetite your majesty tu best kannn! terliur tgok semua makanan yg chef masak
Yang akak buat ni ambil resepi dari Amie's Little Kitchen. Yang style Kedah tu akak belum pernah try.
DeleteHaa.. suka drama masak² ni.
Ni macam nasi lemak orang Kedah je ni. Bila balik Kedah, nasi lemak dia warna kuning.
ReplyDeleteBiasa makan nasi lemak kat Kedah tapi tak sure bahannya sama ke tidak.. bila google resepi takde santan plak dan ada sesetengahnya letak daun kari dan rempah sekawan. Lain kali nak try versi Kedah lah pulak.
DeleteMeriah lauk-pauk nasi kuningnya.
ReplyDeletelauk apa yang ada tu kak hehe
DeleteLinda pun tengah tengok citer nie juga, tapi sebabkan on going, tunggu dulu lah..nak habiskan Doctor Romantic.. hihihi..baru nak tengok
ReplyDeleteHari Malaysia SA x kemana pun ..melayan batuk ngan demam SA ni je..petang la pi tgok wyg jap..Dania balik dari Mersing terus ajak tgok wayang
ReplyDelete